Monday, June 20, 2022

Dari MyKid ke MyKad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini genaplah usia Amani 12 tahun.. Anak sulung yang banyak mengajar Sha erti pengorbanan dan tanggungjawab seorang ibu.. Semua yang pertama bersama beliau.. Sekejap je masa berlalu.. Hari ini dah tukar kad pengenalan dari warna pink ke warna biru.. Dewasa dah dia.. Sha keluar berdua je dengan dia hari ini meraikan ulang tahun dia.. Bawa ke JPN untuk tukar IC dan kemudiannya minum petang di SR.. Suka dia dapat kek dan juga chicken chop.. Memang kesukaan dia lah..

Mak doakan semoga Amani akan menjadi anak yang solehah dan sentiasa menjaga tata susila sebagai seorang muslim.. Aamiin..

Ambil gambar untuk mykad.. Seminggu je dah boleh dapat..

Makanan kesukaan dia.. Chicken Chop dan Cheese cake..

Suka betul Sha dengan cawangan SR di Slim River ini.. Cantik deco dia bila minta tulis HB..

Kesukaan dia Sketch Book.. 

4 comments:

  1. happy birthday Amani....moga jadi anak yg solehah..aamiin!!!

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir amani.. smoga menjadi anak yg solehah, berjaya dunia akhirat. anak sulung ni mengajar kita semuanya

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday Amani... harini birthday ke-12 anak bujang ammi pulak. Tapi ammi tangguhlah dulu buat IC nya sbb kesibukan sangat lately ni... ada masa sebulankan nak buat?

    ReplyDelete
  4. aminnn..semoga Amani membesar jadi anak yang solehah :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »