Wednesday, July 31, 2024

Goodreads | Julai 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal kita kemas kini bacaan untuk bulan Julai ini.. Misi membaca telah berjaya Sha habiskan.. Namun Sha tetap teruskan bacaan.. Boleh tengok bacaan Sha tak ada pengkhususan.. Sha baca apa sahaja yang mampu alihkan pemikiran Sha.. Membaca ini terapi untuk Sha..







Selesai pada 26 Julai 2024.. Sukses..

Temujanji Yang Tertangguh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sepatutnya kami bertemujanji pada 25 Julai tapi encik suami terlupa yang beliau kena ke Melaka atas urusan kerja.. Makanya kelmarinlah baru dapat kami bertemujanji.. Lama juga kami tak bertemujanji macam ini.. Keluar awal pagi, makan-makan dan tengok wayang.. Asalnya nak naik motor tapi Sha rasa macam tak best sebab tak boleh nak bersembang, jadinya kami naik kereta..

Sebelum gerak ke Rawang kami singgah sarapan dulu.. Makan roti bakar dan telur goyang, kue tiaw goreng dan kuih muih..

Tayangan bermula jam 10.45 pagi.. Tebus popcorn dan air dulu batu masuk wayang.. Lama juga ceritanya..

Sempat bergambar.. 

Lepas wayang kami makan tengahari dulu baru gerak balik..

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, July 30, 2024

CJ Bibigo Danji Kimchi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selalunya Sha beli jenama lain, ini saja nak cuba.. Sedap rupanya jenama ini.. Kobis ya pun lagi banyak dan ada sedikit rasa pedas di hujung-hujung.. Makan dia saja pun sedap.. Bolehlah beli lagi nanti.. Tak semestinya makan dengan maggi, saja-saja nak ratah pun okay juga ini.. kikiki..

Bibigo Danji Kimchi (300g) - RM17.90

Bahagian atas ini ada tarikh luput dan berat kimchi ye..

Isi dalam dia.. Penuhlah.. Berbaloi beli..

Kasut Baru Buat Semua

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Amani, Sha bawa Amani ke kedai kasut Al-Ikhsan.. Mencarikan kasut jalan buat Amani sebagai hadiah kecemerlangan beliau.. Memang rezekilah sebab Al-Ikhsan buat jualan murah.. Bayangkan dari sepasang terus jadi 4 pasang.. Adoilah.. Bahaya betul penangan jualan murah ini.. 

Dari kiri encik suami, Sha, Amani dan Imani..

Lactel Fat Free Yogurt: Strawberi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli saiz besar terus.. Baru puas hati makan.. Beli yang ada ketulan buah.. Rupanya yogurt ini datang dengan dua gaya.. Satu yang Sha beli ini, ada ketulan buah.. Satu lagi jenis rasa strawberi tapi tak ada ketulan buah strawberi.. Sha suka lagi yang ada ketulan buah ini, bila gigit terasa lebih asyik.. kikiki..

Lactel Fat Free Yogurt Strawberi (470g) - RM8.90

Isi dalam dia.. Warna pink pucat dengan ketulan buah strawberi.. Tak berapa nampak buahnya tapi memang ada tau.. Puas kunyah..

Monday, July 29, 2024

India | Hit List (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kita layan filem tentang seorang lelaki iaitu Vijay yang dipaksa membunuh dengan menculik adik dan emak dia.. Lelaki bertopeng tu memang kejam gilalah.. Vijay yang dipaksa mengikut kehendak lelaki bertopeng itu memang nampak sangat lembik seolah-olah tak mampu membunuh tapi bila dalam keadaan terdesak, manusia boleh berubah.. Lelaki bertopeng tu mendedahkan motif sebenar kenapa dia memilih Vijay untuk membunuh dua orang lelaki lain tu.. Masa ini baru kita tahu semuanya kerana ketamakkan manusia.. Tapi polis yang ambil kes tersebut memang dasyatlah sebab pada akhirnya dia berjaya bongkar helah lelaki bertopeng dan dedahkan penjenayah sebenar..

Hit List
2024 ‧ Adventure/Action/Crime ‧ 2h 5m
Vijay's family is kidnapped by a masked assailant. He's forced to assassinate the kidnapper's rivals as part of a twisted revenge plot. As Vijay complies, he unravels the kidnapper's identity and motives.


Goodreads | Reading Challenge 2024 Completed

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selesai cabaran membaca.. Tahun ini kalau ikutkan lebih awal sebenarnya tapi biasalah.. Emosi membaca Sha turun naik.. Kejap okay, kejap tak.. Lepas tu banyak buku yang Sha baca tak ada dalam Goodreads.. Tetap juga baca buku-buku itu.. Cumanya tak dikiralah dalam Goodreads.. Kali ini lebih awal dari tahun-tahun sebelum ini.. Belum habis Julai, cabaran berjaya kita selesaikan.. Sha tetap membaca sampai habis tahun ini.. Nanti hujung tahun kita tengok hasilnya pula.. Jom teruskan membaca.. Emosi turun naik itu biasa.. 

Selesai pada 26 Julai 2024..

Korea | D.P. Season 2 (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini kalau tak kuat semangat, baiklah jangan tengok.. Sha layankan juga sebab dah tengok season 1.. Melibatkan buli yang bukan biasa-biasa.. Episod pertama saja dah buat sakit jantung.. Tak sangka betul bila manusia yang berkuasa sanggup bermain dengan nyawa manusia lain.. Meletakkan kesalahan pada mangsa.. Kalau pencegahan lebih awal dilakukan ke atas kes buli, mungkin tak akan ada pembunuhan atau asakar yang lari.. Semuanya kerana kes buli dipandang sepi.. Seolah-olah membenarkan untuk dilakukan.. Bila dah teruk cuba disembunyikan dari umum.. Malah diterbalikkan pula kesalahan tu ke atas individu kononya tak tahan dengan kekerasan.. 

Tapi betullah kan.. Mereka menjadi askar untuk melindungi tapi kalau dalam askar sendiri mereka tak dilindungi, macam mana mereka nak dilindungi..

Episod 3 ada babak kelakar.. Semasa aksi kejar mengejar antara Joon Ho dan Ho Yul nak cari maklumat, mereka terpaksa mengejar seorang lelaki menggunakan basikal..

Drama: D.P. Season 2
Also Known As: Deserter Pursuit Dog Day 2, Day of the Dog 2, D.P Gaeui Nal 2
Screenwriter & Director: Han Jun Hee
Screenwriter: Kim Bo Tong
Genres: Action, Military, Drama
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Jul 28, 2023
Aired On: Friday
Original Network: Netflix
Duration: 50 min.
This unfolding story ensues when military desertion arrest squad members (DP), Jun Ho and Ho Yeol, run across absurdities and unchangeable reality on a regular basis.

~~ Adapted from the webtoon "D.P Dog Day" (D.P 개의 날) by Kim Bo Tong (김보통). ~~

Sunday, July 28, 2024

ebook | Komik Gaza MINI #6: Lahirnya Harapan Buat Palestin oleh IF Moses

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Sejarah Palestin yang disampaikan melalui komik fiksyen.. Sesuai untuk bacaan semua peringkat umur.. Bacaan yang mampu mencuit perasaan anda dengan semangat, gembira, sedih dan marah terhadap sejarah Palestin.. Buku keenam ini menyampaikan tentang Gerakan Nasionalis Arab yang baru tersedar bahawa mereka telah pun dikhianati oleh pihak British dan yahudi setelah Palestine dirampas..Selain itu buku ini turut menceritakan tentang apa yang berlaku pada negara Turki juga.. Pergolakan yang mengakibatkan kejatuhan yang tak disangka.. Semuanya kerana ingin mewujudkan sesuatu kerana bangsa..

Sha baca dan selesai pada 26.07.2024..

Published October 20, 2020 by Iman Publication

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Amani 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi semalam seawal jam 7 kami dah keluar rumah.. Sarapan dulu, nanti tak adalah kelaparan.. kikiki.. Majlis bermula sekitar jam 8.30 pagi kerana menunggu kedatangan tetamu kehormat.. Amani memaklumkan kami yang majlis ini untuk pencapaian akhir tahun semasa beliau tingkatan 1 iaitu sesi 2023/2024.. Bukanlah untuk tahun semasa.. Amani aik ke pentas dua kali, satu untuk pencapaian dalam kelas dan satu lagi untuk tingkatan.. Alhamdulillah ada peningkatan.. Harapnya tahun ini keputusannya makin okay.. Semasa majlis pengetua ada memaklumkan bermula tahun hadapan akan ada kelas Sains Komputer, maknanya bolehlah Amani teruskan pembelajaran ASK dia ke tingkatan 4 pula.. Kalau tak memang kena beralih arahlah bila tingkatan 4 nanti.. Lega juga Sha dengar pengumuman pengetua tu..

Semoga kakak terus cemerlang dan menjadi tauladan yang baik buat adik.. Aamiin..

ebook | Komik Gaza MINI #5: Mimpi Ngeri Rakyat Palestin oleh IF Moses

Assalamualaikum..
Hye semua..


Komik ini merupakan fiksyen sejarah yang berlatarkan kronologi sejarah sebenar yang berlaku di Palestin.. Komik ini juga mempunyai jalan cerita yang menarik dengan inforgrafik yang ringkas dan padat serta mudah difahami.. Komik ini memberi kefahaman dan manfaat yang jelas hingga sesiapa sahaja yang membacanya mampu menghayati apa sebenarnya yang berlaku di Palestin.. Seolah-olah kita sendiri turut berada disana dan mengalami peristiwa tersebut.. Buku kelima ini menunjukkan betapa liciknya pihak British dalam menghancurkan dan memisahkan.. 

Sha baca dan selesai pada 26.07.2024..

Published March 1, 2020 by Iman Publication

Saturday, July 27, 2024

China | Lost In Tomb (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ling Han di minta untuk mencari pokok ajaib.. Awalnya dia menolak namun bila mereka menunjukkan gambar mayat yang menunjukkan pasukan bapanya yang hilang, dia bersetuju.. Mereka mengembara ke dalam hutan dan gua.. Bukan mudah tambahan pula bila mereka diserang makhluk pelik.. Ling Han akhirnya menemui pokok yang diperkatakan dan juga bapanya yang hilang.. Rupanya pokok tu mengeluarkan bahan aneh yang mengubah manusia menjadi makhluk pelik.. Hanya dua orang yang terselamat dari pengembaraan mereka..

Ling Han's kingly aura is actually related to his huge childhood trauma caused by the mysterious disappearance of his father Ling Wei. A certain biological group’s tycoon Sima Feng invites Ling Han to explore the Huaxu civilization that suddenly disappeared 4,600 years ago and the legendary mysterious power that "transcends mortality." In addition to the huge reward, Sima Feng shows him the images transmitted back before the vanguard was wiped out—a clue that Ling Han cannot refuse. After going through near-death trials such as the secret realm of the Heavenly Pit and underground humanoid creatures, Ling Han successfully leads a team to the "Hidden Mist City", the last relic of the Huaxu civilization. The true purpose of his father's endeavor and Sima Feng's trip here is revealed. The "ultimate secret" of Huaxu Civilization is unveiled to everyone. Sima Feng's actions trigger the 3,000 Huaxu warriors, who turned into "undead warriors" 4,600 years ago after sacrificing themselves to protect the people, to break out of their coffins. Faced with the ancient bacteria that are about to spread onto the ground and its inevitable consequences, Ling Han resolutely works towards solving the problem.

ebook | Tiada Yang Kedua oleh Mia Azwari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lelaki diuji saat berada di puncak.. Salah langkah saja, pasti ada yang akan mengambil kesempatan.. Mujurlah sebelum terlajak jauh kebenaran perangai si Elisa terkeluar.. Kalau tak memang makan hatilah Arif.. Isteri yang terbaik minta dilepaskan, yang datang mengganggu tak lah sebaik yang ada.. Hidup ini kalau terlalu mengejar apa yang tak ada, memang kita altak akan nampak apa yang sudah kita miliki.. 

Sha baca dan selesai pada 26.07.2024..

Published June 1, 2022

Friday, July 26, 2024

Munchy Oat Krunch: Dark Chocolate & Almond

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masa mula-mula nampak iklan biskut ini, memang Sha cari merata.. Nak beli atas talian, kejap ada stok kejap habis.. Sekali baru ini masa cari selipar anak, jumpa juga biskut ini dekat Pasaraya TF.. Belilah sebungkus tapi memang rugilah tak ambil lebih.. Harga tengah promosi, biskut pun sedap.. Biskut ini sedap sebab ada semua bahan yang Sha suka.. Ada oat, coklat gelap dan ketulan badam.. Memang rasa digigitan tau badam tu.. Mengenyangkan sebab ada oat.. Sesuai dijadikan sarapan mahupun snek..

Munchy Oat Krunch: Dark Chocolate & Almond (384g) - RM8.99

Ada 12 pek comel

Setiap pek ada 4 keping biskut..

Biskut coklat dengan ketulan coklat gelap dan badam.. Asyik..

ebook | Omniscient Reader’s Viewpoint, Vol. 1 by Singshong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya Sha dah pernah baca ebook ini tapi lepas tu berhenti separuh jalan, ini baru sambung balik baca.. Pergh!! Tebal betul.. Jenuh juga nak membacanya.. Sha baca berselang seli dengan buku lain sama.. Jadinya lambatlah sikit.. Buku pertama ini sampai episod 36 saja.. Nanti kita sambung baca buku yang seterusnya.. Kena relaks dulu.. kikiki.. Ada lagi 5 volume sebelum betul-betul habis.. Volume yang lain tak setebal volume satu ini..

Kisah seorang lelaki yang kesunyian dan mengisi masanya dengan membaca novel atas talian bertajuk Ways Of Survival.. Sampailah satu hari, Kim Dokja berada dalam situasi novel yang dia baca.. Bermula dari situ Kim Dokja cuba mengubah perjalanan cerita dalam novel tersebut.. Kelebihan pada Kim Dokja sebab dah pernah baca buku bukan sekali tapi berkali-kali jadinya banyak jalan cerita yang boleh diubah.. Dalam masa yang sama cerita yang dilaluinya bukanlah cerita biasa tetapi melibatkan banyak pihak.. Seolah-olah apa yang berada didalam novel telah bertukar menjadi realiti.. Pertarungan dan kelansungan hidup menjadi acara yang dipertonton.. Kim Dokja berjaya memperoleh beberapa item untuk memastikan kelansungan hidup dia hingga ke penamat..

Buku pertama ini menemukan Kim Dokja dengan beberapa watak yang Kim Dokja rasa dia perlu selamatkan dan pastikan peningkatannya supa cerita berakhir seperti yang dia mahukan.. Kim Dokja turut bertemu dengan watak utama novel iaitu Yoo Jonghyuk.. 

Sha baca pada 17/04/2024 dan selesai pada 25/07/2024..

Published January 6, 2018 by Munpia

Lactel: Greek Yogurt with Pecan Gula Melaka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beli sebab nak rasa.. Kalau makan plain je greek yogurt ini tak berapa sedap rupanya.. Rasa dia tak sama macam yogurt biasa.. Agak pekat.. Bila dicampurkan dengan bijirin rasa gula melaka tu barulah sedap dimakan.. Memang ngamlah gabungan ini.. Cumanya untuk beli selalu tu, taklah.. Mahal sangat harganya.. Tak berbaloi dengan saiz.. kikiki..

Lactel: Greek Yogurt with Pecan Gula Melaka (130g) - RM6.20

Sikit je yogurtnya.. kikiki.. Jadilah dengan bijirin yang dia bagi tu..

Sha dah campur dengan bijiran tu.. Tapi tak berapa nampak pula..

Thursday, July 25, 2024

ebook | Will You Stay? oleh Norhafsah Hamid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini berbahasa Inggeris namun bahasa yang digunakan agak ringkas dan mudah difahami.. Jadi seronoklah nak membaca..

Buku ini membawa kita menyelusuri kisah hidup Amy yang berusaha keras untuk menjadi doktor sambil ditemani dua sahabat baiknya iaitu Hassan dan Nieza.. Mereka dah seperti adik beradik berlainan mak ayah.. Munculnya Rasyid membawa rasa yang berbeza dalam diri Amy.. Konflik berlaku antara mak Amy dan Amy, terlalu menekan Amy untuk berkahwin sehingga meminta Amy merendahkah maruahnya.. Mujurlah Amy dikelilingi sahabat yang baik.. Selepas berkahwin dugaan datang untuk mereka bila Rasyid di sahkan mengidap kanser.. Betapa sukarnya melalui kehidupan bila orang yang kita syaang skait..

Buku ini ringkas dengan babak sedih, persahabatan, ujian keluarga, ujian perkahwinan dan ada kelakar juga..

Sha baca dan selesai pada 23.07.2024

Published March 29, 2021 by Iman Publication

Lago Poker: Nicciola & Cacao

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut ini Sh adapat percuma.. Tak pasti siapa yang bagi.. Lama sangat tersimpan dalam almari.. Warna merah tu rasa coklat dan kacang hazel.. Warna biru pula rasa coklat.. Sedaplah makan, saiz pun comel je.. Memang sekejap je licinnya..

Lago Poker: Nicciola & Cacao

Dapatlah sebekas comel.. Bila dah buka sama je warnanya.. Beza pada rasa je..

ebook | Extraordinari: Himpunan Kisah Luar Nalar oleh Profzoref

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini ada beberapa bahagian.. Membaca buku ini walaupun seram namun tak semuanya.. Ada juga yang kelakar dan pelik.. Kesemua certot dan cerpen dalam ini memang luar jangka baik permulaan mahupun kesudahannya.. Ada yang menggeletek hati namun ada juga yang membuatkan pembaca merinding serta keliru.. Memang layanlah.. Sha beli dekat Google Play Books..

Sha baca dan selesai pada 22.07.2024

Published July 7, 2024 by DP Crew

Wednesday, July 24, 2024

Jepun | My Home Hero (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini macam kesinambungan dari drama tapi setakat yang Sha tengok, boleh fahamlah jalan cerita dia walaupun tak tengok drama dia.. 

Tetsuo kembali dihantui perbuatan silam dia membunuh dua lelaki.. Semuanya kerana tanah runtuh dan mayat salah seorang lelaki tu dijumpai.. Bukan sahaja polis tetapi sindiket Mano.. Memang terujalah tengok Tetsuo cuba melindungi keluarga dia dar sindiket Mano tu dan dalam masa yang sama mengelak polis.. Bukan mudah nak lawan sindiket tu mujurlah ada yang sudi membantu.. Namun pada akhirnya, Tetsuo tetap harus memikul kesalahan dia membunuh..

Movie: My Home Hero
Also Known As: My Home Hero Movie , Eiga Mai Hoomu Hiiroo
Director: Aoyama Takahiro
Screenwriter: Funabashi Susumu
Genres: Thriller
Country: Japan
Release Date: Mar 8, 2024
Duration: 1 hr. 57 min.
Tetsuo Tosu is a typical father whose biggest worries are his job and his rebellious daughter, Reika. That is until he finds a bruise on her face. His worst fears come true when he finds out she has a secret boyfriend and he's part of a crime ring that's using her to steal her grandparent's wealth. If that wasn't bad enough, the thug catches Tetsuo snooping around and threatens to kill Reika as soon as she gets home. Fueled by fatherly instincts, Tetsuo murders the man. Only for his wife to walk in and witness what he's done. Now, with a corpse to hide and a crime ring hot on his tail, Tetsuo must resort to his love of detective novels and his wits to stay one step ahead of a grim fate.

~~ Adapted from the manga series "My Home Hero" (マイホームヒーロー) written by Yamakawa Naoki (山川直輝) and illustrated by Asaki Masashi (朝基まさし). ~~

ebook | Lelaki Introvert oleh Dilla Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Naura kena paksa kahwin dengan Ryan tapi naura tak nak.. Jadinya dia larikan diri tapi anak angkat ayahnya pergi serahkan dia semula pada mak ayahnya dan kali ini dia minta kawan baiknya culik Ryan.. Sudahnya Naura berkahwin dengan Hazeel iaitu anak angkat keluarga mereka.. Perkahwinan yang mencetuskan pelbagai peristiwa tak dijangka.. Terbongkarlah perasaan kakaknya yang gilakan Hazeel, walaupun dah bersuami masih lagi mengejar cinta Hazeel.. Kemudian sejarah silam antara keluarga Naura dan juga keluarga Hazeel.. Semuanya dugaan buat Naura dan Hazeel.. 

Sha baca dan selesai pada 21.07.2024..

Published December 1, 2020 by AA Idea Publication

Wordless Wednesday 2024

 

Tuesday, July 23, 2024

ebook | Assistant Tuan Menteri oleh Sera Elya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca buku ini sebab tajuk dia tu.. Macam best je.. Awal-awal tu macam tak dapat kaitkan tajuk dengan jalan cerita tapi bila dah baca suku baru faham.. Perkerjaan watak utama dan juga wat di sekeliling tu rupanya.. Menarik..

Cerita dia tentang Fina dan Izz yang berkahwin tanpa pengetahuan keluarga mereka di luar negara.. Kononya perkahwinan tu nak baikkan abang-abang mereka.. Tapi bila sampai Malaysia, Izz kecut perut dan diam.. Fina ambil keputusan untuk buat haluan sendiri.. Mereka bertembung di Putrajaya.. Izz cuba nak berbaik dengan Fina tapi terlebih dahulu Fina suruh Izz selesaikan hubungan dia dengan Leha.. Ingatkan semua dah selesailah.. Tak cukup dengan Fina dibelasah, rupanya ada komplot lain Leha dengan Adnan abang si Izz.. Memang huru hara jugalah..

Pada Sha kesalahannya pada Izz sebab tak bertegas.. Biarkan diri di ugut Leha dan tak berterus terang dengan Fina.. Kalau diorang lebih jujur dan berterus terang, banyak benda yang boleh dielakkan..

Sha baca dan selesai pada 18.07.2024..

Published December 10, 2014 by Penerbitan Pena Magis

India | Maharaja (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok filem ini sebab ramai yang kongsi kata best.. Pergh!! Memang dasyatlah jalan cerita dia.. Tak sangka sungguh..

Awal-awal tu macam tak berapa faham sangat perjalanan cerita dia tapi bila sampai bahagian Maharaja buat laporan polis atas kehilangan Lakshmi, masa ini emmang tergelak habislah.. Tau tak lakshmi tu tong sampah.. Agak-agaklah nak buat laporan polis atas kehilangan tong sampah.. Memang tak lah polis nak terima.. Tapi Maharaja tetap nak polis carikan Lakshmi dia hingga sanggup merasuah polis.. Memang agak teruk jugalah Maharaja punya keadaan.. Sampai kita yang tengok pun macam.. Dah kenapa beria-ia betul Maharaja nak cari tong sampai dia tu.. Dalam masa yang sama cerita ini turut tunjukkan babak dua orang lelaki yang merompak, merogol dan membunuh penghuni rumah yang dirompak.. Memang geramlah.. 

Tapi sabar.. Perlahan-lahan segalanya akan terbongkar.. kaitan antara tong sampah dan juga perompak.. Memang tak jangkalah apa sebenarnya yang terjadi.. Bila tengok kita akan boleh faham perasaan Maharaja.. Memang ohsemlah filem ini cumanya tak sesuai tengok dengan budak-budak..

Maharaja
2024 ‧ Action/Drama/Thriller ‧ 2h 21m
A barber seeks vengeance after his home is burglarized, cryptically telling police his "lakshmi" has been taken, leaving them uncertain if it's a person or object. His quest to recover the elusive "lakshmi" unfolds.

ebook | Lentera Kaca oleh Nuha Yusuff

Assalamualaikum..
Hye semua..

Geram, marah dan tertekan sebenarnya membaca buku ini.. Sha memaksa diri untuk terus membaca.. Kali ini memang lama gila nak habiskan sebab geram dengan watak Dian.. Sha rasa Dian tak patut tetus memaksa diri berada dalam bidang kejuruteraan semata-mata nak dapatkan pengiktirafan dari keluarga sebelah ayahnya yang toksik.. Mak Dian pun tak sepatutnya mengalah dan membiarkan diri dihina.. Perangai mak Dian menjadi salah satu sebab kenapa Dian bersifat begitu.. Tapikan semakin Sha baca semakin Sha faham dengan tindakan Dian.. Peperangan di hati mengenai apa itu kejayaan sebenar membuatkan Dian tersalah pilih.. Mujurlah di akhir peristiwa yang menyesakkan Dian mula nampak jalan hidup dia.. Bukan mudah untuk manusia membentuk diri bila melalui cabaran.. 

Baca buku ini memang perlukan kesabaran terutama sekali dekat watak utama dia Dian..

Sha baca dan selesai pada 18.07.2024..

Published February 1, 2023 by Mangosteen Publication PLT

Monday, July 22, 2024

Ride Cari Makan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam encik suami ajak cari makan best.. Kami pergi dua tempat.. Satu di pasar pagi Batu Caves dan satu lagi di Bangi..

Patutnya nak keluar awal lagi tapi biasalah, banyak nak dibuat dahulu sebelum keluar..

Inilah yang di cari-cari.. Vadey, dapat beli RM3 je.. Patutnya ada sejenis lagi tapi disebabkan orang ramai, ini je yang dapat.. Jadilahkan.. kikiki.. Lembut dan sedap.. Memang patutlah viral dan ramai yang beratur..

Alang-alang dah sampai tu kita beli jugalah putu mayam ini.. Sebekas RM5.. Memang sedap.. Ada yang pandan juga tapi belum masak.. Malas nak tunggu, kita beli yng putih jelah..

Kemudian jumpa orang jual kacang goreng homemade.. Sha beli dua jenis.. Salut madu dan lada hitam.. Memang sedaplah.. Rangup dan berlemak.. 300g harganya RM10.. 

Menu yang kami makan di Bangi.. Kacang pool, kari kambing dan roti pratha.. Roti yang dia bagi untuk kacang pool dan kari kambing tu takberapa best untuk Sha.. Roti tu ada rasa manis.. Bila cicah jadi kurang best..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com