Wednesday, February 28, 2018

Serlahkan Bakat Anda Di CUKARIA

Assalamualaikum..
Hye semua..

Anda minat menulis?? Ingin serlahkan bakat anda dan menang hadiah? Jom hantarkan karya anda ke CUKARIA.. Sekiranya cerpen anda terpilih anda akan menang voucher untuk membeli buku FIXI.. Jomlah cuba.. Jom.. Jom..

Sha tak berbakat.. Jadinya Sha share untuk anda-anda yang berbakat.. Kalau anda minat membaca, bolehlah ke website CUKARIA dan baca karya-karya yang ada di situ.. Ada juga yang telah dibukukan..


Ini ialah syarat-syaratnya..

Boleh juga ke

Filem United States | Zombies (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Zombies adalah filem tarian Amerika yang ditayangkan di Disney Channel.. Sha tengok online sebab kat rumah tak ada Astro.. Filem ini menarik sebab Zombiesnya tak ganas.. Ada pakai gelang tangan yang mengawal tindakan mereka.. Disebabkan zombie-zombie ni dah okay maka mereka cuba dimasukkan ke komuniti manusia.. Namun manusia sebab dah dimomokkan bahawa zombie jahat cuba untuk menghalang.. Namun ada juga manusia yang okay.. Maka bermulalah percubaan zombie untuk belajar bersama manusia.. Memang bestlah sebab diselang selikan dengan tarian dan nyanyian.. Anak Sha pun suka tengok filem ini..

Genre: Musical, Dance
Based on: Zombies & Cheerleaders by David Light & Joseph Raso
Written by: David Light & Joseph Raso
Directed by: Paul Hoen
Starring: Milo Manheim, Meg Donnelly, Trevor Tordjman, Kylee Russell, Carla Jeffery, James Godfrey
Composer(s): George S. Clinton
Country of origin: United States
Original language(s): English

Wordless Wednesday #love


Tuesday, February 27, 2018

Nasi Lemak Buah Bidara oleh April Snow

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sha baca novel ini sebab tajuknya Nasi Lemak Buah Bidara.. Kawan-kawan mesti pernah dengar pantun ini kan Nasi Lemak Buah Bidara, Sayang Selasih Hamba Lurutkan, Buang Emak Buang Saudara, Kerana Kasih Hamba Turutkan..  Novel ini memang betul-betul mencerminkan maksud pantun yang Sha sharekan ini.. Kerana terlalu mengikut kata hati, anak dan keluarga menjadi mangsa.. Siti mangsa keadaan.. Membesar dengan cacian dan cercaan akibat dendam yang tertinggal.. Namun Siti membesar menjadi anak yang sopan, baik dan sentiasa memegang agama di jiwa.. Bertemu pula dengan Akhmal yang juga bagus pekertinya.. Maka bersatulah mereka sebagai suami isteri.. Dugaan datang melanda namun melatah bukanlah mereka.. Masalah mendatang diselesaikan dengan baik berpandukan agama bukanlah nafsu..

Sha suka baca novel ini walaupun panjang dan sikit meleret sebab banyak perkongsian petikan tafsiran ayat suci Al-Quran.. Walaupun cerita ini seolah-olah fairy tale cinderella tapi masih seronok Sha baca.. Hubungan antara keluarga Akhmal dan Siti sangat bagus.. Seburuk mana pun Siti mereka menerima dengan baik.. Itulah yang sepatutnya kita lakukan.. Bukan menghina atau mengkeji.. siapa pun manusia itu, bagaimana pun kelahirannya kita tak berhak menghukum.. Tahniah buat puna penulis..

Sha baca dan selesai pada 25.02.2018..

 
Kebetulan terjumpa Buah Bidara.. So kita jadikan props.. Hehehe..

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Kaki Novel

KFC Golden Egg Crunch

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Disebabkan tergoda dengan review rakan-rakan blogger, akhirnya Sha beli juga KFC Golden Egg Crunch ini.. Nasib baik rasanya memang Sha suka.. Pedas berherba tapi ada rasa manis.. Cumanya rasa tu kuat hanya di kulit ayam.. Isi ayam tak terasa sangat.. Sedikit kecewa disitu.. Tapi memang sedaplah.. Sha tak nafikan yang ini.. So bolehlah nak beli lagi.. Hehehe..

Lintah oleh Illya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Yeah!! Berjaya beli dan baca novel ini.. Lama sebenarnya Sha tunggu novel ini diterbitkan sebab penulis rajin share teaser mengenai novel ini.. Walaupun Sha geli dengan Lintah tapi teaser dari penulis ini berjaya memikat hati Sha.. Buku ini sampai ke tangan Sha pada22.02.2018.. Disebabkan dah kerap sangat baca teaser dia, bila dapat buku ini, memang tak tunggu lamalah..

Pada Sha, penulis memberikan garapan yang terbaik dalam Lintah ini.. Selain penerangan mengenai santau, penulis juga berkongsi mengenai cara melindungi diri.. Bukan sekadar bacaan ringan tapi ada ilmu didalamnya.. 

Santau lintah dipelajari kerana taksub dengan ilmu hitam.. Dari sekadar mencuba akhirnya menjadi ketagihan kerana seronok melihat darah dan seksa mangsa.. Maka satu demi satu rakan sekelasnya menjadi mangsa.. Muka yang baik dan tidak bersalah membuatkan dirinya tidak disyaki.. Dia berjaya mengelabui mata kawan-kawannya.. Tapi sepandai-pandai dirinya, tetap tertangkap juga.. Saat kebenaran terbongkar, pengkhianatan seorang sahabat memang menyakitkan.. Sedih juga pengakhiran cerita ini..

Sha baca dan selesai pada 24.02.2018..

 
Bila beli buku dengan penulis, banyaklah gift yang Sha dapat..
Button badge, keychai with mirror dan buku nota..
 
 
Tak ketinggalan tandatangan dan ucapan dari penulis..

Monday, February 26, 2018

Aku Turut Bahagia oleh Asmah Hashim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Merana jiwa Sha baca Aku Turut Bahagia oleh Asmah Hashim ini.. Geram, marah dan rasa macam nak hempuk je kepala si Amir Hudzaifa dan Syifa’ Umairah.. Dua-dua menyakitkan hati.. Yang lelaki mempergunakan agama untuk berkahwin dua.. Kononnya mampu berlaku adil dan mahukan keluarga sendiri menjaga Maahad tapi sudahnya ke laut dalam.. Yang perempuan pula, menggedik.. Belum habis belajar dah sebok jatuh cinta dengan suami orang.. Bila dengar peluang untuk jadi isteri kedua terus setuju tanpa fikir baik buruknya bermadu.. Sudahlah menjadi yang kedua, habis keluar semua sifat jahat ingin membolot perhatian.. Hai.. Geram rasa hati membaca novel ini.. Yang paling tak sangka penamat cerita.. Takkan lah semudah itu.. Sha tak setuju..

Apa yang Sha dapat dari buku ini ialah perempuan/isteri tak boleh terlalu berdikari dan melayan suami seperti raja (melepaskan semua tanggungjawab mengurus anak dan rumah pada isteri) Tak salah perempuan/isteri nak berdikari tapi sesekali kena juga libatkan suami untuk urusan rumah tangga.. Jangan biar suami terlupa atau terlalu senang, sebab perkahwinan tanggungjawab bersama.. Sama-sama kena uruskan dan bertolak ansur supaya rumah tangga sentiasa bermakna..

Dalam kegeraman membaca kisah pasangan poligami ini, ada baik dan buruk yang boleh dijadikan iktibar.. Kena baca dengan lapang dada.. Jangan jadi macam Sha.. Hehehe.. Siap rasa macam nak masuk dalam novel dan katuk kepala si Amir dan si Mai tu.. Kesian sangat-sangat pada Ija..

Novel ini ada sambungannya dalam bentuk cerpen.. Boleh baca di SINI (SUAMI KAMI KAHWIN LAGI ) untuk cerpen pertama dan di SINI (Sesalan Tidak Terucap) untuk cerpen ke dua..

(ebook - PNM e-Reader)

Bleeding Steel (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem terbaru dari Jackie Chan ini menarik.. Kisah mengenai seorang doktor yang berjaya mencipta jantung mekanikal dan boleh regenerate tisu-tisu manusia yang rosak.. Doktor ini dikejar oleh hasil eksperimen yang gagal.. Dalam usaha melindungi doktor ini, Jackie Chan hampir terbunuh dan kehilangan anak dia.. Tapi doktor yang berjaya diselamatkan ini telah melakukan satu tindakan drastik demi menyelamatkan hasil kerja beliau.. Seronok la juga, walaupun mula-mula tengok tu macam blur.. Sha suka watak polis perempuan bernama Susan.. Aksi berlawan dia mantap.. 


Hanson and the Beast (2017)

Assalamualaikum..
hye semua..

Hanson and the Beast adalah filem komedi fantasi Cina yang dibintangi oleh Feng Shaofeng dan Liu Yifei.. Sha tertengok sebenarnya filem ini.. Bila dah tengok suku macam menarik je.. Teruslah sambung tengok.. Memang menarik.. Hehehe.. Makhluk jadian ini mencari manusia yang melindunginya semasa kecil.. Bila bertemu semula, masing-masing dah dewasa.. Makhluk jadian ini ingin membalas budi dan berkahwin dengan manusia itu.. Malangnya terdapat halangan dari kalangan makhluk jadian lain.. Ini demi menjaga keturunan mereka dari bercampur dengan manusia.. Kesudahannya menarik.. 

Cerita fantasi yang romantik.. Kelakar dan juga sedikit sedih.. Seronok juga menontonnya..


Hanson and the Beast (2017) CH Movie | Genre : Comedy, Fantasy, Romance

Sunday, February 25, 2018

Trilogi Bisik #3: M oleh Syaihan Syafiq

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Berjaya juga pinjam buku ketiga dari Trilogi Bisik oleh Syaihan Syafiq.. Untuk review Bisik boleh klik SINI dan review Koyak klik SINI.. Harapnya buku ketiga ini akan menyelesaikan semuanya.. Hehehe...

Reveiw Sha untuk M oleh Syaihan Syafiq ialah, yeah... Semua persoalan terjawab juga.. Walaupun sedikit pening sebab lama dah sha baca Bisik dan Koyak tapi still boleh layan lagilah.. Cuma ending dia sedikit.... Nak tahu, kenalah baca.. Hehehe.. 

(ebook - PNM e-Reader)

Fullmetal Alchemist (2017) Netflix

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini Sha tonton online je.. Keluaran khas untuk Netflix.. Filem live action yang sangat menarik.. Terutama sekali pelakon yang membawakan watak Ed dan Maes Hughes.. Comel je.. Sha tak follow pun anime cerita ini tapi filem ini memang boleh layanlah.. Cuma nampak macam akan ada sambungan je.. Hehehe.. Dua jam tau cerita ini..

Cerita bermula dengan tindakan Ed dan Al yang cuba menghidupkan semula mak mereka yang mati akibat penyakit.. Tapi gagal dan mengorbankan Al.. Namun Ed buat perjanjian dengan memberikan sebelah tangan dan kaki demi mendapatkan roh AL dan meletakkan dalam sut pahlawan.. Lepas tu Ed berusaha mencari philosopher's stone yang kononnya boleh membantu mereka dapatkan balik tubuh Al dan bahagian tubuh Ed yang hilang.. Semasa pencarian mereka, mereka bertemu dengan Homunculi (sekumpulan manusia buatan yang dicipta).. Berjaya atau tak mereka bertemu dengan batu tu, kenalah tengok.. Hehehe..

FULLMETAL ALCHEMIST | 01 December 2017 | Action, Fantasy, Adventure, Based on a Comic
Sinopsis : When they were little, Edward Elric (Ryosuke Yamada) and younger brother Alphonse's mother passed away. The brothers attempt to revive their mother and perform a human transmutation which is taboo in alchemy. Their attempt fails. As a result, Edward loses part of his body and Alphonse loses his whole body. Edward sacrifices another part of his body to affix Alphonse's soul to a body of armor. Edward goes on to become an Alchemist. He sets out on a journey to find the “Philosopher's stone,” which has the power to get back what they lost.

Filem Jepun | Higanbana - Women's Crime File (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini sha ada share pasal drama dengan tajuk dan pelakon yang sama.. Boleh baca di SINI.. Kali ini Sha nak share pasal filem dia pula.. Filem ini main pada tahun 2014.. 2 tahun sebelum drama tu keluar..

Filem ini permulaan kepada drama bersiri dengan tajuk yang sama.. Filem ini seolah-olah memperkenalkan watak-watak untuk drama bersiri.. Masih lagi menarik ditonton, malah kalau tengok filem tapi tak tengok drama pun okay je.. Masih lagi menarik cuma semasa Kinomiya cuba mengesan emosi dan niat pembunuh tak adalah titis-titis darah berterbangan dan Kinomiya cuma pengsan bila dia berjaya synchronise dengan tujuan pembunuh.. Tu je yang sama.. Pengsan.. hehehe..



Higanbana - Women's Crime File | 24 October 2014 | Crime, Drama, Detective, Investigation | JDrama Special
 Sinopsis : The Tokyo Metropolitan Police Department creates a new division which consists of 5 female detectives. The new division is called Higanbana which is a flower with a poison root. The 5 female detective have their own specialties and sensitivities. The women try to solve a murder that took place at the wedding of a female doctor.
Detective Nagisa Kinomiya (Maki Horikita) is a member of Higanbana. She has the special ability ofsensing a criminal’s murderous intent and ill will.

Saturday, February 24, 2018

3650 Cinta oleh Nur Mayani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini bermula dengan kisah cinta remaja (pelajar tingkatan 6) sekolah.. Cinta antara dua darjat.. Konflik keluarga yang bermasalah.. Cinta terhalang bila sejarah lama timbul semula.. Wafiy dan Huda akhirnya terpisah.. Setelah 10 tahun mereka bertemu kembali.. Berjayakah cinta mereka bertaut? Saat bahagia mahu menjelma halangan datang dari Ja a dan Ufa.. Pada Sha kisah ini menarik sebab wataknya pelajar sekolah tingkatan 6.. Namun bila sampai part lepas 10 tahun, agak kureng sedikit.. Tapi masih lagi seronok dibaca..

Sha baca pada20.02.2018 dan selesai pada 21.02.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Terbitan Layar Pena

Hadiah Baju dari Pena Padi

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Alhamdulillah.. Baju yang Sha menang dari pertandingan tulis review Budak Kelas Belakang Langkahnya Panjang oleh telah selamat sampai semalam.. Sha ada share mengenai kemenangan Sha untuk review buku ini di SINI.. Duit dah habis beli buku.. Baju ini lambat sikit sampai sebab dalam proses pembuatan masa pengumuman pemenang hari itu.. Cantik design baju ini.. Simple dan bergaya.. Warna kegemaran Sha pula itu.. Hitam itu menawan.. Hehehe.. 

 
Baju sampai pada 20.02.2018..

Penulis - Khairul Zaman Khobin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis ini Sha kenal secara tak sengaja.. Kebetulan sahabat blogger Sha iaitu Lea (Blog Lea Azleeya), ada memberikan buku bertajuk Bukan Sundal Malam kepada Sha..Boleh baca di SINI.. Maka bermulalah perkenalan Sha dengan penulis ini.. Sha mula tertarik dengan penulisan beliau.. Setakat ini sudah 3 buah karya beliau yang Sha baca..

Antara buku yang beliau telah terbitkan :-
Perangkap - published 2017
Pesakit 701 - published 2016
BISA: Pertarungan Melawan Ajal - published 2016
Bukan Sundal Malam - published 2016
Kadaver - published 2015
Roadtrip Meronda Tanah Air by Shahrizat Ahmad, Lokman Ishak, Shahida Hasram Harun, Syafiq Aizat - published 2015
Superfiksyen by Ridhwan Saidi (Editor), Syafiq Ghazali, Hadi M. Nor, Hasrul Rizwan - published 2015
Pergi Mati - published 2014
Boleh jejak beliau di Goodreads dan Facebook.

Friday, February 23, 2018

Along With the Gods: The Two Worlds (2017)

Assalamualaikum..
hye semua..

Filem yang menarik.. Dibuat berdasarkan webtoon oleh Joo Ho-min, Along With the Gods.. Filem ini dibuat dua bahagian.. Yang kedua bertajuk Along With the Gods: The Last 49 Days..

Okay, untuk bahagian pertama filem ini menceritakan mengenai Kim Ja-Hong yang mati semasa bertugas.. Rohnya kemudian dibawa untuk pengadilan sebelum diberi penentuan sama ada layak dilahir semula atau tidak.. Menurut undang-undang Kehidupan Akhir, semua orang yang meninggal dunia mesti menjalani 7 percubaan selama 49 hari yang dibahagikan kepada 7 kategori dosa: pengkhianatan, kekerasan, ketakwaan keluarga, pembunuhan, ketulusan, penipuan, dan ketidakadilan. Inilah yang terpaksa dilalui oleh Ja-Hong dengan bantuan tiga malaikat iaitu Gang-rim, Haewonmak dan Lee Deok-choon.. Dalam usaha tiga malaikat ini untuk menyelamatkan Ja-Hong, adik Ja-Hong mati dan menjadi roh yang ingin membalas dendam.. Maka bermulalah pembongkaran tentang kehidupan Ja-Hong dan hubungan beliau dengan adik dan ibunya..

Epik fantasi mengenai kehidupan, kematian, kelahiran semula, dan kuasa ghaib.. Cerita ini fantasi, jadi janganlah terpengaruh pula ye.. Tonton sekadar untuk hiburan sahaja.. Owh ya dekat hujung filem keluar abang sado yang berlakon dalam Train to Busan iaitu Ma Dong-seok..

 

Along With the Gods: The Two Worlds (2017) | KMovie | Release Date: Dec 20, 2017 | Genres: Action, Drama, Fantasy

Anarkis oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah yang sangat menarik.. Perjuangan Sarjan Awai Anak Gamung, seorang penembak hendap Gerup Gerak Khas dalam menyelamatkan diri beliau dari konspirasi yang tidak diduga.. Kerana perasaan bersalah Sarjan Awai mengakui perbuatannya namun ada musuh lain yang mengambil kesempatan.. Maka berlakulah pertembungan antara Sarjan Awai dengan penjahat dan musuh dalm selimut..

Sha suka novel ini sebab aksi dan debaran yang diberikan.. Bila dah mula membaca memang tak boleh nak berhenti.. Novel ini dikeluarkan dengan dua cover dan dua penerbit.. Sha suka edisi terkini.. Nampak lebih serasi dengan isi yang disampaikan..

Sha baca dan selesai pada 19.02.2018..

(ebook - PNM e-Reader)
 
Published March 2016 by Penerbit-X

 
 Published June 14th 2010 by PTS Fortuna Sdn Bhd

Home Made Sosej oleh Bedah Lip Lap

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sini Sha share resepi buatan sendiri sosej.. Resepi ini Sha dapat dari Facebook Bedah Lip Lap.. Sha share juga di sini untuk simpanan Sha dan tatapan pembaca.. Mana tahu ada yang mencari resepi ini.. Pada Sha resepi yang beliau buat ini agak mudah dan senang.. Cuma kesemptan belum ada untuk Sha cuba.. Kalau ada yang dah cuba, bolehlah share link di bahagian komen ye.. Buat korang yang ada di Melaka dan berdekatan dengan sis Bedah kita, bolehlah membuat pesanan makanan dengan beliau.. Wrap dan Sandwich beliau memang mendapat sambutan..

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=827466084080656&id=100004518167629
Kredit Gambar dari pos Facebook Bedah Lip Lap..
- Isi ayam bahagian dada
- bawang besar sebiji
- bawang putih
- sayur ikut suka (optional)
- sebiji telur
- garam
- lada sulah
- serbuk kari (optional)
- 2 sudu besar tepung ubi/tepung jagung *
Cara-caranya :
1. Blend kesemua bahan kecuali tepung.
2. Tuang dalam bekas, kemudian masukkan tepung ubi/tepung jagung.
3. Piping ke dalam plastik aiskrim atau apa saja bekas dan bentuk yang dimahukan.
4. Kukus dalam 20 minit.
5. Boleh makan terus atau kalau nak grill dan goreng selepas tu pun boleh juga.

Thursday, February 22, 2018

JUALAN GUDANG KARANGKRAF AWAL TAHUN 2018!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Karangkraf kembali lagi dengan Jualan Gudang.. Bermula esok tau.. Jangan lupa pergi serbu.. Sha tak tahulah dapat pergi ke tak.. Hehehe..

Buku-buku dengan harga diskaun yang tak masuk akal! Ada buku yang berharga RM1, RM3 dan juga yang RM5.
.
BONUS! Anda juga berpeluang untuk dapatkan tandatangan, bergambar dan bertemu mesra bersama penulis-penulis terkenal dan bestseller yang kami bawakan.
.
Pastikan anda meluangkan masa untuk hadir ke pesta membeli belah novel, buku dan Al-Quran di JUALAN GUDANG KARANGKRAF AWAL TAHUN 2018 akan berlangsung selama 10 HARI.
.
BILA & DI MANA LOKASI??
================================
TARIKH: 23 FEBRUARI - 4 MAC 2018
LOKASI: KOMPLEKS KARANGKRAF, SHAH ALAM
MASA: 9.00 PAGI - 7.00 MALAM


Evolusi Si Nakal oleh Almar Nalea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah cinta mereka bermula saat Awin melihat pembunuhan berlaku di depan mata.. Sang hero datang menyelamatkan dirinya.. Firdee walaupun tegas namun bersikap pelindung.. sentiasa menyakat dan mengusik Awin.. Awin hidup dalam persembunyian dan dijaga Firdee.. Namun saat rasa sayang berputik, tragedi menimpa mereka.. Dugaan datang sekali lagi bila mana salah faham berlaku.. Memang menariklah.. Kesudahannya pun ohsem..

Sha baca pada 17.02.2018 dan selesai pada 18.02.2018..
(ebook - PNM e-Reader)

Siri Novel Ringan Magic Bean

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Siri Novel Ringan Magic Bean ini keluaran GempakStarz.. Sha mula berkenalan dengan siri ini melalui novel yang bertajuk Apa Jadi Dengan Sekolah Kita? oleh Sharina Elisa.. Menarik sebagai bacaan santai.. Lagipun Sha minat juga penulis ini.. Tu yang cuba baca novel-novel tulisan beliau.. Kemudian Sha beli pula novel yang kedua bertajuk Buruan Imprint Buat Arviena oleh Natasha Najmin.. Yang ini Sha beli sebab cover dan sinopsis novel ini.. Nampak macam misteri dan menarik je.. Hehehe.. Kalau okay, bolehlah Sha buat koleksi.. Bertambahlah lagi buku-buku Sha..

Entry ini akan sentiasa Sha update bila Sha beli atau ada tajuk baru yang keluar.. Disebabkan sekarang ini buku-buku keluaran Gempakstarz selalu sangat Sha jumpa di 7Eleven, kemungkinan untuk Sha beli dan buat koleksi tu tinggi.. Sha dah ada 4 buah dari

Magic Bean Series
10. Abell, Sekolah Kita Berhantu! oleh Nuharu Yachi
 9. Jangan Curi Lautan Cita-Cita Aku! by Jekyll Gyzma
6. Apa Jadi Dengan Sekolah Kita? by Sharina Elisa 
5. Jom, Kita Cari Bahagia Kita! by Ana Hairuna

 
1. Sayang Kita Sampai Bila-bila! by Shahaini Zahar
2. Oh, No! Jangan Cakap Aku Dah Jatuh Cinta... by Izzaty Razak
4. Kirimkan Impian Aku Kepada Kau by Joi
3. Shh... Aku Tau Rahsia Korang by Jekyll Gyzma

12. Urusan Yang Belum Selesai oleh Rahim Ramli

7. Kau Simfoni Hatiku by Shahaini Zahar

13. Suatu Malam Puaka oleh Jekyll Gyzma
14. Delina Aku Antropomorfik oleh Sharina Elisa
15. Terperangkap di Anteseden oleh Iqbal Rafiuddin
16. Chaos Dia Memburu! oleh Lokman Hakim
17. Ke.Ca.Muk. oleh Izzaty Razak

Magic Bean Starz
Descendents of The Sun Novel 02
Descendents of The Sun Novel 01
Descendents of The Sun Esei Foto

Boleh juga follow mereka di Facebook : https://www.facebook.com/SiriNovelRinganMagicBean/
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com