Saturday, July 27, 2024

ebook | Tiada Yang Kedua oleh Mia Azwari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lelaki diuji saat berada di puncak.. Salah langkah saja, pasti ada yang akan mengambil kesempatan.. Mujurlah sebelum terlajak jauh kebenaran perangai si Elisa terkeluar.. Kalau tak memang makan hatilah Arif.. Isteri yang terbaik minta dilepaskan, yang datang mengganggu tak lah sebaik yang ada.. Hidup ini kalau terlalu mengejar apa yang tak ada, memang kita altak akan nampak apa yang sudah kita miliki.. 

Sha baca dan selesai pada 26.07.2024..

Published June 1, 2022

Friday, July 26, 2024

Munchy Oat Krunch: Dark Chocolate & Almond

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masa mula-mula nampak iklan biskut ini, memang Sha cari merata.. Nak beli atas talian, kejap ada stok kejap habis.. Sekali baru ini masa cari selipar anak, jumpa juga biskut ini dekat Pasaraya TF.. Belilah sebungkus tapi memang rugilah tak ambil lebih.. Harga tengah promosi, biskut pun sedap.. Biskut ini sedap sebab ada semua bahan yang Sha suka.. Ada oat, coklat gelap dan ketulan badam.. Memang rasa digigitan tau badam tu.. Mengenyangkan sebab ada oat.. Sesuai dijadikan sarapan mahupun snek..

Munchy Oat Krunch: Dark Chocolate & Almond (384g) - RM8.99

Ada 12 pek comel

Setiap pek ada 4 keping biskut..

Biskut coklat dengan ketulan coklat gelap dan badam.. Asyik..

ebook | Omniscient Reader’s Viewpoint, Vol. 1 by Singshong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya Sha dah pernah baca ebook ini tapi lepas tu berhenti separuh jalan, ini baru sambung balik baca.. Pergh!! Tebal betul.. Jenuh juga nak membacanya.. Sha baca berselang seli dengan buku lain sama.. Jadinya lambatlah sikit.. Buku pertama ini sampai episod 36 saja.. Nanti kita sambung baca buku yang seterusnya.. Kena relaks dulu.. kikiki.. Ada lagi 5 volume sebelum betul-betul habis.. Volume yang lain tak setebal volume satu ini..

Kisah seorang lelaki yang kesunyian dan mengisi masanya dengan membaca novel atas talian bertajuk Ways Of Survival.. Sampailah satu hari, Kim Dokja berada dalam situasi novel yang dia baca.. Bermula dari situ Kim Dokja cuba mengubah perjalanan cerita dalam novel tersebut.. Kelebihan pada Kim Dokja sebab dah pernah baca buku bukan sekali tapi berkali-kali jadinya banyak jalan cerita yang boleh diubah.. Dalam masa yang sama cerita yang dilaluinya bukanlah cerita biasa tetapi melibatkan banyak pihak.. Seolah-olah apa yang berada didalam novel telah bertukar menjadi realiti.. Pertarungan dan kelansungan hidup menjadi acara yang dipertonton.. Kim Dokja berjaya memperoleh beberapa item untuk memastikan kelansungan hidup dia hingga ke penamat..

Buku pertama ini menemukan Kim Dokja dengan beberapa watak yang Kim Dokja rasa dia perlu selamatkan dan pastikan peningkatannya supa cerita berakhir seperti yang dia mahukan.. Kim Dokja turut bertemu dengan watak utama novel iaitu Yoo Jonghyuk.. 

Sha baca pada 17/04/2024 dan selesai pada 25/07/2024..

Published January 6, 2018 by Munpia

Lactel: Greek Yogurt with Pecan Gula Melaka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beli sebab nak rasa.. Kalau makan plain je greek yogurt ini tak berapa sedap rupanya.. Rasa dia tak sama macam yogurt biasa.. Agak pekat.. Bila dicampurkan dengan bijirin rasa gula melaka tu barulah sedap dimakan.. Memang ngamlah gabungan ini.. Cumanya untuk beli selalu tu, taklah.. Mahal sangat harganya.. Tak berbaloi dengan saiz.. kikiki..

Lactel: Greek Yogurt with Pecan Gula Melaka (130g) - RM6.20

Sikit je yogurtnya.. kikiki.. Jadilah dengan bijirin yang dia bagi tu..

Sha dah campur dengan bijiran tu.. Tapi tak berapa nampak pula..

Thursday, July 25, 2024

ebook | Will You Stay? oleh Norhafsah Hamid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini berbahasa Inggeris namun bahasa yang digunakan agak ringkas dan mudah difahami.. Jadi seronoklah nak membaca..

Buku ini membawa kita menyelusuri kisah hidup Amy yang berusaha keras untuk menjadi doktor sambil ditemani dua sahabat baiknya iaitu Hassan dan Nieza.. Mereka dah seperti adik beradik berlainan mak ayah.. Munculnya Rasyid membawa rasa yang berbeza dalam diri Amy.. Konflik berlaku antara mak Amy dan Amy, terlalu menekan Amy untuk berkahwin sehingga meminta Amy merendahkah maruahnya.. Mujurlah Amy dikelilingi sahabat yang baik.. Selepas berkahwin dugaan datang untuk mereka bila Rasyid di sahkan mengidap kanser.. Betapa sukarnya melalui kehidupan bila orang yang kita syaang skait..

Buku ini ringkas dengan babak sedih, persahabatan, ujian keluarga, ujian perkahwinan dan ada kelakar juga..

Sha baca dan selesai pada 23.07.2024

Published March 29, 2021 by Iman Publication

Lago Poker: Nicciola & Cacao

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut ini Sh adapat percuma.. Tak pasti siapa yang bagi.. Lama sangat tersimpan dalam almari.. Warna merah tu rasa coklat dan kacang hazel.. Warna biru pula rasa coklat.. Sedaplah makan, saiz pun comel je.. Memang sekejap je licinnya..

Lago Poker: Nicciola & Cacao

Dapatlah sebekas comel.. Bila dah buka sama je warnanya.. Beza pada rasa je..

ebook | Extraordinari: Himpunan Kisah Luar Nalar oleh Profzoref

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini ada beberapa bahagian.. Membaca buku ini walaupun seram namun tak semuanya.. Ada juga yang kelakar dan pelik.. Kesemua certot dan cerpen dalam ini memang luar jangka baik permulaan mahupun kesudahannya.. Ada yang menggeletek hati namun ada juga yang membuatkan pembaca merinding serta keliru.. Memang layanlah.. Sha beli dekat Google Play Books..

Sha baca dan selesai pada 22.07.2024

Published July 7, 2024 by DP Crew

Wednesday, July 24, 2024

Jepun | My Home Hero (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini macam kesinambungan dari drama tapi setakat yang Sha tengok, boleh fahamlah jalan cerita dia walaupun tak tengok drama dia.. 

Tetsuo kembali dihantui perbuatan silam dia membunuh dua lelaki.. Semuanya kerana tanah runtuh dan mayat salah seorang lelaki tu dijumpai.. Bukan sahaja polis tetapi sindiket Mano.. Memang terujalah tengok Tetsuo cuba melindungi keluarga dia dar sindiket Mano tu dan dalam masa yang sama mengelak polis.. Bukan mudah nak lawan sindiket tu mujurlah ada yang sudi membantu.. Namun pada akhirnya, Tetsuo tetap harus memikul kesalahan dia membunuh..

Movie: My Home Hero
Also Known As: My Home Hero Movie , Eiga Mai Hoomu Hiiroo
Director: Aoyama Takahiro
Screenwriter: Funabashi Susumu
Genres: Thriller
Country: Japan
Release Date: Mar 8, 2024
Duration: 1 hr. 57 min.
Tetsuo Tosu is a typical father whose biggest worries are his job and his rebellious daughter, Reika. That is until he finds a bruise on her face. His worst fears come true when he finds out she has a secret boyfriend and he's part of a crime ring that's using her to steal her grandparent's wealth. If that wasn't bad enough, the thug catches Tetsuo snooping around and threatens to kill Reika as soon as she gets home. Fueled by fatherly instincts, Tetsuo murders the man. Only for his wife to walk in and witness what he's done. Now, with a corpse to hide and a crime ring hot on his tail, Tetsuo must resort to his love of detective novels and his wits to stay one step ahead of a grim fate.

~~ Adapted from the manga series "My Home Hero" (マイホームヒーロー) written by Yamakawa Naoki (山川直輝) and illustrated by Asaki Masashi (朝基まさし). ~~

ebook | Lelaki Introvert oleh Dilla Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Naura kena paksa kahwin dengan Ryan tapi naura tak nak.. Jadinya dia larikan diri tapi anak angkat ayahnya pergi serahkan dia semula pada mak ayahnya dan kali ini dia minta kawan baiknya culik Ryan.. Sudahnya Naura berkahwin dengan Hazeel iaitu anak angkat keluarga mereka.. Perkahwinan yang mencetuskan pelbagai peristiwa tak dijangka.. Terbongkarlah perasaan kakaknya yang gilakan Hazeel, walaupun dah bersuami masih lagi mengejar cinta Hazeel.. Kemudian sejarah silam antara keluarga Naura dan juga keluarga Hazeel.. Semuanya dugaan buat Naura dan Hazeel.. 

Sha baca dan selesai pada 21.07.2024..

Published December 1, 2020 by AA Idea Publication

Wordless Wednesday 2024

 

Tuesday, July 23, 2024

ebook | Assistant Tuan Menteri oleh Sera Elya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca buku ini sebab tajuk dia tu.. Macam best je.. Awal-awal tu macam tak dapat kaitkan tajuk dengan jalan cerita tapi bila dah baca suku baru faham.. Perkerjaan watak utama dan juga wat di sekeliling tu rupanya.. Menarik..

Cerita dia tentang Fina dan Izz yang berkahwin tanpa pengetahuan keluarga mereka di luar negara.. Kononya perkahwinan tu nak baikkan abang-abang mereka.. Tapi bila sampai Malaysia, Izz kecut perut dan diam.. Fina ambil keputusan untuk buat haluan sendiri.. Mereka bertembung di Putrajaya.. Izz cuba nak berbaik dengan Fina tapi terlebih dahulu Fina suruh Izz selesaikan hubungan dia dengan Leha.. Ingatkan semua dah selesailah.. Tak cukup dengan Fina dibelasah, rupanya ada komplot lain Leha dengan Adnan abang si Izz.. Memang huru hara jugalah..

Pada Sha kesalahannya pada Izz sebab tak bertegas.. Biarkan diri di ugut Leha dan tak berterus terang dengan Fina.. Kalau diorang lebih jujur dan berterus terang, banyak benda yang boleh dielakkan..

Sha baca dan selesai pada 18.07.2024..

Published December 10, 2014 by Penerbitan Pena Magis

India | Maharaja (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok filem ini sebab ramai yang kongsi kata best.. Pergh!! Memang dasyatlah jalan cerita dia.. Tak sangka sungguh..

Awal-awal tu macam tak berapa faham sangat perjalanan cerita dia tapi bila sampai bahagian Maharaja buat laporan polis atas kehilangan Lakshmi, masa ini emmang tergelak habislah.. Tau tak lakshmi tu tong sampah.. Agak-agaklah nak buat laporan polis atas kehilangan tong sampah.. Memang tak lah polis nak terima.. Tapi Maharaja tetap nak polis carikan Lakshmi dia hingga sanggup merasuah polis.. Memang agak teruk jugalah Maharaja punya keadaan.. Sampai kita yang tengok pun macam.. Dah kenapa beria-ia betul Maharaja nak cari tong sampai dia tu.. Dalam masa yang sama cerita ini turut tunjukkan babak dua orang lelaki yang merompak, merogol dan membunuh penghuni rumah yang dirompak.. Memang geramlah.. 

Tapi sabar.. Perlahan-lahan segalanya akan terbongkar.. kaitan antara tong sampah dan juga perompak.. Memang tak jangkalah apa sebenarnya yang terjadi.. Bila tengok kita akan boleh faham perasaan Maharaja.. Memang ohsemlah filem ini cumanya tak sesuai tengok dengan budak-budak..

Maharaja
2024 ‧ Action/Drama/Thriller ‧ 2h 21m
A barber seeks vengeance after his home is burglarized, cryptically telling police his "lakshmi" has been taken, leaving them uncertain if it's a person or object. His quest to recover the elusive "lakshmi" unfolds.

ebook | Lentera Kaca oleh Nuha Yusuff

Assalamualaikum..
Hye semua..

Geram, marah dan tertekan sebenarnya membaca buku ini.. Sha memaksa diri untuk terus membaca.. Kali ini memang lama gila nak habiskan sebab geram dengan watak Dian.. Sha rasa Dian tak patut tetus memaksa diri berada dalam bidang kejuruteraan semata-mata nak dapatkan pengiktirafan dari keluarga sebelah ayahnya yang toksik.. Mak Dian pun tak sepatutnya mengalah dan membiarkan diri dihina.. Perangai mak Dian menjadi salah satu sebab kenapa Dian bersifat begitu.. Tapikan semakin Sha baca semakin Sha faham dengan tindakan Dian.. Peperangan di hati mengenai apa itu kejayaan sebenar membuatkan Dian tersalah pilih.. Mujurlah di akhir peristiwa yang menyesakkan Dian mula nampak jalan hidup dia.. Bukan mudah untuk manusia membentuk diri bila melalui cabaran.. 

Baca buku ini memang perlukan kesabaran terutama sekali dekat watak utama dia Dian..

Sha baca dan selesai pada 18.07.2024..

Published February 1, 2023 by Mangosteen Publication PLT

Monday, July 22, 2024

Ride Cari Makan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam encik suami ajak cari makan best.. Kami pergi dua tempat.. Satu di pasar pagi Batu Caves dan satu lagi di Bangi..

Patutnya nak keluar awal lagi tapi biasalah, banyak nak dibuat dahulu sebelum keluar..

Inilah yang di cari-cari.. Vadey, dapat beli RM3 je.. Patutnya ada sejenis lagi tapi disebabkan orang ramai, ini je yang dapat.. Jadilahkan.. kikiki.. Lembut dan sedap.. Memang patutlah viral dan ramai yang beratur..

Alang-alang dah sampai tu kita beli jugalah putu mayam ini.. Sebekas RM5.. Memang sedap.. Ada yang pandan juga tapi belum masak.. Malas nak tunggu, kita beli yng putih jelah..

Kemudian jumpa orang jual kacang goreng homemade.. Sha beli dua jenis.. Salut madu dan lada hitam.. Memang sedaplah.. Rangup dan berlemak.. 300g harganya RM10.. 

Menu yang kami makan di Bangi.. Kacang pool, kari kambing dan roti pratha.. Roti yang dia bagi untuk kacang pool dan kari kambing tu takberapa best untuk Sha.. Roti tu ada rasa manis.. Bila cicah jadi kurang best..

ebook | Sains Menulis Puisi oleh Fahd Razy, Rasydan Fitri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang ohsem.. Sesuai sangat untuk mereka yang baru berjinak-jinak untuk menulis puisi.. Banyak ilmu yang diberikan penulis dalam ini berserta contoh dan panduan..  Tambahan pula penulis juga turut berkongsi hingga ke bab bagaiman mahu menghantar puisi untuk diterbitkan.. Memang ohsem sangatlah.. Menurut perkongsian penulis, puisi tidak semestinya memerlukan perkataan yang bombastik dan berbunga-bunga.. Puisi yang baik boleh dihasilkan melalui perkataan yang biasa-biasa sahaja namun begitu mampu memberikan kesan emosi yang mendalam kepada pembaca..

Tajuk-tajuk didalam buku:-
Sains Menulis Puisi
Hal-hal Yang Tak Pernah Selesai
Membina Asas Puisi
Terlajak Perahu
Bertukang Puisi
Pasca Puisi

Published November 1, 2018 by Penerbitan Kata Pilar

Durian, Strawberi & Jagung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu ini meriah rumah Sha dengan buah.. Bukan beli tapi orang bagi.. Sebekas durian, 2 bekas strawberi bersama coklat dan 4 tongkol jagung.. Memang syoklah hujung minggu kami.. kikiki.. Semoga murah rezeki semua yang berkongsi rezeki dengan kami..

Buah durian ini dah siap dikopek masa diberikan pada Sha.. Cantik isi dia.. Kuning dan sedap.. Sha makan sorang sebab yang lain semua tak nak.. Imani je ambil dua ulas..

Sebekas durian..

Strawberi ini kami makan bertiga.. Cicah pula dengan coklat yang diberikan sekali bersama strawberi ini.. Memang syoklah.. Buahnya banyak lagi dari ini tapi ini saja yang sempat dipotretkan.. kikiki..

4 tongkol jagung.. 2 jagung susu dan 2 jagung mutiara.. Ini pertama kali Sha rasa dua jenis jagung ini.. Menarik betul rasa dia.. Jagung susu tu memang sedap dan manis.. Puas hati lah kiranya.. Kalau berpeluang memang nak beli lagi.. Makan mentah pun sedap.. Jagung mutiara tu pun manis dan isinya padat.. Bila makan memang crunchy..

Sunday, July 21, 2024

Novel | Luk Thep: The Anong's Story oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah anak patung yang diletakkan makhluk.. Kemudian anak patung tu dijadikan seperti anak oleh mereka yang memilikinya.. Perlu dijaga, diberikan susu, makanan dan dilayan baik-baik.. Nama anak patung tu Anong dan pemiliknya telah menyeahkan Anong kepada orang lain.. Anong dikurung didalam peti besi hinggalah dijumpai Farid.. Farid yang tertarik dengan Anong telah membawa Anong balik.. Masalah mula timbul dalam keluarga Farid disebabkan Anong.. Anong bukanlah anak patung biasa.. Bahaya bagi sesiapa yang memilikinya..

Sebab tu orang tua-tua selalu berpesan, jangan suka sangat ambil benda-benda yang bukan milik kita kalau terjumpa.. Yang cantik tak semestinya elok..

Sha baca dan selesai pada 15.07.2024..

Published January 1, 2023 by Batch-A Enterprise

Jepun | Kamen Rider 555 20th: Paradise Regained (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak layan.. Drama dia ada 50 episod dan Sha tak tengok pun.. kikiki.. Ini kiranya macam sambungan dari drama tapi okay je untuk tengok.. 

Smart Brain berusaha sehabis baik untuk menghapuskan Orphnochs, manakala Mari pula melindungi mereka.. sewaktu cuba menyelamatkan seorang nenek dari dilanggar salah satu Orphnochs tu telah bertukar dan diketahui oleh Smart Brain.. Mereka menyerang Mari serta kumpulan Orphnochsnya dan kemunculan semula Takumi bukanlah menggembirakan mereka bila Takumi menyerang mereka.. Takumi yang hilang sejak setahun lalu telah berubah malah Mari diculik dan ditukar menjadi Orphnochs.. Rupanya Smart Brain bukanlah baik sebaliknya sekadar menjadikan Orphnochs bahan uji kaji mereka..

Movie: Kamen Rider 555 20th: Paradise Regained
Also Known As: Kamen Raidaa Faizu Nijusshuunen: Paradaisu Rigeindo
Director: Tasaki Ryuta
Screenwriter: Inoue Toshiki
Genres: Action, Tokusatsu
Country: Japan
Release Date: Feb 2, 2024
Duration: 1 hr. 5 min.
Mari Sonoda heads to Keitaro's cleaning shop with his nephew Jotaro and meets Naoya and Masato, who has returned. Meanwhile, Smart Brain, which has become a governmental organization, has transformed into a company aiming to annihilate all Orphnoch life, and this operation is led by Kitazaki.

In order to protect the Orphnochs from extinction, Masato Kusaka fights against Smart Brain's enforcer, Reina Kurumi. Not only that, she is assisted by none other than Takumi Inui himself, who had disappeared years ago and returned as Kamen Rider NEXT Faiz to spearhead Smart Brain...!

Mari and the others are confused after being attacked by the new Faiz. Why is Takumi working with Smart Brain? What has he been up to since? Their turbulent reunion marked the beginning of a new story involving Orphnochs and humanity.

Novel | Pengabdi Telaga Ungkar oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kita dibawakan kisah jauh di dalam hutan.. Kisah Ungkar yang memperdayakan manusia himgga banyak nyawa terkorban.. Adeline cuba mencari tahu apa yang dirahsiakan oleh emak dan neneknya.. Hawa yang mengikut Adeline tak tahu apa-apa.. Di tempat perkhemahan mereka bertemu Junaidi.. Perkhemahan yang awalnya baik-baik sahaja mula menjadi kecoh bila Adeline hilang.. Pencarian Junaidi dan Hawa menemukan mereka dengan sekolah lama namun Adeline tak juga dijumpai.. Bila pihak polis dipanggil, barulah mereka tahu ada seorang lagi yang turut hilang iaitu Mazni anak penduduk kampung berhampiran.. Rahsia yang selama ini tersimpan tidak lagi menjadi rahsia malah identiti sebenar Junaidi turut terbongkar..

Sha baca dan selesai pada 15.07.2024..

Published April 1, 2024 by Fajar Pakeer

Saturday, July 20, 2024

Korea | A Killer Paradox (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semuanya kerana tak sengaja terbunuh seorang lelaki yang menyerang dirinya.. Dari sini, satu persatu ketidak sengajaan mula berlaku.. Dari seorang, mangsa Lee Tang makin bertambah.. Masuk episod 4, muncul seorang lelaki yang pelik Song Chon, lebih ganas dalam membunuh mencari Lee Tang.. Lee Tang pula dibantu Roh Bin untuk melakukan pembunuhan.. Mereka yang dibunuh semuanya bermasalah ataupun penjahat pada pandangan mereka berdua.. Detektif Jang pula obses nak tangkap Lee Tang sebab dia percaya jenayah yang berlaku tu semua perbuatan Lee Tang.. 

Drama ini kalau tengok, memang kena tengok tanpa budak-budak.. Ada babak yang tak sepatutnya.. 

Drama: A Killer Paradox
Also Known As: Murderous Toy, The Murderer and the Toy, Murderer o Nangam, Murder DIEary, Sarinjaonangam, SarinjaㅇNangam
Director: Lee Chang Hee
Screenwriter: Kim Da Min
Genres: Thriller, Mystery, Psychological, Comedy
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: Feb 9, 2024
Aired On: Friday
Original Network: Netflix
Duration: 54 min.
The story follows Lee Tang, an ordinary college student, who gets into an argument with a customer during a part-time job at a convenience store at night, unconsciously swings a hammer, and kills him. Suffering from guilt and fear of murder, Lee Tang learns one day that the person he killed was a serial killer and slowly realizes that he has a supernatural ability to identify "bad seeds". He soon becomes a dark hero who punishes people who committed unethical evils in the past.

A cold-blooded, charismatic and persistent detective starts to chase Lee Tang.

~~ Adapted from the webtoon "Sarinjaonangam" (살인자ㅇ난감) ~~

Novel | Siri Aku Bercerita: Perempuan Busana Merah oleh Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak baca buku RAM ini.. Memang mengujakan otak betul.. Awalnya kau fikir begini.. Bacalah bersungguh, eh sekali jadi lain pula.. Perangai Mukmin tu memang mampu buat kau bergelak ketawa dan juga dalam masa yang sama nak ketuk kepala dia.. Takut tapi dalam masa yang sama nak tunjuk hero selamatkan Perempuan Busana Merah ataupunnamanya Saleha.. Awalnya memang pasal Mukmin dan Saleha tapi kemudiannya kau dibawa ke tempat lain.. Memang kau sendiritak jangka nak jadi macam tu.. Alih-alih penamatnya jadi lain.. Pergh!! Lama tak teruja macam ini..

Sha baca dan selesai pada 15.07.2024..

Published April 1, 2024 by Buku Prima

Malaysia | BoBoiBoy Galaxy Windara (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok animasi ini dekat Youtube Monsta.. Sha tunggu sampai semua episod keluar baru layan.. Satu benda yang paling Sha suka bila watak Boboiboy tu walaupun hero namun tetap dikekalkan perwatakkan seorang budak yang nakal dan suka bermain.. Memang comel..

Seronok betul layan Boboiboy kali ini.. Kisahnya bila Boboiboy diminta memberikan kuasa beliung kepada tuanku Puteri tapi belum sempat kuasa diberi mereka diserang dan tuanku puteri diculik.. Maka berkerjasamalah mereka semua dalam menyelamatkan tuanku puteri dan melawan penjahat serta membebaskan Windara.. Akhirnya Boboiboy menggunakan kuasa Beliung..


Episodes
Episode 1: Pelawat Misteri - June 1, 2024
Episode 2: Pergolakan Di Windara - June 8, 2024
Episode 3: Terkandas - June 15, 2024
Episode 4: Istana Kupuri - June 22, 2024
Episode 5: Kesatria Windara - June 29, 2024
Episode 6: Pertarungan demi Windara! - July 6, 2024

Friday, July 19, 2024

Komik | Siri Candy 26: Sahabat Prihatin [Nutrisi] oleh Kaoru, Dreamerz(Teks), Candy Factory(Komik)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini kepunyaan Amani dan Imani.. Walaupun begitu sebagai seorang emak yang suka membaca, sha pun turut membaca bahan bacaan mereka.. kikiki.. 

Komik ini best ya tuan-tuan dan puan-puan.. Best sebab dia komik yang comel.. Kisah mengenai Sha yang tidak berada namun teringin untuk makan makanan yang berkhasiat.. Sham juga ingin menjadi kuat dan sihat serta tidak ingin menyusahkan Aaron.. Kemunculan Gary banyak membantu Sham untuk mendapatkan nutrian yang diperlukan.. Mereka berkerja secara sambilan dibayar dengan sesuatu yang mereka perlukan.. Akhirnya Aaron tahu apa yang Sham perlukan sebenarnya dan mereka kembali berkawan..

Selain cerita mengenai Sham dan kawan-kawannya, komik ini turut memberikan maklumat mengenai makanan berkhasiat, piramid makanan dan info pelbagai tentang nutrisi yang diperlukan manusia.. Memang komik yang ohsem guys..

Sha baca dan selesai pada 14.07.2024..

Published February 1, 2018 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

India | Rautu Ka Raaz (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..
 
Pergh!! Dia punya penamat memang twist habislah.. Hahaha.. Tak sangka sungguh.. 

Bermula dengan kematian seorang warden perempuan untuk sekolah kanak-kanak kurang upaya, membawa kepada pembongkaran perancangan licik orang berkuasa dalam merebut tanah tapak sekolah.. Semuanya kerana warden wanita yang mati.. Sepanjang penyiasatan memang kita berteka-teki tentang siapa pembunuhnya dan motif.. Sedikit demi sedikit skandal terbongkar.. Kehilangan seorang pelajar perempuan semakin merumitkan keadaan.. Masing-masing punya motif dan rahsia.. Memang tak disangkalah.. Pembunuh sebenar memang betul-betul tak disangka dan tak ditangkap pun..

Rautu Ka Raaz
2024 ‧ Drama/Mystery/Crime ‧ 1h 54m
After the mysterious death of a warden of Sevadham school, it is up to inspector Negi who suffers from PTSD to solve the high-profile investigation which leads him to disturbing facts.

ebook | KL Noir: Magic by Deric Ee (editor)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha baca guna eSentral tapi entah kenapa tiba-tiba aplikasi eSentral crash dan tak boleh dibuka.. Maka sambung baca di Oakbee Buffet.. Mujurlah ada.. Kalau tak memang kecewalah.. huhuhu.. 

Banyak cerpen pendek dalam ini.. Paling terkesan ada beberapa.. Memang tak sangkalah bila baca gitu jadinya.. kikiki.. Antaranya A Night at Tulips by Collin Yeoh, memang tak jangkalah penamat dia macam tu.. Sha jangkakan lain.. Lepas tu penyampaian cerita pun menarik.. Jarang jumpa penulis yang sampaikan cerita macam ini.. Satu lagi Shucked.. Pergh!! Dia punya penamat tu.. Memang ngerilah.. Padah untuk yang menipu dan yang nak balas dendam..

Ada beberapa lagi yang menarik, selebihnya biasa-biasa sahaja dan ada satu yang Sha tak berkenan..

Sha baca pada 12.07.2024 dan selesai pada 13.07.2024..

Published March 12, 2021 by Buku Fixi (Fixi Novo)

Thursday, July 18, 2024

Eureka Popcorn: Classic Caramel, Crispy Chocolate & Savoury Cheese

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli di Kedai Mesra Petronas.. Ada promosi beli dua dengan harga RM7.50.. Oleh kerana ada 3 saja perasa, Sha beli Classic Caramel tu dua bungkus sebab yakin yang rasanya pasti sedap.. kikiki.. 

Eureka Popcorn: Classic Caramel (42g)
Perasa karamel yang klasik memang tak mengecewakan.. Rasa karamelnya sedang elok saja menyaluti semua bertih jagung tu.. Sedaplah makan.. Rasanya tak terlalu manis.. Ngam saja di tekak Sha..

Eureka Popcorn: Crispy Chocolate (42g)
Seperti namanya, bertih jagung ini tersangatlah rangup dengan salutan coklat yang tidak terlalu manis, memang syok kunyah.. Cuma tak berapa lancar gigitan Sha sebab masih ada bijinya.. kikiki.. Tapi memang crispy tau.. Sedap sebab tak manis, memang layanlah..

Eureka Popcorn: Savoury Cheese (42g)
Pergh!! Mengancam rasa dia.. Walaupun rasa keju tu masin tapilan bila dekat hujung-hujung tu ada rasa manis.. Sedap dan unik rasa dia.. Cuma tak lalu kalau banyak, jadi muak.. Saiz ini memang ngamlah.. Tak banyak dan tak sikit.. Ngam ngam saja..

ebook | 4th Dimension by Octopus

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik tanpa perkataan.. Bukan semualah.. Ada satu je yang ada perkataan.. Selebihnya memang kosong tapa huruf.. Kenalah guna imaginasi untuk membaca.. kikiki.. Jalan cerita komik dan lakaran watak-wataknya pula pelik-pelik belaka dan kadang kala menggangu perasaan..

Sha baca dan selesai pada 12.07.2024..

Published January 1, 2002 by Gala Unggul Resources Sdn Bhd

In-Comix Instant Chrysanthemum Tea with Honey

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap wei teh ini.. Sha beli dekat kedai ECO.. Ada 4 pek dalam dia.. Bancuh dengan air panas lepas tu minum sambil makan cekodok.. Fuhh!! Layan wei.. Memang best.. Rasa madu dan teh bunga tu ngam betul.. Untuk Sha lah.. Boleh bawa jalan-jalan juga ini..

In-Comix Instant Chrysanthemum Tea with Honey - RM2.40

18g X 4 sachet

Nampak pekat kan teh dia.. Pencahayaan je tu.. kikiki..

Wednesday, July 17, 2024

TCA ENT Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini dapat berita gembira.. Lega sangat.. Lepas ini Imani akan jumpa doktor setahun sekali sahaja.. Walaupun sekejap tapi bila kena selalu jumpa doktor, emak manalah yang tak risaukan.. Bila doktor tengok hidung dia tadi, nampak bengkak dan merah tu dah berapa sangat.. Cumanya doktor memang suruh dia makan ubat atau spray ubat bila ada simptom resdung tu.. Satu lagi doktor bagu ubat untuk wapkan dekat hidung..


Menunggu dipanggil doktor..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com