Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

Thursday, February 5, 2026

Voucher CelcomDigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu Sha terlepas satu voucher.. Tak pasti apa tapi ada gambar ayam.. Bila buka dah hilang.. diganti dengan voucher Zus.. Ada 2 voucher tau dia bagi.. Satu dia countdown masa/hari, yang satu lagi tu kena check-in hari-hari sampai hari yang ketujuh baru dapat vouchernya..

Ini tak pasti voucher apa tapi berkaitan dengan aiskrim.. Kena check-in setiap hari aplikasi CelcomDigi ini.. Hari yang ketujuh barulah available voucher tu..

Voucher Zus ini dia bagi countdown tau.. Kalau tak claim dalam tempoh waktu yang dia bagi tu, nanti voucher tu hilang begitu sahaja..


Yeah!! Dapat lagi voucher Zus dari CelcomDigi.. Harga voucher ini RM2.99 dan nilainya RM9.90

Hari ini bila Sha buka aplikasi CelcomDigi, dah ada tawaran baru, yang bahagian atas tu..

Wednesday, January 28, 2026

CelcomDigi 7-Day Challenge

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak tau pula kata aplikasi ini ada bagi voucher.. Terbuka dan tertekan.. Lepas tu memang buka tiap-tiap harilah.. kikiki.. Bukan susah pun.. Cuma perlu buka aplikasi ja, tak perlu buat apa.. Cukup 7 hari, dapatlah vouchernya.. Tempoh untuk guna pun lama juga..

Ini kali kedua Sha dapat voucher Zus.. Kali pertama dulu Sha tukar point Tunetalk, dapatlah 10% diskaun bila beli air Zus.. 

Selepas 7 hari log masuk aplikasi CelcomDigi, dapatlah voucher ini..

Vouchernya dah dapat, belum guna lagi..

Friday, December 19, 2025

Hadiah Perpisahan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Khamis (11/12/2025) ada jamuan perpisahan untuk 3 orang staf dari Unit Sumber dan Aset yang akan bertukar keluar dari HSR.. Sha tak dapat datang sebab bercuti rehat.. Pagi Jumaat (12/12/2025), Sha masuk kerja tengok ada bungkusan atas meja Sha.. Hadiah dari 2 staf yang akan bertukar keluar tu.. Semoga 2 adik manis yang akan bertukar keluar, dipermudahkan urusan di tempat baru.. Setahun 5,6 orang bertukar keluar dan masuklah orang baru.. Tak sempat nak membina hubungan mesra dan rapat sudah mengucapkan perpisahan.. Begitulah adat dunia.. Bersilih ganti berjumpa dan berpisah..

Bungkusan istimewa..

Sehelai tudung berwarna biru.. Bila ambil gambar jadi warna lain pula..

Hari ini melaram pakai tudung baru.. Cantik bila bawah cahaya pagi..

Ini dalam kereta, guna cahaya flash camera telefon.. Lain jadi warnanya..

Thursday, December 18, 2025

Kejutan Hadiah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu lepas memang Sha ada terima panggilan dari seseorang yang katanya mewakili platform beli belah.. Beliau tanya Sha pernah ke beli dari Lazada, Zalora dan apa entah lagi.. Sha cakaplah pernah tapi lama dah lah.. Lepas tu dia minta pengesahan alamat.. Sha cakaplah masih guna alamat yang sama.. Katanya nak hantar hadiah.. Terima sahaja tak perlu buat bayaran ke apa.. Sha pun jawab, okay.. Walaupun dalam hati macam, entah ia ja.. Risaulah jugakan..

Hari Isnin, Sha terima hadiah ini.. Penghargaan? atau sebab dah tak beli lagi di platform tu, nak tarik minat? Entahlah..

Update: 22 Disember 2025..
Oleh kerana ramai yang maklumkan Sha bahawa pemberian barang ini adalam scammer.. Makanya Sha pun mulalah berhati-hati.. Pada hari Sabtu (20.12.2025) pagi Sha terima panggilan telefon mengatakan akan dimasukkan ke dalam group whatsapp pada jam 3 petang dan minta untuk buat task seperti like, share dan review.. Sha iyakan aja.. Hampir jam 5 petang, sekali lagi Sha terima panggilan dari nombor lain pula sebab nombor tadi Sha dah block.. Pemanggil ini maklumkan setting whatsapp Sha privacy jadi admin dia tak boleh nak add Sha dalam group whatsapp, dia minta Sha publickan setting whatsapp Sha.. Sha terus menolak kata tak berminat.. Tak kuasa Sha nak layan.. Sebelum terkena, baiklah Sha menolak terlebih dahulu.. Dia pun tak ada paksa-paksa ke apa.. Selesai..

Sebenarnya kan.. Sha pun lupa Sha dah setting whatsapp Sha private.. kikiki.. Terima kasih juga pada yang berkongsi di komen mengenai scam ini.. Semoga korang semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.. Aamiin..

Fragile katanya..

Isi dalam dia..

Dapat thermos warna hitam..

Wednesday, December 10, 2025

Happy Birthday! dari KFC

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha perasan kupon ini minggu lepas lagi tapi tak rasa macam nak beli apa-apa dekat KFC.. Kupon ini boleh tebus tapinya kenalah beli makanan minimum RM15 dan penebusan hanya melalui penghantaran sahaja.. Minggu lepas tak ada tawaran menarik, jadi kita tangguh dulu.. Minggu ini ada promosi 12.12, 2 dinner plate tanpa air RM35.99.. Makanya jomlah kita tebus.. KFC ini Sha tebus masa waktu berkerja sebab dekat dengan tempat kerja.. Kalau nak tebus ke rumah, terlalu jauh dan tak berbaloi..

Kupon sempena hari jadi tapi boleh tebus untuk delivery ja.. Dapat snack plate satu set..

Sha ambil air saiz besar, kena tambah RM1.. 

Thursday, November 27, 2025

Kasut Baru dari Suami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Sha dapat 2 pasang kasut baru dari encik suami.. Satu buat pakai kerja dan satu lagi untuk jalan-jalan.. Memang cunlah.. Encik suami beli ikut saiz kasut Sha yang sebelum ini.. Beli di Shopee ja.. Ganti kasut kerja dan jalan yang sudah sampai hayatnya untuk dibakul sampahkan.. kikiki.. Kasut kerja lama dah patah dua tapaknya, tapi berbaloilah sebab Sha beli Julai 2023 kot.. Lama tu pakai, berbaloi dengan harga dia.. Kasut jalan pula dah pecah kulitnya, yang ini baru setahun lebih ja pakai.. 

Encik suami beli 12 November dan kasut sampai pada 17 November..

Merah hitam ini kasut jalan..

Kita rasmikan hari ini..

Ini pula ganti kasut kerja yang dah patah tapaknya..

Serba hitam dan ringan untuk dipakai..

Self-Love Versi Sha: Air Fryer dan Mini Blender Baru di Dapur!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun ni, Sha tak tunggu orang bagi hadiah.. Sha belanja diri sendiri dengan dua benda yang memang dah lama Sha nak beli iaitu Air Fryer dan Rechargeable Mini Blender/Chopper! Walaupun rumah Sha dah ada Microwave tapi Sha rasa Air Fryer lebih praktikal.. kikiki.. 

Rasa puas bila dapat hadiahkan diri dengan sesuatu yang bukan sekadar comel, tapi berguna.. Air Fryer tu dah macam pembantu dapur baharu, goreng tanpa minyak, kurang leceh, anak pun boleh guna tanpa perlu risau terlupa.. Mini Blender/chopper tu memang Sha dah lama usha dan teringin nak beli.. Mudah nak hancurkan bawang, lobak merah kalau nak buat nasi goreng.. kikiki..

Kadang-kadang, self-love tu tak semestinya pergi bercuti atau beli benda mahal.. Cukup dengan hadiah kecil yang buat hidup harian lebih mudah dan hati sendiri rasa dihargai.. Ini lebih bermakna dan memberi kebahagian.. kan..?? 



Comel tapi memudahkan.. Berminat? Klik ja gambar diatas..

Monday, November 24, 2025

Cabutan Bertuah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumaat dan Sabtu hari tu ada program Karnival MOH dekat sekolah Imani.. Jumaat tu Sha kerja jadinya Sbatu lah baru Sha pergi.. Jualan kupon untuk Karnival dah bermula seawal Oktober lagi.. Sha belilah kupon sebagai sokongan untuk karnival.. Pergi masa hari Sabtu tu ja sekejap.. Sha tinggalkan Imani dan Amani dekat Karnival.. Petangnya baru Sha ambil mereka.. Balik dengan 1 cabutan bertuah dan pelbagai makanan yang mereka menang dari permainan yang ada di Karnival.. 

Periuk..

Jenama MASAKi..

Ada 3 saiz, 1 pemegang dan satu penutup..

Cantik merahnya..

Friday, July 18, 2025

Buah Tangan dari Mekah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang rakan sepejabat menghantar buah tangan kiriman dari CC yang dah bersara.. CC ini baru balik dari Mekah.. Comel sangat buah tangannya.. Semua orang dapat hadiah yang sama.. Sha memang sukalah buah tangan comel ini.. Tamabhan pula baru aja tengok perkongsian video mengenai patung ini di media sosial.. Bila dapat di tangan, teruja betul rasa hati.. Sha doakan semoga CC diberikan kesihatan yang baik dan dilapangkan rezeki.. Aamiin..

Aduh!! Tertonggeng pula dia..

Mungkin gantungan besi tu membuatkan si comel ini tertumus begitu.. kikiki..

Akhirnya Coby dah mendapat teman.. Nak namakan si comel ini apa ye?

Monday, July 14, 2025

Menang GiveAway Sempena Birthday 2025 by Blogger Notie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang tak perasan pengumuman Pemenang GiveAway Sempena birthday 2025 oleh Blogger Notie ini.. Kebetulan pagi Rabu tu tengah ralit tengok Threads, tu yang perasan email masuk dari Kak Notie.. Terus balas.. Terima kasih kak.. Lepas tu terus Sha terjah blog Kak Notie.. Yeah!! Memang ada dalam senarai pemenang.. Sha peserta terakhir rupanya yang berkesempatan komen "Saya Nak" di entry GiveAway Sempena birthday 2025..

No 10. guys.. Alhamdulillah rezeki..

Hadiah selamat sampai pada 12.07.2025 tapi Sha baru ambil semalam.. Sha dapat notifikasi whatsapp dari penghantar.. Tu yang tahu Sabtu dah sampai.. Memang tak sabarlah lepas nampak gambar kotak.. Terima kasih Kak Notie untuk hadiah yang ohsem dan comel ini..

Argh!!!! Comelnya..

Tuesday, May 13, 2025

Lucky Gold Cutlery Set Mamee Chef

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha keluar beli barang rumah.. Ternampak ppromosi dari Mamee Chef, beli dua pek Mamee Chef akan dapat satu set cutlery ini.. Ingatkan saiz dia comel je lah.. Sha memang beli Mamee Chef ini, jadi kita tebus jelah.. Eh, besar dan tebal ya set yang diberikan.. Imani pula memang suka guna chopstick tu, jadinya bagi ke dia je lah..

Beli dua pek Mamee Chef dan dapat satu set cutlery tu..

Sudu, garfu dan chopstik.. Warna emas lagi..

Tuesday, August 27, 2024

Early Birthday Gift

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha cadang nak beli hujung bulan 9 sebenarnya tapi pagi Jumaat (23/08/2024) masa scroll Shopee, eh.. Ada tawaran harga baik punya.. Teruslah Sha beli.. Harga dia kalau dekat kedai memang mahallah.. Shopee pula, kedai tu saja yang bagi diskaun dan harga berbaloi.. Paling syok bila helmet ini selamat sampai pada Sabtu petang.. Memang pantas dan laju betul penghantarannya.. Berbaloilah.. Mula tu Sha risau juga sebab kedai guna pos tak berdaftar dengan shopee.. Jadi tak boleh nak ikut dimana keberadaannya.. Tahu-tahu terima mesej dari orang JNT kata dah sampai.. Lega bila dah dapat dalam tangan..

Owh ya.. Helmet ini bukan untuk Sha tapi encik suami.. Hadiah untuk ulang tahun kelahiran beliau yang akan tiba pertengahan bulan Oktober ini.. Warna dan corak tu sama dengan helmet Sha..

Givi Helmet Scudo 35.0 Draco Blcak Red (M)

Monday, August 19, 2024

Hadiah Buku & ebuku Dari Penulis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha menerima mesej dari penulis yang berbeza.. Kesemuanya ingin menghadiahkan buku kepada Sha.. Sha juga turut menerima ebook dari penulis bernama Syaz Eym bertajuk Sampai Nanti dan ebook dari Syazni Rahim bertajuk Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku.. 3 dari 5 tajuk ini telah selamat Sha baca dan review.. 2 lagi bakal menyusul..

Buku yang pertama Sha terima bertajuk Kembar Bayangan oleh Sufi Abqari..

Ini pula buku dari penulis Hannah Rishas iaitu Hingga Akhir Nafasku dan Hati Yang Memanggil Namamu..

Friday, June 7, 2024

Koleksi Buku Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku-buku ini Sha tak beli pun.. Diberi orang semuanya.. Kebetulan seminggu sebelum cuti sekolah abang Sha turun ziarah, Abanglah belanja anak-anak buku yang dalam gambar pertama tu.. Sha pun menyelit juga.. kikiki.. Gambar yang kedua tu pula dari sepupu Sha.. Kelmarin baru berkesempatan nak membalutnya.. Lama tak balut buku banyak-banyak macam ini.. Sha guna plastik pembalut warna oren dan hitam.. Bila dah balut ini, barulah syok nak membaca..

Lari-Lari GEMPAK! oleh King Kong
XOXO oleh Axie Oh
Seni Dalam Memberi oleh SisYoujae
Maboroshi oleh Mari Okada
Koleksi Terulung Keladi oleh Keladi

Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi oleh Musa Nuwayri
Terima Kasih Si Babi Hutan oleh Ismail Ariffin @ Lepat
Saring Sebelum Mereng oleh Mat Rodi
Dendam Anak Jagoan oleh Aisa Linglung, Nami Cob Nobbler
Bolot oleh Asmar Shah
KL Noir: Blue by Eeleen Lee(Editor), Mama Vies, Chua Kok Yee
KL Noir: White by Amir Hafizi(editor), Nadia Khan, Foong Li Mei

Jomlah membalut..

Wednesday, April 24, 2024

Coretan 15 Syawal 1445

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita gembira hari ini.. Membaca buku bukan sahaja mendapat ilmu atau mengembara ke dunia yang tak terduga.. Malah kerana membaca, hadiah yang tak terduga pun berjaya diterima..

Pukul 11.34 pagi Sha dapat panggilan tak bernama dari Labuan.. Muskil tapi Sha angkat.. Kalau dengar suara robot, Sha cadang nak letak je.. Sekali dengar suara perempuan beri salam.. Panggilan tu rupanya dari Perpustakaan Awam Labuan.. Memaklumkan yang Sha pemenang tempat kedua untuk kategori ebook bagi bulan Jan-Mac 2024.. Hadiahnya lumayan.. Wang tunai dna juga sijil.. Pemanggil tanya Sha di mana, Sha bagi tahulah di Semenanjung.. Beliau kirimkan email rasmi untuk maklumat seterusnya..

Rezeki makanan.. Encik suami datang ambil Sha di pejabat dan bawa ke Jamuan Raya di Cawangan UMNO Slim River.. Tak ambil banyak pun, sekadar yang boleh dimakan sahaja.. Nasi tu encik suami punya.. Sha makan soto, sate, lemang dan buah tembikai.. 

Wednesday, January 10, 2024

Kejutan Istimewa di Tahun 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang Sha terima satu bungkusan besar dari pos laju.. Terkejut juga sebab rasanya memang tak ada beli apa-apa.. Bila tengok pengirim, lagilah Sha terkejut.. Terima kasih Anies untuk hadiah yang ohsem sangat-sangat.. Terus Sha pakai hari ini.. 

Rupanya hadiah ini sebab Sha antara yang tersenarai di Top 5 for December 2023 + Top 5 of the year 2023 Anies.. Nampak tak.. Punyalah lama dah tak selalu blogwalking, sampai tak perasan kawan blog umumkan top 5.. Alhamdulillah masih ada rezeki walaupun dah kurang jalan-jalan ke blog kawan-kawan..

Scrunchies (Imani dan cop dengan alasan rambut mak tak banyak tak sesuai pakai..), brooch dan nota comel dari Anies..

Blouse dan tudung.. Cantik sangat..

Pagi tadi sebelum ke pejabat, suruh encik suami snap dulu..

Friday, December 8, 2023

Hadiah Dari Doktor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masuk je pejabat lepas jaga kaunter nombor, tengok ada bungkusan atas meja.. Tanya rakan sekerja, katanya dari Doktor.. Alhamdulillah.. Terima kasih doktor.. Hadiah istimewa dari beliau yang baru balik dari Umrah.. 

Bungkusan istimewa..

Sejadah dan coklat..

Cantik sejadahnya.. Warna pun lembut je..

Thursday, November 23, 2023

Hadiah Awal Dari Telco YES

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal YES bagi hadiah.. kikiki.. Sha terima notification ini kul 1 pagi.. Tapi bacanya kul 5 pagi.. Belum lagi sampai harijadi dah dapat hadiah.. Okaylah juga, boleh anak-anak guna untuk buat tugasan sekolah.. Ini kali kedua Sha terima data percuma dari Telco YES ini.. 10GB pun banyak juga tu.. Terima kasih YES..

Notifikasi YES pada jam 1.29 pagi bersamaan 22.11.2023.. Kemain awal baginya..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com