Friday, April 5, 2019

Pengalaman Menguruskan Pemergian Yang Tersayang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Jumaat pertama tanpa abah.. Sha dah masuk kerja.. Tak bolehlah duduk dekat rumah tak buat apa.. Rasa kosong, sayu dan sunyi.. Jadinya Sha masuk ke pejabat.. Walaupun tak buat apa tapi masa terisi dengan melihat pelajar-pelajar ini berduyun-duyun mencari kertas soalan untuk menghadapi musim peperiksaan..

3 hari yang hectic dalam hidup Sha.. Bermula selasa pagi.. Masa mula menerima panggilan mengatakan abah jatuh (masa ini tak dapat berita sebenar), hati dah rasa tak sedap.. Maka bermulalah rutin menelefon adik-adik yang terdekat dan bertanya siapa yang balik.. Sha ank emnumpang sebab anak-anak Sha sekolah dan Husband nak uruskan MIL yang duduk sekali dengan Sha.. Dalam pada menelefon dan berwhatsapp, hati jadi sangat sedih dan Sha menangis.. Hati tu kuat mengatakan yang Sha tak akan sempat berjumpa abah.. Dalam pada tengah menangis, adik ipar Sha call sambil menangis-nangis dan bagi tahu abah dah pun selamat menemui Allah.. Masa ini memang menangislah sampai suami tanya kenapa.. Hanya mampu cakap Abah dah tak ada
.. Husband Sha mandi dan suruh Sha siapkan anak-anak.. Gerak balik ke kampung.. Sementara Sha kejutkan anak-anak, husband mandikan mak dia dan maklumkan adik dia yang terdekat untuk tengok-tengokkan MIL dan hantarkan makanan kat MIL.. Dalam perjalanan balik ke Ayer Tawar, Sha call dan maklumkan adik beradik abah.. Kami gerak pukul 7 macam tu dan berhenti makan dekat Chenderong Balai sebelum gerak semula dan sampai jam 9.30 pagi.. Mujurlah abah meninggal dirumah, maka tak adalah proses tuntutan jenazah ataupun post moterm.. Ambulans sampai disaat abah sudah nazak.. Abah meninggal dipangkuan adik bongsu Sha.. Rupanya pagi tu lepas bangun, abah duduk di kerusi sementara menunggu nak ke bilik air dan terkena strok.. tu yang jatuh melorot ke lantai.. Kawan abah cadangkan urusan mandi jenazah dibuat di masjid untuk memberi laluan kawan-kawan masjid abah menziarahi abah dan menguruskan jenazah abah bersama-sama.. Maka jam 11 pagi, van jenazah pun sampai untuk membawa jenazah abah ke masjid.. Abah dimandikan adik-adik lelaki Sha, menantu lelaki abah, sepupu sha, kawan abah dan adik ipar abah.. Itupun ada yang ustaz tak bagi sebab dah ramai sangat..

Betapa gembiranya abah bila anak lelaki yang mandikan beliau.. Jenazah berada dalam keadaan senyum dan berseri-seri selepas dimandikan.. Lepas solat zohor, jenazah abah disolatkan dan bergeraklah kami ke kubur.. Abah ditanam di perkuburan Islam Ayer Tawar.. Berdekatan dengan kubur arwah ibu.. Alhamdulillah selesai semuanya.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang soleh dan beriman.. Aamiin..

Pergi Tak kembali..


13 comments:

  1. Salam takziah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Salam takziah sha..in shaa Allah arwah abah sha ditempatkan dikalangan org2-yg beriman dan beramal soleh

    ReplyDelete
  3. Salam takziah sha.. semoga ditempatkan di tempat orang2 yang beriman.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih semua...
    Aamiin.. Aamiin..

    ReplyDelete
  5. Salam takziah sha.. Sorry tak tahu pun berita ni.. Moga sha tabah hadapi hari² tanpa abah tersyg..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah kiranya semua dapat menatap arwah sebelum kebumi ya... salam takziah sha dan keluarga...

    ReplyDelete
  7. salam takziah kak sha semoga tabah kak sha sekeluarga

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com