Assalamualaikum..
Hye semua..
Makan apa hari ini? Sha makan buah dan makanan yang Sha beli 7E Cafe.. Pagi tadi 2 kali Sha singgah 7E Cafe.. Kali pertama belikan sandwich dengan onigiri untuk bekal Amani dan Imani.. Kali kedua beli sarapan untuk diri sendiri.. Tiba-tiba rasa macam nak minum kopi 7E Cafe pula.. kikiki..
Sarapan Sha pagi ini.. Secawan cappuccino, seketul pau inti coklat/kopi dan 2 keping hashbrown..
Ini pula menu makan tengahari Sha.. 2,3 hari ini memang kurang makan nasi Sha ini.. Jadinya Sha beli stok roti lebih sikit letak dekat pejabat.. Jambu tu pula memang rutin Sha lah.. Nak bagi HB cantik.. Jumaat ini nak cuba derma darah lagi..
Akhirnya berjaya juga tebus Slurpee Plush Keychain ini.. Kalau ikut kata adik 7E tu, plush ini ada banyak lagi.. Harapnya berjaya lah tebus satu lagi.. Bukan apa, barulah adil nak diberikan pada Amani dan Imani..

























Cie pun nak tebus lagi 1. Sebelum habis bulan ni sempat la. Kena beli item yang takde promo baru la dapat stamp. Kita pulak pantang nampak promo.
ReplyDeletePH teringin juga nak try food dekat 7e. Macam² ada rupanya ye
ReplyDeleteOh! nak bagi HB cantik makan jambu ya
ReplyDeleteBagusnya Kak Sha gigih amalkan makan jambu batu untuk jaga HB. Semoga urusan menderma darah hari Jumaat nanti berjalan lancar dan dipermudahkan! Bab kumpul keychain 7E tu faham sangat, bila ada anak kena tebus cukup-cukup untuk dua-dua biar adil kan... Harap Sha sempat kumpul stamp lagi untuk tebus yang kedua!
ReplyDeleteLihat jambu langsung teringin. Cicah dengan sambal kecap , sedap nih ๐๐
ReplyDeletekalau mcm ni sha kumpul sampai ada 2 plush dulu atau bagi salah seorang then sorg lagi kena tunggu sampai dpt?
ReplyDeleteSha kumpul dulu bagi ada dua baru bagi dekat anak-anak..
Delete