Saturday, July 31, 2021

Goodreads | Bacaan Julai 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Macam tak sangka pula bulan ini boleh melangkaui jangkaan.. Kikiki.. Terperuk dalam rumah di kuarantin membuatkan mood membaca tu mendadak naik.. Dapat baca dua je buku fizikal.. Yang lain semua ebook dan kebanyakkannya baca dekat aplikasi PNM e-Reader.. Banyak buku baru dan menarik.. 




ebook | Apa Khabar Depresi? oleh Dr. Sakinah Salleh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang bagus untuk dibaca semua.. Pengenalan kepada depresi, kemurungan, stress dan langkah merawatnya.. Buku ini ada 5 segmen yang akan menerangkan dengan lebih detail iaitu:
- Segmen 1 ialah Epilog kemurungan dimana dalam segmen ini beberapa pesakit berkongsi kisah kemurungan mereka..
- Segmen 2 pula ialah Memahami penyakit kemurungan.. Dalam segmen ini ada dijelaskan mengenai apa itu kemurungan, simptom, faktor dan risiko..
- Segmen 3 pula mengenai Terapi dan kesedaran.. Dalam segmen ini penulis berkongsi bagaimana untuk mengatasi depresi dan memahami kemurungan dari perspektif Islam..
- Segmen 4 ialah Terapi kemurungan daripada perspektif Islam.. Melalui tajuk ini penulis berkongsi cara mencegah dan merawat kemurungan dalam Islam melalui kekuatan rohani, sentiasa optimis dan belajar mengimbangi kehidupan.. Turut dikongsikan penulis ialah terapi dalam konteks spiritual iaitu menggunakan Al-Quran bagi mereka yang beragama Islam..
- Segmen 5 merupan segmen yang terakhid dalam buku ini yang berkongsi mengenai Motivasi pencetus semangat.. 

Secara keseluruhannya buku ini dihasilkan sebagai pendedahan awal dan langkah pencegahan dari kemurungan. Buku ini bukanlah satu jaminan yang kita tidak akan melalui kemurungan, sebaliknya ilmu tambahan dalam mengenal pasti dan menghadapi kemurungan. Paling penting untuk kita tahu, kemurungan ini merupakan penyakit mental yang sama seperti penyakit fizikal dan faktor yang menyebabkan kemurungan ini ada banyak dan pelbagai bergantung pada siapa yang menghadapinya.

Sha baca pada 29.07.2021 dan selesai pada 30.07.2021..


Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published July 28th 2020 by PTS Publishing House

Shopee | Barangan Keperluan & Kehendak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila dah tak tahu nak buat apa dekat rumah, tangan tu mulalah gatal nak buka aplikasi shopee.. kikiki.. Sambil-sambil cari barang keperluan, terbelilah sekali barang kehendak.. Gitulah orang perempuan kan.. Tak dapat shopping dekat pasaraya, shopping dekat aplikasi pun jadi je.. Kikiki..

1. [TWIN PACK] Sensez Beauty Spa Relaxing Shower Scrub (680m) Orchid - Rm18.50
2. [TWIN PACK] Sensez Beauty Spa Relaxing Shower Scrub (680m) Lemongrass - RM18.50
3. Sensez Beauty Hair Shampoo 380ml (For Damaged Hair Scalp Treatment Hair Fall) - RM9.90
Shampoo rambut dan scrub mandian jenama Sensez.. Sha terjumpa produk ini masa mencari sabun cuci tangan.. Kebetulan ada promosi terus sambar 2 set sabun mandian dan satu botol shampoo rambut.. Sabun dan shompoo tu bau dia wangi semerbak okay.. Memang bestlah untuk terapi diri..

White Tea Body Scrub 100ml
Ini pula diberikan percuma kerana beli 2 set sabun mandian..

