Sunday, May 12, 2019

7 Ramadhan 1440

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak ada apa nak update sangat pasal Ramadhan.. Cuma hari ini terlambat bangun.. hehehe.. Terus kalut memasak.. Jaga-jaga je dah 4.40 pagi.. Terus masak nasi dan rebus telur masin.. Basuh ikan dan lumur rempah goreng.. Mujurlah ikan dah keluarkan awal sebelum tidur.. Tinggal nak goreng.. Sambil tu masak air dan potong sawi untuk buat sup.. Terkejar-kejar rasanya.. Hehehe.. Nasib baik ada 3 dapur.. Jadinya sempatlah masak semua serentak.. Lepas air dan telur masin masak terus jerang air untuk buat sup sayur.. Pukul 5 pagi siap.. Hehehe.. Sesak nafas berkejar-kejaran memasak.. Siap masak baru kejut encik suami dan Amani untuk sahur.. Menu ringkas di pagi hari..

Malam tu tak berapa lena nak tidur.. Tulang pinggang sakit dan tulang peha rasa ngilu.. Sapu minyak panas baru rasa lega sikit.. Sahur terus makan panadol extra, untuk mengelakkan sakit lagi.. Ini menaip sambil semak email pemenang GA Sha.. Baru 5 orang yang respon.. Sha tak akan cabut undi lain ye.. Lambat respon, lambatlah Sha pos hadiah.. Siapa yang dah bagi tu Sha terus isi dan pos.. Sebab hadiah memang dah ada.. Sempatlah design kad raya simple gunakan aplikasi Canva untuk dimasukkan sekali dalam bungkusan hadiah tu.. Ada ke yang nak kad raya? Sha ada yang buat sendiri dan juga yang beli.. Nak?? Hehehe.. Baca sampai habis ye..

Sha pos guna sampul flexi prepaid tau.. Dah siap nak pos, sha akan emailkan no tracking..

Ini kad raya yang masih belum bertuan.. Kad raya ini lebihan tahun-tahun lepas..
Ada yang nak terima kad raya tak?? Kalau ada, bolehlah email kat coklat.funky@gmail.com, nama dan alamat ye.. Tajuk email boleh bubuh Kad Raya 2019.. Siapa cepat, dia dapat.. hehehe..

14 comments:

  1. banyaknyeeeee ray dah lama tak dapat kad rayaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh email alamat kat Sha, boleh Sha hantar kad raya buatan sendiri..

      Delete
  2. Tahniah kepada semua pemenang. Sekarang ni ramai yang hantar kad raya softcopy je. Susah dah nak jumpa kad raya hardcopy masa zaman sekolah rendah dulu. Nak juga kad raya🤗.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mengimbau zaman dolu-dolulah nie.. rindu rasa nak hantar kad raya..

      Delete
  3. Wahh...bestnya ...macam zaman lepas spm dulu...hari2 posmen datang anto kad raya dr kawan2 ex schoolmate

    ReplyDelete
  4. Tahniah selamat berbalas kad raya ya.. seronok juga

    ReplyDelete
  5. Tahniah utk pemenang2...byk kad rayaaa..

    ReplyDelete
  6. Mujur sempat jug masak fuh.. seronok tgk hadiah byk

    ReplyDelete
  7. Tak sukanya kelam kelabut mcm tu kan Sha...Rasa semput wei hahhaha...
    Hakak makan cereal je pepagi Sha.... malas nak masak nasi bagai kang berselera pulak pepagi tu...hihi

    ReplyDelete
  8. alamat sy dah ada kan? hahahaha

    ReplyDelete
  9. Ahaaa...lama tak dpt kad raya🤣🤣

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »