Sunday, August 23, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 75

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha tak ada ke mana pun.. Duk rumah je.. Selesaikan baju-baju sekolah anak, lipat baju yang sebakul penuh.. Hehehe.. Membasuh kemain rajin, nak melipat tu bercinta rasanya.. Masak dan lepak baca buku.. Dapatlah habis 2 buah novel dan 1 drama korea.. Kikiki.. Cadangnya macam nak tengok Kamen Rider baru sebab dah tinggal 2 episod je nak habis.. Bolehlah marathon episod yang sebelum ini.. hehehe..

Dalam pada tu sempat juga selesaikan kerja pejabat di rumah.. Mujurlah laptop encik suami masih boleh digunakan walaupun slow motion je loadingnya.. hehehe.. Dalam pada tu hari ini tertangkap cubaan Cik Ti (tikus) untuk masuk ke rumah.. Habis dikokaknya penutup luban air dekat dapur.. Baru nak masuk, makanya encik suami tindih dengan bata.. Sebelum ini habis digigitnya paip mesin basuh.. Geram je nengoknya.. Nampak gayanya kena beli racun tikus jugalah letak keliling rumah.. Makin menjadi-jadi pula Cik Ti ini.. Dugaan rumah bawah.. hehehe..

7 comments:

  1. Alhamdulillah..cuti2 duduk santai kan sha..shida weekend keje..cuti hari selasa.
    rumah shida setakat ni xde lg cik ti muncul..harap2 jgn ade la..huhuu

    ReplyDelete
  2. Bahaya ada tikus ni. Nanti tgk tiba2 plastik roti berlubang la.. plastik tepung berlubang la.. hati-hati tu.. makanan jangan dibiarkan terbuka.

    Btw.. lipat baju adalah benda yang Cik TK malas juga nak buat.. hahaha

    ReplyDelete
  3. adoii seram dengan ci ti nih, rumah sewa lama dulu ada cik ti berlari2 dia dalam rumah

    ReplyDelete
  4. Duduk di rumah tak ke mana pun banyak benda yang perlu diuruskan, kan?
    Jadi tak faham pada sesetengah orang yang kata 'mereput'di rumah tu.
    Huhuhu.

    ReplyDelete
  5. sekor ja cik T dalam rumah ..mmg akan jadi huru hara kan

    ReplyDelete

  6. sama laa mcm rumah lama sy...tingkat bawah. habis ditebuknya pintu sampai berlubang... kalau guna racun bimbang kucing pula termakan...risau jg...

    ReplyDelete
  7. kami selalu hari ahad, hari sarapan kat luar dah hari berjalan-jalan, beli barang dapur... beli barang apa yang takde... sebab hari kerja memang tak sempat nak ke mana

    sama lah mcm umah kita pasang jaring supaya cik ti tak datang... dugaan rumah bawah memang gini, nasibla ada si comot, dapatlah menghalang si cik ti

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com