Friday, May 31, 2019

Rezeki Jumaat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini terima kacang dari kawan sepejabat dan juga sekeping kad raya dari Norhidana untuk Projek Kad Hari Raya 2019 Lady In Red Planner.. Terima kasih pada sis LZ sebab menganjurkan Projek Kad Hari Raya ini.. Semoga Projek Kad Hari Raya ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.. Supaya kad Hari Raya tak luput dari ingatan.. Perasaan menerima kad raya itu tak sama seperti kita menerima ucapan melalui SMS, WhatsApp ataupun Facebook.. 

Kacang ini kejap je licinnya nanti..

Kad Raya dari Norhidana.. Boleh singgah ke blog beliau http://misshamakeupstore.blogspot.com/

Let's Eat Season 3 (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan-bulan puasa ini terlayan drama ini pula.. pergh!! Menggoda betul tengok diorang makan.. Kombinasi dan gandingan lauk tu sebenarnya yang memikat.. Selain cerita pasal makan, ada je konflik antara watak utama ini.. Konflik perasaan dan juga konflik keinginan.. Kehidupan harian yang kalau kita tengok memang boleh relate cumanya drama ini diselang selikan dengan makanan.. Tu yang buat drama ini lagi menarik ditonton..

Let's Eat Season 3
Also Known As: Siksyareul Hapsida 3; Siksyareul Hapsida Sijeun 3; Let's Eat 3
KDrama | Food, Comedy, Romance | 14 Episodes | 16 Jul 2018 - 28 Aug 2018 |
Sinopsis | Goo Dae Yeong has fallen into a slump in his thirties. In order to heal his wounds, he embarks on a journey to revisit the food that he loved in his twenties with former college classmate Lee Ji Woo, and the two not only share their meals but also relive their memories of the past.
(Source: Wikipedia)
Sha tonton online dekat https://myasiantv.to/

10 Tahun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. 29 Mei aritu, genap 10 tahun usia perkahwinan Sha.. Bila sampai tarikh ini rasa bersyukur sangat.. Selalu Sha doa semoga perkahwinan kami ini akan kekal sehingga ke syurga.. Tak celebrate pun sekadar duduk berdua di ruang tamu dan bersembang.. Semalam baru beli kek sepotong.. Itupun kebetulan ke pekan nak gunting rambut dan encik suami tanya tak beli kek ke.. Singgahlah ke Secret Recipe beli Absolute Chocolate untuk kami dan Hokkaido Triple Cheese untuk Amani Imani..


Thursday, May 30, 2019

Intuisi oleh Saiful Amin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Adoilah.. Sabar jelah dengan perangai mereka berempat ini.. Dahlah penakut, sebok juga tu nak mencari hantu dan syaitan.. Bila disergah, masing-masing lintang pukang melarikan diri.. Dalam pada takut, asyik juga ke sana sini mencari dan merakam hantu.. Dalam masa yang sama Naim, watak utama dalam buku ini diganggu penampakkan makhluk berkepala kucing.. Kemudian emak Naim mati dalam keadaan misteri.. Apa sebenarnya yang mengganggu Naim..? Kenapa kawan-kawan Naim turut diganggu hingga ada yang terbunuh dan Naim sendiri nyaris dibunuh?? Ada musuh dalam selimutkah?? Persoalan dan isi yang disampaikan penulis memang menarik.. Walaupun masih baru dan ini buku pertama beliau, cubaannya berhasil.. Pengajaran dihujung cerita, dah tentulah mengenai pegangan agama kita.. Bila semuanya terhasut, maka bersoraklah syaitan menambah umat..

Sha baca pada 27.05.2019 dan selesai pada 29.05.2019..

Koleksi Sha..
Published April 2019 by Buku Prima

Wednesday, May 29, 2019

Temujanji Amani #11

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam bawa Amani ke Teluk Intan untuk temujanji susulan.. Disebabkan nak balik ke rumah MIL di Kg. Gajah dan nak carikan baju raya bebudak ini, makanya Sha dan encik suami ambil Cuti Rehat semalam..

Lepas Subuh kami dah gerak balik ke kampung MIL.. Tujuannya nak bersihkan rumah dan cuba baiki peti ais.. Sampai dekat Pekan Kg. Gajah, ada pasar pagi.. Menyinggahlah dulu.. Memang meriahlah.. Panjang sepanjangnya pasar pagi dia.. Paling banyak dah tentulah peniaga baju, tudung dan biskut raya.. Dapatlah dua helai baju dan 3 helai seluar Amani dan 2 helai baju Imani.. Penat jalan je.. Hehehe.. Lepastu kami ke rumah MIL.. Kemas dan bersihkan apa yang patut.. Peti ais lepas raya baru boleh baiki.. Pukul 1 lebih kami bersiap nak ke Hospital Teluk Intan untuk temujanji Amani..

Doktor bagi tahu, Amani kena pakai besi dekat rahang bawah sebab gigi kekal bahagian hujung sekali dah keluar.. Untuk mengelakkan gigi tu bergerak, kena pasang besilah.. Kemudian ada lubang sikit, tampallah dulu.. Doktor bagi temujanji seterusnya.. Sementara Amani jumpa doktor, encik suami bawa Imani pergi makan.. Kelaparan dah dia.. hehehe.. Dapat nasi dengan kari ayam terus cergas..

Lepas jumpa doktor kami ke pekan Teluk Intan sambung cari baju Amani dan Imani.. Walaupun dapat tapi kurang memuaskan hati Sha.. Selalunya baju bebudak ini Sha beli sebelum puasa tapi ada halangan yang tak terduga kami terpaksa tunda ke bulan puasa.. Bila mencari di bulan puasa ini, faham jelah.. Penat sikitlah.. Nak tak nak memang kena carikan jugalah.. Jenuhlah pusing Pekan Teluk Intan.. Kebetulan pula dari cerah terus mendung dan hujan selebat-lebatnya..

Oleh kerana adik encik suami dah ambil MIL bawa pergi rumah dia, kami pun berbuka di luarlah.. Singgahlah McD.. Kami sampai rumah pukul 9.40 malam.. Itupun dah habis cepat dah tu..


Menu kami.. Dalam kotak loaded fries tu nasi ayam mcd.. Bolehlah.. Hehehe..
Yang tak ada dalam gambar bubur ayam mcd, ayam goreng pedas mcd dan air..

Siri Amani sakit gigi

Tuesday, May 28, 2019

Menanti Di Aidilfitri - Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah, Wan Azlyn

Assalamualaikum..
hye semua..

Ternangis pula lepas dengar lagu ini.. Bukan sebab liriknya tapi bila sampai part babak dibawah ini.. Huhuhu.. Rasa yang tak siapa mengerti.. Rindu dan rasa kehilangan.. Kosong..

Raya pertama tanpa abah.. 

Kisah angin membawa tanya yang tak terjawab
Diteman sepi tiada dirimu yang aku harap
Benar kata pebedalan bagaikan pungguk rindukan bulan
Menanti tanpa jawapan berbuah seribu tanya dan persoalan
Hati ini bukan sebarang
Hanya dirimu yang ku miliki
Bertahun hidup di negeri orang
Tiada kabar yang ku dengari
Terasa asing di hati ini yang dah terluka

Termimpikan mu
Di pagi raya mulia
Aku menanti (Ku menanti)
Ku menanti kehadiranmu

Impikan mu
Hasrat harapan tuk bersamaa
Di Aidilfitri Aidilfitri
Ku menanti kehadiranmu

Cukup susah bertahun lama ku pendam rasa
Menelan duka dan nestapa sakit rasanya
Berlayar tak bertepian
Tiada perhatian mana arahnya
Biar aku sendirian Penuh penantian Selamanya

Hati ini bukan sebarang
Hanya dirimu yang ku miliki
Bertahun hidup di negeri orang
Tiada kabar yang ku dengari
Terasa asing di hati ini yang dah terluka

Termimpikan mu
Di pagi raya mulia
Aku menanti (Ku menanti)
Ku menanti kehadiranmu

Impikan mu
Hasrat harapan tuk bersamaa
Di Aidilfitri Aidilfitri
Ku menanti kehadiranmu

Monday, May 27, 2019

Remang: An Anthology of Ghostly Tales edited by Daphne Lee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak baca novel seram berbahasa Inggeris.. Kali ini Sha pilih Remang: An Anthology of Ghostly Tales edited by Daphne Lee untuk bacaan bulan ini.. Nampak macam menarik.. Buku ini menghimpunkan 16 cerita dari 16 orang penulis.. Memang sangat menarik.. Tapi sebab buku ini dalam bahasa Inggeris, tu yang lambat habis.. hehehe.. Baca lepas tu berhenti.. Kemudian sambung baca lagi.. Hahaha.. Seram sampai meremang lah.. 

Tajuk yang terdapat dalam buku ini..
The Spectre huntsman by Tunku Halim
Restless by Atikah Abdul Wahid
Hard as Nails by Chua Kok Yee - Ini cerita yang sangat unik.. Bila manusia ingin berubah menjadi baik dan manusia lain menjadi penganggu.. Muncullah si dia yang ganas..
Grandmother Story by Sharmilla Ganesan
Twin Sharing by Terence Toh
Chanting by Rumaizah Abu Bakar
A Visitor at Dusk by Golda Mowe
The Umbrella Exit by Paul GnanaSelvam
The Twins of Rumahku by Heidi Shamsuddin
Tok La's Gift by Fazlyn Abdul Malek
My Grandmother's Ghost by Sumitra Selvaraj
The Man in Red by Leon Wing
The Moth of Pearl HillWan Phing Lim
Heirloom by William Tham
Lorong Kiah by Wong Jo-Yen 
Zirafah by Shih Li Kow

Sha mula baca pada 11.03.2019 dan 27.05.2019 baru berjaya habiskan.. Kikikiki.. Lama gila..

