Tuesday, July 2, 2024

ebook | KOMBO NGERI oleh Gina Yap Lai Yoong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya Sha dah pernah baca buku-buku dalam siri ini tapi entah kenapa masih rasa teruja nak baca kombo Ngeri ini.. Kombo ini mengandungi 3 novel iaitu Ngeri, Mangsa dan Obsesi..

Membaca lagi sekali dalam keadaan yang dah tak ingat langsung plot cerita.. Buku pertama ini mengujakan dengan keadaan mangsa yang dasyat.. Walaupun separuh cerita Sha dah boleh agak siapa pembunuhnya namun bila tahu siapa rakan subahat tu, memang mengejutkan jugalah.. Patutlah sebelum mereka ditangkap, watak tu berubah laku.. Cumanya watak tu memang pandai berdrama.. huhuhu..

Buku kedua menyaksikan pasukan baru yang menyiasat kes kehilangan perempuan.. Kemuncaknya bila Rosmah seorang wartawan didapati hilang setelah membuat liputan mengenai Hani dan ular sawanya.. Detektif Minho berjaya jumpa jejak Rosmah dan memanggil Inspektor Rashid.. Semasa penyiasatan Inspektor Hema bertembung dengan mereka kerana mengekori Rehan.. Rupa-rupanya kes saling berkait.. Kegilaan Rehan semakin menjadi-jadi..

Buku ketiga ini menunjukkan sisi obsesi Detektif Hema yang tak lagi menjadi polis.. Hema yakin dan perya yang Rehan terlibat dalam kes pembunuhan Ngeri malah dalam buku kedua pun Rehan terlibat cumanya yang jadi masalah hanya Hema yang nampak Rehan.. Orang lain langsung tak terima apa yang Hema cakap.. Kali ini sasaran Rehan ialah Samuel.. Rehan nak rosakkan kehidupan Samuel sebab pada Rehan, dia yang berhak dapat apa yang Samuel dapat.. Tapi Hema berjaya menumpaskan Rehan cuma kehilangan Nazri sahaja tak pasti apa kesudahannya..

Sha baca dan selesai pada 01.07.2024..

Published May 26, 2023 by Buku Fixi

3 comments:

  1. menarik..selalu baca kat mana ebook ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu baca menggunakan aplikasi eSentral, tapi pinjam dari Elib.. Nak beli dekat eSentral pun boleh..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com