Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Friday, August 21, 2026

Pertandingan Teka Silangkata Kemerdekaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Perpustakaan buat Pertandingan Teka Silangkata Kemerdekaan.. Alhamdulillah, meriah sambutan yang kami terima.. Kami buat dua sesi untuk beri peluang lebih ramai staf menyertai pertandingan ini.. Sebabnya ada staf yang tak boleh nak datang sebelah pagi dan ada yang baru masuk kerja sebelah petang.. Seronok Sha dan rakan sekerja kali ini sebab ramai yang sudi datang.. Ada doktor, ketua jabatan, timbalan pengarah dan staf sokongan dari pelbagai unit..

Aktiviti pertama kami sempena Kemerdekaan.. Kalau tak ada aral, minggu depan ada satu lagi aktiviti..

Poster hasil janaan ChatGPT.. 

Wednesday, August 12, 2026

BookDoc Challenges - Milan, Italy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setiap bulan, BookDoc akan keluarkan cabaran ke negara-negara menarik.. Kali ini kita ke Milan, Itali dengan 100,000 ribu langkah.. Cabaran yang ini percuma ada, berbayar pun ada.. Selalunya Sha memang sertai yang percuma ja.. Kalau tak bayar pakej yang RM8 sebulan tu pun, boleh sertai cabaran ini.. 

Cabaran bulan Ogos ke Milan, Itali kita.. 

Berjaya Sha selesaikan pada 07 Ogos 2026..

Dapatlah ucapn tahniah ini sebab berjaya selesaikan cabaran ini..

Dapat 2 medal virtual sebab percuma kan.. 1 dia bagi lepas berja dapatkan 50,000 ribu langkah.. Satu lagi selepas berjaya dapat 100,000 ribu langkah..

Setakat ini Sha dah berjaya dapat 4 set medal virtual ini..

Saturday, August 1, 2026

📷 Coretan Sehari | 01 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penat hari ini.. Selain briskwalk di pagi hari, kena jadi pemandu peribadi Imani.. kikiki.. Hari ini Imani dan kawan-kawan ada kerja kumpulan yang nak disiapkan.. Makanya lepas selesai briskwalk dan sarapan pagi, teruslah masak tomyam sekawah dan rendam bihun.. Mudah ja menunya.. Paling penting mengenyangkan.. kikiki..

Apa-apa hal, kita briskwalk dulu, tenangkan jiwa..

Sarapan wajib dengan Amani di pagi Sabtu.. Eloklah lepas buang lemak, kita tambah lemak.. kikiki..

Ini perjalanan balik selepas ambil kawan-kawan Imani di Behrang 2020 dan Taman Malim.. Balik ikut Proton City, tak banyak lampu trafik dan juga kereta..

Jumpa juga air ini.. bagus katanya untuk tambah darah.

Ini pun bagus katanya.. Sha celur air panas dan cicah sambal tempoyak.. Pergh!! Mantap..

Tuesday, July 21, 2026

👣 Jejak Sihat | 20 & 21 Julai 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam masa Sha keluar briskwalk, Politeknik baru lepas hujan.. Sha ingat tak hujan dah lah walaupun langit gelap.. Suku perjalanan hujan rintik-rintik teruslah Sha potong separuh perjalanan.. Itupun Sha berlari-lari anak.. Elok nak sampai bawah kuarters, terus lebat.. Jadilah juga briskwalk nya walaupun dalam rintik hujan..

Hujan gerimis tapi lebat.. 

Hujan dah makin lebat masa ini..

Ini jejak langkah semalam.. Jadilah walapun tak banyak..

Langit makin gelap masa ini.. Separuh ja lagi perjalanan..

Tak dapat 3 ribu langkah tapi dapat briskwalk 30 minit.. Jadilah sebab mula lewat petang tadi.. 

Friday, July 3, 2026

👣 Jejak Sihat | Rabu - Jumaat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Julai Sha bermula dengan cantik.. Langkah kaki berjaya dapat sehingga 10 ribu.. Gagah jugalah turun naik tangga dekat hospital tu supaya langkah kakinya banyak.. Tapi ada juga kejadian kelakar.. Semalam walaupun dah agak lewat sampai rumah lepas ambil anak, Sha tetaplah briskwalk.. Tapi langkah kaki Sha semalam tak direkodkan sebab Sha tersalah tekan.. kikiki.. Senam tetap senam.. Berjayalah juga berjalan walaupun tak direkodkan..

Ini langkah kaki Sha pada hari Rabu.. Sha tambaha laluan supaya dapat lebih kilometer...

Khamisnya Sha briskwalk lebih 30 minit tapi Sha tertekan aktiviti berbasikal.. Makanya dia tak rekodkan langkah Sha.. Sha dapat masa dan kilometer ja.. Tapi tetaplah dapat 10 ribu langkah.. Sambung beraktiviti dalam rumah..

Ini langkah kaki Sha pagi tadi.. Alang-alang Sha bercuti hari ini, makanya lepas hantar anak ke sekolah Sha pun briskwalk.. Sempatlah Sha pusing-pusing di padang bola sepak dan padang woodball demi mengelakkan manusia yang mula menuju ke tempat kerja.. Balik tu jenuh buang kemuncup dekat seluar.. kikiki..

Thursday, June 18, 2026

BookDoc Challenges - Shanghai, China

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kita teruskan ke Shanghai, China pula.. Kali ini awal Sha mula dan awal lah Sha berjaya sampai ke destinasinya.. Sha mula pada 1 Jun dan berjaya sampai pada 17 Jun 2026.. Sha selesaikan dalam tempoh 17 hari sahaja.. 

Bermulalah Sha punya cabaran yang kedua pada 01 Jun 2026..

Yeah!! Sampai dekat checkpoint pertama iaitu Yu Garden pada 05/06/2026 jam 7.42 pagi.. Tak sia-sia Sha letak kereta jauh-jauh demi melangkah dengan banyak.. kikiki..

Selesai Checkpoint yang kedua pada 08 Jun 2026 jam 6.05 pagi.. kikiki.. Pagi-pagi pun dah bersenam..

Petang 8 Jun dah dapat medal Silver ini pula.. 

Berjaya sampai Oriental Pearl Tower pada 10 Jun 2026, jam 6.29 petang..

Checkpoint terakhir kita Shanghai Tower.. Sha sampai sini pada 13 Jun 2026 jam 8.09 pagi..

Akhirnya.. Selesai juga 100000 langkah untuk ke Shanghai, China pada 17 Jun 2026 jam 9.02 pagi..

Yeah!! Berjaya dapatkan medal emas ini..

Monday, June 1, 2026

BookDoc Challenges - Munich, Germany

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha sertai cabaran dekat BookDoc ini pada 7 Mei 2026.. Gigih jugalah berjalan kaki walaupun tak lah berjaya setiap hari.. Sha usaha juga turun naik tangga dekat hospital tu demi memenuhi langkah dan menjaga kesihatan.. Cabaran ini Sha sertai sebagai pembakar semangat.. Awal-awal tu macam nak mengalah tapi bila berjaya sampai destinasi pertama iaitu Nymphenburg Palace tu, terus rasa semangat nak sampai ke destinasi lainnya..

Walaupun dia bubuh situ Virtual Run tapi Sha buat briskwalk ja.. Kalau lari, tak tahulah ke mana perginya..

Berjaya sampai Nymphenburg Palace pada 13 Mei 2026, 4.33 petang..

Yeah!! Sampai juga ke destinasi kedua iaitu Marienplatz & New Town Hall pada 19 Mei 2026, 9.49 pagi..
Berjaya dapat silver medal pada 22 Mei 2026.. Silver ini untuk yang dah lengkapkan separuh perjalanan.. 


Sha dah sampai Frauenkirche pada 24 Mei 2026, 7.41 pagi..

Berjaya sampai checkpoint yang terakhir iaitu BMW Welt & BMW Museum pada 29.05.2026 dengan 81488 langkah dari 100000 langkah..

Yeah!! Berjaya juga semalam Ahad (31/05/2026) Sha tamatkan 100000 langkah ke Munich!! Walaupun saat-saat akhir namun tetap sukses..

Dapat juga Gold Medal ini.. Buat pertama kalinya.. Makin bersemangat nak sertai cabaran..

Sha tamatkan cabaran Munich ini dengan 103627 langkah..

Hari ini 01 Jun 2026 Sha dah mulakan cabaran baru di BookDoc.. Jom guys..

Sunday, May 24, 2026

Coretan 24 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini berjaya lagi briskwalk dengan Amani cumanya tukar laluan.. Tapi masih lebihlah 30 minit.. Lepas briskwalk Sha ke pasar pagi cari sayur sikit untuk masak 2, 3 hari ini.. Balik tu memang terus masak, tak tangguh-tangguh.. Lepas masak bolehlah rehat, santai-santai membaca pula.. 

Imani puasa hari ini.. Semangat betul dia.. 

Dapatlah dekat 4 ribu langkah..

Saturday, May 23, 2026

Coretan 23 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini kuarters tak ada elektrik dari pukul 9 pagi sampailah jam 4 petang.. Ini ikut surat yang diedarkan tapi realitinya berbeza ya kawan-kawan .. Jam 9.38 pagi baru elektrik tiada dan jam 6.21 petang barulah muncul balik.. Ada masalah teknikal katanya.. Jenuhlah penghuni kuarters menghubungi TNB berkali-kali, barulah ada balik elektriknya.. 

Hari ini seawal jam 3 pagi lagi Sha dah bangun sebab encik suami nak gerak ke luar kawasan.. Memang selalu macam tu lah.. Sha bangun sama..  Lepas tu memang terus berjaga sampai ke siang..

Pagi tadi Sha siap-siap untuk briskwalk dengan Amani.. Lepas briskwalk, keluar beli roti canai.. Kemudian kita menung ja lah dekat rumah.. Nak keluar merayap pun, tak tahu nak ke mana.. Tengah hari hujan dan berangin, sejuklah sikit cuaca.. Petangnya bawa anak-anak ke ECO Shop.. 

Jadilah 42 minit..

Pukul 11.30 pagi Sha bawa anak-anak pergi kenduri kahwin dekat CB Wedding.. Banyak ja manisannya tapi tak termakan.. Sha ambil bubur kacang hijau ja..

Sha bawa anak-anak ke Kenangan Coffee jam 3 petang lepas hujan berhenti.. Memang encik suami bagi duit suruh berjalan.. Nak ke Rawang, macam jauh sangat.. Jadinya ke Tanjung Malim ja lah kita.. Sha makan Strawberry Cheesecake dengan Salted Caramel Macchiato.. Amani pilih air Iced Shaken Strawberry Tea dengan Buttermilk Popcorn Chicken Rice.. Imani pula makan Chicken Lasagna dengan Sparkling Strawberry Lemon Tea.. Okaylah makanan dia.. Kopi dia memang padulah.. Pilih regular pun tak manis.. Mantap.. Anak-anak pun suka dengan makanan dan minuman tu..

Lepas tu Imani minta nak makan Mac & Cheese pula, lapar lagi katanya.. Sha tambah juga air Iced Shaken Passion Fruit Tea.. Dua-dua ini sedap..

Thursday, May 21, 2026

Coretan 21 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha cuti tapi tetaplah sibuk.. Kikiki.. Pagi ke sekolah untuk Sukan Tahunan.. Petang tolong encik suami ambil barang dekat koperasi Politeknik.. Lepas tu isikan beliau punya borang TDAC (Thailand Digital Arrival Card).. Boleh pula Sha tersalah laman sesawang, kena bayar.. Mujurlah dia minta kredit kat.. Sha memang tak ada.. Pening jadinya Sha sebab sebelum ini isi tak kena bayar pun.. Gigihlah tanya Google, mujurlah lepas tu jumpa jalan yang benar.. kikiki.. Lancar ja isinya.. Lepas tu ke pasar malam pula dengan Amani.. Cari buah dan manisan..

Malamnya tolong encik suami kemas baju pula.. Trip kali ini beliau pergi kejap ja.. Trip santai-santai katanya.. 

Encik suami balik kerja bawa buah tangan.. Ada pensyarah bagi.. Rezeki isteri dan anak-anak lah.. kikiki.. Lama tak makan scones tu.. Strawberi dan scones dari Cameron Highlands..

Ini hasil bersiar-siar di pasar malam.. Kecik ja pasar malamnya.. 

Rezeki jumpa jambu bertih putih dan merah.. Sha beli sebekas ini RM5.. Hari tu baca dekat blog Bola Katok, hari ini rezeki Sha jumpa di pasar malam.. 

Beli juga buah mangga.. Sekilo RM4, ini Sha beli RM10.. Dapatlah 8 biji buah mangga pelbagai jenis..

Sha beli juga manisan.. Cheese tart plain, hazelnut, pistachio, strawberry, tiramisu dan blueberry (6 pcs - RM12), kek carrot (RM8) dan brownies (RM8)..

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke 14

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha cuti sebab Sha nak ke sekolah anak untuk Kejohanan Olahraga Tahunan Ke 14 sebagai AJK PIBG dan sokongan untuk anak-anak yang sertai perbarisan.. Anak-anak Sha suruh sarapan dulu siap-siap di rumah.. Mereka nak berkawad dan berdiri lama, jadi perlulah makan supaya bertenaga.. Sha tinggalkan anak-anak di sekolah jam 6.50 pagi.. Sha pula ke sekolah sekitar jam 7.30 pagi.. Sebelum jemputan VIP sampai.. Sempatlah Sha grab sarapan pagi dulu sebelum ke sekolah.. Mujurlah VIP sampai awal dan tidak berucap panjang.. Tak adalah lama sangat di padang.. Anak-anak tak nak balik awal.. Jadinya tunggu jugalah sampai habis.. 

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke 14 SMK..

Anak-anak Sha masuk perbarisan Puteri Islam.. Lawa betul baju seragam diorang ini.. Zaman Sha dulu pakai baju kurung ja.. Tudung dan kain warna merah jambu, baju warna putih..

Monday, May 11, 2026

Coretan 11 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi encik suami hantar kan ke tempat kerja naik kereta.. Sempatlah singgah Maybank masukkan duit sebelum ke tempat kerja.. Anak-anak bawa hash brown sebagai bekal ke sekolah.. Lepas Sha hantar anak ke sekolah barulah encik suami hantar Sha ke pejabat.. Alhamdulillah, hari ini cuaca cerah elok.. Bolehlah jalan kaki petang tadi.. 

Beli sabun cuci pinggan dan sabun cuci tangan untuk letak dekat tandas pejabat.. Warna hijau tu, Sha beli 2 ke 3 minggu lepas.. Bila tengok dah sikit beli lagi kali ini bau aloe vera pula..

Beli juga biskut dan gula-gula untuk letak dekat pejabat.. Sha letak dekat atas meja baca gula-gula tu dan biskut tu Sha letak dekat Sudut Kopi.. 

Sebelum ini Sha pernah kongsikan pasal nasi lemak ini.. RM5 memang banyaklah nasi dia, sambal dia dan ikan bilis+kacang dia pun banyak.. Makan ini memang betul-betul kenyang..

Pagi tadi beli dah macam ini pula.. Sambal sikit, ikan bilis+kacang sikit, Nasi pun dah tak banyak macam sebelum ini.. Harga masih sama.. Kali ini makan kenyang seadanya.. kikiki.. Kesan kenaikan harga barang dan minyak agaknya..

Gigih meneruskan misi sihat Sha.. Dapatlah 37 minit.. Langkahnya dapatlah 3748 ja.. Ini pun minta encik suami turunkan dekat pagar Politeknik supaya Sha boleh buat 1 pusingan..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com