Buku ini dipinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Terrer Books Publishing

Jemaah Seram Pohon oleh Asraf Shaari, Ilya Abdullah, Suhana Mat Lazim, Ella Affandy, Nurhan Yusof, Acik Zaza, Balqis Jaz, Alissa Alee, Zaif AB

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menghimpunkan 11 cerpen seram dan thriller bertemakan pohon/pokok.. Selain dari cerpen, ada juga trivia mengenai pokok yang menjadi tempat tinggal hantu dan pokok yang ditakuti hantu..

Antara tajuknya ialah:- 
Ilya Abdullah - Puaka Beringin
Pergh!! Ganas betul puakanya.. Tak sangka dalangnya depan mata je..

Suhana Mat Lazim - Harum Bakawali
Hanya kerana bunga..

Asraf Shaari - Pokok Durian Berdarah
Ella Affandy - Pokok
Nurhan Yusof - Lambaian Ara
Acik Zaza - Misteri Pokok Ubi Kayu
Balqis Jaz - Patin Tempoyak Daun Cemumur
Alissa Alee - Jantung

Zaif AB - Teksi Terakhir
Baik punya menyakat.. hehehe

Zaif AB - Sakat
Zaif AB - Lu Sudah Kena Main

Sha baca 17.05.2019 dan selesai pada 26.05.2019..

Published May 2019 by Karnadya X

Biskut/Kerepek Raya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah 21 hari kita berpuasa.. Dah banyak ke buat kuih raya? Ke beli je? Banyak beli? Sha tak buat apa pun.. Beli pun batang buruk je.. Itupun dah tinggal serdak.. hehehe... Yang ada kat rumah ini kerepek ubi dan rempeyek kacang tanah.. Pun dah buka dan dimakan.. Memang tak adalah biskut raya jawabnya.. Hehehe..

Kerepek ubi tu adalah sebungkus lagi tak buka.. Rempeyek tu memamng beli sebungkus je..

Kerepek Sukun sebalang.. Yang ini dari beli tak ada siapa makan.. Anak-anak Sha cakap tak sedap sebab pahit.. Nampaknya kerepek ini mungkin bertahan sampai Raya nanti.. hehehe..

Kill It (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat ohsem dan padat.. 12 episod yang cun je dengan jalan cerita.. Kisah budak-budak yang di lahirkan melalui ibu tumpang menggunakan telur manusia-manusia yang inginkan organ rosak mereka diganti.. Budak-budak ini dibesarkan hanya untuk mereka ambil organnya.. Memang kejam.. Kerana satu kejadian, budak-budak ini dibunuh tapi ada yang terlepas.. Dibesarkan menjadi pembunuh upahan.. Dikenali dengan nama 88, beliau mula menjejak sejarah silam hidupnya.. Tak mudah tapi sedikit demi sedikit kenangan dan memori lama memunculkan diri.. Cerita ini best walaupun penghujung ceritanya sedih..

 Kill It
Also Known As: Beullu ai; Beulroo Aizeu; Blue Eyes.
KDrama | Action, Thriller, Mystery, Crime, Drama, Tragedy | 12 Episodes | 23 Mar 2019 - 28 Apr 2019 |

Sinopsis | Kim Soo-Hyun (Chang Ki-Yong) is an elite assassin. He kills his targets and disappears. His identity like race, age or name is unknown to others. Individuals, gangs and organizations from all over the world hire Kim Soo-Hyun. Deep within his mind, he wants to have affection from people. Now, Kim Soo-Hyun has to kill to find his family.

Do Hyun-Jin (Nana) graduated at the top of her class from a police university. She is an excellent detective who is also arrogant. She is usually dressed fashionably. Do Hyun-Jin comes across as cold-hearted, but she sympathizes with those in painful situations. Now, Do Hyun-Jin chases after Kim Soo-Hyun to reveal a mystery related to her lover's death.

Sunday, May 26, 2019

Random Photo #Ramadhan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Maaflah kalau buat korang terliur.. Hehehe.. Tapi takpe kot.. Sebab dah berbukakan.. Ini gambar-gambar menu sepanjang Ramadhan yang lepas.. Hehehe.. Nak buat entry asyik lupa je.. Jadinya Sha himpunkan sekalilah dalam satu entry.. Lagipun ada hari lupa nak tangkap gambar.. Tahu-tahu je dah tinggal pinggan kosong.. Hahaha.. Penyakit lupa selalu sangat nie.. 

Menu 16.05.2019.. Ini lauk sahur dan juga lauk berbuka semalamnya.. Tomyam ayam.. Telur dadar tu tambah waktu sahur..

Menu berbuka pada 19.05.2019, encik suami sibuk nak buat satay.. Jenuhlah mencari lidi.. Ini semua sebab harga satay semakin mahal.. Secucuk 80 sen sekarang.. Nak makan puas-puas, kita buat sendiri je.. Cuma jenuh nak membakarlah.. hehehe..

Menu sahur 20.05.2019 pula, kita makan nasi goreng sardin dengan telur masin.. Pergh!! Memang makan bertambahlah.. Sebab telur masinnya tak terlalu masin..

Ini pula menu yang memang dari Ramadhan pertama lagi Sha teringin.. Nasi lemak sambal telur puyuh.. Pergh!! Memang terbaiklah.. Pastu ada ayam bakar dan sambal kentang goreng.. Terangkat beb.. Menu berbuka pada 23.05.2019..

No Mercy (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ganas betul cerita ini.. Seorang kakak yang cuba melindungi adiknya dipenjarakan sebab belasah lelaki yang ambil kesempatan kat adik dia.. Adik dia pula memang dibuli je dekat sekolah dan juga oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab.. Bila kakak dia keluar dari penjara, ingatkan adik dia akan terbelalah.. Tapi sebab adik dia tak berterus terang dan kakak dia pun tak tahu apa yang jadi, sampailah adik dia tak balik rumah.. Kakak dia pun selidiklah apa yang jadi.. Dari situ terbongkarlah apa yang adik dia kena lalui sepanjang kakak dia dalam penjara.. Memang kakak dia balas baliklah apa yang orang-orang tak guna tu buat kat adik dia.. Yelah, dah telefon polis bagi tahu adik dia hilang, polis buat tak tahu je.. Siap cakap adik dia lari dari rumah.. Bermulalah misi membalas dendam.. Masa nie memang ganas dan sadis rasanya.. Ending cerita ini pun sedih.. Huhuhuhu.. Sila jangan tengok dengan anak-anak ye.. Ada adengan yang kurang sesuai.. 18sx/sg...

No Mercy
Also Known As: Ohnyuwol , Oh New World , Midsummer , Eonni , Older Sister , 오뉴월 , Sister | Genres: Action | Country: South Korea | Release Date: Jan 1, 2019
Sinopsis | In Ae is a mysterious young woman with a secretive past. She has a younger sister who feels shunned by the world. When In Ae's sister gets mixed up with some bad characters, In Ae will do whatever it takes to get her back.
(Sumber - https://mydramalist.com/19174-midsummer)

Shopping di Shopee #4

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada rezeki lebih sikit untuk dibelanjakan pada diri, maka ke Shopee lah kita.. Kebetulan ada sale raya kan.. Terjumpalah 2 blouse dibawah ini.. Tak ukur pun.. Beli dengan yakin je.. hahaha.. Murah dan dapat penghantaran percuma.. Jimatlah kan.. Beli pada 23.05.2019 dan 24.05.2019 dah sampai baju-bajunya.. 

Baju ini okay, ngam pada badan cuma jarang.. kena pakai innerlah kat dalam..

Yang ini okay.. Tebal dan selesa.. Ada zip dekat tangan, labuh dan ada poket dekat kiri kanan baju.. Nak padankan dengan kain pelekat sebenarnya.. Tapi tak tahulah ngam ke tak..

Basuh dulu.. Nanti dah ber OOTD, Sha tempek gambar ye..

Saturday, May 25, 2019

Masquerade (2012)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Haritu dah tengok yang versi drama, kali ni Sha tengok yang versi filem pula.. Filem ini keluar pada tahun 2012.. Lama dah.. Versi filem ini lebih padat.. Pelakon pun berbeza.. Penyampaian cerita tu jadi lebih menarik sebab tempoh masa dia pendek.. Ada beberapa babak dalam filem dikekalkan dalam drama..

Bila seorang rakyat yang kerjanya meniru dan menghibur dijadikan raja kerana wajahnya yang saling tak tumpah seperti raja, memang huru hara lah.. Namun penyamar tu berjiwa rakyat maka pemerintahannya tidak berkuku besi dan beliau tidak tamak.. Ini membuatkan beliau dibenci menteri-menteri yang jahat.. Seronok juga tengok yang versi filem ini.. Padat dan menarik.. Cuma ending dia tak sedramatik dramalah.. 

Masquerade (English title) / Ghwanghae, Man Became A King (literal title) / 13 Sept 2012 /
Genre: Period 17th Century
Sinopsis: Amid national chaos and fear for his life, tyrannical King Gwang Hae orders his trusted councilor Heo Kyun to find a royal body double. He hires Ha Seon, a peasant mimic who bears a perfect resemblance to the King. When King Gwanghae collapses from a mysterious poison, Ha Seon reluctantly becomes a King. He must follow his conscience to save his country from collapse, avoid assassination, and pull off the biggest masquerade in history. 
(Source: CJ Entertainment)

Sambal Kentang Goreng

Assalamualaikum..
Hye semua..

Maaflah ye.. Pagi-pagi dah tayang gambar makanan.. Hehehe.. Jangan marah ye.. Membeli sambil membantu.. Sha memang suka sambal ini, kebetulan ternampak di Facebook ada rakan menjual teruslah Sha beli 2 bekas.. Mula nak beli 1 je, tapi bila baca feedback sambal ini ohsem terus amik 2 bekas.. Alhamdulillah memang berbaloi beli.. Kentangnya rangup.. Krup krap, krup krap bila makan.. Tak pedas, ada rasa manis.. Memang sedap makan macam tu je ataupun dijadikan lauk tambahan masa bersahur dan berbuka..


Isi dalam bekas.. Memang puas hatilah bayar RM13 untuk sebekas ini..

Berminat??

Friday, May 24, 2019

Drama Melayu | KOPI (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok dekat channel toton di Youtube je.. Inipun tertarik nak tengok lepas Kak Farah kongsikan di blog beliau.. Siri drama di tonton ini mengandungi 13 episod.. Diambil dari 19 cerpen dalam buku bertajuk Kopi terbitan FIXI untuk dihidupkan dengan setiap episod berinspirasikan minuman adiktif kopi.. Ada beberapa tajuk yang Sha suka dan yang paling terkesan drama bertajuk Secangkir Kopi Bersama Dia, kisah lelaki dan perempuan yang dah berkahwin tapi mempunyai hubungan.. Yang untung lelaki dan yang rugi perempuan.. Lelaki yang sangat mementingkan diri.. Memang selalu perempuan yang akan rugi dan tertindas akibat kebodohan mempercayai janji manis seorang lelaki..


Antara tajuk yang Sha dah tengok di youtube:
1. Kopi 3 Rasa
2. Bersaksi Kopi
3. Kopi, Donut dan Bayang Gadis Berambut Hijau
4. Kopi Julia
5. Kopi Percik
6. Cinta Kopi
7. Kopi Jantan Kaw
8. Luwak dan Kretek
9. Kopi Kola
10. Venti
11. Kau Kopikoku
12. Secangkir Kopi Bersama Dia
13. Tangan Berulat

Avengers: Endgame (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..


Filem yang ohsem pada Sha.. Sha tak adalah peminat setia tapi memang suka menonton filem-filem sebegini.. Menonton sekadar untuk berseronok, tak ada lah nak fikir banyak pun.. Tak tengok ikut turutan pun okay je.. hehehe..

Awal filem ini memang agak perlahan dan kurang menarik tapi bila masuk babak dimana Tony Stark berjaya dipujuk barulah rasa pergerakan cerita jadi laju.. Seronoklah tengok pergerakan cerita dia.. Tambah bila diorang berjaya ke masa lalu dan berjumpa orang-orang yang dah tak ada.. Tapi bila Tony stark mati tu, cam sedihlah.. hahaha.. Dia antara watak yang Sha suka.. Walaupun sinis dan berlagak..


Kurma MSU

Assalamualaikum..
Hye semua...

Alhamdulillah.. Setiap tahun tak pernah lagi tak dapat Kurma dari MSU ini.. Tahun ini dapat awal.. Hari Selasa hari tu kawan dari MSU hantar.. Semalam dah tolong agih-agihkan dekat ketua-ketua jabatan dan rakan-rakan pejabat.. 


Thursday, May 23, 2019

Hadiah Istimewa Dari Kak Farah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam abang posmen berkerja keras menghantar bungkusan ke rumah-rumah.. Sha antara mereka yang bertuah menerima bungkusan.. Jasa abang posmen memang terbaiklah.. Hadiah yang Sha terima ini dikirim oleh Kak Farah, Pemilik blog From FAMF Tower.. Terharu bila terima buah tangan yang bukan satu tapi 7.. Rasa macam nak lompat bintang.. Hahaha.. Nampak tak berbunga-bunga hati Sha.. Nak tahu kak Farah bagi apa dekat Sha?? Jom kita scroll ke bawah..

Dapat 2 buah buku resepi.. Jomlah merajinkan diri memasak.. hehehe..
Kod Biskut oleh Florence Tan
70 Cita Rasa Chef..

Cenderahati comel..
Ada sudu dan 3 beg syiling yang comel.. Ini memang kena kongsi dengan Amani dan Imani ini.. Hehehe.. Bolehlah mereka bergaya di pagi raya..

Yang terakhir, kad raya istimewa hasil tangan kak Farah.. Belakang tu ada ucapan dari kak Farah buat Sha.. Hehehe.. Tak yah tunjuklah ye..

Ariff Bahran & Sarah Suhairi - Selamat Berhari Raya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dekat radio tak terdengar lagu raya, tapi dekat youtube memang terjumpa saja klip lagu raya.. Semalam ternampak klip lagu ini.. Bila baca komen, ramai yang memuji.. Katanya lagu ini style lagu raya lama-lama.. Sha pun play lah lagu ini.. Yeah!! Memang ada lenggok lagu raya lama.. Menarik di dengar dan boleh dengar berkali-kali lah.. Kalau sekali lalu dengar suara si Sarah ini macam suara Noraniza Idris.. Sekali dengarlah.. Cubalah dengar.. Klik je SINI, takpun gambar dibawah..


Terdengarsuara Indah
Berkumandang Takbir Diangkasa
Sahut Bersahutan Bertasbih Dengan Penuh Keikhlasan
Dipagi Syawal Hari Yang Mulia

Rindunya Ayah Dan Bunda
Rindunya Suasana Didesa
Yang Di Perantauan
Semaunya Pulang Kekampung Haalaman
Maraikan Hari Kemenangan

Berbusana Indah Tampak Berseri Seri
Anak Kecil Terlihat Sungguh Gembira
Bersyukur Kita Kepada Yang Maha Esa
Hari Raya Kita Dapat Bersama

Selamat Berhari Raya
Diucapkan Pada Semua
Minal Aidil Wal Faizin
Sambut Dengan Gembira

Bersama Kita Raikan 
Dengan Penuh Rasa Kesyukuran
Kunjungi Jiran Tetangga
Bermaaf-Maafan
Di Hari Yang Mulia

Berbusana Indah Tampak Berseri Seri
Anak Kecil Terlihat Sungguh Gembira
Bersyukur Kita Kepada Yang Maha Esa
Hari Raya Kita Dapat Bersama

Selamat Berhari Raya
Diucapkan Pada Semua
Minal Aidil Wal Faizin
Sambut Dengan Gembira

Bersama Kita Raikan 
Dengan Penuh Rasa Kesyukuran
Kunjungi Jiran Tetangga
Bermaaf-Maafan
Di Hari Yang Mulia

18 Ramadhan 1440

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah hari ke lapan belas kita berpuasa.. Sekejap je dah 18 hari kan.. Sha belum lagi terdengar lagu raya.. Dok pasang juga radio.. Tak ada rezekilah tu kan.. Pagi tadi dah bangun pukul 4 tapi kononnya nak lelapkan mata kejap je.. Sekali tersedar semula jam 4.40 pagi.. Terus kalut bangun masak nasi dan air.. hehehe.. Memang mengundang betul.. Mujurlah sempat bersahur.. Bahana tidur 5 minit.. hehehe.. Gambar bawah ini, menu berbuka semalam..

Roti telur dengan sambal sardin.. Sha masak.. hehehe..

Mee kari MIL masak.. Meriah dengan tauhu, kerang dan udang..

Wednesday, May 22, 2019

Item (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pilih untuk tengok drama ini sebab ada Joo Ji Hoon berlakon.. hehehe.. Lepas tengok beliau dalam Along With the Gods, cam menarik pula nak tengok lakonan beliau yang lain.. Lagipun drama ini ada  magic magic.. hehehe.. Penyiasatan tambah magic/barang ajaib memang ohsemlah.. Tapi penjahat dia pun mengancam juga.. Memang psiko habislah.. hehehe.. Sesuailah Kim Kang Woo tu jadi orang jahat.. Cerita dia dari awal dah tunjuk siapa jahat dan siapa baik.. Jalan cerita pertembungan diantara watak hero dan penjahat tu yang buat cerita ini menarik.. Memang ohsem, cuma cara kematian penjahat tu agak simple dan tak ditunjukkan dengan details.. Tu belum lagi babak hero muncul tiba-tiba dan item yang terakhir tu tak ada apa-apa klu pun.. Warghhh!! Takkan bersambung kot..

THE ITEM | 11 February 2019 | 32 episodes + special | Action, Suspense, Thriller, Mystery, Psychological, Law, Supernatural, Detective, Investigation |
Sinopsis | A profiler and a prosecutor must uncover the hidden secrets surrounding unique items with supernatural powers and a conspiracy.  Kang Gon is a prosecutor full of justice and a warm heart. In order to save his niece Da In, he jumps into a conspiracy surrounding an item having supernatural powers. Kang Gon works with a criminal profiler Shin So Yeong. 
(Source: Asianwiki)

Salam Nuzul Al-Quran


Tuesday, May 21, 2019

The Crowned Clown (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Punyalah lama Sha nak tengok.. Sekarang baru berkesempatan.. Drama yang sangat menarik..

Hanya kerana nak menyelamatkan sebuah negara setiausaha raja sanggup menggantikan raja sebenar dengan lelaki yang berkerja sebagai badut kerana persamaan muka mereka.. Lelaki badut tadi kekal menjadi raja kerana raja sebenar tak sihat dan berhalusinasi serta ketagihan dadah akibat perbuatan ketua dayang yang diupah untuk melekakan raja.. Kejam betul sistem raja dia.. Membunuh adik sendiri.. Queen Dowger yang berdendam dengan raja dan memandulkan permaisuri dengan cara membubuh bunga yang tak sepatutnya dalam minuman permaisuri.. Pergh!! Konflik betul drama ini.. Menteri-menteri yang tamak dan menindas rakyat.. Sakit hati pula tengok perangai menteri macam ini.. Aihhh.. Walaupun cerita je tapi teladannya banyak.. Cuma ada sedikit sedihlah di bahagian penamat.. Biasalah hidupkan.. Mana boleh bahagia je, kenyataannya akan ada waktu kita bersedih dan kehilangan..

 The Crowned Clown
Also Known As: Ghwanghae, Man Became A King; Wangyi Doen Namja; The Man Who Became King | KDrama | Historical, Romance, Drama, Melodrama, Political | 16 Episodes | 7 Jan 2019 - 4 Mar 2019 |


Sunday, May 19, 2019

Jawab Survey YouGov

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha memang rajin jawab survey YouGov.. Nak kumpul point untuk tebus topup.. Tapi bila dua kali percubaan tebus topup tak berjaya terus Sha give up.. Hahaha.. Cepat putus asa Sha ini.. Sampailah beberapa minggu lepas Sha ada dapat bayaran kerja melalui PayPal.. Sha terus buka balik Sha punya akaun YouGov dan tengok ada pilihan tunai ke PayPal.. Yeah!! Terus tebus point yang terkumpul masuk ke akaun PayPal.. Hahaha.. Alhamdulillah.. Adalah rezeki sikit.. Walaupun melalui PayPal akan ada fee yang kita kena bayar tapi masih okaylah pada Sha.. Sikit-sikit lama-lama jadi banyaklah ye tak.. Nak joint jawab survey?? Klik je SINI atau gambar dibawah..


Rewards yang ditawarkan..

Saturday, May 18, 2019

2019 Reading Challenge - Half Success

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan ini memang pulun membaca je.. Tak nak layan sangat perasaan.. Saja sibukkan diri dengan bermacam-macam perkara.. Cuba bermasyarakat dan macam-macamlah.. Malam bila dah penat memang awallah tidur.. Tak ada dah nak layan-layan perasaan sangat.. Tapi biasalah perempuankan.. tengah mandi pun boleh sedih dan menangis.. hehehe.. Sedar tak sedar dah separuh target bacaan berjaya diselesaikan.. Semuanya sebab layan komik bersiri Helios Eclipse.. Memang lagi cepatlah target tercapai..

Dah 116 buah buku dari 230 buah buku..

Friday, May 17, 2019

Mimpi Bintangku #2 oleh Abeben, Syafy Zahin (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini sambungan bagi komik bertajuk Mimpi Bintangku oleh Abeben (Pelukis: Syafy Zahin) yang pernah Sha kongsikan sebelum ini..

Buku kedua ini menyambung dimana watak utama sudahpun sambung belajar di luar negara dengan jurusan pilihan ibu bapa nya.. Ujian kali ini datang bila mana hobi yang dulunya menjadi satu keseronokkan kini menjadi beban dan menyebabkan kemurungan.. Perasaan-perasaan negatif yang mengganggu bermula dari ujian-ujian yang datang.. Perasaan itu menghasilkan mimpi ngeri yang mengganggu.. Bukan mudah melepaskan diri dari kemurungan tambah bila kita merasakan diri kita sendiri.. Memang lagi dalam kita terbenam.. Semakin kita lari semakin dekat perasaan itu memeluk kita.. Namun bila kita menerima perasaan itu kita sebenarnya mengakui mimpi itu tidak indah tanpa dugaan sebaliknya dugaan itu yang mengindahkan mimpi kita.. Itulah yang cuba disampaikan oleh Mimpi Bintangku #2 ini..

Sha baca dan selesai pada 17.05.2019..

Koleksi Sha..
Published March 2019 by Buku Puris

Cempaka Melati oleh Zahida Zarkasi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang terbaiklah olahan penulis ini.. Dari awal membaca Sha dihdangkan dengan misteri sama ada Melati tu boleh nampak hantu atau tak.. Berterusanlah penulis menghidangkan misteri hidup si Melati ini.. Dari opah, mak ayah Melati hinggalah lelaki bernama Zhariff yang mendekati Melati.. Memang sekali hadaplah novel ini.. Tak terasa, tau-tau dah habis.. Memang sangat mengujakan.. Kerana cinta memang manusia boleh mengambil keputusan luar jangka..

Sha baca dan selesai pada 16.05.2019..

Koleksi Sha.
Published April 2018 by PROLOG MEDIA..

Gotong Royong Bubur Lambuk

Assalamualaikum..
hye semua..

Semalam ada gotong royong memasak bubur lambuk di Pusat Islam tempat Sha kerja ini.. Masak satu periuk besar bubur lambuk dan satu periuk besar bubur kacang hijau.. Sha joint team membawang.. hehehe.. Kami ke Pusat Islam jam 9 pagi untuk tugas-tugas memotong bawang, halia, bawang putih, lobak merah, daung bawang dan daun sup.. Sebab buat satu periuk je, kejap je dah siap aktiviti memotong.. Lepas tu balik pejabat baliklah.. Sambung buat kerja.. Yang memasak team lain.. Petang team lain pula membungkus.. Begitulah bila ramai staf.. Berbahagi tugaslah kami.. Pengarah pun joint team membawang.. Hehehe..

Seronok juga bila joint aktiviti macam ini.. Bertemu staf dari jabatan lain.. Beramah mesra dan bermasyarakat.. 

Agihan pula dilakukan sebelah petangnya..

 Bubur lambuk dalam proses..

Aktiviti membawang.. Hehehe..

Sha dapat dua bekas.. 1 bekas bubur lambuk dan 1 lagi bubur kacang hijau + jagung.. Malam tu pula encik suami bawa balik sebekas bubur lambuk..

Thursday, May 16, 2019

Delina Aku Antropomorfik oleh Sharina Elisa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang menarik.. Kisah Delina si robot yang menyamar menjadi pelajar untuk menyiasat kes kematian yang berlaku seyiap malam Jumaat.. Bila Delina mula menyiasat, kematian mula berlaku lebih kerap dan bukan malam Jumaat je.. Delina semakin buntu.. Delina suspek rakan sebiliknya tapi agak mustahil untuk Sera berada di dua tempat pada satu masa.. Pelajar-pelajar lain pula menyatakan hantu dan sumpahan sekolah tu yang menyebabkan kematian.. Makin peninglah Delina menyiasat.. Siapakah dalang di sebalik semua kematian itu..?? Memang suspen dan misteri.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 15.05.2019..

Koleksi Sha..
Published January 2019 by Kadokawa Gempak Starz

Hadiah TTO Serum Giveaway

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah hadiah dari GA Instagram Radhia dan Huda Halid dah selamat sampai.. (Boleh baca SINI dan SINI).. Dua kotak Tea Tree Oil serum sampai ke tangan pada 14.05.2019.. Terima kasih Cosmoderm yang menaja hadiah ini.. TQ juga pada Radhia dan Huda yang memilih Sha sebagai pemenang..

11 Ramadhan 1440

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah 11 hari kita berpuasa.. Alhamdulillah, tahun ini dapat bertukar tukar juadah dengan jiran tetangga.. Bazaar Ramadhan dah 3 hari tak pergi.. Awal awal ari tu ada lah pergi, beli kuih.. Tapi rasa macam tak lalu dah.. Lagipun MIL rajin masak bubur, tu yang stop ke bazaar.. Kalau teringin sangat nak makan kuih tertentu baru pergi cari..

Encik suami rajin tolong MIL masak, tu yang setiap hari ada bubur.. Bubur jagunglah, bubur butir nangkalah, bubur pulut hitam, bubur kacang hijau tu belum masuk cekodok bilis, cekodok jagung, cekodok kucai.. Memang ohsemlah.. Bila MIL masak bubur dan cekodok/cucur, Amanilah tukang hantar dekat jiran-jiran.. Sha selang selikan bagi jiran jiran.. Juadah sikit jadi kenalah anta rumah berbeza.. Tapj paling kerap jiran sebelah rumahlah.. hehehe.. Kadang ada lah juadah tambahan yang dibalas jiran.. Jadi tak pergi bazaar pun dah meriah juadah..

Menu berbuka semalam yang MIL masak.. Bubur kacang hijau, cekodok/cucur kucai dan gulai pucuk paku.. 

Tomyam ayam ini Sha masak lepas amik anak sekolah agama.. Senang, bubuh semua dalam satu periuk pastu didihkan.. Siap..

Nasi goreng sotong.. Lebihan nasi semalam.. Sayang pula, tu yang buat nasi goreng..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »