Thursday, October 29, 2026

Snickers Butterscotch

Assalamualaikum..
Hye semua..

Snickers biasa dah sedap, kali ini tambah pula rasa butterscotch.. Makanya jomlah beli satu untuk dicuba.. 😂

Gabungan coklat, kacang tanah rangup, karamel dan rasa butterscotch tu memberikan rasa manis berlemak.. Masih ada vibe Snickers yang kita kenal, cumanya kali ni rasa karamelnya lebih menonjol..

Cuma amaran awal, geng yang tak berapa suka manis mungkin kena makan sikit-sikit.. Kali ini memang snickers ini agak manis.. Lepas makan memang kena minum 2,3 cawan air kosong.. kikiki

Peminat Snickers dan butterscotch bolehlah cuba.. Tapi kalau tanya Sha nak beli lagi atau tak, mungkin kena fikir panjang.. Manis.. HAHAHA! 🍫🤭

Snickers Butterscotch (40g) - RM4.90

Gabungan coklat, kacang, karamel dan butterscotch tu memang beri rasa yang lebih manis..

Hadiah Buat Suami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Birthdaynya dah lama berlalu, hadiahnya baru ja sampai.. kikiki.. Asalnya Sha bagi duit ja sebab encik suami cakap dia nak beli kasut hitam macam Sha punya.. Jenuh juga tunggu sale, tu yang lambat belinya.. kikiki.. Encik suami dah ada kasut hitam untuk tugas rasmi, kasut yang ini dia nak pakai kalau kena berkerja hari Sabtu Ahad.. Kasut ini lebih selesa untuk dipakai memandu.. Bukan tak ada kasut sport cumanya warna tu tak sesuai untuk dipakai kerja.. Serba hitam macam ini nampak lebih formal..

Selamat sampai pada 27 Oktober 2026..

Inilah kasutnya.. Sebiji kasut kerja Sha.. Saiz saja yang berbeza..

ebook | Dimensi Paranormal: Makhluk Belaan by Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru kehilangan ibu, Jazrin terpaksa pindah sekolah dan dia dibuli di sekolah baru.. Belum sempat nak bertenang, Jazrin ternampak pula arwah ibunya di rumah seorang senior.. Lepas tu mulalah berlaku kehilangan pelajar sekolah dan kejadian-kejadian pelik. 😭

Sha suka cerita kali ini sebab misterinya agak menarik dan ada beberapa bahagian yang memang buat Sha tertanya-tanya siapa sebenarnya yang bermain dengan makhluk belaan ini.. Lembah Sendayan pun terasa macam ada cerita sendiri yang belum habis dikorek..

Cerita bergerak laju, ada unsur seram dan beberapa babak yang agak ngeri.. Sha juga suka watak Hadif sebab makin lama makin rasa, “Budak ni sebenarnya tahu apa?” 👀

Secara keseluruhannya, Sha enjoy baca buku ini.. Ringkas, seram dan ada cukup misteri untuk buat kita terus selak halaman sampai ke muka surat terakhir..

Sha baca dan selesai pada 27.10.2026..

Published September 20, 2024 by Penerbit-X

Gardenia Quick Bites: Roti Krim Perisa Keju

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum masuk pejabat, Sha kena singgah Pekan Slim untuk ambil suratkhabar.. Ambil dekat kedai runcit, memang bahagialah mata Sha tengok pelbagai jenis roti.. Pagi ini rak Gardenia ada roti baru.. Roti perisa keju.. Sha beli 3 terus.. kikiki.. 1 Sha bagi dekat encik suami sebab beliau tolong hantar Sha ke pejabat.. 2 lagi untuk Sha makan di Perpustakaan.. 

Sedap rotinya walaupun inti dia sedikit manis.. Gardenia memang tak kedekutlah bab inti ini.. Puas hati makan.. Dari hujung ke hujung memang berinti.. Inti keju tu warna oren.. Bila buka bungkusan memang mewah bau keju.. Rasa keju dia pun mewah walaupun rotinya tak mahal.. Memang sedaplah..

Gardenia Quick Bites: Roti Krim Perisa Keju (50g) - RM1.20

Meriah inti keju dia..

Wednesday, October 28, 2026

👣 Jejak Sihat | 26-28 Oktober 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Makin cerah dan terang langit Behrang sekarang ini.. Bahagia betul bila dapat tengok kebiruan langit, keputihan dan kegebuan awan.. Rasa bahagia lain macam.. kikiki.. Terus macam semangat nak briskwalk.. Isnin berjaya brikswalk walaupun tak cukup 30 minit.. Selasa pula Sha tetap briskwalk walaupun langit mendung.. Kali ini ditemani Imani.. 

Petang tadi Sha balik awal sebab encik suami dah ambilkan anak-anak dari rumah pengasuh.. Awallah Sha briskwalk.. Behrang varu lepas hujan, jadinya suasana tu redup dan berangin memang bahagialah briskwalk Sha petang tadi.. Rasa macam terubat jiwa..

Paksa diri briskwalk juga walaupun dah pukul 6 masa sampai rumah.. Tak adalah pusing jauh.. Briskwalk dalam 28 minit ja.. Sekarangkan Maghrib awal..

Nampak gaya macam nak hujan lagi..

Sebahagian langit masih cantik biru dengan awan putih..

Petang Selasa berjaya dapat 30 minit briskwalk..

Siap bawa payung.. Kalau hujan masih boleh briskwalk..

Langit agak mendung waktu Sha keluar briskwalk dengan Imani..

Akhirnya nampak juga gunung nun dihujung sana..

Alhamdulillah.. Berjaya buat 30 minit..

Langit petang tadi.. Biru mata memandang..

7E Slurpee Lychee Lemonade

Assalamualaikum..
Hye semua..

Slurpee perisa baru dari 7E.. Rasa dia sedap betul.. Gandingan laici dan lemonade tu memang ngamlah.. Menyegarkan tekak.. Rasa masam dari lemonade tu menyegarkan tekak digandingkan pula dengan manis dari laici, memang ngam gitu bila minum.. Cuma tu lah.. Kejap ada, kejap lagi tak ada.. kikiki.. Sabar jelah dengan mesin slurpee ini.. Warna dia sebenarnya terang dan cantik tau tapi bila ambil gambar jadi pucat pula..

Pucat pula warnanya.. kikiki..

Crazy Wednesday by 7-Eleven

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha tak beli banyak barang pun.. Asalnya Sha nak beli Pocky ja sebab perisa yang ini macam tak nampak ada jual dekat pasaraya.. Kebetulan dia bagi tawaran harga menarik hari ini, bolehlah menyinggah beli.. Kali ini Sha singgah 7E dekat Behrang 2020... Sha jarang singgah sini sejak dia tukar jadi 7E Cafe.. Tempat dia macam tak berapa menarik.. kikiki..

Akhirnya setelah sekian lama, berjaya juga Sha dapatkan beg warna oren ini.. Beg ini 60 sen satu.. Sha dah ada warna hijau dan merah..

Mamee Express tu RM2 satu.. Sha beli perisa sayur dan tomyam.. Ini makanan tambahan kalau tiba-tiba lapar dekat pejabat.. kikiki.. Haus Boom tu RM1 untuk 1 tin.. Sha beli perisa Cola dengan Strawberi.. Peanut Mixed Anchovy tu RM2.. Pocky tu pula beli 1 percuma 1.. Harga untuk 2 tu RM4.90..

Masuk kerja pagi ini ada jururawat bagi nasi lemak.. Sedap pula tu nasi lemaknya..

Aneka 3in1 Jenama Sin Sing, Meet U & Tupai Special

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perpustakaan Sha kan ada Coffee Corner.. Selalu tu Sha tambah sikit-sikit ja beli dari kedai ECO.. Hari gaji hari tu, Sha beli terus dekat Shopee.. Kali ini Sha beli produk dari Negeri Melaka yang dah bertapak sejak tahun 1959 lagi.. Bila beli banyak macam ni, perkara paling utama yang Sha tengok adalah tarikh luput.. Mujurlah tarikh luput minuman ini semuanya tahun 2028.. Ada 2 minuman ja yang tarikh luputnya tahun 2027 tapi pertengahan bukan awal tahun..

Kelebihan produk ini:-
• Warisan Lebih 60 Tahun: Mereka mengekalkan resipi tradisi pemanggangan biji kopi asli menggunakan arang untuk aroma kampung yang pekat.
• Logo Halal & MeSTI: Selain logo Buatan Malaysia, kilang mereka juga diiktiraf halal oleh JAKIM serta mendapat kelulusan keselamatan makanan (MeSTI) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
• Pelbagai Variasi: Selain kopi hitam tradisional (Kopi O), mereka juga mempunyai rangkaian kopi moden seperti kopi 3-dalam-1..

Sekotak terus Sha beli..
Ada pek besar dan ada pek trial..

(Trial Pack) MEET U UChoc Chocolate Malt Drink Original (6'sX36g) - RM7.90 (Exp:30.04.2028)
(Trial Pack) MEET U UChoc Chocolate Malt Drink 3in1 (6'sX33g) - RM7.90 (Exp:30.04.2028)

Tupai Special Mini White Milk Tea 3in1 (76g) - RM2.99 (Exp:31.01.2028)
Tupai Special Mini Black White 4in1 (76g) - RM2.99 (Exp:31.03.2028)
Tupai Special Mini White Coffee 3in1 (76g) - RM2.99 (Exp:31.07.2027)
Tupai Special Mini Classic Coffee 3in1 (76g) - RM2.99 (Exp:31.12.2027)

SIN SING Coffee Mix 3 in 1 Instant Coffee Original (25's x 18g) - RM11.90 (Exp:31.10.2028)
SIN SING White Coffee Cappuccino 3 in 1 (12's x 25g) - RM11.90 (Exp:30.09.2028)
SIN SING Kopi O 2 in 1 Coffee Mixture Bags (10's x 17g) - RM6.90 (Epx:30.06.2028)

Dapatlah percuma dua sachet Mini White Milk Tea & Mini Black White Coffee

Tuesday, October 27, 2026

7-Eleven New Affogato

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jenuh cari aiskrim ini.. Mula-mula tu Sha tanya dekat 7E Behrang Resident, mesin aiskrimnya rosak.. Tanya dekat 7E Behrang Sentral, mesin kopinya rosak.. Tanya dekat 7E Behrang 2020, budak tu tak reti buat.. Staf baru agaknya.. Sudahnya Sha jumpa dekat cawangan 7E Cafe sebelah SRITI Slim River..

Berbaloilah Sha beli.. Memang sedap gila guys.. Aiskrim vanila tu kena betul dengan espresso shot tu.. Rasa vanila tu ngam teruk.. Memang gandingan yang mantaplah.. Encik suami pun suka.. Imani yang awalnya tak berkenan, bila rasa sikit pun cakap sedap.. Harga dia pun tak adalah mahal.. 

Bila dapat tu, kejadian dia macam ini.. Staf 7E tu cakap, kalau dia bubuh aiskrim dulu baru bubuh kopi nanti aiskrim tu cair terus.. Kopi tu kan panas.. Jadinya dia bubuh kopi dulu baru bubuh aiskrim..

Sepatutnya dia macam ini.. Ini Sha yang buatkan.. kikiki..

Ini gambar dalam aplikasi 7E..

📷 Coretan Sehari | 27 Oktober 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan ini Sha bertugas untuk ambil suratkhabar dekat kedai dalam Pekan Slim.. Pagi tadi lepas ambil suratkhabar, memang melilau mata Sha cari lori Gardenia sebab nak beli roti kesukaan Sha ini.. Lorinya ada depan 7E, orangnya tak ada.. Tunggulah Sha, rupanya orang tu kat dalam 7E tengah kira stok.. Bila dia keluar terus Sha tanya roti ini.. Alhamdulillah dapat juga beli.. Ini bekal dekat pejabat kalau Sha tak bawa nasi.. Lepas dapat roti, sempatlah menyinggah 7E.. kikiki..

Sha suka roti ini sebab ada bau dan rasa susu.. Boleh makan macam tu ja, cicah kopi atau bubuh inti..

Oatside ini 2 botol RM4.50..

Lepas tu staf 7E tu tanya, akak dah tebus ke keropok asam pedas tu.. Kalau belum dekat rak ada keropok tu.. Makanya jomlah kita ambil dan tebus.. Sempatlah Sha tebus Slurpee Plushie Keychain ini.. Lama dulu, dah pernah tebus tapi warna biru.. Kali ini kita ambil warna pink pula, yang ini Pinky Frost.. Awal bulan hari tu promosi ini macam muncul balik tapi Sha tak kejar pun.. Tau-tau voucher dia muncul dekat bahagian My Rewards.. Makanya jomlah tebuskan.. 

Tebus terus dua-dua voucher ini.. Sekarang ini 7E macam rajin bagi voucher produk free.. Kena rajin tengok ja dekat bahagian E-Vouchers..

Mighty White It's Donut Cake: Chocolate Orange Flavoured

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya perasa yang ketiga dari rangkaian kek donut ini.. Jumpa juga yang coklat oren ni.. Okaylah untuk cubaan rasa Sha.. Rasa oren dia padu.. Coklat tak payah ceritalah memang ngam.. Cumanya rasa ini bukan kegemaran Sha.. kikiki.. Sha beli memang untuk rasa sahaja.. Baguslah dia jual pek comel macam ini.. Keknya padat, lembut dan lembap.. Memang syoklah makan..Sha suka kek coklat dia, oren tu Sha kurang minat.. 

Mighty White It's Donut Cake: Chocolate Orange Flavoured (60g) - RM3.90

Isi dalam dia ada 2 ketul kek berbentuk donut.. Seketul tu berat dia 30g..

Kek oren dan coklat.. Lembap dan lembut kek dia.. 

Monday, October 26, 2026

ebook | Detektif Vampire: Papan Ouija oleh Ilya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Kelab Detektif Vampire kena selesaikan masalah berkaitan papan Ouija yang bukan sekadar papan permainan biasa.. Ada tragedi lama, kematian, gangguan makhluk misteri dan satu banglo lama yang menyimpan rahsia gelap.. 👀

Sha suka kes kali ini sebab suasananya lebih gelap dan misterinya makin menarik.. Lagi-lagi apabila Anaqi sendiri susah untuk mendapatkan petunjuk kerana aura hitam yang menyelubungi papan tersebut sangat mengganggu usaha Anaqi..

Cerita bergerak agak laju dan mudah dibaca.. Cumanya kali ini terlalu banyak typo dan susunan ayat yang kurang cantik.. Bagi Sha ini agak mengganggu pembacaan..

Sha baca dan selesai pada 26.10.2026

Published May 23, 2025 by Penerbit-X

Tudor Gold White Chocolate Strawberry Cheesecake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi rasa yang menarik dari jenama Tudor Gold ini.. Sha rasa macam jarang ja ada coklat yang rasa macam ini.. Bau kek keju strawberi memang cun, rasa pun best.. Sha tak berapa minat coklat putih tapi bila didatangkan dengan rasa kek keju strawberi ini terus jatuh cinta.. Ada rasa masam strawberi tapi tak adalah melampau.. Manja ja.. Memang syoklah layan..

Tudor Gold White Chocolate Strawberry Cheesecake (60g) - RM6.90

Isi dalam dia ada 11 ketul.. Banyak pula..

Comel ja bentuk dia.. Warna merah jambu..

Hari Bertemu Pelanggan bersama Unit Sumber Manusia, HSR

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Selesai juga semakan buku perkhidmatan.. Cuti, isytihar harta, pergerakan gaji, tanggung tugas APC dan lantikan.. Semuanya okay setakat ini.. Tahun depan kena buat pengisytiharan harta balik, dah nak tamat tempoh dah.. CTRK hari tu pun dekat HRMiS dah selesai.. 

Tebal owh buku.. kikikiki.. Dua jabatan dah Sha berkhidmat..

Sunday, October 25, 2026

Popo Muruku Perisa Pedas Ayam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kemain lagi siap gambar ayam kepedasan dekat pembungkusan dia.. kikiki.. Tak adalah pedas melampau pun.. Pedas biasa ja.. Bolehlah makan.. Sedap juga sebab ada rasa ayam kan.. Bolehlah beli sesekali untuk kepelbagaian kudapan.. Tukar-tukar rasa gitu..

Popo Muruku Perisa Pedas Ayam - RM2.60

Ada 10 pek comel dalam dia

Zus Ngupi 3in1: Kopi Onde Onde

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi dengan rasa kuih onde-onde? 🤔 Eh, macam unik juga kombinasi ni! 😂 Jadinya jomlah beli sebungkus buat rasa-rasa.. Beli dengan penuh keyakinan ini.. kikikiki..

Okaylah kopi dia.. Ada rasa kopi, lemak kelapa dan sentuhan manis gula Melaka yang mengingatkan kita pada kuih tradisional kegemaran ramai.. Memang lain daripada kopi 3in1 yang biasa..

Bagi yang suka kopi berperisa dan nak cuba sesuatu yang sedikit berbeza, bolehlah masukkan dalam senarai.. Cuma kalau jenis suka kopi kaw-kaw tanpa rasa manis, mungkin kena fikir dua kali. 🤭 Kopinya masih ngam cuma tak terlalu padu..

Zus Ngupi 3in1: Kopi Onde Onde (13 stik X 24g) - RM14.50

Mantap betul bila minum panas-panas.. Sejuk pun sedap juga..

Saturday, October 24, 2026

Coretan 24 Oktober 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang tadi Sha ke pasar malam cari pecal.. Memang tiap minggu pergi sekarang ini.. Selagi tak jemu, selagi tu Sha dan encik suami beli.. Masa mula-mula beli, kami beli 1 ja.. Lepas tu memang beli 2, baru puas makan.. Pecalnya dia bungkus dalam daun pisang l.. Memang sedap kuah kacangnya.. Pecal ini jual dekat bahagian yang dekat dengan kedai Arwah Mamat Khalid.. 

Sambil cuci mata tengok jualan, sambil briskwalk juga.. kikiki..

Pecal RM5.. Memang sedap dan kenyang makan ni.. Sha tak makan nasi dah kalau makan pecal ini..

Lepas tu kita beli buah juga.. Anggur tu 3 bekas RM20.. Manis, rangup dan tak ada biji.. Buah epal tu 6 biji RM5 dan pir hijau tu RM10 untuk 7 biji..

Amani kirim kek batik ini.. RM10 sebekas..

Sempatlah Sha singgah 7E beli dua air ini dan slurpee untuk Imani.. Drinho tu ada kupon, tu yang Sha beli.. RM1.50 ja kalau guna kupon dalam aplikasi 7E tu.. Air kopi tu pula tengah promosi, RM1.50 juga..

The Tapping Tapir: Oren & Melur Lite

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minuman ini berkarbonat.. Sha sejukkan dulu baru minum.. Rasa oren tu lebih dominan manakala rasa melur tu adalah tapi manja sangat pada lidah Sha.. Gabungan yang menarik dan sedaplah sebab Sha memang suka apa saja yang ada oren.. kikiki.. Cuma harga dan saiz tu agak tak berapa berbaloilah kalau nak beli selalu.. Sesekali, okaylah..

The Tapping Tapir: Oren & Melur Lite (250ml) - RM5.50
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com