Monday, August 31, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 83

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kemana hari ini?? Sha kat Kampung tapi tengahari dah gerak balik Behrang.. Nak menyiapkan baju sekolah anak.. hehehe.. Tapi disebabkan kesesakkan lalu lintas kami sampai agak lewat di rumah.. Banyak betul kereta bila sampai dekat Sungkai.. Sangkut agak lama uuga kat sini.. Alhamdulillah, sampai rumah jam 5.40 petang..

Berambung lagi PKPP sehingga 31 Disember.. Hari ini berakhir Fasa 6 PKPP.. 

Boba Milk Brown Sugar, 1 cup ini RM5.. Sedap.. Sha beli dekat simpang empat Chenderong Balai, Perak.. Beli masa dalam perjalanan nak balik ke Behrang..

Akhirnya berjaya juga tebus voucher Secret Recipe RM20 yang Sha dapat dari Kak Farah.. Boleh baca di Bungkusan Kegembiraan.. Voucher tu tamat hari ini, mujurlah teringat.. Asyik lupa je.. hehehe.. Sha beli cheese cake dan brownies.. 

Filem Animasi | Birthday Wonderland (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha mencari animasi lain namun tertengok animasi ini di Youtube.. Animasi yang sangat menarik.. Pengembaraan seorang budak ke dunia lain melalui pintu stor di sebuah kedai.. Seorang budak perempuan yang biasa-biasa dan menemui kekuatan semangat melalui pengembaraan yang menarik.. Berjaya membantu seorang putera dalam menentukan masa depannya dan juga rakyat jelata beliau.. Such a nice story..

Birthday Wonderland
Aired: Apr 26, 2019
Producers: Aniplex, Dentsu, Fuji TV, Warner Bros. Japan
Source: Book
Genres: Adventure, Fantasy
Duration: 1 hr. 55 min.
Synopsis: A movie adaptation of the 1981 children's book Chikashitsu kara no Fushigi na Tabi. A wonderful and mysterious birthday adventure, one that you will never forget. Beyond the basement door in Aunt Chi’s antique shop lies a world beyond your wildest imagination.. Akane Uesugi is a shy 6th grader who has trouble telling other people how she feels. The day before her birthday, her mother, Midori, sends her on an errand: to go get her birthday present from her free-spirited Aunt Chi’s antique shop. But a strange man named Hippocrates the Alchemist, who calls her the "Green Goddess," together with Pipo the fairy, takes her on a journey to "The World Beyond" from a door in the basement. There, the water has dried up and the trees are losing their color. Can she save it with the help of her free-spirited Aunt Chi, the stern Hippocrates, and his apprentice Pipo? (Source: Fuji Creative)

Salam Kemerdekaan & Selamat Bercuti

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kemana hari ini? Duduk rumah atau pergi bercuti?? Sha di rumah MIL.. Bercuti, berehat menziarahi dan menenangkan jiwa.. hehehe..


Sunday, August 30, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 82

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal jam 8.30 pagi kami gerak balik ke Kg. Gajah.. Walaupun masih ada baju sekolah anak-anak yang belum bergosok namun tanggungjawab harus dilaksanakan.. Selalunya encik suami balik seorang tapi disebabkan Isnin cuti maka kami semua ikut sekali.. Singgah sekejap di pasar pagi cari kuih muih dan terus gerak ke Seberang Perak untuk beli sate ayam yang sedap.. hehehe.. Sampai rumah MIL jam 11 pagi..

Alhamdulillah.. Selamat sampai di Kg. Gajah..

Petangnya Sha ke Kg. Geronggong cari air neslo yang padu dan sedap.. hehehe.. Lepak depan rumah minum air best sambil baca ebook..


Makanan | Harumi: Breaded Chicken Mini Satay

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa produk ini dekat kedai sejuk beku.. Macam ayam gunting tu cuma saiz dia comel dan sangat mudah disediakan.. Tak payah nak nyah beku pun.. Keluar dari peti ais dah boleh goreng.. Sangat sedap.. Bukan sahaja disukai Sha dan suami, anak-anak Sha pun suka.. Kalau tak sempat memnag keluarkan ayam nie, goreng aje untuk anak-anak bawa debagai bekal ke sekolah..

1kg ini RM17.. Dalam dia ada lebih kurang 25 ke 30 keping..

Ini rupa dia sebeljm digoreng..

Setelah digoreng.. Makan macam tu je pun sedap.. Tak payah cicah sos..

ebook | Jejak oleh Rozlan Mohd Noor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang dah lama tetingin nak baca buku ini.. Bila dah pandai beli ebook di Google Play Book, ini merupakan ebook kedua yang Sha beli tanpa berfikir..

Mula membaca hinggalah penamat Sha merasakan emosi Abdul Wahid dalam menjejak kehidupan lampau beliau.. Menitis air mata saat buku ini menemui titik noktah.. Geram dan marah bila mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada mak beliau.. Rasa macam nak tolong je Abdul Wahid melakukan pembalasan.. Walaupun tidakan Abdul Wahid tu salah namun apa yang dilakukan oleh pesalah itu lagi kejam.. Memang bacaan yang terbaik pada Sha.. Cumanya bukj ini tak sesuai dibaca 18 tahun ke bawah.. Mujurlah Sha beli buku digital, aksesnya hanya untuk Sha sahaja..

Sha baca pada 28.08.2020 dan selesai pada 29.08.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Book.. Buku digital ini koleksi peribadi Sha..
Published March 29th 2019 by Buku Fixi

Saturday, August 29, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 81

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini seharian menggosok sebahagian baju sekolah anak-anak, memasak, membasuh baju dan membaca.. hehehe.. Kena siapkan hari ini juga mana yang boleh sebab nak balik rumah MIL.. Isnin nanti tak adalah kalut sangat..

Sempat habiskan sebuah buku yang ohsem dan menarik.. Mengalir air mata sebaik jumpa titik terakhir.. Sebuah buku yang sangat meruntun jiwa Sha.. Tapi kurang sesuai dibaca mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.. Esok Sha publish entry mengenai buku tu ye.. Buku yang dah lama Sha idamkan untuk dibaca..

Keadaan laman depan beranda rumah Sha.. rumput dan lalang yang meninggi.. Selepas kejadian penemuan demi penemuan ular, buat jiwa resah melihat kepanjangan rumput dan lalang ini.. Nak tunggu pekerja kebersihan buat lambat sangat.. 

Alhamdulillah bila encik suami berjaya bawa balik mesin rumput dari rumah arwah ayah di Ulu Slim.. Walaupun mesin ini kaberatornya bocor dan basah baju encik suami dengan minyak tetap berjaya melaksanakan kerjanya..

Setelah 20 minit, akhirnya semua rumput dan lalang berjaya di potong.. Terima kasih buat encik suami.. Barulah tenang mata memandang..

Comel tak tisu Sha ini.. Hahaha.. Yang ini beli sebab kecomelan gambarnya selain memang berguna isinya.. hahaha.. Harga sekotak (30pcs) ini ialah RM24.90 dan percuma pos.. Berbaloilah kan.. Sha beli hari gaji (25.08.2020) dan tisu ini sampai pada (27.08.2020)..

520 Giveaway by Garaeki

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha joint Giveaway ohsem ini.. 520 Giveaway by Garaeki..
IG Sha : kasih_shadz dan Sha tag Ikashoid..


Buku yang Sha teringin sangat nak beli banyak sebenarnya.. Terlalu banyak.. Hahaha.. Tapi Sha pilih dua ini iaitu 7 Kematian oleh Saidee Nor Azam dan Serigala oleh Lokman Hakim.. Dua buku ini dah lama berada dalam wishlist Sha.. Satu buku baru (tak adalah baru sangat) dan satu lagi buku lama..

ebook | Sihir: Episod 1 oleh Ismi Fa Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Permulaan yang sangat mengagumkan.. 5 watak yang diperkenalkan iaitu Nayla, Aisyah, Saadah, Aidan dan Rose.. Episod satu ini lebih kepada pengenalan watak.. Memang nengujakan.. Sesuatu yang lain dari biasa..

Kalau ikut penulis mungkin siri ini akan dibuat sampai episod 9.. Tak sabar tunggu episod seterusnya.. Cover ebook ini pun ohsem..

Sha baca dan selesai pada 28.08.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Book.. Buku digital ini koleksi peribadi Sha..
Published August 2020 by I F I ENTERPRISE

Crispy Special Edition: Brown Sugar Milk Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa flavour ini masa beli flavour Popping Candy.. Sajalah beli nak rasa.. Harga dia RM1 je 1pc.. Bolehlah.. Sha tak berapa gemar rasa dia.. Macam tak kena pula teh dengan coklat.. Bila buka je bungkusan tu, bau teh tu semerbak.. Bau Sha suka.. hehehe.. Wangi.. Rasa bukan kegemaran Sha..

Packaging dia cantik..

Wangi bau teh.. Rasa pula, okay lah.. hahaha.. Kalau peminat teh mesti suka..

Friday, August 28, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 80

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha kerja dengan badan dan minda yang penat.. Bukan senang nak lalui hari yang mendatang bila sikap manusia semakin melampau..

Hari ini pengumuman mengenai PKPP dilanjutkan.. Sha buat entry ini sampai 31 Ogos je kot.. Kalau rajin, Sha teruskan.. Kalau tak.. hehehe..


ebook | Summer Stars by Greta Holsten

Assalamualaikum..
Hye semua..

Antara ebook menarik yang Sha jumpa di Google Play Book.. ebook ini percuma.. Kisah seorang kanak-kanak dan ibunya yang melihat bintang di langit.. Mereka berimaginasi dan berhubung dengan bintang-bintang tersebut.. Di hujung penceritaan ada diselitkan fakta mengenai bintang yang mereka sebutkan.. Memang bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa.. Dijadikan bacaan untuk anak pun menarik..

Sha baca dan selesai pada 28.08.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Book..
Published January 7th 2016 by Greta Holsten

Beli ebook di Google Play Book

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hye semua.. Zaman sekarang ini selain buku fizikal, ebook juga antara pilihan pembaca sekarang.. Banyak kedai maya yang jual buku digital ini.. Tapi ini pertama kali Sha berjaya beli buku digital di Google Play Book.. Sebelum ini Sha ada mencuba tapi tak berjaya sebab pembayaran guna credit/debit card, Buy Google Play Credit @ redeem code.. Semalam je berjaya sebab ada keluar option bayar menggunakan Tune Talk credit.. Tapi ada extra caj tau.. Macam Sihir tu RM5.30+030 maknanya Sha bayar RM5.60.. 

Buka aplikasi Google Play Book di telefon anda dan klik pada perkataan Shop..

Pilih buku yang nak dibeli dan klik butang biru yang tertulis ebook dan harga..

Pilih telco yang disenaraikan.. Macam Sha dia terus keluar Tune Talk.. Sebab Sha pakai Tune Talk.. Kemudian klik Buy eBook.. Bila dah berjaya beli, Google akan hantar email resit pembelian..

Nanti buku akan keluar di bahagian library aplikasi Google Play Book anda.. Klik read untuk muat turun dan baca.. Bila dah muat turun, anda boleh baca bila-bila masa sahaja walaupun tanpa internet..

ebook | The Green Stone by Julio Santos García

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak membaca buku novel bahasa inggeris.. Selalunya Sha layan komik Inggeris, lebih ringkas dan bergambar.. Yang ini pun ada gambar tapi sekadar selingan.. Tu yang buat menarik nak dibaca.. Tulisan dia pun besar..

Kisah 2 orang budak yang terjumpa batu meteor semasa berkhemah bersama keluarga.. Namun bila batu tu cuba dipegang, ianya mengeluarkan chaya dan meletup.. Kesan daripada letupan batu itu menyebabkan dua orang budak ini menjadi istimewa.. Keistimewaan itu rupanya tidak terhenti pada mereka.. Kisah yang menarik dan seronok dibaca..

Sha baca pada 26.08.2020 dan selesai pada 27.08.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Book.. Percuma sahaja..
Published July 31st 2018 by Xarpa Books

Thursday, August 27, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 78 & 79

Assalamualaikum..
Hye semua..

Day78
Hari ini agak kesibukkan sedikit.. Ada Program Let's Read di Perpustakaan Sha kerja.. Sha kendalikan aktiviti Kahoot Kemerdekaan dan Ulasan buku (bertulis).. Pesertanya pelajar Politeknik.. Memang meriahlah bila mereka menjawab soalan-soalan berkaitan kemerdekaan, kemajuan dan pertanian Malaysia.. 15 soalan je tapi reaksi mereka tu yang ohsem.. Membaca ulasan buku yang dibuat oleh mereka pun menarik.. Hehehe..

Ini nama dia parcel kegembiraan.. Hehehe..

Day 79
Masih lagi kalut dengan aktiviti Let's Read sebab ada FB Live pagi ini.. Kebetulan pula baru pertama kali nak buat FB live ini jadinya agak kalut dan terpaksa menghadapi masalah teknikal.. Tapi akhirnya berjaya juga buat dan selesaikan.. Kemudian sebelah petangnya Sha dan rakan-rakan pejabat ke Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu untuk jamuan makan-makan bersama mantan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kami.. Esok merupakan hari terakhir beliau di sini.. Lepas ini entah bila berjumpa lagi..

Tambah stok aiskrim Polar dirumah.. Kali ini Sha beli rasa lain pula.. Perisa coklat (15pcs) Blackcurrant (15pcs) - RM27

Aiskrim Polar Durian, Jagung dan Kacang Merah.. RM1 untuk sebatang..

Koleksi ebook di Google Play Book

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama sebenarnya Sha tak membaca menggunakan Google Play Book ini.. Semalam Sha buka balik sebab ternampak pos penulis Imi Fa Ismail mengenai tawaran separuh harga ebook beliau.. Terus Sha buka Google Play Book dan cari di Shop.. Memang ada ebook beliau bertajuk Sihir dengan harga RM5.30 (sehingga 31.08.2020) Harga asal ialah RM10.. Terus Sha beli ebook Sihir oleh Ismi Fa Ismail bersama dengan ebook Jejak oleh Rozlan Mohd Noor.. 

Setelah di update, inilah ebook yang ada dalam library Sha di Google Play Book.. Sekarang ini tengah baca The Green Stone.. 

 Post di IG yang buat Sha terus ke Google Play Book.. 

Antara ebook beliau yang ada di Google Play Book.. Ada 6 buah.. Nanti ada rezeki lebih boleh beli yang lain pula..

Makanan | MyBizcuit Choco Peanut Crunchy Bar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa versi coklat dekat Shopee tapi pek besarlah yang 300g.. Bukan macam yang Makanan | MyBizcuit Peanut Crunchy Bar dalam pek 100g.. Untuk rasa dia memang ohsemlah.. Sha cakap ohsem sebab gabungan coklat dan kacang tu mengancam.. Sedap dan berbaloi untuk Sha.. Lapisan coklat tu dia macam biskut.. Bila kunyah cair di mulut.. Hehehe.. Kacang tu puaslah makan.. Memang dia buh banyak.. Kalau buat doorgift pun menarik.. 

Pek 300g dalam dia ada 27pcs pek kecil..

Packaging dia berwarna warni namun isi dia sama je.. Coklat kacang.. Hehehe..

Inilah rupa biskut coklat kacang..

2020 Reading Challenge - Almost There

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini berjaya dapatkan balik akaun Goodreads Sha.. Rupanya Facebook dah tak boleh link dengan Goodreads.. Patutlah bila cuba buka je tak boleh.. Mujurlah dekat apps Goodreads di telifon bimbit telefon masih link lagi.. Sha tambah email Gmail dan jadikan ianya sebagai email utama dan request lupa password.. Yeah!! Berjaya.. Cumanya tak sempat nak screenshot proses dia.. Lega.. Eh.. Terbuat luahan perasaan pula.. hehehe..

Hari ini sebenarnya Sha nak kongsikan cabaran Goodreads Sha dah cecah 70% dari keseluruhan sasaran Sha.. Dalam pada tak sempat, sibuk dan terpesong je mood, berjaya juga Sha capai 70% dari sasaran Sha.. Masih ada 30% lagi sasaran yang perlu dicapai.. Sempat kot sebelum tahun 2020 ini berakhir.. 

 Facebook dah tak support automatic sharing dari pihak ketiga..

Masih banyak lagi buku yang perlu dibaca untuk mendapatkan sasaran 237 buah buku itu.. 

Wednesday, August 26, 2020

Shopee | Shopping Kudap-kudapan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalamkan dah gaji.. Makanya bershopping makananlah Sha di Shopee.. Beli makanan ringan iaitu kacang tumbuk, coklat dan gula-gula.. Pos percuma je.. Seronok shopping kat shopee sebab banyak pilihan dan harga agak berbaloilah.. Berbanding nak ke kedai, isi minyak kereta, pilih, beratur dan bayar.. Shopee senang, buka telefon cari apa yang nak dibeli, bayar dan tunggu.. Tapi ada juga barang yang kena ke kedai untuk beli.. Paling best bila beli semalam dan hari ini dah dapat.. Hehehe..

Kotak kebahagiaan nama dia.. hehehe..

Isi di dalam.. Packaging memang terbaiklah.. Tak adalah coklat atau kacang tumbuk tu hancur.. Semua ini RM57.50 dan pos percuma..

Kacang tumbuk versi ohsem.. Sha beli 2 pek Mybizcuit Peanut Crunchy Bar dan 1 pek Mybizcuit Choco Peanut Crunchy Bar.. 1 pek RM7.50..

Gula-gula Lot100 Sour ini Sha peli pek yang 600g.. Ada 5 rasa iaitu anggur, epal, oren, lemon dan strawberry.. RM12.90

Beli Coklat Beryl's sama.. Ini antara kesukaan Sha.. hehehe..
Beryl’s Almond Milk Chocolate 70g - RM4.50
Beryl’s Almond Bittersweet Chocolate 70g (2) - RM4.50
Beryl’s Tiramisu Almond Green TeaChocolate 65g - RM4.30
Beryl’s Tiramisu Almond Milk Chocolate 65g - RM4.30

Polar Ice Cream: Sweet Sour Plum

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap makan aiskrim ini.. Kalau harga pasaran RM2 rasanya.. Ini ada orang bagi, jadi tak adalah tanya harganya berapa.. hehehe.. Memang manis dan masam rasanya.. Makan pula time panas-panas, melegakan tekak betul.. Aiskrimnya tebal.. Puaslah makan..


Warna oren yang mengancam.. Ada ketulan-ketulan asam boi tapi kecil-kecil je..

Wordless Wednesday 2020 PKPP

Tuesday, August 25, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 77

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha sibuk menyediakan soalan untuk Kuiz Kahoot Kemerdekaan sempena Program Let's Read Perpustakaan.. Jenuh jugalah mencari soalan dan jawapan walaupun hanya 15 soalan.. Gunakan Kahoot ini aktiviti jadi lebih seronok dan mengujakan pelajar.. Aktivitinya esok pagi.. Mujurlah memang dah ada akaun Kahoot cuma perlu mencari maklumat mengenai sejarah kemerdekaan dan lain-lain je untuk dijadikan soalan.. 

Beli di Shopee dengan harga RM8.40 1 pek.. Sha bayar untuk 2 pek ini RM16.80 dan postage percuma.. Sha beli masa shocking sale.. Sekarang ini harga dia dah jadi RM15.98 untuk 1 pek (50pcs).. Lambat sikitlah sampainya sebab dari luar negara.. Yang ini pun Sha tolong belikan untuk pengasuh anak.. Sha beli pada 15.08.2020 dan mask ini selamat sampai pada 24.08.2020.. Hari ini baru gi amik dekat pejabat parcel.. Semalam kan cuti.. hehehe.. Kualiti okay.. Kalau berminat nak usha, klik SINI..

Petang Sha ke kedai Sejuk Beku Muallim bersama pengasuh anak untuk beli stok kepingan ayam ini.. 1kg ini berharga RM17.. Menarik sebab kepingan ayam tu macam ayam gunting cuma saiz kecil..

Penutup lubang yang digigit tikus.. Memang nak kena ganti dengan plat besi.. Tinggal ini je plastik.. Yang lain semua Sha dah tukar dengan besi..

Sementara tu tutup dengan bata dulu.. Kain buruk pun habis digigitnya.. Sabar jelah..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »