Thursday, June 30, 2022

Munchy's Oat Krunch Biscuit: Chia Seeds & Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang sedap.. Rasa susu dan oat tu ngam gila.. Paling penting sesuai dijadikan sarapan, minum petang.. Satu pek tu ada 4 ketul biskut yang boleh buat kita kenyang.. Kalau nak buat alas perut atau snek sementara nak dapat nasi memang sesuailah.. Paling best sebab ada chia seed tu.. Sha suka dan memang akan jadi makanan sampingan yang perlu disimpan dalam beg tangan.. hehehe..

Munchy's Oat Krunch Biscuit: Chia Seed & Milk (160g)
RM4.50

Dalam dia ada 5 pek kecil..

Setiap pek kecil ada 4 keping biskut.. Memang sesuai sangat nak bawa travel..

ebook | Sayang Kita Sampai Bila-bila! (Magic Bean #1) oleh Shahaini Zahar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah persahabatan dan percintaan remaja sekolah.. Kisah dua sahabat iaitu Judika dan Hannah yang sudah bersama sejak dari kecil lagi.. Namun semuanya berubah dengan kehadiran Rayyan.. Awalnya Hannah memang tak sukakan Rayyan kerana disangkanya sombong.. Judika pula meluahkan perasaannya pada Hannah namun di hati Hannah, Judika hanyalah sahabat baiknya.. Bila meraka mula berkenalan dengan Rayyan dan berkawan rupanya ada cinta di hati Hannah dan Rayyan.. Walaupun awalnya Judika tak boleh terima Hannah cintakan Rayyan namun kerana kasih sayang Hannah yang masih utuh sebagai sahabat, mereka jadi rapat bertiga.. Tetapi sesuatu berlaku pada Rayyan dan buku ini tamat dengan perkara yang di luar jangkaan..

Sha baca dan selesai pada 30.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published August 2016 by Gempakstarz

Filem US | Jurassic World Dominion (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok dengan Imani je filem ini.. Encik suami tak minat.. Hahaha.. Sha memang suka Jurassic punya siri.. Lantaklah logik ke tak.. Hahaha.. Menonton filem ini sama je macam baca buku.. Kita keluar dari dunia realiti dan masuk ke dunia tak logik..

Memang bestlah secara keseluruhannya walaupun ada part yang agak bosan tapi tak banyak.. Kali ini manusia kena menyesuaikan diri dengan haiwan Jurassic yang dah terlepas ke dunia.. Bukan mudah sebab mereka besar dan pemangsa, namun mereka pun bukan mudah nak menyesuaikan dengan keadaan yang moden..

Tak terbayang kalau betul-betul terjadi tau.. Mujurlah filem je.. kikiki.. Layan..

Jurassic World Dominion
2022 ‧ Sci-fi/Action ‧ 2h 27m
Four years after the destruction of Isla Nublar, dinosaurs now live and hunt alongside humans all over the world. This fragile balance will reshape the future and determine, once and for all, whether human beings are to remain the apex predators on a planet they now share with history's most fearsome creatures.

ebook | Oh, No! Jangan Cakap Aku Dah Jatuh Cinta... (Magic Bean #2) oleh Izzaty Razak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun tema cinta, namun olahan penulis agak santai dan menarik.. Kisah pekerja dan bos yang akrab sampai terbit perasaan di hati namun ego menyebabkan mereka lambat meluah.. Bila bos terngorat orang lain, pekerja mula sakit hati.. Gaduh, baik kemudian sakit hati dan akhirnya bercinta hingga ke jinjang pelamin.. Kikiki.. Buku remaja kan.. Layanlah juga..

Sha baca dan selesai pada 29.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published August 2016 by Gempakstarz

Wednesday, June 29, 2022

Filem US/UK | Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang berkira-kira nak tengok cerita ini sebab Johnny Depp dah tak ada tapi sebab memang minat genre ini kan, jadinya tengoklah juga.. Hehehe.. Paling suka masa bahagian Newt Scamander nak selamatkan abang dia Theseus.. Memang kelakar habis dan comel je.. Hahaha.. Macam biasalah, orang baik kena kalah dulu baru menang di akhir cerita.. hehehe.. Memang layanlah bab magikal dan haiwan kepunyaan Newt tu.. Paling kesian watak Credence Barebone / Aurelius Dumbledore.. 

Sha tengok version bersih.. kikiki.. Kenapalah dia tukar Johnny Depp.. Menci.. Hahaha..

Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore
2022 ‧ Fantasy/Adventure ‧ 2h 23m
Professor Albus Dumbledore knows the powerful, dark wizard Gellert Grindelwald is moving to seize control of the wizarding world. Unable to stop him alone, he entrusts magizoologist Newt Scamander to lead an intrepid team of wizards and witches. They soon encounter an array of old and new beasts as they clash with Grindelwald's growing legion of followers.

ebook | Ejen Noah: Misi Kesumat Sakti oleh Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seronok betul baca siri OPAL dari penulis ini.. Kali ini pasal Noah pula.. Noah ini cemerlang tapi bila dia diarahkan untuk satu misi penyamaran bagi menangkap kumpulan Panthera, Noah terjatuh cintalah pula.. Malangnya misi penyamaran dan misi percintaan Noah terkandas.. Ingatkan memang dah tak ada harapan sekali Katia @ Sakti muncul tiba-tiba.. Malah menjadi buruan OPAL kerana membunuh penjenayah.. Noah kembali bersemangat namun bukan mudah sebab ada dendam dalam hati Sakti..

Sha baca pada 27.06.2022 dan selesai pada 28.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2022 by Rinsya Chasiani

7-Eleven Juice Assorted Fruity Flavours

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berbaloilah bayar untuk sebotol juice tanpa gula ini.. Pada Sha paling sedap dah tentulah apple, kemudian mangga dan last sekali oren.. Sha tak berapa minat oren, mungkin sebab rasa dia agak masam.. Hehehe.. Mangga tu memang pekatlah rasa buah dia.. Pergh!! Puas hati..

RM4.90 (330ml)
Powered Apple
Boosted Orange
Energized Mango

ebook | Banglo Andresia oleh Noorsyafitri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja cari pasal.. Memang petakalah dapatnya.. Dua sahabat pergi melakukan pencarian paranormal malangnya Banglo Andresia bukanlah banglo biasa.. Awalnya tak ada apa yang berlaku namun tak lama lepas tu mereka mula menerima gangguan.. Bukan Fia tak ajak Firdaus balik bila rasa hatinya mengatakan ada yang tak kena.. Namun kedegilan Firdaus akhirnya mengundang padah pada mereka..

Sha baca dan selesai pada 26.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published  by Noorsyafitri binti Jamaludin

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, June 28, 2022

ebook | Semangat Robowaja dan Koleksi Komik Terbaik Ard One oleh Ard One

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kompilasi komik yang dihasilkan oleh Ard One.. Ada pelbagai genre dan setiap satunya ada keistimewaannya.. Ard One juga ada berkongsi tips berkomik gaya beliau.. Malah setiap komik beliau ada isi yang menarik untuk pembaca jadikan teladan macam komik bertajuk Dakwat Biru.. Komik ini memberitahu pembaca bahawa untuk menjadi pelukis komik, kita juga perlu berilmu bukan sekadar pandai melukis.. Memang bestlah kompilasi ini..

Sha baca dan selesai pada 26.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published Jun 2020 by Komik-M

Korean Variety | Fly To The Dance (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rancangan variety ini baru episod 3, ada lagi 7 episod.. Mengisahkan 6 penari perempuan dan Henry yang mengembara ke New York dan los Angeles untuk membuat persembahan busking tarian.. Sambil-sambil tu mereka akan berkolabarasi dengan pelbagai pihak.. Episod 2 & 3 memang menarik.. Memang bestlah layan sambil membaca.. hehehe..

TV Show: Fly to the Dance
Also Known As: Peullai Tu Deo Daenseu
Country: South Korea
Episodes: 10
Aired: Jun 3, 2022 - ?
Aired On: Friday
Original Network: jTBC
Duration: 1 hr. 25 min.
Genres: Adventure, Music, Travel
It follows a crew of dancers on their journey to the cities of New York and Los Angeles. The dancers will be gathering American crowds to come and see their on-the-spot busking performances, all the while enjoying their time traveling together. 
(Source: Naver)

ebook | Kotej 11 oleh Nurshaza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ebook ini pendek je tapi padat.. kisah 5 sepupu yang bercuti di Kotej 11.. Lina seorang yang penakut, menjadi usikan Hakeem, Nabil dan Naila.. Abang Hariz pula lebih banyak berdiam diri dan membela Lina bila usikan sepupu mereka menjadi semakin galak.. Perjalanan yang panjang membuatkan mereka membuka cerita seram berkaitan Kotej 11, bila sampai Lina sering diganggu tapi tak ada yang percaya kecuali Abang Hariz.. Kemuncaknya bila Lina, Hakeem dan Nabil sengaja menyeru makhluk tersebut.. Memang petakalah jawabnya..

Sha baca dan selesai pada 26.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2020 by Nurshaza

Krobe Salt Cola

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa dia memang unik habislah.. Tapi yang bestnya rasa dia tak pelik dan agak manis.. Bergas tu dah tentulah.. Hehehe.. Saja Sha beli untuk cuba sebab tin dia lawa dan tertanya-tanya apa agaknya rasa cola kalau bercampur garam.. Yang pastinya Sha suka tapi tak boleh minum selalu.. Harga memang tak ingat.. Sha beli dekat kedai Mesra Petronas..

Krobe Salt Cola (320ml)
Cola + Himalayan Salt = KroBe SaltCola

Monday, June 27, 2022

ebook | Jjajangmyeon Girl oleh Anis Adanan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah remaja sekolah yang menarik.. Nuha sangat gemarkan makanan Korea.. Punya kawan baik bernama Raina dan juga rival bernama Mia dan Huda.. Satu hari sekolah mereka mengumumkan hari Keusahawanan dan mereka berminat untuk menyertainya.. Kerana tempat yang terhad mereka berempat mula mengadakan cabaran untuk menentukan siapa yang layak.. Dalam masa yang sama Nuha perlu mendapatkan keizinan ibunya.. Kerana pertandingan itu mereka berempat mula berkawan baik semula dan menghasilkan sesuatu yang luar biasa.. Nuha juga akhirnya mengetahui kebenaran disebalik larangan ibunya dan punca sebenar kematian ayahnya.. 

Sha baca dan selesai pada 26.06.2022

Turut dibubuh dalam novel ini ialah tips untuk berniaga.. Memang menarik..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published November 2021 by Bookiut Pts

Filem Jepun | Midnight Maiden War (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha saja je pilih secara rambang.. Tak sangka menarik.. Peperangan dalam diri yang luar biasa.. Berkenalan dengan dua manusia yang pelik, akhirnya I terjebak dengan perkara tak disangka.. Blacksuit mula merancang sesuatu yang diluar jangkaan melibatkan kehancuran.. I pula berusaha menyelamatkan Senior yang disukainya tapi lain pula yang jadi.. Ending dia memang luar biasa..

Movie: Midnight Maiden War
Also Known As: Mayonaka Otome Senso, Mayonaka Otome Sensou
Screenwriter & Director: Ninomiya Ken
Genres: Youth, Drama
Country: Japan
Release Date: Jan 21, 2022
Duration: 1 hr. 53 min.
Nagase Ren takes on the role of "I," a university student who moved to Tokyo and is living alone for the first time. I has no friends. I has no girlfriend. The lectures at the university were horribly boring, and I was always looking at Tokyo Tower on the way back from his laborious job. While being attracted to the ruthless, dignified and intelligent "Senior," played by Ikeda Elaiza, whom he meets in the "Hide and Seek Circle" that he secretly falls in love with. Meanwhile, I meets a man called "Black Suit," played by Emoto Tasuku, who is an extremely charismatic and mysterious person. Little did "I" know that the two people he met would bring excitement to his mundane, humdrum existence. 
(Source: MyDramaList)

~~ Based on novel "Mayonaka Otome Senso" by F (published April 28, 2018 by Kadokawa) ~~

ebook | Miss Genius Matematik oleh Haryani Kamilan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penyampaian yang santai dan sangat seronok dibaca.. Mengisahkan tentang pelajar bernama Lily yang sangat genius dalam subjek Matematik.. Namun Lily taklah bijak dalam subjek hafalan.. Lily telah berpindah ke sekolah baru.. Awalnya Lily cuba berlagak sombong kerana ingin mengelak dari dibuli.. Namun bila rakan-rakan baru mula menunjukkan sifat yang baik, Lily menerima dan berkawan dengan mereka.. Malah Lily turut mengajar subjek matematik kepada rakan-rakan barunya.. Peperiksaan datang dan menyebabkan Lily mengambil keputusan gila dengan menggodam komputer cikgunya.. Lily tak nak kena pukul dan ini adalah tindakan paling tidak bijak bila rakan subahat Lily menjual kertas soalan dan jawapan kepada rakan sekelas mereka.. Tembelang bocor dan mereka ditangkap.. 

