Friday, March 6, 2026

Malaysia | Amira Amir (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak taulah nak bagi gambaran rasa apa lepas tengok filem ini.. Konflik dia terletak pada Amir yang mengubah identiti dan fizikal dia menjadi Amira.. Bila kebenaran tentang identiti Amir terbongkar, masalah mula timbul.. Bukan senang tau nak hadap pandangan masyarakat walaupun Ziyad tak salah.. Yelah, tak nampak cacat celanya sebagai perempuan tiba-tiba tau lelaki.. 

Tapikan masa Amir mati dan nak dimandikan.. Ayat Ziyad tu makan dalam tau.. "Ini Fardhu kifayah kan? Dengan jenazah pun masih bernafsu ke."

Masalah timbul bukan semasa hidup ja tetapi bila mati juga.. Kalau tau asal usul, bolehlah mandikan ikut cara yang betul.. Kalau tak tau.. Jadinya bukan hanya perlu fikir perasaan dan diri sendiri tapi pegangan agama juga..

Filem ini bukan sekadar hiburan tetapi pada Sha teguran juga.. Banyak yang boleh diambil sebagai pengajaran dan tauladan.. Nak terang panjang-panjang, Sha bukanlah arif sangat..

Amira Amir
Tarikh Tayangan: 26 Februari 2026
Pengarah: Reen Emran
Produksi: Playwright Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon: Zahiril Adzim, Sophia Albarakbah, Fezrul Khan, Kartina Aziz, Zarynn Min, Qaid Aqwa

Sinopsis: Mengisahkan Ziyad, seorang lelaki yang berkahwin atas dasar cinta pandang pertama bersama Amira. Kehidupan rumah tangga yang dibina atas kepercayaan mula runtuh apabila satu kebenaran besar tentang identiti Amira terbongkar, sekali gus mengubah keseluruhan hidup, prinsip dan persepsi Ziyad terhadap cinta serta ikatan perkahwinan.

Ramadan Box 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Selasa baru ini encik suami dapat Ramadan box dari jabatan dia.. Meriah isi dalam dia.. Memang barang-barang keperluan rumahlah.. Ada 11 barang dalam ramadan box tu.. 

Walaupun nama dia Ramadan Box tapi diorang isi dalam bag shopping.. Lagi mudah nak bawa dan serahkan..

Ramadan Box ini isi dia:-
1. Aik Cheong CoffeeMix Regular
2. Beras 5kg
3. Gula 1kg
4. Telur 4 biji
5. Puteri Sos cili 480g
6. Jalen Kicap Manis 325ml
7. Minyak Seri Murni 1kg

Encik suami dah bagi orang serbuk teh boh, bihun, susu pekat dengan tepung..

Thursday, March 5, 2026

14 & 15 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Boleh pula terlupa publish entry ini semalam malam.. Jadinya kita sekalikan jelah ye.. Baru hari ke 14, dah tak tau nak masak apa.. Anak-anak Sha memilih makan jadinya memang tak banyak pilihan kalau nak pastikan diorang makan.. Owh ya, untuk buka selera Sha dan encik suami ada sambal bilis yang memang kami bekukan.. Jadilah buat pembuka selera..

Ini menu sahur 14 Ramadan.. Ayam dan kentang goreng..

Berbuka Sha beli kuih lopez (RM3.59), buah melaka (RM3.50) & kek batik (RM3.50)..

Ini pula menu sahur pagi tadi.. Sup ayam bersama sambal kicap..

Ini pula juadah berbuka.. Sha beli tauhu berlauk (RM7) tu ja.. Bubur lambuk yang ada sudu tu pejabat bagi.. Lepas tu singgah Speedmart dapat 2 bekas lagi bubur lambuk..

Mammogram Kali Kedua

Assalamualaikum..
Hye semua..

