Assalamualaikum..
Hye semua..
Ini menu sepanjang minggu kedua Ramadan.. Sha memang masak masa sahur ja.. Berbuka ke bazaar Ramadan lah kita sebab masing-masing ada menu idaman yang ingin dipenuhi.. Setakat hari ini, sekali sahaja makanan yang dibeli tak dimakan iaitu 2 ketul karipap.. Itupun sebab encik suami terlupa.. huhuhu.. Selebihnya memang habislah.. Alhamdulillah..
Pagi hari Isnin Sha masa nasi lemak.. Buat telur dadar, ayam goreng dan ikan bilis goreng.. Sambal tu sambal udang RTE yang Sha beli dari 99 Speedmart..
Berbuka Sha beli popia (RM3) dan pulut panggang (RM1) untuk Sha, buah melaka (RM3.50) untuk Amani dan mi goreng (RM3) untuk Imani.. Encik suami berbuka dengan mak dia.. Sha beli juga 2 biji tembikai saiz comel dengan harga RM12.. Jumlah perbelanjaan petang ini RM10.50 sahaja untuk berbuka tidak termasuk tembikai..
Pagi selasa Sha masak nasi goreng tuna dengan popcorn chicken untuk menu sahur..
Menu hari ini untuk berbuka ialah mi goreng (RM2), kuetiau goreng (RM3), Kuih tepung gomak (RM3), kuih buah melaka (RM3), dan kuih keria (RM3).. Jumlah semua RM14..
Lepas tu sempatlah beli tempe, kobis bunga dan telur juga..
Meriah sikit lauk sahur pagi rabu.. Sha masak telur mata lepas tu tumis bawang dan cili padi tabur atas telur dengan tuang kicap.. Kemudian Sha goreng tempe.. Sambal ikan (RM5) tu Sha tapau ja semalamnya masa ke bazaar ramadan..
Menu berbuka hari ini ialah ayam gunting comel (RM2x2), garlic bread & donut (RM6), taufufah (RM3), air soya (RM5), air oren (RM5), tauhu begedil daging (RM6), wrap daging (RM5) dan mi goreng (RM3)..
Sahur hari Khamis Sha masak nasi goreng sosej permintaan Amani dan Imani dengan popcorn chicken..
Berbuka Amani nak nasi tomato (RM7) dan cheese tart (RM6), Imani pula nak ayam gunting (RM2), Sha pula makan mee kicap (RM10) dan cheese tart (RM8.50), encik suami beli kuetiau goreng (RM3) dan karipap sardin (RM2.10)..
Menu sahur hari Jumaat lauk kari kambing (tapau - RM8) dan ayam goreng..
Petang kami berbuka dengan kuih karipap sardin (RM3.50), kuih buah melaka (RM3.50), putu mayam (RM3.50) dan garlic bread+mushroom soup (RM5)..
Sahur pagi Sabtu Sha panaskan lauk yang Sha tapau ja.. Ayam masak merah (2 ketul - RM8) dan sambal ikan (RM5)..
Berbuka Sha beli kuih vadai (RM2.50) dan ayam gunting (RM8).. Menu ini ja berjaya dijumpai sebab kami ke Bazaar Ramadan Slim River.. Inilah baru pergi sejak puasa.. Selalu tu memang ke Behrang 2020 atau Tanjung Malim ja.. Bazaar Ramadan Slim ini tak ada yang menarik kecuali vadai.. Tempat lain memang tak ada..
Rasanya ini adalah menu sahur paling ringkas yang Sha buat.. Kari ayam dan kentang.. Sahur pagi Ahad..
Berbuka petang tadi Sha beli cheese tart (RM11.50 - 6 ketul), dumpling ayam (RM8) dan ayam gunting (RM4)..

























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..