Showing posts with label Review Komik. Show all posts
Showing posts with label Review Komik. Show all posts

Wednesday, November 4, 2026

ebook | Cinta Meow Cafe & Koleksi Komik Terbaik Ben Wong oleh Ben Wong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mengandungi 128 halaman, termasuk komik pendek daripada antologi Komik-M, catatan, lakaran khas dan komik bonus eksklusif dari Ben Wong.. Semuanya dipersembahkan dalam komik yang berwarna-warni dengan jalan ceritanya yang ringan dan mudah dibaca semua peringkat umur.. Paling menarik bila ada komik bonus eksklusif Cinta Meow Cafe.. 🐱☕

Sha suka gaya lukisan Ben Wong yang comel dan bersahaja.. Setiap cerita pula membawa tema dan mesej tersendiri.. Tak perlu fikir terlalu berat, sesuai untuk bacaan santai bila nak berehat daripada novel yang penuh konflik dan drama..

Bagi Sha, tarikan utama buku ini ialah kepelbagaian cerita dan lakarannya.. Cuma disebabkan ia koleksi komik pendek, ada cerita yang rasa terlalu singkat dan membuatkan Sha berharap ada sambungannya..

Sha baca dan selesai pada 04.11.2026..

Published January 18, 2023 by Komik-M

Monday, October 5, 2026

ebook | Ultra Qalif #3: Pertembungan 3 Jaguh oleh Bophairy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makin lama, makin banyak masalah Qalif.. 😂 Kali ini dia terpaksa mengaktifkan topeng sakti walaupun sudah dipesan supaya jangan menggunakannya, semata-mata untuk menyelamatkan Atuk Abah..

Sha suka sebab aksi lebih banyak dan pertembungan tiga jaguh memang menarik.. Ilustrasi pun membantu buat babak pertarungan terasa lebih hidup.. Bacaan ringan, laju dan menghiburkan.. Cuma geram ja dengan si Qalif ni sebab macam susah nak dengar nasihat.. 🤭

Sha baca dan selesai pada 30.09.2026..

Published May 2, 2011 by PTS Pop Sdn Bhd, Komik-M

Tuesday, July 21, 2026

ebook | Aku, Kau & Takraw #1: Libasan Gulung oleh Faiez Izwan, Froggypapa, Jiwazuro, Kaher, Kimi., Zyll Fathe, Hikibee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini menghimpunkan enam cerita pendek yang masing-masing mempunyai identiti tersendiri.. Ada yang lucu, ada yang menyentuh hati dan ada juga yang menyuntik semangat untuk terus berusaha.. Walaupun jalan ceritanya ringkas, setiap kisah berjaya meninggalkan mesej yang positif tentang keberanian, persahabatan, kerja keras dan semangat untuk tidak mudah menyerah kalah..

Komik ini juga mengingatkan kita bahawa seorang juara bukan hanya diukur melalui mata kemenangan, tetapi melalui kesungguhan untuk terus bangkit setiap kali terjatuh.. Kadang-kadang, kemenangan yang paling besar ialah apabila kita berjaya mengalahkan rasa takut dalam diri sendiri..

Sha baca dan selesai pada 21.07.2026..

Published March 4, 2025 by Komik-M

Friday, July 17, 2026

ebook | Aku, Kau & Syahadah #1: Dia Yang Satu oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..


 Komik ini menghimpunkan tujuh cerita pendek daripada artis-artis Komik-M.. Walaupun setiap cerita membawa watak dan latar yang berbeza, semuanya berkongsi satu tema yang sama, iaitu tentang mengenal Allah, memahami makna syahadah dan bagaimana hidayah boleh hadir dalam pelbagai cara..

Penulis tidak menyampaikan mesej agama secara memaksa.. Sebaliknya, setiap kisah berkembang melalui situasi harian yang dekat dengan kehidupan, menjadikan mesej yang disampaikan terasa lebih lembut dan mudah meresap ke dalam hati.. 

Dari segi ilustrasi, setiap pelukis mempunyai gaya yang tersendiri.. Perbezaan itu menjadikan setiap komik mempunyai identiti tersendiri, tetapi masih terasa serasi apabila dihimpunkan dalam sebuah buku.. Ada cerita yang membuatkan Sha tersenyum, ada yang menyentuh emosi, dan ada juga yang membuatkan Sha termenung sejenak selepas selesai membacanya..

Sha baca dan selesai pada 17.07.2026

Published June 3, 2024 by PTS Publishing House

Thursday, July 16, 2026

ebook | Aku, Kau & Badminton #2: Aura Juara oleh Cpelukis, Faiez Izwan, Jiwazuro, Reja, Shahrul Huda, Sulaiman Shaari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun komik ini dilukis oleh artis yang berbeza, semuanya berjaya disatukan melalui tema yang sama iaitu semangat kesukanan, usaha dan impian seorang pemain badminton..

Apa yang Sha suka ialah setiap komik mempunyai identiti tersendiri.. Ada yang membuatkan Sha tersenyum, ada yang memberi debaran ketika aksi di gelanggang, dan ada juga yang meninggalkan mesej tentang disiplin, persahabatan serta keyakinan terhadap diri sendiri.. Disebabkan ceritanya pendek, setiap karya terus masuk kepada inti tanpa meleret..

Komik ini bukan sekadar untuk peminat badminton, malah sesuai untuk sesiapa sahaja yang sukakan kisah tentang semangat juang, kerja keras dan keberanian untuk kembali bangkit selepas menghadapi kegagalan.. Ringan dibaca, tetapi tetap meninggalkan motivasi di penghujung setiap cerita..

Sha baca dan selesai pada 16.07.2026..

Published April 14, 2025 by Komik-M

Tuesday, April 28, 2026

ebook | Liga Pendekar Raya & Koleksi Komik Terbaik Azhar Abdullah oleh Azhar Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini bermula dengan coretan eksklusif penulis dimana beliau berkongsi tentang kisah-kisah di sebalik pembikinan setiap komik beliau.. Turut disertakan tip dan panduan berkomik buat para pemula yang mahu menceburi bidang komik..

Buku ni juga menghimpunkan komik-komik pendek Azhar Abdullah dalam antologi Komik-M dan kesemuanya berwarna.. Memang lagi syoklah nak layan berbanding yang hitam putih kan..Antara tajuk yang ada ialah:-
Hikayat Anak Mangga
Liga Pendekar Raya
Kebangkitan China
Khasiat Komik
Kembali Ke Sekolah
K-Pop Celup
Khalifah Merdeka

Sha baca dan selesai pada 27 April 2026..

Published April 26, 2021 by Komik-M

Friday, April 17, 2026

ebook | Aku, Kau & Rider oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini mengandungi 7 cerita dari 7 penulis berbeza.. Setiap cerita mempunyai mesej yang tersendiri dan sangat menarik dibaca.. Ada juga yang mengimbau kembali kenangan zaman PKP, dimana rider-rider ini menjadi satu perkerjaan yang sangat diperlukan.. Selain tu, realitinya ada antara rider ini mengalami kemalangan semasa melakukan kerja dan ada yang tak dibayar pampasan pun dari pemilik syarikat.. huhuhu.. 

Owh ya.. Ada juga cerita yang berkisarkan fantasi macam Broom Broom dan Ghobot.. 

Sha baca dan selesai pada 16 April 2026...

Published February 23, 2024 by PTS Publishing House

Tuesday, January 6, 2026

ebook | Siri Maskeret Cinta - Colours oleh Kaoru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik cinta tulisan Kaoru ini berada pada zaman indah tanpa sebarang penapisan, jadinya berkesempatanlah Kaoru menghidangkan kita sisi gelap dunia percintaan.. Ada babak bunuh diri, cinta berbeza umur, adegan peluk-peluk dan sebagainya yang tak sepatutnya.. Cerita cintanya pelbagai dan setiap satu tu memang di luar jangkaan.. Menarik ja dibaca kalau kau dewasa dan faham mana yang baik, mana yang buruk.. Lama tak baca komik macam ini.. Tahun ini kita terjah ja semua jenis bacaan..

Sha baca pada 04.01.2026 dan selesai pada 05.01.2026

Published February 1, 2004 by Gala Unggul Resources Sdn. Bhd.

Monday, December 29, 2025

ebook | Kisah Zulaikha 01 oleh Xanseviera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku 1 ini membawa pembaca mengikuti kehidupan remaja bernama Zulaikha yang penuh warna, cabaran emosi dan perjalanan mencari suara sendiri.. Penulis berjaya menyampaikan kisah yang dekat dengan realiti.. Tentang persahabatan, keluarga, tekanan harian dan keyakinan diri sambil itu diselitkan juga dengan humor ringan.. Kisah “Takoyaki Sisters” menjadi titik mula ikatan persahabatan yang comel, spontan tetapi penuh cerita yang warna warni..

Ilustrasinya lembut, ekspresif, dan sangat hidup.. Panel demi panel buat pembaca rasa dekat dengan watak Zulaikha.. Ceritanya mudah dihadam tetapi tetap meninggalkan kesan.. Ringan tetapi bermakna.

Sha baca dan selesai pada 9 Disember 2025..

Published November 1, 2016 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Thursday, November 20, 2025

Komik | Antologi Komik Seram oleh Cocoon Grind

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak membaca buku fizikal.. Sha pilih komik seram ini sebab nipis dan isinya pelbagai cerita pendek.. Antara yang menarik ialah Hospital Lama dan Kerana Mulut.. Hospital lama tu seram sebab yang bersama bukanlah kawan mereka tetapi entiti seram.. Kerana Mulut tu pula tentang manusia yang mulutnya tak reti nak dijaga dan akhirnya menyebabkan dirinya ditimpa musibah..

Tajuk-tajuk lain yang ada ialah Penanggal, Hantu Dalam Bilik, Pantang Larang, Iri Hati dan Histeria.. Cerita pendek dalam ini memang di luar jangkaan dia punya penamat.. Ada yang macam tiba-tiba ja dan ada yang agak mendebarkan.. Okaylah untuk bacaan santai..

Sha baca dan selesai pada 19.11.2025..

Published June 1, 2011 by Visi Kreatif Publication Sdn Bhd

Wednesday, November 12, 2025

ebook | Solo Leveling, Vol. 13 by Dubu, Hye Young Im (Translator), J. Torres (Translator), Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kemunculan The Beast Monarch, The Frost Monarch, The Palgue Monarch dalam usaha ingin menghapuskan Jinwoo berjaya membuat kekacauan.. Pada masa yang sama, sempat pula si Beru buat aksi tak dijangka.. Adoilah.. Baru nak feel ganas-ganas, datang Beru terus jadi kelakar.. Hahaha.. Comellah Beru ini.. Semasa perlawanan, Jinwoo cedera teruk tapi dia kan ada sistem yang boleh pulihkan badan dia semula.. Kemenangn memang dalam tangan Jinwoo cumanya agak susah sikitlah sebab dia sorang dan ada 3 monarch yang dia kena lawan.. Jinwoo berjaya kalahkan mereka bermula dengan Querehsha The Monarch of Plague.. Pada masa yang sama tiba-tiba Jinwoo berjaya dikalahkan dan berada dalam keadaan koma.. Masa ini Jinwoo jumpa dengan Ashborn iaitu The King of the Death/The Shadow Monarch yang sebenar.. The Shadow Monarch yang sebenarnya terangkan apa yang terjadi dan kenapa dia pilih Jinwoo.. Jinwoo dan The Shadow Monarch yang sebenar akhirnya bergabung menjadi satu dan kuat.. Setelah bangkit kembali, Jinwoo bunuh The Beast Monarch dan kemudiannya The Frost Monarch.. Masa ini juga Jinwoo akhirnya dapat jumpa ayah dia.. Tapi sekejap jelah sebab ayah dia cedera teruk.. 

Akhirnya peperangan terbesar bermula dan Jinwoo berperang bersama askar bayang dia.. Jinwo menang dan berjaya buat permintaan untuk guna The Cup of Reincarnation bagi mengembalikan keadaan seperti sediakala.. Bila keadaan kembali pada permulaan, hanya Jinwoo kekal dengan askar bayang dan tanggungjawab sebagai The Shadow Monarch.. Jinwo bertarung menghapuskan semua monarch secara bersendirian di ruang yang tersembunyi dan menang..

Sha baca dan selesai pada 10.11.2025..

