Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Tuesday, May 21, 2024

Terima Kasih Orang Baik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masa kemas kini galeri terjumpa gambar ini.. Kejadian berlaku petang selasa (07.05.2024) dua minggu lepas.. Masa baru balik dari ambil Imani sekolah agama, hujan lebat dan ada pokok tumbang melintang di tengah jalan.. Nampaklah sekumpulan lelaki bertungkus lumus dalam hujan mengalihkan pokok yang tumbang.. Kerjasama yang mengagumkan dari rakyat Malaysia.. Memang terbaiklah.. Terima kasih orang-orang baik..

Melintang batang pokok tu menghalamg pergerakan dari kedua-dua arah..

Alhamdulillah ada yang bawa gergaji untuk memotong..

Panjang barisan kereta menanti giliran untuk bergerak..

Monday, October 7, 2019

Mengecat Beranda Rumah

Assalamualaikum..
Hye semua...

Semalam gigih encik suami mengecat beranda rumah.. Rungsing katanya nengok dinding tu berlumut.. Kotor.. Asalnya dia cat depan pintu masuk rumah sebab berjelaga kesan terbakar.. Sebelum Sha pindah masuk rumah tu, ada satu kejadian kebakaran dekat tepi laluan nak masuk rumah.. Menyebabkan depan rumah kami tu berjelaga.. Encik suami tak berkenan nengoknya.. Semalam dia tak ada keluar ke mana, tu yang dok mengecat.. Bersihlah sikit katanya.. Lagipun cat tu lebihan mengecat rumah lama.. Sayang tak berguna..


Sebelum dicat..

Cantik semula selepas di cat..

Sebelum..

Selepas..

Bukan belah dalam je.. Belah luar pun Encik Suami cat sekali.. Tinggal nak cari cat kuning untuk cat pagar besi tu bagi cantik..

Thursday, September 26, 2019

Tukar Kaca Mata

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Petang tadi encik suami bagi hadiah awal sempena Birthday Sha pada November ini.. Kaca mata baru.. Kebetulan power mata dah naik bila periksa di kedai.. Bukan naik sikit.. Naik banyak.. Patutlah dah makin kabur dan selalu berair mata Sha.. Encik Suami pula nak tukar kaca tu yang belanja Sha sekali.. Sha beli bingkai warna hitam+merah.. Jenis plastik.. Lebih tahan lasak.. Kalau sebelum ini power kaca mata Sha hanyalah 75 untuk kiri dan kanan, kali ini dah naik sampai 175 untuk kiri dan 125 untuk kanan.. Banyakkan bezanya.. Nak tak nak, kenalah buat juga yang baru.. Kaca mata Sha yang sedia ada ini dah setahun 10 bulan Sha pakai.. Sha buat pada November 2017 dan ganti baru pada hari ini 26 September 2019.. Entry kaca mata sebelum ini boleh baca di SINI.. 

Frame dan kaca RM200.. Percuma pencuci cermin..

Kedai ini memang best.. Pekerja nya sangat ramah dan kaca mata Sha siap dalam 1/2 jam sahaja.. Kebetulan ada stok, cepatlah mereka buat..

Friday, September 6, 2019

Dressing Luka Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula hari Rabu sampailah luka Amani baik, Sha kena bawa Amani ke Klinik Komuniti @ Klinik Kesihatan untuk cuci luka Amani.. Amani pula tak nak ayah dia bawa.. Dia nak Sha yang bawa.. Hari pertama dan kedua, jenuh pujuk dia bertenang dan relax.. Amani punya takut tu, bukan biasa-biasa okay.. Memang boleh buat Sha hilang sabar.. huhuhu.. Lepas cuci boleh pula dia cakap.. Tak sakit pun cuci.. Kakak Kuat.. Hahaha.. Sabar jelah mak dengar.. Yang lama sesi memujuk.. Proses cuci tu sekejap je.. Hahaha.. Jadi mak ini jiwa memang kena kental.. Kena mengadap luka Amani tu setiap kali proses cuci dilakukan.. Mujurlah Sha memang dah biasa mengadap luka or minor surgery.. Darah, luka tu emmang tak ada masalahlah nak tengok walaupun lama dah tinggalkan.. (Dulu pernah kerja dekat klinik.. hehehe)

