Urusan Rumah : Perjanjian Sewa Rumah - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Wednesday, June 20, 2018

Urusan Rumah : Perjanjian Sewa Rumah

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sha ke Ipoh lagi Raya ke 4.. Nak tandatangan surat perjanjian sewa dengan penyewa.. Sambil tu encik suami nak buat pai air kat luar rumah.. Perjanjian sewa ini mudah je.. Sha google dan download dari Internet, lepas tu ubah suai mengikut kesesuaian Sha dan penyewa Sha.. Untuk jadikan perjanjian ini valid, Sha bawa ke LHDN untuk matikan setem hasil.. Setem Hasil kena beli dekat Pejabat POS.. Jadinya berkejar-kejarlah melaksanakannya.. Setem Hasil ini pula bukan boleh main beli je.. Kena pergi LHD dulu untuk buat kiraan.. Kiraan ini pula kena dibuat berdasarkan Sewa Bulanan X Tempoh sewaan - RM2400 dan / 250.. Contoh RM500 X 12 bulan - RM2400 / 250 = RM14.40 .. Jadinya kenalah beli setem hasil RM15.00 sebab sen sen tu kena genapkan jadi ringgit.. Kalau ada extra copy kena tambah RM10 lagi setem Hasil.. 

Perjanjian sewa tu setelah dimatikan setemnya yang original kena disimpan oleh penyewa dan salinannya oleh tuan rumah.. Kalau jadi apa-apa, adalah perjanjian sebagai bukti..

 
 Encik suami tolong buatkan paip air dekat bahagian luar.. Mudah untuk siram pokok atau basuh kereta.. Kos lebih kurang RM50 je.. Kalau upah orang RM150.. Jimat RM100 tu..

 
Setelah penat meneman mak menguruskan hal rumah, belanja mereka naik keretapi dekat Mydin Meru.. Kemain seronok lagi keduanya.. Lepas tu lepak dekat Marrybrown makan Bubur nasi (sedap.. serius.. Anak Sha pun suka) Cheesy-o-Berger (pun sedap.. Sos dia banjir..) dan Nasik Kari Kapitan (Pun sedap.. Encik suami yang makan.. Sha tak rasa pun.. Tak berapa nak berselera sangat..)

15 comments:

  1. ssh jgk uruskan rumah sewa ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sikitlah.. Tapi senang kemudian..

      Delete
  2. Selamat petang Mama ucapkan. Mahal kalau panggil plumber ya. Macam tu pun RM150

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mahal mama.. Sebab tu buat sendiri..

      Delete
  3. wahh bestnya ada rumah utk disewakan..side income tu sha..btw tq dear for sharing the info..nanti leh guna utk irda nak sewakan rumah pula..senang nanti boleh as income ke dua melalui bank statement

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Irda, bolehlah nak top up saving.. Lega dapat membantu..

      Delete
  4. Ibu singgah bertamu di petang hari. Harap sis lancar dalam urusan sewa rumah baru tu. Moga penyewa tu pun baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. Terima kasih atas doanya Ibu..

      Delete
  5. bab2 maintenance rumah ni, kalau pandai buat sendiri mmg jimat kan ...

    ReplyDelete
  6. baru tau yg matikan setem yg ikut pengiraan tu...nasibaik husband sha bole buat pasnag paip tu..jimat la

    ReplyDelete
  7. Bagus sha buat proper perjanjian sewa tu. Ramai yang terlepas pandang bab ni.

    ReplyDelete
  8. banyak betul kaksha dan suami jimat bila buat sendiri kan, mesti rasa lega tengok hasil :D

    ReplyDelete
  9. nasib baik dh tak ada rumah sewa.. kalau xbuat perjanjian mcm2 boleh jd

    ReplyDelete
  10. bagus sha buat agreement & stamping.
    perkara ni penting.
    zaman sekarang, tenant byk yg tak betul dari yg betul.
    mak aida dan mak mertua, both ada rumah sewa. hadoi lah.
    mcm2 masalah, sha.
    latest ni, baru ada agreement simple.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..