Published August 19, 2025 by Ize Press

Tuesday, November 11, 2025

ebook | Solo Leveling, Vol. 12 by Dubu, J. Torres (Translator), Hye Young Im (translator), Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mantap.. Buku ini bermula dengan kedegilan Hwang Dongsu mengancam Jinwoo dengan mencederakan Jinho.. Kemunculan Thomas Andre bukanlah ingin membantu Hwang Dongsu tapi lebih kepada beradu tenaga dengan Jinwoo.. Tapikan.. Bukan mudah nak kalahkan Jinwoo.. Thomas Andre kalah, Hwang Dongsu mati dan jadi askar bayang Jinwoo dengan nama Greed.. Siap kena hukum lagi dengan Jinwoo.. Beru pula sedaya upaya cuba memulihkan Jinho.. Buku ini juga berjaya tunjukkan kita tentang peperangan yang lebih dasyat bakal berlaku dengan kemunculan Monarch-monarch lain.. Jinwoo mewarisi The Shadow Monarch iaitu Ashbone.. Oleh kerana Jinwoo tak bunuh Thomas Andre, Thomas Andre hadiahkan sepasang dagger yang dibuat dari gigi Kamish kepada Jinwoo sebagai tanda terima kasih..

Langit Korea tiba-tiba muncul satu dungeon, namun Jinwoo tak boleh masuk.. Jadinya untuk menghabiskan waktu, Jinwoo bawa HaeIn ke taman tema dan naik naga dia..

Sha baca dan selesai pada 10.11.2025..

Published May 20, 2025 by Ize Press

Monday, November 10, 2025

ebook | Solo Leveling, Vol. 11 by Dubu, Hye Young Im (Translator), J. Torres (translator), Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jinwoo mulanya tak nak pergi Jepun sebab Jinwoo rasa dia tak berapa kuat pun tapi keinginan untuk membantu dan terus berkembang berjaya buat Jinwoo ke Jepun.. Malah Jinwoo dapat sokongan mak dia.. Memang lagi bersemangatlah Jinwoo.. Jinho turut ikut sebab dia tak puas hati bila muka dia tak ada dalam berita bersama Jinwoo.. Walaupun tak mudah untuk Jinwoo berlawan dengan giant-giant tu tapi disebabkan sikap Jinwoo yang suka memerhati dan bantuan dari askar bayang beliau, semua jadi lebih mudah.. Di sini juga Jinwoo akhirnya bertemu dengan Monarch yang lain dan mendapat tahu tentang peperangan yang akan tercetus..

Pada masa yang sama, bapa Jinwoo yang baru keluar dari dungeon mula jadi buruan kerana disyaki bukan manusia sebaliknya monster.. Jinwoo pergi US atas jemputan dari organisasi Hunter antarbangsa.. Dekat US ini Jonwoo berjaya bangkitkan bayang Kamish tapi tak berjay untuk jadikan Kamish sebagai askar bayang dia.. Bengang ja Jinwoo.. Buku ini berakhir dengan Jinho yang diculik.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 05.11.2025..

Published February 18, 2025 by Ize Press

Sunday, November 9, 2025

ebook | Solo Leveling, Vol. 10 by Dubu, Chugong (Original Creator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku 10 ini bermula dengan Jinwoo menerima jemputan untuk raid dungeon bersama Knight Guild tapi belum sempat bermula Jinwoo dapat kesan adik dia JinAh dalam bahaya.. Jadinya Jinwoo tinggalkan Beru dan kawanan semut untuk membantu Knight Guild manakala Jinwoo ke sekolah JinAh.. Raksasa yang Knight Guild kena hadap ini raksasa kegelapan jadinya bila mula-mula diorang nampak Jinwoo diorang tunduk dekat Jinwoo.. Bila Beru berlawan dengan raksasa ni pun, raksasa ni macam tak puas hatilah kenapa kena lawan sebab diorang pun kalau ikutkan memang berkhidmat dengan Shadow Monarch juga dan Shadow Monarch tu Jinwoo lah.. Beru boleh jawab diorang bukan pilihan Jinwoo.. Part ni memang lawaklah.. Hunter assosiation mencipta satu peraturan baru untuk memastikan Jinwoo kekal berada di Korea iaitu, Jinwoo boleh raid dungeon walaupun hanya dia seorang sahaja.. 

Jepun pula tiba-tiba muncul dungeon didada langit.. Jinwoo pula kembali ke double dungeon, tempat dimana semuanya bermula.. Tempat dimana Jinwoo hampir mati dan kemudiannya dapat sistem.. Disini Jinwoo akhirnya bertemu dengan arkitek dan juga tahu mengenai hati hitam yang ada dalam badan dia..

Sha baca dan selesai pada 05.11.2025

Published November 19, 2024 by Ize Press

Thursday, November 6, 2025

Solo Leveling, Vol. 8 by Dubu (Artist), Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku 8 ini tentang serbuan ke pulau Jeju yang mengandungi koloni raksasa semut.. Awal buku, ada babak pertarungan antara S-Rank Kirea dengan S-Rank Jepun.. Masa ini Jinwoo datang sebab ketua hunter association nak minta tolong Jinwoo sertai serbuan ke Pulau Jeju.. Jinwoo diajak bertempur oleh Ketua S-Rank Jepun iaitu Gyoto Ryuju sebab Gyoto nak tengok tahap sebenar Jinwoo.. Kemudiannya kita dihidangkan dengan perlawanan antara hunter dengan raksasa semut di Pulau Jeju.. Awalnya semua nampak macam berpihak pada kumpulan hunter ini.. Tapi bila ratu semut dibunuh, tiba-tiba muncul raksasa semut yang luar biasa kuat.. Selepas mengalahkan geng hunter dari Korea, semut hitam ini keluar dan mencari Gato.. Masa inilah Jinwoo buat kemunculan.. Malangnya dia tak sempat nak selamatkan Cha Haein bila tiba-tiba semut hitam tu muncul kembali.. Perlawanan antar Jinwoo dan semut hitam tu memang sengitlah tapi kemenangan tetap berpihak pada Jinwoo.. Untuk buku ini juga kita boleh tengok bukan semua bayang yang Jinwoo bangkitkan tu dia akan simpan.. Ada ja yang dia bangkitkan dan kemudian dia lepaskan..

Sha baca dan selesai pada 04.11.2025..

Published January 23, 2024 by Ize Press

ebook | Solo Leveling, Vol. 7 by Dubu (Artist), Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jinwoo nak bina guild dia sendiri.. Dia tak nak masuk mana-mana guild lain ataupun hunter association.. Jinho pula terus keluar dari naugan bapa dia dan joint guild Jinwoo.. Sementara tu Jepun mula didatangi monster semut yang boleh terbang.. Korea dapat tahu jadinya 2 negara ini memutuskan untuk berkerjasama tapi Jepun bukan saja-saja nak membantu.. Jepun datang dengan muslihat.. Jinwoo pula masih sebok nak menawan Demon Castle untuk dapatkan bahan untuk buat potion yang boleh pulihkan mak dia.. Kali ini Jinwoo dibantu demon bernama Esil.. Jinwoo berjaya kalahkan raja demon Baran.. Akhirnya bahan untuk buat potion Holy Water of Life lengkap.. Pada masa yang sama Jinwoo berjaya perolehi bayang naga yang diberi nama Kaisel..

Sha baca dan selesai pada 03.11.2025..

Published August 22, 2023 by Ize Press

Sunday, November 2, 2025

ebook | Solo Leveling, Vol. 6 by Dubu (Artist), Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jinwoo Menunggu untuk dinilai semula sebab rank dia bukan biasa-biasa.. Pada masa yang sama Jinwoo dijemput untuk turut serta dalam dungeon yang berada pada rank A buat kali kedua.. Kali ini memang Jinwoo bernasib baiklah.. Akhirnya bolehlah Jinwoo keluarkan tentera bayang dia dan melawan bos dungeon gred A.. Kat sini juga Jinwoo dapat askar bayang dari raksasa Orc.. Jinwoo juga dapat askar bayang hebat bernama Tusk kat sini.. Memang mantaplah koleksi askar bayang Jinwoo.. Akhirnya Jinwoo dapat juga lesen dengan ranking baru iaitu S Hunter..

Sha baca dan selesai pada 30.10.2025..

