Showing posts with label Rumah Sewa. Show all posts
Showing posts with label Rumah Sewa. Show all posts

Tuesday, March 10, 2026

Ride ke Ipoh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Malam tadi penyewa rumah Sha mesej bagi tau paip air dekat garaj tu bocor.. Bila bagi tau encik suami, dia kata nak ke Ipoh hari ini untuk betulkan.. Sha pun teruslah mesej bos bagi tahu nak ambil cuti.. Alhamdulillah bos bagi kebenaran.. Lepas hantar anak sekolah, teruslah kami gerak ke Ipoh.. Encik suami ajak naik motor ja sebab cepat dan jimat.. Mujurlah masa pergi tu encik suami bawa santai-santai ja.. Memang syoklah layan angin pagi.. Singgah sekejap isi minyak dekat Petronas R&R Tapah, lepas tu terus ja ke Ipoh.. Selesai semua, terus gerak balik.. Nak ambil anak pula.. Perjalanan balik ini mencabar sikit.. Bulan puasakan, cuaca pula panas berbahang.. Memang terasa jauhnya Behrang tu.. kikiki.. Sha dekat atas motor tu menghitung jarak dan jenuh pastikan diri tak tertidur.. kikiki..

Gerak dari Behrang jam 7.20 pagi.. Singgah hardware dekat area Tanjung Rambutan untuk beli barang sikit sebelum ke rumah sewa Sha..

Sampai sudah.. Sha maklumkan penyewa kami dah sampai dan terus buat kerja..

Selesai kerja.. Singgah Petron jap sebelum ke rumah sewa encik suami pula.. Lepas tu terus gerak balik..

Rehat jap dekat R&R Tapah arah Selatan.. Penat owh.. kikiki..

Encik suami tambah stopcock sekali..

Alhamdulillah.. Elok dah paipnya.. Penyewa nak guna jenis yang ini supaya mudah sambung ke mesin basuh.. Paip asal boleh tengok SINI..

Selesai.. Jomlah balik..

Friday, February 6, 2026

Perjanjian Sewa Rumah #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha mohon cuti untuk ke LHDN Teluk Intan bagi menyelesaikan urusan setem perjanjian sewa rumah.. Sebenarnya ini kali kedua Sha buat.. Sha pernah buat setem perjanjian sewa rumah ini pada 2018.. Lepas tu memang tak buat dah.. Penyewa kelima ini kita buat balik.. Kalau dulu manual dan kena ke kaunter LHDN, kali ini lebih mudah sebenarnya.. Boleh buat atas talian ja, cuma Sha tak jumpa bagaimana.. Bila sampai di LHDN Teluk Intan, petugas kaunter tu dia bantu kita untuk buat setem tu secara atas talian menggunakan telefon.. 

Sha salah jalan, sebab tu tak jumpa.. Sha cari di aplikasi bukan di website.. Walhal dah minta tolong ChatGPT, tetaplah tak berjaya juga.. Kelakar pun ada.. Jadinya bila Sha dah jumpa, kenalah kongsikan dengan pembaca juga sebagai maklumat tambahan kalau berminat nak buat.. Sha berjaya buat myTax dan muat turun aplikasi dia tapi stamping ini kena buat di laman sesawang dia bukan aplikasi dia.. Tu yang tak jumpa-jumpa.. 


Apa Itu e-Stamp LHDN untuk Perjanjian Sewa Rumah?
e-Stamp ialah kemudahan atas talian yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk proses setem perjanjian sewa rumah, tanpa perlu ke kaunter. Ringkasnya, lepas perjanjian sewa ditandatangani, dokumen tersebut perlu disetem supaya ia sah dari sudut undang-undang. Sekarang, semua itu boleh dibuat secara digital.

Apa yang Perlu Dibuat?
1. Daftar / log masuk ke portal MyTax LHDN - https://mytax.hasil.gov.my/
2. Pilih menu - Perkhidmatan ezHasil - Duti Setem - e-Duti Setem
3. Klik untuk teruskan - Individu - klik nama sendiri - Borang Permohonan - penyeteman
4. Isi maklumat yang diperlukan
5. Muat naik Perjanjian Sewa Rumah (ini kena pastikan ada tandatangan kedua-dua pihak dan salinan ic kedua-dua pihak).
5. Buat bayaran duti setem (ini akan dikira mengikut tempoh perjanjian)
6. Cetak atau simpan resit e-Stamp sebagai bukti (bolehlah beri satu kepada penyewa, dan simpan sendiri satu salinan).

Bila Perlu Buat e-Stamp?
Perjanjian sewa perlu disetem dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia ditandatangani.
Jika lewat, boleh dikenakan denda.

Kenapa e-Stamp Penting?
1. Melindungi hak penyewa dan tuan rumah
2. Memudahkan urusan jika berlaku pertikaian
3. Dokumen lebih kemas, sah dan teratur
4. Tak perlu beratur panjang di pejabat LHDN

Monday, February 2, 2026

Tambah Baik Rumah di Ipoh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi Ahad Sha ke Ipoh lagi.. Kali ini gerak dengan kereta sebab nak bawa barang untuk kerja-kerja pemasangan kipas dan paip tambahan.. Sha gerak dari Behrang jam 7.12 pagi, singgah rumah di Ulu Slim untuk ambil barang encik suami.. Baru getak ke Ipoh.. 8.40 pagi singgah R&R Tapah untuk isi minyak dan beli roti.. Lepas tu terus gerak ke Lotus.. Beli kipas dinding RM149.00 dan cari tempat makan.. Selesai isi perut kami ke hardware cari batang paip pula.. Mujurlah ada kedai hardware yang buka.. 

Sha yang memandu sepanjang jalan ini sebab encik suami masih kesakitan akibat jatuh Sabtu malam tu.. Kakinya tertimpa motor.. Bengkak sikit.. Lagipun nanti encik suami nak buat kerja, jadinya Sha ja lah yang memandu pergi dan balik.. Encik suami nak memandu juga tapi Sha tak bagi, biar Sha ja bawa.. Lagipun semalam lancar ja.. Kereta banyak tapi tak adalah sampai tersekat.. 

Tambah paip air dekat bahagian luar rumah..

Paip air dan laluan untuk buang air dari mesin basuh.. Ini guna duit Sha.. Modal beli barang RM105, upah percuma sebab encik suami yang buat.. Lepas tu ada lebihan masa buat paip dapur sebelum ini..

Pasang kipas baru di bilik belakang.. Beli dekat Lotus ja kipas ini.. Kena RM149 (ini guna deposit penyewa lama sebab beliau yang rosakkan) dan encik suami yang pasangkan.. Mujurlah mudah ja, ngam dengan tapak yang lama..

Tukar plug suis yang rosak.. Plug yang lain warnanya tu encik suami yang pasang.. Ini pun Sha caj pada penyewa lama juga sebab sebelum dia masuk, plug ini elok ja berfungsi..

Sha mengecat dinding yang rosak ini ja.. Itupun tetap nampak kuning-kuning.. Catnya lebihan sebelum ini.. 

Upah orang untuk tambah plug dekat luar.. Kena RM200.. Masa buat wiring ini yang lama sebab ada salah faham dan tak bercakap.. Pekerja ini ingatkan kami yang akan duduk jadinya dia buatlah lambat sikit.. Dia tak sangka pula kami ini tuan rumah.. Masa dia tengah buat kerja penyewa baru datang dengan lori nak masuk rumah.. Lagi kelam kabutlah dia.. Encik suami suruh dia bertenang dan bantu dia buat kerja.. Kalau tak, memang lagi awal kami balik.. Tapi tak pelah.. Pengalaman kan..

Sunday, February 1, 2026

Ambil Kunci Dari Penyewa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang semalam dalam pukul 2.15, Sha dan encik suami gerak ke Ipoh naik si putih.. Encik suami tak nak naik kereta sebab nak cepat.. Memang banyak kereta petang semalam.. Sempatlah kami basah ditimpa hujan area Kampar.. Sampai Ipoh dah kering semula..

Kami ke Ipoh untuk ambil kunci rumah dari penyewa Sha.. Dia baru maklumkan dekat Sha nak keluar, hari Rabu (28.01.2026).. Jadinya Sha janji untuk datang ambil kunci pada hari Sabtu (31.01.2026).. Penyewa ini masuk rumah Sha 30 November 2024, kiranya sempatlah setahun.. Penat sikitlah Sha dengan penyewa yang ini.. Hari beliau maklumkan nak keluar tu, baru dia bagi tahu Sha yang air dah kena potong.. Memang beranginlah juga Sha.. Sha terus telefon Lembaga Air Perak dan selesaikan pembayaran.. Guna deposit yang ada di tangan Sha.. Kemudian Sha semak bil api guna MAE, pun ada tunggakan.. Sha bayar guna duit deposit.... Lepas tu petang semalam masa Sha datang rumah, rumah dalam keadaan kurang bersih.. Sha suruh dia angkut besi sangkar kucing dan tayar lama yang dia tinggalkan.. Selebihnya Sha selesaikan guna deposit yang masih ada ditangan Sha.. 

Kebetulan juga encik suami dah dapatkan penyewa baru.. Janji nak jumpa petang yang sama.. Penyewa baru ini setuju dan terus tandatangan surat perjanjian.. Selesai tunjuk rumah, Sha terus serah kunci kecuali kunci pintu depan selepas beliau buat bayaran.. Penyewa yang kelima ini okay ja dengan keadaan rumah, jadinya tak payahlah Sha cat rumah dah.. Beliau terima seadanya.. Cuma kena bersihkan dan ganti beberapa perkara ja..

Tombol pintu utama rosak.. Ini Sha ganti terus petang Sabtu tu.. Kos RM37.00, beli dekat Mr.DIY guna duit deposit penyewa lama..

Tombol baru siap di pasang sementara tunggu pekerja kebersihan datang..

Bilik utama dia cat warna ungu (kena cahaya jadi merah jambu).. Lantai ada kesan double sided tape.. Ini Sha tak cat semula sebab penyewa baru tak kisah tapi Sha tetap ambil kos upah dan cat dari penyewa lama ini sebab cat tanpa kebenaran dan tak cat semula kepada warna asal.. 

Kipas bilik no 3 pecah.. Kipas dinding ini Sha buka dan bagi penyewa lama.. Sha tolak duit deposit dia untuk beli kipas baru dan pasang semula..

Table top dan lantai dekat dapur kotor.. Berminyak-minyak dan ada kesan karat pada lantai..

Pukul 7 petang pekerja kebersihan datang untuk cuci rumah.. Kali ini Sha malas nak berpenat lelah, Sha cari dekat Facebook, buat panggilan dan minta pekerja kebersihan datang ja buat kerja.. Usia dah banyak ini nak kerja mudah ja, tak larat dah nak beriya-iya.. Bayar RM90 (upah kerja RM75 untuk sejam dan duit minyak RM15), bersih terus satu rumah.. Alhamdulillah.. Upah ini pun Sha ambil dari deposit penyewa lama sebab Sha serah rumah dalam keadaan bersih dan dia sepatutnya pulangkan pada Sha pun dalam keadaan bersih.. Bila tak bersih, memang Sha caj atas deposit dia lah..

Selesai ja bersih rumah, Sha terus gerak balik.. Sha singgah makan dekat hentian sebelah Simpang Pulai dan hentian sebelah Ladang Bikam untuk regangkan badan yang penat.. Kami keluar tol Slim River, elok lepas tol lama ada eksiden dan pokok tumbang.. Konon nak lalu jalan dalam, terjatuh pula kami masa nak pusing motor.. Encik suamilah sakit sikit kakinya sebab tertimpa motor.. Sha sampai rumah jam 10.40 malam.. Pengalaman..

Friday, January 30, 2026

Keserabutan Tak Terduga

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal jam 5.51 pagi Sha dapat berita yang tak menyedapkan.. Memang stress jadinya.. Rabu lagi Sha dah stress dengan makluman penyewa Sha.. Pagi tadi dia bagi tahu lagi berita yang mengusutkan fikiran Sha.. Memang serabut dibuatnya.. Mujurlah encik suami berbesar hati menenangkan Sha dengan menghantar Sha ke tempat kerja.. Lepas tu sepanjang jalan, encik suami utarakan jalan penyelesaian.. Alhamdulillah.. Sejuk sikit hati.. Sha ambil ini sebagai pengalaman tuan rumah dan penyewa..

Pada masa yang sama hari ini Sha cuba mudahkan urusan pelajar-pelajar praktikal yang masuk ke perpustakaan sambil-sambil berdoa pada yang Esa.. Alhamdulillah urusan Sha dipermudahkan hari ini.. 

Dapat pula sebekas kek batik indulgence ini, bertambah tenang jiwa Sha.. Sha beli pada rakan pejabat..

Ini pula pemberian ikhlas beliau.. Kira hadiah hari Jumaat.. Sha dapat 2 bekas sebenarnya kek coklat tu.. Satu dah selamat masuk perut..

Tuesday, December 3, 2024

Sabtu Yang Sibuk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu (30.11) merupakan hari yang sibuk buat Sha.. kikiki.. Pagi Sha ke Saujana Utama untuk bekam dan urut.. Sempatlah makan roti canai sebagai sarapan.. Kemudian tengahari ke Kenduri kahwin adik pelatih di PSAS dulu.. Petangnya Sha dan encik suami ke Ipoh untuk ambil kunci dari penyewa lama, bersihkan serba sedikit rumah dan serah kunci pada penyewa baru.. 

Pergh!! Memang penatlah..

Jom naik motor ja.. Cepat, jimat minyak dan mudah nak parking.. kikiki.. Ini kami ke Saujana Utama..

Buah tangan dari kenduri adik pelatih.. 

Bawa tangga sebab nak tukar lampu dan tampal bumbung bocor dekat garaj kereta.. 

Monday, April 29, 2024

Buat Paip Baru Di Rumah Ipoh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ke Ipoh lagi.. Penyewa baru Sha bagi tahu bila basuh pinggan air melimpah dekat bawah table top tu.. Bilik air pun sama.. Penyewa maklumkan pada Sha 29 Mac.. Seminggu sebelum raya ada plumber area Ipoh datang tengok tapi tak boleh nak buat.. Sha minta penyewa sabar sampai lepas raya.. Bincang dengan encik suami, dia kata dia buat.. Jadinya semalam kami ke Ipoh.. 
Modal beli barang, makan, tol dan minyak kereta lebih kurang RM150.. 

Sepatutnya air dari bilik air dan sinki akan lalu sini dan terus ke longkang tapi bila tukang paip tu datang, dia cakap air tak lalu kat sini.. Tak tahu ke mana perginya.. Mungkin terus ke tanah..

Encik suami tuang asid 2 botol dalam lubang bilik air ini..Semoga akan kembali okay..

Air melimpah kat sini bila guna sinki dapur..

Encik suami tengah drill dinding untuk buat lubang..

Bahagian dalam dah siap..

Akhirnya.. Jenuh juga encik suami buat..

Tampal simen bagi cantik balik lubang..

Alhamdulillah.. Siap juga akhirnya..

Terus ke longkang..

Sunday, February 25, 2024

Serah Kunci Pada Penyewa Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdlillah semalam berjaya serah kunci pada penyewa baru.. Mudah urusan Sha.. Patutnya jumpa hari ini, tapi disebabkan semalam kami memang ke Ipoh sebab encik suami nak tolong gantikan penutup jamban yang rosak dan mengecat grill pintu hadapan, kebetulan penyewa baru pun nak singgah petang tu.. Makanya teruslah berurusan.. Memang mudahlah..

Alhamdulillah.. Selamat dah beri kunci rumah dan terima duit dari penyewa baru pada 24.02.2024.. Semoga yng baik-baik sahaja antara Sha dan penyewa baru ini..

Warna asal gril depan..

Setelah di cat.. Sama warna dengan pintu cumanya kelabu dia pekat sikit.. Nak balik baru teringat nak ambil gambar.. huhuhu..

Penutup jamban baru dibilik air utama..

Ini penutup lama.. Nak balik lepas selesai kerja baru perasan penutup ini dah pecah dekat bahagian pemegang skru dia tu..

Tuesday, February 13, 2024

Tambah Baik Kediaman di Ipoh #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha pergi Ipoh lagi, menyelesaikan kerja akhir sebelum penyewa baru masuk.. Sampai-sampai tu memang bahagia sangat bila tengok table top cantik dah siap, sinki yang dia bubuh pun lawa.. Dinding kiri kanan dah naik.. Makanya jomlah mengecat.. Sha menolong encik suami sebenarnya.. kikiki.. Encik suami yang selesaikan kerja-kerja mengecat tu secara keseluruhannya.. Kalau Sha yang buat, pakat tak siap lagilah.. kikiki..

Selain dari mengecat, Sha bersihkan juga tandas dari bekas-bekas tampalan penggantung.. Memang bagi bersih seperti tak pernah diduduki.. Senang nak deal dengan penyewa baru nanti.. Paku-paku semua kasi buang bersih..

Setelah siap berdinding..

Selesai dicat.. Barulah cantik dan kemas..

Besi ini Sha bubuh dekat pintu untuk elakkan tempias air hujan.. Pintu ini di bahagian belakang.. Oleh kerana dah berkarat-karat, maka encik suami cat bagi cantik..

Hasilnya setelah dicat..

Ini pula plug tambahan yang encik suami tolong buatkan di bahagian dapur..

Gigih mengecat lapisan pertama sebelum encik sumai cat lagi untuk lapisan kedua.. 

Sunday, February 11, 2024

Tambah Baik Kediaman di Ipoh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hujung Januari, penyewa rumah Sha keluar.. Selepas mengambil kira beberapa perkara, Sha buat keputusan untuk naik taraf rumah Sha sebelum penyewa baru masuk.. Sebelum ini Sha dah simen bahagian hadapan rumah.. Kali ini Sha naikkan bata di bahagian letak kereta dan buat table top kabinet dapur.. Memang kena keluar modallah sikit.. Bayarannya RM4500 untuk dua kerja ini..

Sebelum - Ada ruang yang kita boleh nampak tingkap jiran kiri kanan..

Sebelum - Gini je dia punya dapur.. Ada sinki tu je..

Kontraktor turunkan pasir, bata dan simen pada 03 Feb 2024..

Pada hari Isnin (05.02.2024) kerja-kerja menaik taraf sudah mula dijalankan.. Kontraktor menghantar hasil kerja mereka kepada encik suami..

Sebelah dah siap berbata.. Cepat betul kerja mereka..

Kerja-kerja menaikkan bata di sebelah lagi sedang dilakukan.. Bagus mereka berkerja, siap bubuh lapik dibahagian bawah tu..

Bahagian dapur sudah mula dipecahkan untuk dibuat table top..

Hari Rabu (07.02.2024) kontraktor hantar gambar kerja yang mereka dah buat..

Dinding kiri selesai bersimen.. Lantai pun mereka dah cuci..

Dinding kanan pun dah bersimen..

Table top dah bersimen.. Tinggal nak pasang tile..

Siap dah table top Sha.. Yeah!! Ini gambar yang encik suami bagi masa ke Ipoh (Khamis - 08.02.2024) untuk buat pembayaran baki upah kerja kontraktor..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com