Sha baca dan selesai pada 24.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published November 2021 by Bookiut

Mister Potato Crunch: Himalayan Salt Flavour

Assalamualaikum
Hye semua..

Sebelum ini ada Sha kongsikan pasal Mister Potato Crunch: Cheese Flavour.. Kali ini Sha kongsikan yang rasa Himalayan Salt pula.. Sedaplah.. Macam makan biskut cumanya rasa garam himalayan tu tak adalah melampau sangat.. Biasa-biasa je sebab anak Sha makan sekejap je habisnya.. Memang tak ketaralah.. Boleh beli lagi untuk kudapan anak-anak..

RM3.80

Dapatlah sebalang comel..

Sunday, June 26, 2022

ebook | Wira Kera #2: Kembara Ke Utara oleh Hafiz Ismail

  Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan komik Wira Kera #1: Legenda Seorang Raja oleh Hafiz Ismail.. Pengembaraan Kara dan Omar semakin berliku bila identiti Kara mula diketahui ramai.. Saat Kara meninggalkan Omar kerana mengejar ganjaran, Omar dikacau perompak.. Panda datang cuba menyelamatkan namun tak berjaya..

Kali ini lebih banyak aksi Kara berlawan, watak makhluk jadian juga makin banyak..

Sha baca dan selesai pada 24.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published by Komik M

Shang Chi - "Unstoppable by Sia'

Assalamualaikum..
Hye semua..

Layan..

ebook | Renda Cinta #1: Doa Ibu oleh Ben Wong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru berkesempatan baca komik ini.. Permulaan kepada perangai Reda yang berubah.. Semuanya kerana kejadian antara abang dan ibunya.. Betapa dia merasakan yang ibunya sayangkan abang melebihi segala-galanya.. Kemudian Reda terjebak dengan rakan-rakan yang salah tanpa disedari yang dia akan dipergunakan.. Remaja yang mudah hanyut hanya kerana salah tingkah dan tersalah kawan..

Sha baca dan selesai pada 23.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published January 11th 2019 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd (first published November 27th 2012)

Cloud 9 Gold Multipack Caramel Nut Crisp

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah lama nampak iklan Cloud 9 Gold ini cuma tak terjumpa je.. Kelmarin masa carikan Imani susu, terjumpa dekat TF Value Mart.. Sha pun belilah sebungkus sebab dia jual pek besar.. Dalam 1 pek tu ada 11 pek comel-comel.. Memang tak rugilah beli sebab rasa dia sedap.. Bar coklat yang menyaluti lapisan kacang karamel.. Macam makan kacang tumbuk bersalut coklat.. Sedap dan akan jadi kesukaan peminat kacang juga coklat..

Cloud 9 Gold Multipack Caramel Nut Crisp (11x15gm) - RM5.99 (Ini harga promosi)

Ada 11pcs

Comel je coklatnya..p

Saturday, June 25, 2022

ebook | Baju Melayu Hijau Serindit oleh Syud

Assalamualaikum..
Hye semua..

Garapan yang cantik sangat pada Sha walaupun ada yang tak logik tapi tak mengganggu pun.. Buku ini sweet tapi tak melampau.. Cara penulis sampaikan cerita mengenai Wardah dan Firas ini memang bestlah.. Dari awal pertemuantak sengaja semasa mencari buku kemudiannya asyik terserempak dan akhirnya berkawan.. Lepas tu tercemburu dan bergaduh.. Kemudian rasa kehilangan.. Sampailah saat meluahkan perasaan, semuanya nampak comel.. Sambil baca boleh tergelak, tersedih.. Memang sampailah.. Terus rasa nak baca semua buku penulis ini.. hahaha..

Sha baca dan selesai pada 23/06/2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published May 2011 by Jemari Seni Publishing

Filem Spanish | Centauro (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem gempak pasal seorang pelumba motor bernama Rafa, hidupnya tak adalah cemerlang.. Suatu hari ada satu pasukan yang nampak potensi Rafa ini.. Diorang tawarkanlah pada dia untuk joint pemilihan yang diorang buat.. Dalam masa yang sama, exgf dia buat masalah pula dengan cartel dadah.. Nak tak nak Rafa ini usahalah nak tolong selesaikan masalah exgf dia.. Rafa gunakan kemahiran dia membawa motor untuk menghantar dadah dan melepaskan diri dari polis.. Bila sampai pada waktu yang dijanjikan, mereka tak nak lepaskan Rafa sampai Rafa terpaksa ambil tindakan drastik.. Baru nak mulakan balik hidup, Rafa ditangkap polis.. Ingatkan nak penjarakan dia, rupanya nak bagi tawaran supaya joint skuad motor polis.. Memang Rafa jointlah sebab dapat motor awesome kot..

Centauro | 2022
Genres | Action, Adventure, Crime, Thriller
Addicted to strong emotions and speed, Rafa struggles to become a professional motorcycle racer, until he discovers that his son's mother owes a debt to drug traffickers. To keep his family safe, Rafa decides to put his talent as a runner at the service of the criminal organization. A circuit racer by day, reckless kamikaze by night, Rafa is soon forced to make decisions that will change his life forever.

Wrigley's Doublemint: Strawberry & Peppermint Mint Candy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha beli terus dua flavour.. Strawberry ini tak berangin sangat macam lemon.. Ada lah rasa mint tu tapi perlahan je, jadinya kalau tak berapa suka rasa mint yang kuat boleh beli yang strawberry ini.. Amani & Imani suka yang Strawberry ini sebab tak berangin sangat.. Peppermint tu pula, Sha ingatkan berangin gila-gila lah.. sekali tak pun.. Hehehe... Tak sekuat lemon.. Memang bestlah layan..

Strawberry ini RM2.60, mahal sepuluh sen sebab beli dekat Kedai Mesra Petronas.. Hehehe..

RM2.70 ini harga paling baru.. Sha beli dekat MR. DIY.. Sebelum ini murah kan RM2.50 je sekali beli baru ini RM2.70 perginya.. hehehe..

ebook | Elite Bunian 2: Tragedi Sungai Kim Chi oleh Sabrina Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya berpeluang untuk baca sambungan Elite Bunian: Api Bukit Tengkorak oleh Sabrina Ismail.. Memang terbaiklah.. Sambunagn kali ini Raed terpaksa menghalang Daniel yang cuba melakukan sesuatu hingga menyebabkan bencana besar.. Saat Raed merasakan yang dia telah berjaya, masalah tetap muncul.. Rupanya orang yang perlu dihalang bukanlah Daniel dan kawan-kawannya.. Malapetaka tetap berlaku cuma yang melakukannya memang tak disangka.. Daniel juga mengetahui sesuatu yang di luar jangka.. Tak sabar tunggu sambungan seterusnya..

Sha baca dan selesai pada 23.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2022 by Bookiut

Friday, June 24, 2022

Jack 'n Jill: Roller Coaster Spicy Seaweed

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli keropok ini lepas terbaca perkongsian Blogger Bola Katok yang bertajuk Roller Coaster Spicy Seaweed Jack 'n Jill. Pedas yang sedap.. Memang berbaloi dibeli.. Sha suka rasa seaweed dan pedas dia tak keterlaluan.. Memang bestlah bila makan tu kena dengan tekak..

Harganya tak ingat.. hehehe.. Tapi Sha beli dekat 7Eleven.. Rugi sebab mahal sikitlah.. Dah beli dekat 7Eleven baru jumpa dekat pasaraya TF.. Harga RM1 lebih camtu je..

Isi dalam dia.. layan tau makan sambil bubuh dekat jari.. hahaha..

Drama Korea | Through the Darkness (2022)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini Sha tengok 2 episod.. Kemudian stop.. Lama lepas tu baru Sha sambung balik sebab drama ini bermain dengan emosi.. Emosi watak utama yang terlalu dalam pada mangsa jenayah.. episod 1 hingga 6 lebih pada bagaimana tertubuhnya pasukan Criminal Behaviour Analysis.. Bermula episod 7 makin suspen dan penuh debaran.. memang bergegar jantung tengokkan jenayah yang dilakukan penjenayan.. Sha suka tengok Kim Nam Gil dalam drama ini.. Nampak macam tak ada perasaan dan terlalu jujur tapi sebenarnya beliau paling beremosi sekali.. 

Sampai episod 9 je, boleh rasa betapa risaunya Young Soo dekat Ha Young.. Sampai Young Soo rasa bersalahlah tarik Ha Young masuk dalam team dia.. Ha Young punya obses nak tangkap penjenayah sampai dia bayangkan diri dia penjenayah untuk tahu pergerakan seterusnya.. Makan ke apa semua dah tolak tepi.. 

Sampai episod 11 konflik dalaman Ha Young menyebabkan dia kemalangan teruk dan buat keputusan untuk berhenti kerja.. Tapi Young Soo tunggu dengan sabar.. Sampailah ada salah seorang keluarga mangsa yang jumpa Ha Young dan ucapkan terima kasih sebab berusaha mencari dan menangkap penjenayah.. Masa ini baru Ha Young sedar yang usaha dia bukanlah sia-sia.. Sepatutnya dia buat tugas itu demi keluarga mangsa dan juga mengelakkan lebih banyak mangsa..

Memang sebuah drama yang sangat tough dan bermain dengan emosi.. Sha tengok selang-selang sebab berat..

Drama: Through the Darkness
Also Known As: Those Who Read the Minds of Evil, Those Who Read Hearts of Evil, Inside Criminal Minds, Agui Maeumeul Ilgneun Jadeul, Akeui Maeumeul Ilkneun Jadeul
Screenwriter: Seol Yi Na, Kwon Il Yong
Director: Park Bo Ram
Genres: Thriller, Mystery, Crime, Drama
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Jan 14, 2022 - Mar 12, 2022
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: SBS
Duration: 1 hr. 10 min.
Back in the 1990s, the citizens of Seoul were gripped with a paralyzing fear after a series of brutal attacks and murders occurred. A mysterious figure dubbed ‘Red Cap’ was stalking women on the streets then killing his prey, seemingly without provocation. His habit of striking at random made it impossible for the detectives to predict his next move. At the top of their minds is what could be triggering him. 

Aware of the American F.B.I. and its successful use of criminal profilers to identify serial killers, the head of the Criminal Behavioral Analysis team, Gook Young Soo recruits Song Ha Young, a quiet, reserved, incredibly perceptive former detective for his team. Gook believes using this new psychological method will give the police an edge in capturing 'Red Cap' and ending his killing spree. 

Homicide expert Yoon Tae Goo and her officers question the value of this approach and are resistant to entering such uncharted territory. To quell their scorn they need to convince that this radical crime-fighting approach will increase their arrest rates. Does Song Ha Young have the ability to gain the trust of callous criminals while seeing through them? Is he clever enough to outwit them?  But more importantly, does he possess the emotional fortitude to withstand the process? 
(Source: Viki; edited by Lee C)

~~ Adapted from the autobiography of the same title, co-written by Korea's first criminal profiler, Kwon Il Yong and journalist-turned-author Ko Na Mu, depicting some of Kwon's field experiences.~~

ebook | Tempur Nombor #2: Gempur Ukur oleh Haziq Ajar, Kimi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini komik sambungan kepada Tempur Nombor #1: Pulau Tempur.. Aziq kembali semula ke Pulau Tempur dengan tujuan untuk menyelamatkan mereka terperangkap serta mencari sebab kenapa dia tidak berada di perkhemahan matematik seperti peserta yang lain.. 

Semasa kembali ke pertandingan, Aziq bertemu semula dengan Yana, Sarah, Joe dan beberapa kenalan baru.. Untuk permainan baru Aziq bergandingan dengan Yana dan Sarah.. Semasa sedang berfikir mengenai ukuran, Joe datang menyerang mereka dan hancurkan silinder.. Mujurlah semasa awal permainan, Aziq memilih keperluan.. Maka mereka masih lagi punya silinder.. Permainan makin suspen.. Tak sabar tunggu sambungan seterusnya..

Sha baca dan selesai pada 23.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2022 by PTS Publishing House

Wall’s Magnum Belgian Chocolate Luxe

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini ada Wall’s Magnum Hazelnut Luxe.. Kali ini dia keluar Wall’s Magnum Belgian Chocolate Luxe pula.. Aiskrim coklat dengan sos berperisa biskut yang kemudiannya disalut coklat tebal bersama ketulan biskut berperisa coklat dan mentega.. Memang betul-betul mewah dengan coklat tau.. Berbaloi sangat-sangat buat Sha yang sukakan coklat.. Awesome..

RM4.70

Coklat dia tebal tau..

Luar dalam coklat.. Memang best la..

Thursday, June 23, 2022

ebook | Penjara oleh Muhammad Fareed

Assalamualaikum..
Hye semua..

Permulaan novel ini memang menarik.. Semuanya bermula bila Sufian ditangkap kerana tak berkahwin lagi dan dibawa ke Penjara Sepi.. Selain Sufian, ada beberapa orang lagi yang turut ditangkap iaitu Megat, Paul, Anggerik dan Joanna.. Sepanjang di Penjara Sepi memang berlaku beberapa perkara menarik seperti perjumpaan semula Sufian dan kawan baiknya Hairul.. Tiba-tiba Hairul berkahwin dengan Maria dan kemudiannya kemunculan semula Hairul di Penjara Sepi secara sembunyi dan ingin lari.. Sufian tiba-tiba diajak Joanna untuk berkahwin.. Misteri yang tak terungkap bila Megat boleh tahu apa sahaja yang terdetik di hati Sufian.. 

Tapi bila masuk bab mereka berjaya melarikan diri, ada perkara yang tak masuk akal dan penceritaan penulis seolah-olah hilang keseronokkannya..

Sha baca pada 22.06.2022 dan selesai pada 23/06/2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published March 2021 by Buku Fixi

Makanan | Eclipse: Strawberry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selalu Sha beli minty lemon je sebab tak pernah jumpa strawberry ini.. Sedap rasa buah strawberry dan berangin.. Paling best sebab plastik dia ada zipper.. Jadinya senanglah nak simpan dan bawa ke mana-mana.. Sha beli dekat 7 Eleven.. 

Eclipse Chewy Mints Strawberry (45g) - 

ebook | Cinta Musim Corona oleh Aein Dhiyauddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan yang laju sebab ceritanya santai dan kelakar.. Perangai Nadia yang agak nakal berjay memberikan kegembiraan pada Sha.. Kerana Corona, jodohnya datang.. Nadia terima sebab tak nak menyusahkan hati ibu ya.. Namun hati macam dah tersuka dekat abang askar, yang datang mendekat abang polis.. Jauh mana pun lari, kalau dah jodoh tetaplah dekat.. Tanpa disangka yang tak suka tu lah jodohnya.. Semuanya kerana kenakalan mulut Nadia.. Akhirnya mereka bersatu tapi Nadia jual mahal.. Bila abang tersayanh terpaksa jalani kuarantin dan kurang berkomunikasi barulah rasa dihati makin jelas.. Akhirnya konflik pun terlerai.. Semuanya kerana Corona..

Sha baca dan selesai pada 21.06.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published by Karya Cipta Aein Dhiyauddin

ebook | Pelangi oleh Syud

Assalamualaikum..
Hye semua..

Iman merupakan gadis yang berdikari.. Semuanya dibuat sendiri sampailah kemunculan Usamah.. Usamah pula seorang ellaki yang cuba untuk berubah.. Selepas beberapa kali ditanya oleh ibunya, Usamah buat keputusan untuk berkahwin.. Awalnya kerana tiba-tiba tanpa sebab tapi bila dah jumpa Iman, Usamah jatuh cinta.. Perkahwinan tanpa cinta bukan mudah namun mereka berusaha.. Semuanya nampak baik sehinggalah muncul Syaz.. Kenangan silam Usamah yang gila.. Kerana Syaz, hubungan mereka berantakkan.. Pelangi muncul disaat hujan semakin menghilang.. Begitulah juga kisah Iman dan Usamah..

Sha baca dan selesai pada 21.06.2022

Published by Syud
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..

Wednesday, June 22, 2022

Hari Sukan Sekolah Amani & Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini merupakan hari sukan peringkat sekolah untuk Amani & Imani.. Memang sukan sungguhlah mereka.. Hehehe.. Imani punya acara dah habis jam 11 pagi lagi.. Cuma Amani je sampai pukul 2 petang baru selesai.. 

Kemain tajam renungan matanya.. Hehehe..

Amani dan rakan.. Menjadi pembawa belon untuk perbarisan rumah kuning.. Mereka berdua ini duduknya dibahagioan belakang sekali.. Kenangan akhir sebelum berakhir sesi sekolah rendah..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com