7.50 pagi Sha ke klinik SOPD untuk ambil borang mammogram dan filem xray yang sebelum ini.. Temujanji mammogram Sha jam 8.30 pagi.. Sebelum pergi kerja Sha dah buka siap rantai dan gelang.. Senang.. Tapi terlupa pasal pemakaian deodorant.. Patutnya tak boleh pakai.. Sudahnya bersihkan dululah di pejabat sebelum ke tempat x-ray.. 

Jam 8.12 pagi Sha mendaftar di Jabatan X-Ray dan jam 10 pagi baru semuanya selesai.. Kali ini doktor lain yang buat ultrasound.. Comel ja doktornya dan baik.. Banyak pula dia jumpa cyst (kantung air) dekat Sha.. huhuhu.. Kiri kanan ada.. Tapi okay ja tak ada yang serius pun.. Cuma kali ini masa buat mammogram macam sakit sikit.. Sampai sekarang terasa sakitnya bila dipenyek.. kikiki.. Begitulah pengalaman.. Kali pertama sakit tapi tak lah sakit melampau.. Kali kedua sakit.. Sakit sangat.. hahaha.. Jurutekniknya berbezakan.. Begitulah pengalaman..

Sha orang kedua yang akan buat mammogram.. 

Webinar Ramadan Sihat & Hijau: Transformasi Fizikal, Mental Dan Rohani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam berjaya sertai webinar anjuran Kolej Komuniti.. Dapatlah tambah-tambah ilmu dan cukupkan jam berkursus..

Objektif webinar diadakan adalah untuk:
1. Meningkatkan kesedaran tentang pembaziran makanan 
  • Memberi pengetahuan kepada peserta mengenai kesan pembaziran makanan 
terhadap alam sekitar, ekonomi dan nilai agama. 
2. Menghubungkan konsep Waste to Wealth dengan nilai Islam 
  • Memperkenalkan cara mengurus sisa dan lebihan makanan secara bijak, selaras 
dengan prinsip Islam seperti kesederhanaan, amanah dan tanggungjawab 
khalifah. 
3. Mempromosikan gaya hidup sihat dan sederhana 
  • Menggalakkan pemakanan seimbang, pengawalan nafsu serta disiplin diri 
sepanjang Ramadan untuk kesihatan fizikal dan mental. 
4. Menggalakkan amalan kitar semula dan pengurusan sisa 
  •Menyemai tabiat lestari melalui kitar semula, kompos, penggunaan semula bahan 
dan pengurangan pembaziran dalam kehidupan seharian. 
5. Membentuk komuniti yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar 
  • Menggalakkan peserta menjadi agen perubahan yang mengamalkan gaya hidup 
hijau dan beretika, serta menyebarkan kesedaran kepada keluarga, rakan, dan 
masyarakat.   

Penganjur: Kolej Komuniti Segamat 2
Webinar Ramadan Sihat & Hijau: Transformasi Fizikal, Mental Dan Rohani
Tarikh : 04 Mac 2026 (Rabu)
Masa : 8.15 pagi hingga 10.00 pagi
Atas Talian : Google Meet

Wednesday, March 4, 2026

Tampal Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Pagi tadi selesai tampal gigi.. Senang hati Sha sebab doktornya sangat baik dan lembut.. Bila dia tengok gigi Sha dan jumpa tampalan sementara, doktor tanya sejarah.. Bila Sha terangkan, doktor maklumkan dia akan buat tampalan kekal.. Jadinya ada 2 gigi yang akan ditampal.. Gigi graham belah kiri dan gigi tepi sebelah kanan.. Gigi graham tu sebelum tampal, doktor bersihkan.. Bila doktor perasan Sha rasa ngilu beliau guna cara manual ja untuk bersihkan.. Tak adalah sakit bila guna pencukil ja.. Lega rasanya.. Hilang debaran Sha.. kikiki..


India/US | The Bluff (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Ada Priyanka Chopra tu.. Mantaplah.. Awal-awal tu macam relaks ja cerita dia.. Sekali bila dah suku, kemain meletup-letup aksinya.. Mantaplah tengok Priyanka berlawan.. Tak lah terlalu berlebih-lebihan, memang ketaralah dengan kekuatan perempuan.. Tapi tetaplah mantap..

Ercell ataupun asalnya dikenali sebagai Bloody Mary, hidup di sebuah kepulauan bersama anak lelaki bernama Isaac dan adik ipar bernama Elizabeth.. Namun kedamaian mereka bertukar huru hara dengan kemunculan masa lampau Ercell iaitu Connor yang berdendam dengan Ercell sebab mengkhianati.. Pertarungan 1 lawan ramai.. Gitu..

The Bluff
2026 ‧ Action/Adventure/Drama/History ‧ 1h 41m
A Caribbean woman gets her secret past revealed when her island is invaded by vicious buccaneers.

Tuesday, March 3, 2026

13 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekejap ja dah masuk 13 Ramadan.. Ini kali kedua Sha memandu sendiri sejak Ramadan.. Rezeki Ramadan kali ini encik suami tawarkan diri untuk hantar dan ambil Sha balik kerja.. Cumanya bila ada hari beliau kena kerja, kenalah Sha memandu macam biasa.. kikiki.. Seronok juga bila ada orang hantar dan ambil..

Hari ini menu sahur kita ringkas sahaja namun menu berbuka sedikit meriah sebab menyambut ulang tahun kelahiran Imani sekali.. Ini tahun kedua, ulang tahun kelahiran Imani jatuh pada bulan puasa.. Imani minta belikan kek keju kesukaan dan pizza sebagai juadah sambutan ulang tahun kelahiran beliau..

Sha masak telur mata, tumis bawang dengan cili padi dan tabur atas telur mata.. Lepas tu tuang kicap.. Goreng juga tempe.. 

Kek keju kesukaan anak-anak.. Tahun ini naik harganya.. Tapi kualiti masih sama, tak ada yang berubah..

Sha beli pizza garlic sosej dengan aloha chicken.. Dua regular ini RM22, tambah sup cendawan, kek coklat dengan kek butterscotch..

India | Maa (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok filem ini lepas baca review Farhana yang kata filem ini spin-off kepada filem Shaitaan (2024) yang dibintangi oleh Ajay Devgn dan R. Madhavaan.. Oleh kerana Sha dah tengok filem Shaitaan (2024), jadinya jomlah layan Maa ini pula sebab dekat babak end-credits ada kemunculan watak Vanraj dari filem Shaitaan (2024)..

Sha layan ja filem ini.. Cumanya geram jugalah dengan watak Shweta ini sebab tak nak dengar cakap mak ayah dia.. Perasaan ingin tahu tu sangat bahaya sebenarnya.. Rahsia yang disimpan oleh Shubankar dan Ambika pun menjadi salah satu pencetusnya.. 

Shubankar ini dia tinggalkan kampung sebab tak percaya dengan upacara korbankan anak perempuan.. Kebetulan bila dia kahwin dengan Ambika dapat pula Shweta lagilah dia tak nak balik kampung tapi terpaksa juga balik bila bapa dia mati.. Selesai semua, masa nak balik Shubankar ditimpa kemalangan dan mati.. Nak tak nak Ambika kena juga balik kampung Shubankar dengan Shweta.. Makany terbongkarlah semua rahsia yang cuba disembunyikan Shubankar dan Ambika dari Shweta..

Pertarungan yang terhenti kembali bermula antara penganut Dewi Kali dan syaitan Amsaja.. Bila tahu siapa yang mewarisi syaitan Amsaja tu, memang menyampahlah.. Ambika ini dapat mimpi Dewi Kali dan berjayalah warisi kuasa dia.. 

Maa
Also known as: Мама
Taglines: Rakshak. Bhakshak. Aur... Maa
2025 ‧ Horror ‧ 2h 13m
Circumstances bring a mother and a daughter to a village where girls have been mysteriously vanishing. The mother takes the form of goddess Kali to battle out the curse.

Kursus Pengurusan & Keselamatan Bahan Perpustakaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam berjaya sertai satu lagi kursus.. Ini pun kebetulan rakan sekerja dari jabatan lain kongsi.. Kalau tak memang tak tahu pun.. Awal-awal tu pengenalannya lebih kepada umum, maksudnya boleh diguna pakai oleh semua.. Bahagian kedua baru lebih fokus kepada bahan pepustakaan.. Menariklah sebab boleh menyegarkan kembali ingatan tentang maklumat ini..







Assalamualaikum wbt dan Salam Perpaduan 

Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menganjurkan Kursus Pengurusan & Keselamatan Bahan Perpustakaan pada ketetapan yang berikut:

📅 02 Mac 2026 (Isnin)
⏰ 8.30 pagi - 4.30 petang
🖥️ Google Meet
👨‍🏫 Penceramah : En. Tamimi bin Taib
Timb. Pengarah Bahagian Sumber Elektronik
Perpustakaan Negara Malaysia

Monday, March 2, 2026

12 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini menu sahur dan juga berbuka Sha hari ini.. Masak yang ringkas-ringkas sahaja.. Bahan-bahan ini Sha siapkan awal sebelum tidur.. Bangun pagi terus masak supaya tak kalut dan cepat siapnya.. Meriah isi tomyam tu Sha tambah dengan cendawan, kobis bunga, lobak merah dan putik jagung.. Cukuplah sifatnya protein dan sayur-sayuran.. Gitu.. Minuman selalunya Sha akan bancuh teh o panas dan kopi untuk Sha selain air suam.. 

Sha masak tomyam ayam dan goreng tempe..

Menu berbuka kami kuih muih.. Ini separuh dari kuih yang dibeli.. Separuh lagi encik suami bawa ke rumah MIL buat berbuka.. Sha beli vadai (RM5), popia (RM3.50), keria+cek mek (RM3.50), buah melaka (RM3.50) dan lopez (RM3.50).. Amani ja makan nasi dengan lauk tomyam pagi tadi..

UK/US | Redemption (2013)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem lama Jason Statham.. Tak sesuai tonton dengan budak-budak.. Kisah abang askar yang trauma sebab pembunuhan.. Berubah menjadi gelandangan namun bila ada 2 samseng taik minyak ganggu dia, dia melarikan diri dan termasuk ke rumah seorang jurufoto.. Tiba-tiba berubah mencari kerja dan bebas dari arak.. Pada masa yang sama terjatuh cinta dengan sorang perempuan yang suka memberi makan gelandangan.. Sempatlah membalas dendam pada samseng taik minyak dan lelaki gila yang suka mendera dan membunuh pelacur.. Lepas bongkarkan kegiatan pemerdagangan manusia, kembali menjadi gelandangan..

Redemption
Original title: Hummingbird
Taglines: All roads don't lead to salvation.
2013 ‧ Action/Thriller/Crime/Drama ‧ 1h 40m
Joey (Jason Statham), an ex-special forces soldier living on the streets, breaks into a photographer's house and assumes a fake identity. Things take a turn when he decides to look for Isabel, his homeless friend.

Lima Panduan Membaca di Bulan Ramadan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini panduan yang dikongsikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.. Semoga bermanfaat buat semua yang suka membaca atau yang baru berjinak-jinak dalam hobi membaca..

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga peluang terbaik untuk membina tabiat membaca secara konsisten.. 🌙

Semoga Ramadan ini lebih bermakna dengan ilmu dan inspirasi..

Sunday, March 1, 2026

Ramadan Minggu Kedua

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini menu sepanjang minggu kedua Ramadan.. Sha memang masak masa sahur ja.. Berbuka ke bazaar Ramadan lah kita sebab masing-masing ada menu idaman yang ingin dipenuhi.. Setakat hari ini, sekali sahaja makanan yang dibeli tak dimakan iaitu 2 ketul karipap.. Itupun sebab encik suami terlupa.. huhuhu.. Selebihnya memang habislah.. Alhamdulillah..

Pagi hari Isnin Sha masa nasi lemak.. Buat telur dadar, ayam goreng dan ikan bilis goreng.. Sambal tu sambal udang RTE yang Sha beli dari 99 Speedmart..

Berbuka Sha beli popia (RM3) dan pulut panggang (RM1) untuk Sha, buah melaka (RM3.50) untuk Amani dan mi goreng (RM3) untuk Imani.. Encik suami berbuka dengan mak dia.. Sha beli juga 2 biji tembikai saiz comel dengan harga RM12.. Jumlah perbelanjaan petang ini RM10.50 sahaja untuk berbuka tidak termasuk tembikai..

Pagi selasa Sha masak nasi goreng tuna dengan popcorn chicken untuk menu sahur..

Menu hari ini untuk berbuka ialah mi goreng (RM2), kuetiau goreng (RM3), Kuih tepung gomak (RM3), kuih buah melaka (RM3), dan kuih keria (RM3).. Jumlah semua RM14.. 
Lepas tu sempatlah beli tempe, kobis bunga dan telur juga.. 
Meriah sikit lauk sahur pagi rabu.. Sha masak telur mata lepas tu tumis bawang dan cili padi tabur atas telur dengan tuang kicap.. Kemudian Sha goreng tempe.. Sambal ikan (RM5) tu Sha tapau ja semalamnya masa ke bazaar ramadan.. 

Menu berbuka hari ini ialah ayam gunting comel (RM2x2), garlic bread & donut (RM6), taufufah (RM3), air soya (RM5), air oren (RM5), tauhu begedil daging (RM6), wrap daging (RM5) dan mi goreng (RM3)..

Sahur hari Khamis Sha masak nasi goreng sosej permintaan Amani dan Imani dengan popcorn chicken.. 

Berbuka Amani nak nasi tomato (RM7) dan cheese tart (RM6), Imani pula nak ayam gunting (RM2), Sha pula makan mee kicap (RM10) dan cheese tart (RM8.50), encik suami beli kuetiau goreng (RM3) dan karipap sardin (RM2.10)..

Menu sahur hari Jumaat lauk kari kambing (tapau - RM8) dan ayam goreng.. 

Petang kami berbuka dengan kuih karipap sardin (RM3.50), kuih buah melaka (RM3.50), putu mayam (RM3.50) dan garlic bread+mushroom soup (RM5)..

Sahur pagi Sabtu Sha panaskan lauk yang Sha tapau ja.. Ayam masak merah (2 ketul - RM8) dan sambal ikan (RM5)..

Berbuka Sha beli kuih vadai (RM2.50) dan ayam gunting (RM8).. Menu ini ja berjaya dijumpai sebab kami ke Bazaar Ramadan Slim River.. Inilah baru pergi sejak puasa.. Selalu tu memang ke Behrang 2020 atau Tanjung Malim ja.. Bazaar Ramadan Slim ini tak ada yang menarik kecuali vadai.. Tempat lain memang tak ada.. 

Rasanya ini adalah menu sahur paling ringkas yang Sha buat.. Kari ayam dan kentang.. Sahur pagi Ahad.. 

Berbuka petang tadi Sha beli cheese tart (RM11.50 - 6 ketul), dumpling ayam (RM8) dan ayam gunting (RM4).. 

ebook | Genta oleh Lokman Hakim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lupa pula nak publish entry ini.. 

Novel yang bergerak perlahan, tenang dan penuh lapisan emosi.. Penceritaannya tidak bergantung pada konflik besar atau kejutan dramatik, sebaliknya dibina melalui renungan, dialog yang sederhana dan suasana yang kontemplatif..

Novel ini banyak bermain dengan tema pencarian makna hidup, kehilangan, ingatan dan sunyi yang tidak selalu kosong.. Bahasa yang digunakan lembut tetapi mendalam, membuatkan pembaca berhenti seketika untuk berfikir dan merasai apa yang tersirat di sebalik kata-kata.. Ini juga menjadi punca bacaan bergerak perlahan.. Isinya kadang terlalu mendalam seperti gema genta yang tidak kuat, tetapi lama berbekas..

Jenuh juga nak habiskan bacaan tapi tu lah, buku ini macam tertinggal beberapa perkara.. 

Sha baca pada 13.02.2026 dan selesai pada 20.02.2026..

Published January 1, 2020 by Gerakbudaya Enterprise

Membeli-belah di Watsons

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam lepas Mesyuarat PIBG SMK, Sha singgah di Segi kononnya nak carilah sabun cecair sebab ada jualan Rahmah.. Bila sampai tengok orang ramai betul nak bayar, malas Sha nak beratur.. kikiki.. Sha nak beli sabun mandi cecair ja pun.. Jadinya petang masa ke bazzar Ramadan di Slim, Sha ajak encik suami singgah Watsons dengan niat nak cari sabun mandi cecair dan harapnya adalah jualan murah.. Memang jumpalah.. Watsons pun memang tengah buat sale gila-gila.. Memang rambang matalah dibuatnya.. Mujurlah hati nekad dengan tujuan iaitu sabun mandi cecair.. Selalu tu sabun Lifebuoy ini mahal kot.. Bila dia jual bawah RM10, memang Sha ambil tanpa perlu fikir-fikir.. Awal tu ambil 4 pek ja, masa nak bayar Sha ambil lagi 2 pek nak cukupkan RM100.. Selain potongan harga, Sha dapat extra 10% diskaun lagi.. Tu yang rasa berbaloi gila.. Ubat gigi Colgate tu pula Amani dan Imani yang pakai.. Gigi diorang dah makin sensitif jadinya ini ja ubat gigi yang sesuai dengan diorang.. Selalu tu RM21 lebih tau yang twin box tu.. Bila dapat harga tak sampai RM16, memang Sha beli lebih..

Sekarang ini bila berbelanja memang kena beli masa potongan harga.. Tak boleh dah nak setia di satu pasaraya ja.. Duit pun memang kena ada ja dalam akaun.. Sha ini bila selalu beli barang rumah, bolehlah ingat sikit-sikit mana yang mahal, mana yang murah.. Jumpa murah ini, belilah buat stok.. Sekurang-kurangnya dapatlah berjimat walaupun seringgit dua.. Tak boleh dah nak main ambil ja.. Kena fikir panjang dan buat kira-kira.. Harga barang makin naik bukan makin turun.. Naik gajinya sikit, harga barang pula makin mencanak-canak.. huhuhu..

Masa nak bayar ini, ada kejadian kelakar.. Boleh pula kad Maybank Sha problem.. Sakit ja hati.. Nak bayar guna apps MAE pun tak boleh.. Mujur encik suami ada.. Gunalah kad bank rakyat beliau dulu.. kikiki.. 

Cantikkan bag Watsons ini.. RM1 harga dia.. Sha beli sebab warna merah.. Semua barang ini Sha bayar RM107.75 ja selepas tolak diskaun tambahan 10%.. Berbaloi kan.. Adik cashier tu cakap, nak dekat raya nanti lagi banyak sale.. Bolehlah shopping lagi.. kikiki..

Lifebuoy Multivitamin Bodywash 800ml (Lemonfresh, coolfresh with menthol, total 10, moisture plus, sea mineral & salt) - RM9.54 X 6 pack
Watsons Anti -Bacterial Rejuvenating Orange & Lime (1L) - RM9.45
Antabax 250ml (Sakura & Extra Cool) RM4.14 X 2 botol
Colgate Sensitive PRo Relief (30g) - RM2.71 X 2box
Colgate Sensitive (2X210g) - RM15.89 X 2box
Systema Full Head - RM4.60
Ini harga selepas potongan di rak tau, belum tolak potongan 10% lagi masa bayar dekat juruwang..

Ini barangan percuma yang Sha dapat dari pembelian di atas.. Ada beg shopping, shampoo rambut Safi Shayla, sabun mandi Shokubutsu, ubat gigi colgate dan sampul duit raya.. Diskaun dapat, barangan percuma dapat, lagilah rasa berbaloi..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com