Saturday, August 22, 2020

Novel | Kembara Mistik 2.0: Kondominium oleh Lyla, Nurul Omar, Aida Anggerik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tiga cerita dengan tema kondominium.. Setiap satu punya kekuatan tersendiri.. Garapan dan olahan yang menarik dari setiap penulis berjaya memberikan kepuasan yang berbeza..

Baphomet oleh Lyla
Tujuan Atikah hanyalah ingin mencari duit poket.. Berkerja sebagai orang gaji tak semudah yang disangka bila hanya rumah yang perlu dijaga.. Tuan rumah yang sentiasa tak ada.. Kawasan kondo yang sunyi dan penampakkan makhluk yang menakutkan membuatkan Atikah mula menyiasat.. Namun tak sempat menyiasat secara keseluruhan, Atikah dipecat.. Pemecatan yang melegakan dan menjadi titik tolak pembongkaran ajaran sesat di kondo tersebut..

Jiang Shi oleh Nurul Omar
Zamri menyibuk pada perkara yang tak sepatutnya.. Dimarah dan ditegur membuatkan Zamri lagi teruja menyiasat hinggalah Zamti nampak perkara yang tak sepatutnya.. Amaran diberikan namun akhirnya Zamri terkorban juga..

Kondo Aira oleh Aida Anggerik
Kisah mengenai El yang membuat hal sendiri tanpa mempedulikan hal di sekeliling.. Kemudiannya El diuji selepas berpindah masuk ke sebuah kondo.. Ujian yang mengajar El bahawa hidup ini perlu bermasyarakat dan mengambil tahu tentang orang disekeliling.. 

Sha baca pada 18.08.2020 dan selesai pada 22.08.2020.. Lambat sebab duk tengok filem hindi.. hahaha..

Koleksi peribadi Sha..
Published March 2020 by Fajar Pakeer Sdn. Bhd.

8 comments:

  1. Menarik jalan ceritanya. Dah lama tak shopping buku genre macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku ini hanya ada dijual di kedai buku Popular sahaja.. Boleh beli juga dari laman sesawang Popular..

      Delete
  2. cita hindi apa yg kak sha tgk tuuuu

    ReplyDelete
  3. fuhhh kisah kedua tu dia punya sinopsis siap bagi spoiler haha

    ReplyDelete
  4. takut nak baca novel seram nih

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »