Thursday, April 11, 2024

Cerita 1 Syawal 1445

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam memang penat tapi gembira.. Sha sekeluarga beraya ke KL, rumah saudara mara sebelah abah Sha.. Gerak dari Behrang jam 7.30 pagi.. Bergambar satu keluarga dahulu.. Kemudian terus naik lebuhraya.. Singgah solat sunat Aidilfitri di masjid Bukit Beruntung.. Memnag meriahlah.. Seronok sebenarnya bila singgah di masjid lain untuk solat sunat.. Terasa betul-betul macam perantau.. kikiki..

Kemudian kami terus ke Kg. Melayu Subang rumah Mak Long Sha, kakak ipar arwah abah.. Alhamdulillah sempat jumpa sepupu-sepupu sebelum mereka gerak pulang ke rumah mertua masing-masing.. Disini Sha jumpa keluarga Makcik, adik abah.. Kemudian kami gerak ke Desa Pandan 3 kereta.. Sha follow kereta sepupu Sha.. Ada beberapa rumah yang Sha dah lama dan tak biasa pergi tu yang Sha follow sepupu Sha.. Sampai di Desa Pandan, kami ke rumah Pak Itam, satu-satunya adik lelaki abah yang tinggal.. Ini je lah bapa saudara Sha yang masih ada.. Yang lain semua sudah kembali bertemu Ilahi.. Al-Fatihah buat semua arwah.. Selesai makan di rumah Pak Itam, Mak Lang dan dua sepupu Sha sampai.. Rumah Mak Lang memang kami hold dulu sebab Mak Lang nak buat rumah terbuka.. Bila dah jumpa ini memang gembiralah.. Lama lagi nak tunggu tarikh rumah terbuka tu kan..

Dari Desa Pandan Sha gerak ke Taman Kosas, Ampang.. Rumah Makwe, kakak ipar arwah abah.. Ziarah dan gerak pula ke PJ rumah adik perempuan abah.. Ini pertama kali Sha sampai di sini.. Memang tak pernah datang.. Rumah seterusnya di Sg. Penchala.. Berjumpa lagi dengan Mak Lan dan keluarga.. Memang gembira dan bertambah meriah jadinya.. 

Rumah terakhir, di Saujana Utama.. Rumah makcik Sha.. Singgah minum dan makan kuih raya dan sekali lagi kami bertemu Mak Lang.. Kikiki.. Dua mak saudara ini memang kesayangan Sha lah..

Alhamdulillah.. Memori gembira yang akan disimpan sebagai kenangan.. Semoga ziarah ini akan berterusan pula antara kami sepupu dan anak-anak.. Mak saudara dan bapa saudara dah makin menyusut, kami sepupulah kena teruskan aktiviti ziarah-menziarahi ini.. Tambah-tambah kali ini Sha rasa antara Sha dan isteri sepupu makin rapat..

Tema kami hijau tapi pelbagai tona.. Anak-anak dara dah ada selera sendiri.. Kita ikutkan sahajalah..

Wednesday, April 10, 2024

The Tapping Tapir: Lemonade & Lengkuas

Assalamualaikum..
Rasa yang unik tapi sedap.. Tak sangka gabungan lemon dengan lengkuas tu boleh jadi satu rasa yang ohsem.. Rasa masam dia lebih menyengat pada Sha.. Memang sedap.. Tambah minum sejuk-sejuk.. Pergh!! Mantap.. Cumanya Sha tak minum sekaligus, minum sikit-sikit untuk mengelakkan rasa tajam dia tu.. Yup, minuman ini agak tajam rasa dia mungkin sebab gabungan lemon dan lengkuas kan..

The Tapping Tapir: Lemonade & Lengkuas (300ml) - RM7.90

ebook | Ummi… Ceritalah Pada Kami: Selamat Hari Raya – Episod 6 oleh Siti Aisyah Hussain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alif, Aiman, Atan, Hana dan Putri datang berhari raya di rumah Ummi.. Selain mereka, Ustaz Syakir dan Uncle Maideen pun ada.. Ummi menghidangkan pelbagai juadah untuk dinikmati bersama.. Sambil menikmati juadah raya, Ummi menceritakan kepada mereka bagaimana umat Islam di seluruh dunia menyambut hari raya.. Cerita yang disampaikan Ummi membuatkan mereka semua kagum dan seronok mendengar.. Namun mereka semua bersetuju bahawa sambutan hari raya di Malaysia merupakan sambutan yang paling meriah dan seronok..

Sha baca dan selesai pada 08.04.2024..

Published May 10, 2017 by Buku Prima

Wordless Wednesday 2024


Salam Aidilfitri..
Andai ada salah dan silap, mohon dimaafkan dan jangan disimpan di dalam hati..

Tuesday, April 9, 2024

Ahmad Tea: Mango Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi teh berperisa yang umph dari Ahmad Tea.. Kali ini Sha cuba perisa mangga.. Pergh!! Bau dan rasa mangga dia memang umph lah.. Suka Sha.. Ini bukan takat bancuh panas tapi klaua bnacuh sejuk pun sedap ini.. 

Ahmad Tea: Mango Magic (20 Teabags) - RM11.00

Bancuh panas-panas.. Memang umph!!

ebook | Solo Leveling (Solo leveling Vol 2) by Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Mantap gila.. Awalnya Jinwoo cuma ambil kesempatan je dan nak pastikan pelajar sekolah tu tak berhenti sekolah.. Sebaliknya pula yang berlaku bila mereka terperangkap dalam portal bertanda merah.. Portal yang susah tapi Jinwoo gunakan peluan ini untuk cuba tentera bayang yang dia dapat.. Memang mantaplah.. Tambahan pula bila dia boleh berkomunikasi dengan makhluk yang dia lawan dalam portal ini.. Bila level semakin tinggi, akhirnya Jinwoo cabar diri untuk ke Demon Castle.. Pergh!! Memang makin dasyatlah battle yang dia perlu tempoh.. Semuanya menambah kekuatan dan juga barang rare dalam inventori dia..

Buku kedua ini juga jadi makin menarik dengan kemunculan bapa Jinwoo yang hilang lama dahulu.. Memang bapa borek anak rintiklah..

Sha baca dan selesai pada 07.04.2024..

Published Web Novel

YES GembiRaya 44GB Data Percuma

Assalamualaikum..
Hye semua..

YES bagi 44GB data percuma sempena Raya.. Ini yang syok guna data YES.. Belanja dekat shopee dapat data percuma, bila raya dapat data percuma.. Masa ulang tahun pun dapat data percuma.. kikiki.. Walaupun kadang-kadang line dia perlahan tapi okaylah untuk kegunaan anak-anak belajar di rumah..

Tempoh penebusan dari 6-13 April 2024.. Sha dapat je notifikasi, terus tebus.. 

Dah ada dah datanya..

Monday, April 8, 2024

ebook | Solo leveling (Solo leveling Vol 1) by Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun Sha dah layan animasi dia, rasa macam tak puas pula kalau tak baca novel dia.. kikiki.. Buku yang pertama ini memang seperti animasi yang Sha tengok tapi lebih terperincilah.. Jinwoo yang memegang gelaran Pemburu bertaraf E, berjaya memantapkan skill yang dia ada melalui cara yang tak disangka.. Pengalaman hampir mati dan mendapat peluang kedua digunakan sebaiknya oleh Jinwoo.. Namun Jinwoo tak bertindak kejam pada mereka yang tak mengancam dirinya.. Apa yang Jinwoo kejar lebih pada kewangan yang stabil dan menambah keuatan untuk emak dia dan adik perempuan dia.. Kewangan sebab mak dia terlantar di hospital, kekuatan supaya dia dapat melawan sekiranya ada ancaman..

Jinwoo bergabung dengan Jinho untuk kepentingan bersama dan Jinwoo mula percayakan Jinho.. 

Sha baca dan selesai pada 06.04.2024..

Published Web Novel

Servis Kuda Merah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu pagi Sha bawa kereta ke garaj tempat encik suami kerja.. Nak servis sebelum raya.. Banyak nak kena buat.. Gitu.. Mula-mula nak tukar minyak hitam.. Kemudian tukar spark plug.. Tambah air bateri.. Bersihkan kondenser dan periksa kedudukan tayar depan..

Petang sabtu lepas enjin sejuk datang buka dan tunggu minyak hitam yang lama turun.. Sementara tu encik suami tukar spark plug dan tambah air bateri.. Bila tengok minyak hitam masih menitik, kami balik.. Pagi Adab baru encik suami masukkan minyak hitam yang baru.. Kemudian dia betulkan tayar depan sebab tayar tu macam terkepak.. Bila tengok bahagian dalam tayar dah mula haus.. Jenuh juga nak membetulkannya.. Selesai betulkan tayar, encik suami tembak air dekat bahagian depan kereta untuk bersihkan kondenser.. Bila bersihkan ini barulah sejuk sikit aircond kereta..

Selesai, Sha pun uji pandu kereta.. Pergh!! Memang mantaplah performance dia.. Tambah lepas tukar spark plug tu.. Lagi ringan dan berdesup kereta pergi..Tukar gear pun smooth je..

Bagi dia sejuk dulu sebelum buka penutup untuk buang minyak hitam..

Dr Lube fully synthetic petrol oil SAE 5W-40 (RM72.68)
APM Oil filter (RM10.89)
Spark Plug Denso Iridium IT20 (RM70.06 untuk 4 batang)
Petang datang buka dan buang minyak hitam.. Sementara tunggu minyak hitam habis turun, encik suami tambah air dalam bateri dan tukar spark plug.. Sebab sebelum ini guna yang recon, kali ini kita ganti yang original..Harapnya performance kuda merah Sha kembali mantaplah.. huhuhu..

Bubuh minyak hitam baru masukkan dia dekat kedudukan dia..

Tuang minyak hitam baru..

Pekat gila minyak hitam yang lama tu..

Tayar belah kiri.. Bahagian dalamnya dah haus..

Tayar belah kanan tak seteruk belah kiri..
 

Tanam Semula Kunyit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang sabtu tu, lepas ambil buah kelapa kami gembur lagi untuk keluarkan kunyit yang tinggal.. Memang korek habislah.. Lepas tu gembur tanah dan tanam semula.. Semoga kembali tumbuh dengan cantik.. Siap buat kepungan untuk elak dari dimesin.. kikiki.. Masa korek tu memang meriahlah fengan cacing.. Suburlah tanah tu sebab ada cacing kan.. Sabtu tu memang Kerja sungguh-sungguh.. Lama tak berkebun.. kikiki..

Korek bagi habis.. Belah dalam banyak lagi rupanya.. Kena kutip semua ubi dia baru boleh tanam semula..

Dapatlah 1 beg lagi.. Kali ini Sha pek kecil-kecil nak bagi dekat kawan-kawan pejabat..

Tanam semula.. Kali ini besar sikit kawasannya.. Semoga membesar dengan elok.. Aamiin..

Sunday, April 7, 2024

Novel | K-Pop Girl: Once Yang Terbaik oleh Rashiela Nurain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua gadis dengan dua perwatakan yang berbeza bertukar identiti bila mereka ditimpa kemalangan.. Tessha seorang yang ceria dan ahli pasukan sorak manakal Emi pula remaja tembam yang suka menyendiri dan tidak pandai berkawan..

Bila Emi sedar, dalam dirinya adalah Teesha.. Jenuh juga nak meyakinkan kawan-kawannya siapa dirinya.. Namun kawan-kawan menerima segala yang diberitahu.. Maka berlatihlah kembali mereka dalam meneruskan pertandingan sorak yang bakal berlangsung.. Namun sewaktu sedang gembira, kebenaran terbongkar.. Berjayakah Emi dan Teesha kembali kepada keadaan sebenar..

Sha baca dan selesai pada 06.04.2024..

Published April 18, 2023 by Bookiut

Kutip Kunyit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam, sambil-sambil tolong encik suami pasang tinted tu Sha bersih-bersihkan persekitan pokok-pokok yang Sha tanam.. Sekali tengok ubi kunyit ini banyak gila.. Sha pun tak perasan bila masanya daun dia kena buang.. Tahu-tahu je dah lapang.. Sampai terlupalah pernah tanam kunyit, sedar pun bila jiran atas nak ambil daun kunyit tapi dah tak ada.. Masa jiran bagi tahu daun kunyit ini dah tak ada, memang tak tergerak langsung nak pergi tengok.. Pagi semalam baru tahu ada banyak isi nya, itupun sebab bersihkan rumput dan ambil bata.. Sha pun tuailah isi kunyit ini dan maklumkan dalam whatsapp group kuarters.. Manalah tahu kot jiran-jiran ada yang nak.. Sha tanam pokok kunyit ini tahun 2021.. Tahun lepas daun dia besar-besar.. Siap ada bunga kunyit lagi.. 

Banyak gila ubi dia dan dah ada pucuk baru nak keluar.. Harapnya kembali tumbuh besar dengan jaya nya lah..

Ini sebahagian kunyit yang Sha tuai dan beri pada jiran-jiran..

Pasang Tinted Pada Tingkap Rumah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha pernah kongsikan peristiwa orang mengintai semasa Sha jemur bajukan.. Kalau nak tahu, minggu lepas anak Sha pula kena.. 28 Mac 2024, kejadian berlaku masa Sha keluar dengan encik suami dan waktu tu orang tengah solat terawih.. Anak Sha ini dia duduk bilik belakang tengok tv.. Sekali dengar bunyi orang berjalan.. Dia selak sikit langsir dan nampak orang berdiri membelakangkan tingkap.. Terus dia mesej Sha tanya ayah dia ke.. Sha cakaplah Sha dengan ayah dia keluar beli barang.. Terus kami bergegas balik.. Tak tahulah manusia mana..

Encik suami terus pesan tinted putih dekat Shopee dan semalam kami bertungkus lumus pasang.. Bila dah pasang ini, memang legalah.. Tak boleh dah orang nak mengintai.. Memang orang luar tak nampak dalam, orang dalam pun tak nampak luar.. Selain pasang tinted, encik suami tambah kunci juga pada grill pintu depan dan sliding door.. Keselamatan tambahan.. Kita usaha dan ikhtiar, selebihnya minta pada Allah semoga keluarga kecil kami sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah.. Aamiin..

Sebelum pasang..
Tingkap Bilik Belakang
Disinilah kejadian kali kedua.. Orang tu berdiri membelakangkan tingkap tengah tu..

Tingkap Bilik Amani & Imani
Tingkap ini mengadap padang dan gelap

Tingkap Tepi bilik Utama
Tingkap ini sebelah tingkap bilik Amani & Imani..

Tingkap Bilik Utama
Tingkap bilik tidur Sha.. Mengadap padang dan gelap..

Siap Pasang
Pasang dekat bilik Amani dan Imani dulu..

Tingkap tepi bilik utama..
Kecik sikit tingkap ini.. Kena potong sikit tinted nya..

Seterusnya tingkap utama bilik Sha..

Paling akhir tingkap bilik kejadian.. Selesai..

Saturday, April 6, 2024

ebook | The Microbiologist oleh Iman Fadia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baca buku ini baru Sha tahu mengenai jawatan ahli mikrobiologi.. Menarik betul.. 

Kisahnya Ayumi diminta berkerjasama dengan Detektif Fahad menyiasata kes pembunuhan bersiri yang menggunakan senjata yang tak diduga.. Menyiasat kes itu membuatkan Ayumi kena menyamar dan memerhati perkara yang berlaku di Makmal MA.. Memang bersimpang siur jadinya dengan kemunculan sepupu Fahad menganggu.. Ada orang berikan amaran pada Ayumi dan mengikuti Ayumi.. Kemudian ada seorang tua yang selalu memerhati Ayumi dan suruh dia berjaga-jaga..

Tanpa Ayumi dan Fahad sedari kes yang berlaku sekarang ada kaitan dengan kematian dua orang pelabur MA Lab.. Ayumi jga turut terkait tanpa dirinya sedar.. Mengancam betul jalan cerita dia..

Sha baca pada 03.04.2024 dan selesai pada 04.04.2024..

Published February 1, 2022 by Ilham Pena

US | Solo Leveling (2024)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Lain macam vibe bila tengok animasi dia.. Sha tengok dekat iQiyi.. Paling syok bila tengok 2 episod terakhir.. Pergh!! Mantap betul bila dah diterjemahkan dalam bentuk animasi..

Kisah Jinwoo yang asalnya hanyalah pemburu kelas E berjaya naik tahap selepas menyertai satu pemburuan di tempat yang tak dijangka.. Tanpa sengaja juga Jinwoo seolah-olah diberikan peluang untuk naik tahap sedikit demi sedikit dengan menyelesaikan misi yang muncul melalui panel yang muncul dihadapan Jinwoo.. Panel itu hanya boleh dilihat Jinwoo.. Drama ini tamat disaat Jinwwo mendapat gelaran Raja Bayangan semasa menyelesaikan misi dasyat yang tak disnagka.. Malah Jinwoo turut mendapat askar bayangan.. Pergh!! Mantap..

Solo Leveling
Also known as I Level Up Alone
2024 ‧ Anime/Action/Adventure/Fantasy ‧ 1 season
In a world of gifted hunters and monsters, a weak hunter Sung Jinwoo gains extraordinary powers through a mysterious program, leading him to become one of the strongest hunters and conquering even the strongest dungeons.

Novel | Akhi oleh Inche Gabbana

Assaalamualaikum..
Hye semua..

Akhi merupakan sebuah cerita yang memaparkan keindahan dan kemanisan mencintai sahabat kerana Allah.. Kisah dua orang sahabat yang begitu berbeza perangainya tapi mereka bersatu dengan persahabatan kerana Allah.. Saling menjaga dan menegur ke arah kebaikan dan semuanya kerana Allah.. Memang terasa seronok membaca buku ini..

Namun seolah-olah ada yang kurang dalam penyampaian.. Tapi masih okay lagi dan bagus dibaca..

Sha baca dan selesai pada 02.04.2024..

Published April 1, 2017 by Muassis Publication

Friday, April 5, 2024

Jepun | Garo: Hagane wo Tsugu Mono (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini sambungan dari filem Garo: Kami no Kiba.. 

Penjenayah sebenar, depan mata je.. Atas alasan marah sebab manusia yang diselamatkan dari Horor rupanya pembunuh bersiri.. Disebabkan itu Mutsugi cuba musnahkan Gate Of Destructive semata-mata nak hapuskan manusia yang memang jahat dan berdendam.. Awal-awal tu memang tak boleh nak agaklah tapi bila masuk episod 3 terakhir baru nampak belang dia..

Macam biasalah hero menyelamatkan keadaan.. kikiki..

Drama: Garo: Hagane wo Tsugu Mono
Also Known As: GARO: The One Who Inherits Steel, GARO: The Inheritor of Steel, Garo: Hagane o Tsugu Mono
Genres: Action, Tokusatsu
Country: Japan
Episodes: 12
Aired: Jan 11, 2024 - Mar 28, 2024
Aired On: Thursday
Original Network: Tokyo MX
Duration: 23 min.
Dogai Ryuga, the Golden Knight Garo, has regained his golden glow and destroyed the evil plots of Horror. An encounter with a mysterious knight clad in “steel” leads Ryuga to the next test. Now, the story that approaches the origin of the protector begins!

Buku | Yang Tertulis Pergi oleh Farah Lee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha tak jangka pun isi buku ini adalah puisi pendek dan anekdot.. Setiap puisi adalah isi hati penulis.. Bila kau baca apa yang disampaikan, sedikit sebanyak kau dapat memahami apa yang dirasakan penulis.. Malah ada masanya kau rasakan seolah-olah apa yang ditulis tu tertuju tepat ke hati kau.. Namun begitu penulis turut berkongsi sekiranya kau pernah berada di titik terendah dalam hidup kau, itu bukanlah suatu hal yang negatif sebenarnya dan ianya juga bukanlah bermakna pengakhiran untuk segala-galanya.. Sebaliknya itu adalah hikmah dan ada iktibar yang boleh kita renungi untuk memperbaiki diri dan kehidupan..

Suka bila penulis tekankan bahawa kesemua puisi dan catatan yang ditulis ini adalah untuk mengalakkan dan juga memberi harapan bukannya melemahkan semangat.. 

"Kita akan rasa kehilangan bila kita pernah rasa memiliki"

Sha baca dan selesai pada 02.04.2024

Published February 1, 2023 by Tentang Kita Empire

China | Snake 4: The Lost World (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah kapal terbang terhempas di pulau yang menakutkan.. Sebahagian penumpang tercampak jauh dari rangka kapal terbang tu.. Mereka tersedar di dalam hutang yang ganas.. Buah pelik yang berasid, pokok yang cuba memakan memakan mereka, diserang cicak gergasi dan akhirnya terpaksa berdepan dengan ular ganas serta besar.. Banyak-banyak penumpang, yang tinggal 2 orang sahaja.. huhuhu.. Itupun nyaris nak kena makan dengan ular gergasi.. 

Movie: Snake 4: The Lost World 'Prehistoric beasts attacked'
Also Known As: Orochi 4: The Lost World, Da She 4: Mi Shi Shi Jie
Director: Lin Zhen Zhao
Genres: Thriller, Horror, Adventure
Country: China
Release Date: Nov 10, 2023
Duration: 1 hr. 21 min.
Hao Ren failed to start a business and his mother passed away. The successive pressures and blows wiped away the last glimmer of hope in his heart, so he took a plane to go abroad. Unexpectedly, the plane encountered a large thunderstorm on the way, hitting the plane’s engine. During the crisis, Hao Ren thought of all his frustrations and deliberately did not wear an oxygen mask, hoping to obtain insurance compensation and leave living expenses for his brother.
   The mysterious sea, the nameless desert island, the broken plane wreckage, and the mourning of the victims broke the original silence here. Hao Ren woke up from a coma and found himself in a dense primitive jungle. He got up and found other surviving passengers. They were all covered with scars and were in shock.
   The survivors gradually recovered from the plane crash they had just experienced. Finally, they decided to go to the other side of the desert island to find the cockpit of the aircraft, hoping to contact the rescue team through the radio transceiver. Unfortunately, the giant monsters soon attacked.

Thursday, April 4, 2024

Komik | Lukisan Tarbiah oleh Abeben

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Buku yang ringkas namun padat isinya dalam menegur manusia.. Disampaikan dalam bentuk komik yang menarik dan menyentuh perasaan.. Tegurang dengan cara begini mampu menarik pembaca bukan sahaja dewasa malah remaja dan juga kanak-kanak.. Terima kasih penulis..

Sha baca dan selesai pada 01.04.2024..

Published January 1, 2016 by Tarbiah Sentap

Korea | Midnight (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Mencabar betul filem ini.. Kita pula yang panik menengoknya.. Kisahnya Kyeong Mi ini pekak tapi boleh baca bibir orang.. Hidup dia biasa je dengan mak yang juga pekak.. Masalah bermula bila seorang pembunuh awalnya aim mak Kyeong Mi ini tapi kemudiannya ubah sasaran kepada So Jung.. Masalah jadi rumit bila Kyeong Mi terjumpa So Jung dan pembunuh tu serang dia.. Memang pergh!! Kita yang tengok ini pun geram je.. Bayangkan nak minta tolong tak boleh tapi diburu.. Pembunuh tu sampai ikut Kyeong Mi ini kerumah dia.. Memang dasyatlah.. Walaupun fiksyen je tapi puas hati Sha bila Kyeong Mi buat seolah-olah pembunuh tu tikam dia.. Masa ini memang puas hatilah.. Padan muka pembunuh tu..

Movie: Midnight
Also Known As: Mideunaiteu
Screenwriter & Director: Kwon Oh Seung
Genres: Action, Thriller, Mystery
Country: South Korea
Release Date: Jun 30, 2021
Duration: 1 hr. 43 min.
A life-threatening hide-and-seek between a psychopathic killer and a deaf woman

Kyeong Mi, a girl with hearing impairment lives with her mother. Working at the customer call center, one day she storms out of an unpleasant dinner with the client and drives home after she picks up her mother. Meanwhile, the murderer Do Shik spots Kyeong Mi's mother waiting for her daughter who went to park her car but changes his target when another girl So Jung passes him by talking on the phone. So Jung gets stabbed by Do Shik in the back alley and is found by Kyeong Mi, who ends up becoming Do Shik’s new prey.

Buku | Komik Tazkirah Tok Guru oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat, Athool (Illustrator/Adaptation)

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Mengancam betul baca buku ini.. Walaupun ringkas tapi padat dengan teguran.. Disampaikan pula dalam bentuk komik dan berwarna warni.. Memang memikat mata untuk membaca.. Nipis dan ringan, mudah nak dibawa kemana-mana.. Semua orang sesuai membaca buku ini.. 

Sha baca dan selesai pada 01.04.2024..

Contoh tazkirah dan komik yang disertakan..

Published November 16, 2015 by PTS Publications

Wednesday, April 3, 2024

Coretan Semalam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang teman encik suami panaskan enjin motor besar dia.. Lama tak gerak motor ini, tu yang dia ajak Sha.. Tapi tak adalah jauh mana.. Gerak dari Behrang - Slim - Sungkai - Slim - Behrang.. Pergh!! Lama tak naik, lenguh pinggang.. Selalu jalan dekat-dekat je dengan motor kecik.. Kali ini naik motor besar, lalu jalan lama.. Memang leperlah punggung.. kikiki.. Lama juga Sha tak naik motor besar encik suami.. 

Si putih yang handsome.. 

TCA Implanon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ada TCA di Klinik Ibu & Anak untuk pemeriksaan berkala selepas pakai implanon.. Mujurlah dengar cakap encik suami untuk singgah klinik desa ambil buku perancang sebelum ke Klinik Ibu & Anak berjumpa doktor.. Alhamdulillah dapat jumpa doktor yang baik.. Memang menyeluruh dia tanya Sha.. Mula-mula pasal kecing manis.. Doktor suruh teruskan TCA di Klinik Pakar.. Nanti dia akan semak semula keputusan.. Lepas tu beliau tanya mengenai haid, okay ke tak lepas tukar implant hari tu.. Sha cakap ada lah dia haywire bila keluar lebih dari hari yang sepatutnya cuma tak adalah bleeding teruk.. Doktor bagi tahu, normal sebab Sha dah ambil hormon ini dekat 10 tahun.. 

Perkara seterusnya doktor tanya pasal ujian pap smear.. Sha cakaplah tahun lepas Sha buat dua kali.. Sekali yang pap smear biasa tu dan sekali lagi yang HPV DNA tu.. Doktor tanya keputusan okay ke.. Sha cakaplah tak ada panggilan, maksudnya okaylah kan.. Jadi doktor suruh juga Sha dapatkan keputusan tu dekat LPPKN.. Jadinya lepas selesai dekat Klinik Ibu & Anak, terus Sha pergi ambil keputusan tu.. Alhamdulillah keputusannya okay..

Perkara terakhir yang doktor tanya adalah mengenai mammogram.. Sha cakaplah tak pernah buat.. Jadinya doktor tanya sejarah kanser dalam keluarga.. Sha bagi tahulah arwah mak ada kanser payudara.. Doktor akan dapatkan tarikh untuk Sha buat ujian memogram tu.. Lepas 3 bulan jumpa balik doktor untuk tengok keputusan memogram tu..

Memang menyeluruh doktor tu temuduga Sha.. kikiki.. Sebelum jumpa doktor, kena ambil darah juga.. Dua kali cucuk.. Kiri tak keluar, kanan baru keluar darah.. 

Selesai temujanji pertama untuk tahun ini..

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, April 2, 2024

Malaysia | Ayahanda Ibrah Ramadan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Sedih betul cerita ini.. Bila seorang ayah tak difahami, bukan sahaja oleh anak tapi juga isteri.. Datang pula menantu yang pentingkan diri sendiri, hasut mak mertua merajuk dan lari pergi rumah anak.. Walhal mak tu tak pernah tinggalkan ayahnya langsung tambah-tambah bulan puasa.. Menantu yang satu tu je lah yang benar-benar faham tindakan ayah mertuanya.. Tapi tu lah, komunikasi pun tak ada antara mak dan ayah, punca juga ini.. Selalunya ayah buat keputusan dan mak ikut je walaupun tak setuju tapi bila dah lama pendam dan ada yang menghasut, tersalah buat keputusan.. huhuhu..

Sedihlah.. Kadang anak-anak dan isteri ini tak nampak pengorbanan seorang suami dan ayah.. Hanya nampak kekerasan dia je..

Ayahanda Ibrah Ramadan
Waktu Siaran: Sabtu, 14 Mei 2022, 10:00 malam
Rangkaian: Cerekarama TV3
Pengarah: Dato Ahmad Tarmimi Siregar
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Hairi Safwan, Rita Nadira, Tasha Shila

Buat pertama kali, Noriah sebagai isteri yang taat telah memberontak terhadap Abdullah dan mereka bertengkar disebabkan isu majlis kenduri kesyukuran untuk menjamu orang kampung.

ebook | Ayah Sayang Alin? oleh Faridah Idris

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alin seorang anak yang baik dan cemerlang namu Alin ada satu kekurangan.. Alin tak pandai dalam matematik.. Walaupun Alin berusaha membuat latih tubi, markah Alin tetap tak meningkat.. Alin risau Ayah tak sayangkan dia lagi.. Namun begitu syah Alin tak marah malah memberikan semangat pada Alin malah turut menyatakan yang beliau sentiasa sayangkan Alin dalam apa jua keadaan..

ebook | Di Mana Abah? oleh Nadia Rasfannani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang anak yang merindui abahnya.. Huhuhu.. Walaupun nipis tapi menyentuh perasaan.. Sekecil ini kehilangan abah, memang menyentuh perasaan..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com