Assalamualaikum..
Hye semua..
Pagi ketiga ini bermula dengan santai je.. Pukul 7, anak-anak dah terjun kolam.. Pukul 8 baru pergi cari sarapan.. Kami singgah makan dan tapau di Warung Hj Bakar, .. Sha, encik suami dengan MIL makan lontong.. Istimewa sebab dia bubuh sambal tumis dan serunding.. Sedap.. Untuk adik dan anak-anak, Sha bungkuskan nasi lemak dan roti canai.. Makan pagi RM36..
Lontong dengan sambal dan serunding..
Anak-anak sambung mandi sampai pukul 11 pagi.. Kemas baju dengan homestay semua, pastu dalam pukul 12 camtu kami checkout..
Singgah lunch.. Makan asam pedas ikan parang dan ikan kembung.. Sha dengan MIL je yang makan.. Adik dengan suami dia makan nasi ayam.. Anak-anak Sha pun makan nasi ayam.. Encik suami makan kuih je.. Lepas lunch, kami gerak asing.. Encik suami bawa MIL gi cari buah potong.. Sha dengan adik gerak gi Encore dan Sand Dune.. Tapi panas ya amat.. hahaha.. Berdua je kami berjalan memuaskan hati dalam terik mentari dekat Encore je.. Sand Dune tu jauh ya amat.. Tengok dari jauh je Sand Dune tu.. Kereta tak boleh masuk.. Kawasan berpasirkan.. kang sangkut, satu hal pula..
Lepast tu kami ke Muzium Kapal Selam.. Anak-anak Sha je yang masuk dengan encik suami.. Sha dah pernah masuk sebelum ini.. Dulu free, sekarang kena bayar.. hehehe..
Dari muzium kapal selam, kami pergi mencari Coconut Shake dan Avacado Viral.. Senang je.. Berdekatan je kedua-duanya.. Malangnya Avacado tutup.. Mujurlah ada Keria sebelah Avacado.. Terubat sikit hati.. Sedap ya amat kuih keria dia.. Dah sejuk pun best..
Lepas tu kami terus gerak ke Cyberjaya untuk makan malam.. Makan dekat Saba Restoran.. Menu last untuk trip 3 hari 2 malam.. Order set dulang untuk 5 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak makan.. Berbaloi dan licin..
Habis dah trip kami.. Sha sampai rumah lehih kurang jam 9 lebih.. Tidokan anak-anak, basuh baju dan kemas beg mereka.. Penat tapi seronok.. Semoga perancangan untuk percutian seterusnya dipermudahkan.. Aamiin.. Jom menabung..
Nak beli kuih keria antarabangsa tu bukan senang terutamanya kalau pergi masa hari cuti. Saya dulu beratur lebih daripada 30 minit untuk beli kuih tu. Kadang-kadang tu ada yang dah beratur lama tapi bila sampai giliran kuih dah habis.
ReplyDeletepernah pergi Muzium Kapal Selam,sekali sahaja,haha =)
ReplyDeletetengok gambar menu ni teringat lah kat lontong di parit raja, johor. hehehe. dah 11 tahun tinggalkan tempat belajar :D
ReplyDeletewah..sedapnya nasi arab tu..:)
ReplyDeletesedap lontong..
ReplyDeletesiapa dtg melaka laa ni mmg panas gilerrrrrrrrr
ReplyDelete