Kalau ke Klinik Komuniti kena bawa sendiri Cecair Dermacyn Wound Care.. Nurse cadangkan juga untuk beli Biopad Wound Dressing.. Yang ini kalis air.. Kalau mandi, tak adalah basah luka tu.. Sha memang kena beli yang kalis air ini.. Mudah untuk Amani mandi dengan betul.. Kalau tak dia mandi ala kadar je.. Geli bila pembalut luka tu basah kena air.. 

Biopad Wound dressing (9cm X 10cm)
-Waterproof and tranparent with absorbent pad.
-Suitable for post operation wounds & other wounds.
-Semi-permeable and allows skin to breath.
- Faster cicatrization
- Bacteria barrier
- High flexibility
- It is adaptable to all parts of the body allowing a total liberty of movement.

Dermacyn Wound Care
Merupakan cecair pencuci luka yang dapat membantu :
Membasmi bakteria daripada luka yang telah dijangkiti kuman atau bakteria.
Melindungi tisu sekeliling luka yang telah dijangkiti daripada bakteria.
pH Neutral, tidak menghakis.
Melembapkan luka yang akut dan kronik.
Mengurangkan bau penghasilan cecair yang dipenuhi bakteria (nanah atau sel mati) daripada luka.

Variasi pembalut luka kalis air..
Bosui Pad - RM6.90
ASGUARD Clear+Film Island Dressing - RM4.10
Biopad Wound Dressing - RM3.50

Nur Care Island Dressing - RM2.50

Tuesday, September 3, 2019

Bisul Amani Pecah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang dah sampai masa, bisul Amani pecah tengahari tadi.. Amani pun tak perasan.. Balik sekolah, pegasuh tengok baju sekolah Amani penuh darah.. Pengasuh telefon Sha.. Bergegas Sha ambil Amani dan bawa ke Kecemasan.. Kecemasan call Klinik Pakar SOPD.. Sebab ada surat temujanji kan.. Doktor pakar dekat Klinik SOPD suruh datang situ.. Terus Sha pergi Klinik Pakar SOPD untuk daftar.. Tak lama pun menunggu.. Dalam 5 minit macam tu dah dipanggil.. Doktor tengok, picit dan periksa terus nurse sediakan perkakasan.. Amani dah ready nak lari.. Jenuh juga pujuk dia untuk baring.. Tukar baju hospital sebab Sha memang tak bawa baju extra.. Dengan Sha sekali kena sarung.. Doktor risau darah dan nanah tu memancut sebab Sha kena pegang Amani sama..

40 minit jugalah proses buang nanah, darah kotor dan bersihkan tu.. Besar lubang dia.. 3 orang kena pegang Amani.. Kuat dia meronta.. Doktor toreh sikit nak bagi mudah nanah tu keluar.. Cuci, korek dan picit.. Bagus betullah doktor tu buat kerja.. Sha yang tengok pun ngeri.. Doktor cucuk juga ubat kebas sikit.. Amani dalam sakit-sakit tu boleh dia buat lawak cakap nak tidur.. Dia pejam mata sungguh.. Kami panggil 2,3 kali baru dia buka mata.. Doktor risau dia pengsan.. Dia boleh selamba je.. Sabar jelah.. Jenuh doktor dengan nurse tu gelak.. Amani.. Amani..

Doktor bagi surat untuk cuci luka setiap hari di Klinik Komuniti ataupun Klinik Kesihatan.. Hari-hari nak kena pergi cuci.. Besar betul lubang dia.. Tadi sebelum doktor tutup luka tu, doktor masukkan kain yang ada ubat dalam karung bisul tu.. Pastu baru bubuh plaster.. Malamnya kami ke farmasi cari kain dan salitape sebab plaster yang doktor bagi tu dah tertanggal..

Kenangan 03 September 2019..