Published March 21, 2023 by Ize Press

Friday, October 31, 2025

ebook | Solo Leveling, Vol. 5 by Dubu, Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku 5 ini Jinwoo dapat askar bayang bernama Kim Chul yang dipanggil Iron.. Memang makin mantaplah Jinwoo.. Buku 5 ini Jinwoo mula masuk ke Demon Castle's dan melakukan quest mengumpul demon soul.. Pada masa yang sama Sung Il-Hwan muncul di US..Masa dekat Demon Castle's ini Jinwoo dapat resepi untuk buat potion Holy Water of Life yang berkemungkinan besar mampu menyembuhkan mak dia.. 2 bahan Jinwoo dah ada.. Bahan ketiga dia boleh dapat kalau dia teruskan naik sampai tingkat terakhir dalam Demon Caste's tu.. Selepas berjaya selesaikan sampai tingkat 75, Jinwoo balik semula ke dunia biasa untuk dinilai semula ranking dia sebagai hunter.. 

Jinwoo berjaya joint group mining semata-mata nak masuk dalam dungeon gred A..

Sha baca dan selesai pada 29.10.2025..

Published September 20, 2022 by Ize Press

Thursday, October 30, 2025

ebook | Solo Leveling, Vol. 4 by Dubu, Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku 4 ini menanda perubahan Jinwoo yang agak besar.. Dalam quest dia dekat Red Knight Castle Dungeon ini, Jinwoo kena buat The Job Change Quest selepas berjaya kalahkan Igris the Blood Red Commander.. Quest yang diberikan sistem kali ini memerlukan Jinwoo bertahan selama yang boleh.. Masalahnya musuh yang datang semua sama level dengan Igris the Blood Red Commander.. Mujurlah daily quest yang sepatutnya Jinwoo buat untuk hari tu dia terlupa nak buat.. Pada saat-saat nyawa Jinwoo dihujung tanduk, Jinwoo dipindahkan ke Penalty Zone.. Dekat Penalty Zone ini Jinwoo berjaya level up dan memulihkan diri dia dengan mengalahkan sebanyak-banyaknya raksaksa centipedes.. Pada masa yang sama Jinwoo korbankan gold yang berjaya dia kumpul dengan membeli senjata yang lebih dasyat untuk mengalahkan askar besi dalam Red Knight Castle Dungeon..

Paling kelakar bila selesai kalahkan semua ahli sihir yang memanggil askar besi tu, Jinwoo punya job title berubah tapi bukan seperti apa yang Jinwoo bayangkan.. Jinwoo diberikan job title sebagai Necromancer iaitu pembangkit askar bayang.. Bila sistem analisis apa yang tinggal pada Jinwoo, job title Jinwoo terus berubah dari Necromancer kepada Shadow Lord.. Tiba-tiba jadi The One Who Overcome Adversity.. Masa ini jugalah permulaan Jinwoo dan tentera bayang dia.. Paling susah nak dibangkitkan dah tentulah Igris tapi Jinwoo berjaya.. 

Sha baca dan selesai pada 28.10.2025..

Published May 10, 2022 by Yen Press

Wednesday, October 29, 2025

ebook | Solo Leveling, Vol. 3 by Dubu (Artist), Chugong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini bermula dengan perlawanan diantara Jinwoo dan makhluk yang menjaga pintu ke istana Demon.. Jenuh jugalah Jinwoo nak berlawan tapi disebabkan keazaman Jinwoo, berjaya juga dia kalahkan makhluk berkepala 3 tu.. Tapi Jinwoo tak masuk pun dalam istana demon tu sebab dia tahu dia belum berkemampuan untuk menakluki istana tu.. 

Kemudian Jinwoo dan 5 lagi yang terselamat semasa berada dalam dungeon sebelum ini dijemput untuk menyertai raid ke dungeon bersama dengan 3 banduan dan seorang guild master.. Masalahnya raid kali ini adalah ilusi dimana guild master tu seorang pembunuh upahan.. Mujurlah ada Jinwoo, kalau tak memang semuanya mati kecuali pembunuh upahan tu.. Pada masa yang sama aktiviti Jinwoo dan Jinho yang cuba menyelesaikan semua gate C telah menjadi perhatian Guild White Tiger.. Pada hujung buku 3 ini Jinwoo akhirnya bertemu dengan Igris the Blood Red Commander yang menjaga takhta kosong dalam Red Knight Castle Dungeon..

Sha baca dan selesai pada 27.10.2025

Published November 16, 2021 by Yen Press
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com