Sunday, September 1, 2019

Bisul di Ketiak Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berkampung di Kecemasan.. Amani tumbuh bisul dekat bawah ketiak kanan.. Dah seminggu dan Sha baru dapat tahu.. Itupun sebab Imani bocor rahsia, mengadu kat ayah.. Kalau tunggu Amani cakap, memang dia tak akan cakap.. Amani takut kena pergi Hospital.. Sha pula memang lepas tahu terus ajak Encik Suami bawa ke bahagian kecemasan.. Sha memang lebih suka ke Hospital Kerajaan terlebih dahulu.. Bila doktor tengok, terus doktor tu call bahagian pembedahan.. Doktor pembedahan suruh bagi makan antibiotik dulu dan datang balik pada hari Jumaat nanti.. Amani dengar je terus pucat muka dia.. Pucat tak pucat memang kena hadap juga.. Jadi emak ini memang kena kental walaupun dalam hati, koyak habis.. Pengalaman seorang emak..

Dekat tanda bulat tulah bisulnya.. Muka risau habis.. Mujurlah kejap je kat Kecemasan ini.. Doktor dan misinya pun ramah dan sangat membantu..

Monday, August 5, 2019

Rak Buku Patah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Peristiwa ini berlaku bulan 6 aritu.. Ini baru Sha update selepas proses pembaikan dijalankan.. Patah rak buku Sha ini bila Imani pijak untuk ambil barang dekat bahagian atas rak tu.. Pandai pula dia tutup bilik Sha tak nak bagi Sha tengok rak tu patah.. Masalahnya Sha memang baca buku dalam ini.. Bila masuk memang terkejutlah tengok buku berterabur.. Hehehe.. Sabar jelah nengoknya..

Lepas encik suami bubuh kayu untuk tampung rak yang patah tu, Sha susun semula buku dekat rak ini.. Cuma Sha ubah kedudukan buku.. Buku-buku seram dan thriller tu Sha letak dan penuhkan di bahagian bawah dahulu.. Supaya rak tu tak melendut.. 

Kena pijak dengan Imani, para yang kedua tu patah.. Habis berterabur buku..

Kalau perasan dekat bawah para tu ada kayu tambahan untuk support rak yang patah tu..


Thursday, June 27, 2019

Temujanji Pemasangan Besi di Gigi Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pada 3 June 2019 aritu, Sha dah bawa Amani untuk ambil besi dan buat rangka sebelum pemasangan besi di gigi Amani.. Patutnya temujanji pemasangan rangka besi ini dilakukan pada minggu lepas.. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, temujanji ditunda kepada semalam.. Alhamdulillah.. Kejap je prosuder pemasangan besi itu.. Tapi Amani agak takut dan panik sampai tergigit tangan doktor.. Adoilah Amani.. Sabar jelah.. Mujurlah doktor tu sangat baik.. Tak ada nak marah-marah pun.. Harapnya okaylah lepas nie..

Sebelum pasang..

Ini lepas dah pasang.. Nama prosuder ini ialah Lingual Arch Holding.. Besi tu dipasang untuk memastikan gigi graham yang dah tumbuh tu tak gerak ke depan dan menghalang pertumbuhan gigi yang sepatutnya di ruang kosong tu.. Besi hanya akan ditanggalkan bila semua gigi telah mengisi ruang kosong..

Siri Amani sakit gigi

Friday, June 14, 2019

Imani Cabut Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini berjaya bawa Imani cabut juga gigi yang sakit hari tu.. (Baca SINI).. Jenuh juga pujuk dia.. Janjikan gadjet dan juga aiskrim.. Alhamdulillah.. Tak ada aksi menjerit dan meraung.. Doktor cucuk ubat bius dan 5 minit kemudiannya cabut.. Lepas cabut tu je baru dia menangis.. Terus Sha peluk dan bawa keluar.. Gigi tanggal elok semua.. Tak ada pecah ke apa.. Sha terus ambil cuti.. Tak nak menyusahkan pengasuh.. Sha jaga sendiri di rumah.. Petang tu masakkan dia bubur nasi dan belikan Aiskrim La Cremeria: Summer Berries Yogurt.. Bagi sejuk je gusi dia.. Mujurlah sebelum cabut tu dia dah makan sepinggan nasi lemak.. Alhamdulillah senang sangat urusan cabut gigi Imani hari ini..

Sempat lagi Imani bagi love masa ambil gambar dia.. hehehe..

Friday, May 31, 2019

10 Tahun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. 29 Mei aritu, genap 10 tahun usia perkahwinan Sha.. Bila sampai tarikh ini rasa bersyukur sangat.. Selalu Sha doa semoga perkahwinan kami ini akan kekal sehingga ke syurga.. Tak celebrate pun sekadar duduk berdua di ruang tamu dan bersembang.. Semalam baru beli kek sepotong.. Itupun kebetulan ke pekan nak gunting rambut dan encik suami tanya tak beli kek ke.. Singgahlah ke Secret Recipe beli Absolute Chocolate untuk kami dan Hokkaido Triple Cheese untuk Amani Imani..


Thursday, May 2, 2019

Jamuan Perpisahan

Assalamualaikum..
Hye semua..

30 April 2019, Sha dan rakan sekerja ke Menara Kuala Lumpur untuk jamuan perpisahan.. Bos Sha ditukarkan ke Perpustakaan Negara Malaysia berkuat kuasa pada 02.05.2019 nanti.. Menghargai jasa dan semua usaha beliau kami ke Menara Kuala Lumpur untuk makan-makan.. Berat hati ingin berpeisah, namun tuntutan kerja memerlukan kami melangkah di tempat berbeza.. 11 tahun Sha bersama beliau, banyak ilmu yang beliau curahkan pada Sha.. Sha doakan semoga beliau akan lebih cemerlang di Perpustakaan Negara..

Ada acara rupanya di Menara.. 

Tempahan dibuat atas nama Sha.. Ini kali kedua Sha ke sini.. Tidak ada keterujaan untuk melihat dan bergambar.. Perasaan terasa berat..

Meja kami..

Sarapan dulu di Nasi Kerabu Tanjung Malim dalam cuaca hujan lebat.. Cuaca seolah-olah memahami apa yang terbuku di hati..

Ini pula menu pertama yang Sha jamah di Menara.. Laksa Johor.. Kuahnya pekat..

Hidangan tambahan..

Selamat tinggal Puan.. Walaupun tidak berkerja bersama, semoga ukhwah kita berkekalan..

Sunday, April 28, 2019

Pindah Rumah - Beli Barang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry ini untuk perkongsian berapa perbelanjaan yang dikeluarkan sepanjang urusan pindah rumah ini.. Tak adalah detail.. Sekadar kenangan je, untuk dibaca semula nanti..

Almari baru..
Almari buku dan Almari baju Sha.. Dua ini Sha dapat dengan harga murah sebab kedai tu nak tutup dan almarinya bolehlah nak pakai.. Almari buku tulah yang paling puas hati.. Besar dan kukuh juga almarinya.. Hampir penuh dengan buku.. Hehehe..

Antara barang yang Sha beli untuk rumah baru.. Karpet lebihan itu RM100.. Cat tu tambah 2 tong lagi sebab lukisan anak-anak Sha tu, dasyat..

Almari baju.. 1 ini RM240.. Mulanya beli 2 je, bila dah sampai kat rumah.. Encik suami call kedai suruh hantar 1 lagi bagi cukup 3.. Baru cantik susunan dia.. Hehehe.. Almari ini letaknya di ruang tamu untuk simpan baju sekolah yang digosok, baju kerja encik suami dan jubah Sha..

Katil Amani dan Imani.. Beli sebab bilik kecil, tak muat nak bubuh dua katil.. Kena guna katil tingkat macam ini baru okay.. Lagipun dah sampai masa mereka tidur berdua je tanpa Sha..

Bila pindah rumah, memang banyak yang perlu ditambah dan diubah suai.. Kalau tak nak pun okay je, sebab rumah kuarters ini dah ada kelekapan perabot seperti katil, tilam, kerusi dan kusyen, meja belajar, almari hiasan, almari baju dan almari solek.. Okay dengan tak okay jelah.. Sebab usianya dah menjangkau belasan tahun kan.. 

Thursday, April 25, 2019

Pindah Rumah - Rumah 201 Clear

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. setelah bertungkus lumus selama 2 minggu lebih, Sha dan suami berjaya juga mengosongkan dan membersihkan rumah lama kami untuk proses penyerahan kepada Pihak Pentadbiran Politeknik.. Buat pengetahuan semua, Sha duduk dalam kuarters di tingkat 2 sebelum ini.. Oleh kerana MIL Sha dah duduk dengan kami dan beliau tidak boleh berjalan, maka encik suami memohon untuk pindah ke ground floor.. Awal bulan April hari tu kami diberikan surat untuk berpindah rumah.. Maka bermulalah proses mengangkut, membersih dan menyusun atur di rumah lama dan rumah baru.. Buat berdua je, tu yang lambat dan perlahan.. Hari ini (25.04.2019) encik suami akan serahkan semula kunci rumah kepada pihak pentadbiran.. Nanti bila pihak pentadbiran nak periksa rumah dia akan panggil encik suami sekali..

Kami lambat mengosongkan dan membersihkan rumah lama ini sebab sambil pindah dan kosongkan, kami juga nak kena kemas rumah baru.. Tu yang lambat dan perlahan.. Ada orang tak nak faham.. Barang 10 tahun.. Faham-faham jelahkan.. Betapa banyaknya.. Ini pun rumah baru masih bersepah-sepah lagi barang dan ada separuh barang kami buang dan bagi orang.. 05.04.2019 hingga 24.04.2019 masa yang kami ambil untuk mengosongkan dan membersihkan rumah ini..

Rumah lama yang dah dibersihkan
1. Ruang tamu
2. Bilik tidur utama dan bilik air di bilik tidur utama
3. Bilik tidur kedua
4. Bilik tidur ketiga
5. Bilik bacaan
6. Bilik air kedua
7. Stor
8. Dapur dan ruang untuk letak mesin basuh

Encik suamilah yang paling bertungkus lumus membuang paku, menampal (piller) semula dinding, mengecat dan membasuh rumah.. Sha cuma tolong pastikan setiap bilik kosong, angkut, sapu-sapu dan susun barang je.. 

Sunday, April 21, 2019

Pindah Rumah - Mengecat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam (20.04.2019) encik suami dah mulakan aktiviti mengecat rumah lama.. Hasil seni Amani dan Imani, haruslah dihilangkan.. Bilik-bilik dah settle dengan jayanya.. Ruang tamu amik masa sedikit sebab karya yang dihasilkan sangat meriah dan luar biasa banyaknya.. Jenuh juga nak cat bagi hilang.. Sementara encik suami mengecat, Sha pula mengasingkan barang yang nak dibuang, didobi dan dibawa turun.. Pinggan mangkuk kena balut dengan suratkhabar bagi mengelakkan sebarang kepecahan.. 來來..


Kami nak selesaikan rumah atas terlebih dahulu, barulah boleh buat rumah bawa pula.. Sekarang memang bawa turun dan longgok je dulu.. Sambil Sha punggah dan kemas, Sha jugalah runner yang keluar beli makan.. Memang tak daya nak masak bagai.. Makan pun tak berapa.. Lebih pada minum air.. Harap-harap turunlah berat, duk senam turun naik tangga.. 藍藍

Mana-mana barang yang elok dan tak nak simpan, Sha bagi kat adik-adik.. Ada yang Sha bungkus elok-elok dan letak dekat tempat sampah.. Tapi tak campak dalam tong lah.. Letak dekat tangga.. Kot ada yang nak, bolehlah ambil dan guna..

Dalam pada sibuk mengecat, almari yang kami pesan pun sampai.. Untuk gantung baju kerja Sha, encik suami dan baju sekolah anak-anak..

Thursday, April 18, 2019

Pindah Rumah #5

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry Melaka dah habis.. Kita sambung entry pindah rumah ye.. Selasa (16.04.2019), Sha masih bercuti.. Jadinya sambung la punggah dan kemas barang.. 10 tahun punya barang kan.. Lepas tu buat berdua je dengan encik suami.. Memang ambil masalah..

Untuk mempercepatkan kerja, Sha buat keputusan kosongkan bilik-bilik dulu.. Longgokkan barang dekat ruang tamu.. Sebab ada barang yang nak kena buang dan bagi orang.. Satu hari kami punggah dan bersihkan.. Banyak gila barang-barang rupanya.. Malamnya, encik suami cuba cat dulu bilik belakang.. Pergh!! Mencabar sungguh nak hilangkan kesan contengan Amani dan Imani.. huhuhu..

Inilah barang-barang yang masih tinggal di rumah lama... Barang-barang yang dikeluarkan dari bilik-bilik dan juga stor.. Banyak.. Ada yang patut dibuang..


Rabu (17.04.2019) nya pula, Sha dan encik suami berkerjasama mengemas, menyusun atur dapur bawah dan punggah barang dari dapur rumah lama.. Sambil Sha kemas dapur, encik suami pula buka kipas, pasang kipas, cabut ariel dan rel langsir bawa turun.. Sha pula punggah barang-barang dari dapur bawa turun.. Bawa turun tilam dan rak plastik.. Sha juga uruskan anak sekolah, beli barang untuk rumah.. Kapasitor kipas nak kena ganti baru.. Baru kipas berpusing.. Malamnya Sha ke kedai ECO cari penyangkut baju, sepit baju, tong sampah dan roller cat..

Hari ini harapnya dapatlah siapkan dapur rumah baru..

Wednesday, April 17, 2019

Melaka 2019 #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ketiga ini bermula dengan santai je.. Pukul 7, anak-anak dah terjun kolam.. Pukul 8 baru pergi cari sarapan.. Kami singgah makan dan tapau di Warung Hj Bakar, .. Sha, encik suami dengan MIL makan lontong.. Istimewa sebab dia bubuh sambal tumis dan serunding.. Sedap.. Untuk adik dan anak-anak, Sha bungkuskan nasi lemak dan roti canai.. Makan pagi RM36.. 

Lontong dengan sambal dan serunding..

Anak-anak sambung mandi sampai pukul 11 pagi.. Kemas baju dengan homestay semua, pastu dalam pukul 12 camtu kami checkout.. 


Singgah lunch.. Makan asam pedas ikan parang dan ikan kembung.. Sha dengan MIL je yang makan.. Adik dengan suami dia makan nasi ayam.. Anak-anak Sha pun makan nasi ayam.. Encik suami makan kuih je.. Lepas lunch, kami gerak asing.. Encik suami bawa MIL gi cari buah potong.. Sha dengan adik gerak gi Encore dan Sand Dune.. Tapi panas ya amat.. hahaha.. Berdua je kami berjalan memuaskan hati dalam terik mentari dekat Encore je.. Sand Dune tu jauh ya amat.. Tengok dari jauh je Sand Dune tu.. Kereta tak boleh masuk.. Kawasan berpasirkan.. kang sangkut, satu hal pula..

Lepast tu kami ke Muzium Kapal Selam.. Anak-anak Sha je yang masuk dengan encik suami.. Sha dah pernah masuk sebelum ini.. Dulu free, sekarang kena bayar.. hehehe..

Dari muzium kapal selam, kami pergi mencari Coconut Shake dan Avacado Viral.. Senang je.. Berdekatan je kedua-duanya.. Malangnya Avacado tutup.. Mujurlah ada Keria sebelah Avacado.. Terubat sikit hati.. Sedap ya amat kuih keria dia.. Dah sejuk pun best..


Lepas tu kami terus gerak ke Cyberjaya untuk makan malam.. Makan dekat Saba Restoran.. Menu last untuk trip 3 hari 2 malam.. Order set dulang untuk 5 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak makan.. Berbaloi dan licin..

Habis dah trip kami.. Sha sampai rumah lehih kurang jam 9 lebih.. Tidokan anak-anak, basuh baju dan kemas beg mereka.. Penat tapi seronok.. Semoga perancangan untuk percutian seterusnya dipermudahkan.. Aamiin.. Jom menabung..

Tuesday, April 16, 2019

Melaka 2019 #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari kedua kami di Melaka.. Bermula seawalnya.. Pagi dalam 7.30 camtu adik Sha dah terjun kolam.. Sha, encik suami dengan MIL ke Nasi Lemak Lereh di Klebang untuk sarapan dan bungkus.. Memang ohsem.. Sha suka nasi lemak sambal sotong dia..

Ini sarapan untuk yang di rumah.. Sibuk mandi sampai lupa nak makan.. hehehe..

Kemain pagi lagi dah berendam.. Berhenti kejap je, lepas tu sambung lagi..

Sha keluar gi beli makanan untuk grill.. Beli ayam, daging kambing siap perap dan hotdog.. Sambil grill, sambil mereka mandi.. Pukul 4 lebih berhenti dan sutuh bebudak tidur sebab malam nak keluar jalan..

Malamnya kami ke bangunan depan kapal dekat bandar hilir.. Nak cari t-shirt Melaka.. Buat kenangan gitu.. Ada satu kedai kat bahagian atas.. Naik tangga lepas tu ke kiri.. Pekerja dia memang ohsem melayan kerenah kami..

Lepas cari T-shirt kami jalan ke Bangunan Merah.. Imani dah berzikir nak naik beca.. Nak naik beca.. Bawalah mereka naik beca.. RM25 untuk satu beca.. Memang meriahlah.. Lepas tu kami ke Pasar Borong Batu Berendam.. Makan roti canai dengan kuah asam pedas.. Pergh!! Layan okay..

Sampai rumah terus basuh baju-baju yang beli semalam.. Nak pakai esok pagi.. Sedondon gitu.. hahaha..

Monday, April 15, 2019

Melaka 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ke Melaka weekends hari tu.. Perancangan asal nak bawa arwah abah sekali.. Tapi tak ada rezeki.. Kami tetap teruskan sebab MIL masih ada kan.. Homestay pun dah bayar booking.. Jadinya pagi Sabtu kami gerak dai Politeknik jam 8.10 pagi dan sampai Restoran Jejantas Sg. Buloh lebih kurang jam 9 pagi.. Janji dengan adik nak kumpul kat sini dan sarapan.. Makan nasi lemak dan A&W.. Sha naik dengan adik.. Baru lapang sikit kereta.. Gerak 2 kereta je..


Dari R&R Sg Buloh kami terus gerak ke Traditional Food Industries.. Nak cari mee siput je sebenarnya.. Hahaha.. Tapi bila dah masuk, terus lupa diri.. Tambah kedai dia dah makin cantik.. Lagilah..

Kemudian gerak ke Pedas, Linggi untuk makan tengahari di Kedai Makan Pak Raub, malangnya kedai penuh dan padat.. Jadinya kami tapau je lauk dan nasi untuk makan di Homestay.. Meriah betul lauk yang kami pilih.. Semuanya gulai lemak.. hahahaha.. Ada itik, daging salai, ikan keli dan telur itik.. Tambahan lain sayur taugeh, sayur peria, 5 bungkus nasi dan tauhu begedil..

Kemudian terus ke Melaka.. Singgah kedai ECO barulah ke Suri Homestay.. Memang puas hatilah homestay nya.. Sha kongsi di entry lain.. 

Anak-anak dah tak sabar nak terjun kolam.. Lepas makan, rehat kejap baru bagi diorang terjun kolam.. Sampai 6.30 petang berendamnya.. Malam kami pergi makan asam pedas dengan lempeng berdekatan Makam Hang Tuah.. Lepas makan terus gerak balik.. Tidur.. Penat.. 

Inilah menu makan tengahari kami.. Semuanya RM52 sahaja.. Semangkuk daging salai, 2 potong itik, 2 ekor keli, dua biji telur, sebekas tauhu begedil, semangkuk sayur taugeh, semangkuk sayur peria dan 5 bungkus nasi..

Kedai ini letaknya lepas tol Pedas Linggi.. Keluar tol dan ke kiri.. Senang je nak cari.. Google Maps je, mesti jumpa..


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com