Produk nestle ini pula yang nak dibeli Nescafe Gold dan Coffeemate tu je.. Tapi biasalah orang perempuankan, bila dah shopping mulalah melencong.. kikiki.. Tu yang terbeli lagi 4 produk tambahan tu.. Seronok tengok harga diskaun.. hehehe
1. Nescafe Gold Jar (50g) - RM10.71
2. Coffee-Mate Pouch (450g x 2 Pouches) - RM12.20
3. Nestle Koko Krunch Cereal (500g), Free Magic Painting Book (Random Design) - RM13.90
4. Nestle Honey Stars Cereal (500g), Free Magic Painting Book (Random Design) - RM13.90
5. MAGGI Mi Goreng Cili ala Kampung (78g x 5 Packs) - RM5.61
6. Nestle Nespray Cergas Milk Powder (550g) - RM17.65

Nescafe Gold Dark Latte Sampling Pack - 2 sachet
Ini Sha dapat percuma dari pihak Nestle.. Minuman 3in1.. Okaylah kan.. 

1. Magic Bean Cotton Candy 18: Putera Serigala Dah Datang - RM16.56
2. Lawak Kampus 16 by Keith - RM6.90
3. Siri Putera 27: Adil Sesama Makhluk: Topik: Perlindungan Haiwan - RM11.04
4. Siri Candy 40: Keluarga Selamanya: Topik: Taat Ibu Bapa - RM11.04
Asalnya nak belikan komik (no 2-4) je untuk Imani, sudahnya Sha pun menyelit sekali beli novel remaja tu.. hehehe.. Sha beli masa harga tengah diskaun.. 

Facemask ini diberikan percuma oleh pihak Kadokawa Gempakstarz.. Ada 2 keping (pink & hitam) facemask dewasa dan sekeping (biru) facemask kanak-kanak..

900 GRAM (XL) PES TOMYUM THAI - RM18.50
Pes Tomyam ini wajib ada dekat rumah.. hehehe.. Dah berminggu juga pes tomyam habis barulah Sha beli.. Kena beli online sebab dekat sini tak ada jual.. Bagus seller ini.. Botol pes ini ada plastik seal, lepas tu seller balut dengan bubble wrap dan bubuh dalam kotak.. Memang tak ada tumpahlah bila dia buat camtu kan..

Drama Melayu | Mata Ketiga (2018/2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini dah pernah ditayangkan sebelum ini pada 31 Oktober 2018 di tontonMY.. Tapi masa tu tak tengok sangat pun sebab cam tak berani.. kikiki.. Bila ditayangkan semula ini rasa macam teruja pula nak tengok.. Novel dia pun dah pinjam dekat elib PNM.. Nanti kita baca dan review versi novel.. 

Drama yang menarik.. Kisah Faizul yang memiliki pandangan mata ketiga.. Setelah lama tak diganggu makluk mistik, tiba-tiba Faizul mula nampak kembali.. semuanya makin berselirat bila mereka pergi berkhemah.. Tanpa Faizul sedari ada rakan yang cuba mengkhianati.. Faizul mula menjejak dan mencari tahu sejarah diri dan keluarganya.. Faizul bertemu dengan penjaga rumah atuknya dan mula menemukan jawapan kepada semua gangguan yang diterima Faizul dan juga orang disekelilingnya..

JUDUL : MATA KETIGA
EPISOD : 10
TARIKH TAYANGAN : 22 Julai 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.30 malam
SIARAN TV : TV3
PENULIS NOVEL : Zulkifli Ahmad Idrus
PENGARAH :  C.Kumaresan
PRODUKSI : Skop Productions
PELAKON :  Hafeez Mikail, Mustaqim Bahadon, Isyariana Azmi, Dayana Roza, Fimie Don

SINOPSIS MATA KETIGA
Mengisahkan Faizul, seorang pelajar universiti tempatan yang dikurniakan anugerah istimewa dimana beliau dapat berkomunikasi dengan alam mistik. Pengembaraan bermula apabila Faizul dan empat kawan baiknya menyertai ekspedisi hutan yang diketuai oleh Profesor Mazlan.

Faizul yang lebih arif di dalam ilmu hutan menasihati rakan-rakannya untuk mematuhi pantang larang ketika berada di dalam hutan. Malangnya, nasihat itu tidak diendahkan dan menjadi lebih teruk apabila Farah dirasuk. Semenjak kejadian itu, Faizul cuba mencari kebenaran mengenai mata ketiga beliau.

Friday, July 30, 2021

ebook | Cinta Budak Jepun oleh Rafina Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menariknya novel ini bila penulis gunakan atlet Figure Skating Yuzuru Hanyu sebagai hero beliau.. Memang ohsemlah.. Mulanya Sha tak tahupun watak tu wujud.. Penulis letakkan biodata, pencapaian dan penerangan mengenai Yuzuru Hanyu di bahagian akhir novel.. Teruslah Sha cari video beliau.. Memang sangat mengagumkan persembahan beliau..

Kisah Nuha Ayumi yang menjadi penjaga bagi atlet Figure Skating yang datang membuat latihan di Kompleks sukan Malaysia.. Yuzuru Hanyu yang pandai berbahasa Melayu beku sangat menarik perhatian Nuha.. Bibit-bibit suka mula terbit di hati Nuha namun Nuha bersikap profesional.. Malangnya Yuzuru meluahkan perasaan bila mana Nuha cedera semasa menyelamatkan Yuzuru dari dikerumuni peminat.. Nuha menolak perasaan Yuzuru kerana perbezaan status dan juga agama mereka.. Perasaan yang tidak boleh dijangka itu mendapat restu mak Nuha bila mana Nuha membawa Yuzuru dan jurulatihnya ke rumah.. Namun hubungan mereka memgalami dugaan bila Yuzuru terpaksa pulang ke Kanada dan menyertai pertandingan.. Yuzuru hilang tanpa khabar berita dan Nuha mendapat mesej amaran daripengurus Yuzuru.. Apakah sebenarnya yang berlaku.. Kisah cinta sweet dan sempoi..

Sha baca dan selesai pada 29.07.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published August 2019 by RMA Studio

Filem UK/Germany | Blood Red Sky (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem vampire yang ohsem.. Kikiki.. Kisah mengenai seorang perempuan yang tanpa sengaja telah digigit dan menjadi vampire.. Namun dia berjaya mengawal keinginan untuk menggigit anaknya dengan menyuntik ubat yang mampu mengawal diri dari bertukar menjadi vampire.. Namun semasa ingin ke New York, kapal terbang yang dinaiki perempuan tu dan anaknya Elias telah dirampas penjahat.. Masa inilah dia bertukar jadi vampire balik demi menyelamatkan anaknya.. memang sedihlah tengok pengorbanan seorang mak demi keselamatan anak dia.. 

Blood Red Sky
2021 ‧ Thriller/Action
When a group of terrorists hijacks an overnight transatlantic flight, a mysteriously ill woman must unleash a monstrous secret to protect her young son.

Makanan | Nestle Ice Cream Onde-Onde

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap wei.. Cuma manis sikitlah dekat bahagian tengah tu.. Tapi memang ngam lah.. Aiskrim pandan yang gebu di bahagian luar bersama kelapa parut dan gula melaka dibahagian tengah.. Harga tak ingat.. hehehe.. Sha beli dekat Petronas bersama selonggak aiskrim yang lain.. hehehe..


Hijau yang gebu dan sedap.. Kena makan cepat-cepat sebab aiskrim ini lekas cair..

Bahagian tengah tu kelapa parut yang disaluti gula melaka.. Sedap dan ngam teruk.. Manis sedikit.. hehehe..

ebook | Cinta Zara oleh Aein Dhiyauddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini buat Sha geram je.. Kesian dengan watak Zara Aulia.. Geram gila dengan watak Ammar Syafiq tapi tersuka dengan hero kedua iaitu Daniel Hadee.. Memang kenalah dengan tajuk dan isi cerita..

Zara berkahwin dengan Ammar disebabkan permintaan ayah Ammar.. Namun sebaik sahaja ayah Ammar meninggal, ammar terus menceraikan Zara serta meluahkan perasaan bahawa dia derita hidup dengan Zara dan nak berkahwin dengan Karina.. Bila Zara diceraikan, Zara terus membawa diri ke Sabah bersama sahabat baiknya Maria.. Mereka membina hidup baru di Sabah dengan wasiat yang ditinggalkan ayah Ammar untuk dirinya.. Kerjasama dari syarikat DH, membawa Zara kembali ke KL dan bertemu dengan Daniel yang juga sepupu Ammar.. Kerana kesungguhan dan keterbukaan Daniel meluahkan rasa cinta, akhirnya Zara berkahwin dengan Daniel.. Ammar pula memendam luka melihat Zara berbahagia.. Tapi tu lah, baru nak bahagia Daniel meninggal pula.. Aduh.. Akhirnya Zara kahwin juga dengan Ammar..

Novel ini okay je cuma konflik dia Sha tak berapa suka.. Sikap ego Ammar tak mahu mengaku perasaan cinta terhadap Zara akibat perbezaan taraf tu buat Sha menyampah..

Sha baca pada 28.07.2021 dan selesai pada 29.07.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader
Published November 2017 by Love Novel Publishing

Thursday, July 29, 2021

Filem Melayu | Butak (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah mengenai Buntat seorang budak kampung yang nakal dan dibenci penduduk kampung.. Buntat ini selalu buat masalah di kampung namun atuk dan nenek dia tak pernah nak marah dia.. Buntat ini dia buat masalah mungkin sebab dia marah.. Bila selalu dengar kisah pasal orang pergi haji, Buntat pun seludup ikut ke Mekah sebab dia nak ziarah kubur mak dia yang ada dekat Mekah.. Masa dekat pelabuhan Pulau Pinang, Buntat berjaya dapatkan balik beg Pak Lang yang dilarikan hingga menyebabkan Buntat ditangkap dan dipukul pencuri.. Kemudiannya Buntat membantu geng pencuri tu bila diorang dipukul.. Perbuatan baik Buntat pada geng pencuri tu berjaya menjadikan mereka sebagai kawan dia malah diorang membantu Buntat untuk naik kapal ke Mekah..

JUDUL : BUTAK
TARIKH TAYANGAN : 8 Oktober 2020
PENGARAH : Sabri Yunus
PRODUKSI : Two Tones Sdn Bhd
PELAKON : Izuan Fitri Zolkepeli, Bohari Ibrahim, Melly Amalin, Aliudin Zin Shaharom, Fazli Daniel Ali, Fimie Don, Kazar Saisi, Imuda, Khatijah Tan, Laila Nasir, Saidi Sabri, Azman Hassan, Adrenna Rose, Omar Hj Abdullah, Ahmad Nizam Bahari, Sabri Yunus

SINOPSIS BUTAK
Mengisahkan seorang budak bernama Butak (Buntat) yang nakal dan jahat di kampungnya. Tanpa kasih sayang Ibu dan Ayah, Butak hanya bertemankan seorang isim penggali kubur yang banyak memberikannya semangat untuk hidup. Jauh di dalam hati Butak ingin berubah dan bertaubat, tetapi tekanan orang kampung menjadikannya lebih nakal dan memberontak

Penduduk kampung sering mengadu akan setiap hal dan kekecohan yang Butak buat di kampungnya itu. Sehinggalah satu peristiwa yang meruntun hatinya, Butak merajuk dan menyalahkan diri sendiri lalu nekad untuk lari dari rumah. Kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji membawanya ke Pelabuhan Penang. Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri. Sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas di atas kesilapannya yang lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Filem Melayu | Matilah Nak Kembali (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seronoklah juga layan movie ni santai-santai.. hehehe.. Pertama kali tengok gandingan pelakon ini, okaylah juga.. hehehe.. Tak seram walaupun ada saka dan cik ponti.. kikiki.. Kelakar adalah.. Rupanya kisah ini sambungan kepada Matilah Nak Pontianak.. 

Kali ini Matilah membantu pemilik resort menghalau saka.. Malangnya saka tu licik dan menculik anak pemilik resort serta menculik salah seorang penghuni resort sebelum memaksa mereka menyerahkan Matila kepadanya untuk dijadikan hamba.. Kikiki.. Mujurlah 3 sekawan tu kembali untuk membantu Matila.. Adoilah... Kelakar tengok perangai 3 sekawan tu dengan si Matila..

JUDUL : MATILAH NAK KEMBALI
WAKTU SIARAN : Sabtu, 13 Mac 2021, 9:00 malam 
SIARAN TV : Astro Citra HD 107 & SD 128
PENULIS SKRIP : Epy Kodiang
PENGARAH : Azhari Zain
PRODUKSI : Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios
PELAKON : Shiha Zikir, Arie Zaharie, Azzam Sham, Qody Rany, Anas Ridzuan, Danish Daniel (Coki), Bohari Ibrahim, Apit Wawn Lebo 

SINOPSIS MATILAH NAK KEMBALI
Mengisahkan tentang tiga jejaka yang berkawan baik dengan pontianak jelita. Namun terpaksa mengkhianati pontianak tersebut demi untuk membantu orang kampung yang diganggu saka.

Cubaan Menanam Jagung Dalam Pasu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cubaan menanam jagung dalam pasu pula.. hehehe.. Lupa nak ambil gambar masa baru semai.. Okay je pokoknya membesar dwngan sihat cuma tulah, jagungnya aja yang tak berapa cantik nak keluar.. kikiki.. Berbaja bagai pokok-pokok ini tapi tak ada rezekikan..

Dua pokok yang cantik membesar didalam pasu..

Satu memgeluarkan jagung dengan cantiknya..

Manakala satu lagi tidaklah menjadi.. huhuhu..

Hasil tuaian kami.. sebiji jagung comel..

Alhamdulillah cantik buti jagungnya walaupun tak memenuhi keseluruhan tongkol tu..

Hasilnya semangkuk bubur jagung.. Maaflah terlebih kuah demi memenuhi kesemua selera didalam rumah ini.. Sha, encik suami dan Imani memnag makan bubur jagung.. Amani pula hanya hirup kuah sahaja.. Tu sebab bila buat bubur jagung kena lebihkan kuahnya.. kikiki..

Wednesday, July 28, 2021

Riadah Petang Hari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang lepas selesai je potong gelang pink (gelang kuarantin) terus beriadah dengan Imani.. Hehehe.. Kesian tengok anak-anak asyik terkurung je dekat dalam rumah.. Bawa Imani mengayuh basikal sambil-sambil Sha dan encik suami buat briskwalk.. 

Petang tadi pun Sha buat juga briswalk sambil-sambil Amani dan Imani kayuh basikal..

Kemain semangat dia mengayuh basikal..

Nak naik bukit tak lepas, ayah tolong pegangkan.. kikiki..

Petang tadi Amani dan Imani seronok bermain basikal.. Imani dah boleh mengayuh guna 2 roda je.. Teruja tengok kakak agaknya, terus suruh buka roda bantuan tu.. Jadilah riadah petang-petang..

Sumbangan Bank Rakyat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Rezeki Aidil Adha.. Pihak Bank Rakyat buat sumbangan dekat staf Politeknik (bukan semua), encik suami antara yang terpilih.. Merasalah daging korban dan juga barangan keperluan rumah serta duit raya.. Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki yang diterima.. Sha pula terima daging korban sepeket.. Alhamdulillah.. Rezeki sungguh setelah lama tak makan daging..

Daging, beras, minyak masak, biskut, bihun, sardin, tepung dan duit raya..

Novel | Aku, Memoir & Rahsia oleh Nurin Insyirah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel remaja yang sangat menarik dibaca cuma sedikit tak best sebab ada beberapa dialog Jepun yang tidak diterjemahkan semula.. Ini mengganggu sedikit pembacaan Sha.. Selebihnya buku ini memang best.. 

Kisah Lisa yang berusia 14 tahun dan berkait rapat dengan memori serta rahsia.. Tanpa Lisa sedari dirinya merupakan anak angkat.. Lisa dijaga oleh ibu dan ayah angkatnya selepas diserahkan oleh neneknya kerana ingin mengelakkan dirinya dari dibunuh oleh ibu kandung Lisa iaitu Sara.. Kisah hidup Lisa terbongkar bila Lisa dibawa ke Jepun.. Rupanya kisah hidup Lisa bermula di Jepun dan berakhir juga di Jepun.. Pertemuan yang cantik antara Lisa dan juga neneknya.. Malah kerana Lisa juga, punca kematian ibunya terbongkar.. Ada penulis selitkan mengenai indahnya agama Islam.. Malah hubungan kekeluargaan itu tidak mengenal asalnya.. Kalau dah sayang, bukan darah daging pun akan jadi darah daging..

Sha baca dan selesai pada 27.07.2021..

Koleksi peribadi Sha..
Published February 1st 2021

Filem Korea | The 8th Night (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang agak menyeramkan.. hehehe.. Pada satu masa dahulu ada raksasa yang mata hitam dan mata merahnya dipisahkan dari kekal bersama sebab membawa bencana.. Satu dijaga sami lelaki dan satu lagi ditanam dipadang pasir.. Namun manusia suka mengkaji perkara yang tak sepatutnya.. Seorang profesor telah terjumpa kan mata merah tu dan telah melepaskannya ke dunia.. Untuk mata merah tu bersatu dengan mata hitam, dia kena berpindah dari satu tubuh ke satu tubuh.. Sampailah ke tubuh yang ke lapan baru dia boleh bergabung dengan mata hitam.. Tanpa disangka rupanya sami muda tu terpedaya dengan hantu budak perempuan yang menjadi suruhan mata merah tu.. Pada saat akhirnya sami tua berjaya melepaskan perasaan pedih dan marah yang terpendam dalam hati beliau dan selamatkan sami muda tu..

Movie: The 8th Night
Also Known As: The Eighth Night, The Night of the 8th Day, Night of the 8th, Je8ilui Bam, Je8ileui Bam
Genres: Thriller, Mystery, Horror
Country: South Korea
Release Date: Jul 2, 2021
Duration: 1 hr. 55 min.
When a millennia-old spirit reawakens, it causes mysterious deaths in its quest to assume a form. A group of strangers must join forces in a chilling battle to extinguish it in 8 days, lest it destroy the world.
(Source: Netflix)

Wordless Wednesday 2021

 

Tuesday, July 27, 2021

Bye Bye Kuarantin!!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semalam encik suami dapat mesej mengatakan hari ini kami dah boleh gunting gelang pink.. Awal 4 hari dari tarikh yang sepatutnya.. Kalau ikutkan memang kami dah lama kuarantin diri sendiri.. Sebelum dipakaikan gelang pink lagi kami dah kuarantin diri di rumah selepas dimaklumkan rakan sekerja encik suami positif Covid19.. Sha sekeluarga mulakan kuarantin kendiri dari 16.07.2021 lagi dan dipasangkan gelang pink pada 22.07.2021 dan pada 23.07.2021 kami dimaklumkan yang result Covid19 encik suami negetif.. Alhamdulillah.. Memang lega sangat-sangat bila dapat tahu encik suami negetif.. Bila ikut SOP yang diberikan, InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja.. 

Bermula dari 16.07.2021 hinggalah hari ini 27.07.2021 kami sekeluarga kuarantin diri selama 11 hari.. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. Apa yang Sha boleh kongsikan disini ialah kita kena pastikan bekalan makanan asas sentiasa ada di rumah supaya bila tiba-tiba kuarantin ini terjadi kita tak menghadapi masalah terputus bekalan makanan.. Pada Sha Covid19 ini boleh kena pada sesiapa sahaja dan bila-bila masa.. Macam kawan encik suami tu, dia sendiri tak tahu mana datangnya virus tu.. Punca boleh ketahuan sebab demam lepas makan durian, dia pergi ke klinik swasta dan doktor suruh buat swab test.. Kalau tak demam memang dia pun tak tahu dia positif.. 

Sha mohon doakan kesembuhan pada rakan sekerja Sha dan keluarga mereka dari kawan-kawan yang baca entry ini, mana tahu ada doa kalian yang dimakbulkan Allah.. Iye ada dua keluarga yang dah disahkan positif manakala satu keluarga lagi anak-anaknya baru buat swab test semalam manakala ayah dan ibunya berada di hospital kerana positif.. Covid19 ini bukan perkara main-main ye.. Ini realiti yang kita kena hadapi sekarang ini.. Semoga Allah permudahkan semua urusan kita dan berikan kesembuhan pada semua yang positif Covid19.. Aamiin..



Bye bye gelang pink

Drama Korea | Vincenzo (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..
 
Mula-mula tu macam tak berapa nak tengok sangat sebab ada 20 episod dan setiap episod 1 jam 30 minit.. Lama tu.. Tapi sajalah tengok episod 1, eh menariklah pula.. Mafia pun boleh kena pau.. Hahaha.. Lagipun entah kenapa muka Song Joong Ki dalam cerita ini macam menarik pula walaupun tak berapa minat.. hehehe.. Lepas tu 2 watak perempuan dalam filem ini yang tak berapa nak betul memang bestlah layan.. Tu belum lagi tengok kesengalan penghuni plaza dimana emas tu tersembunyi.. Rupanya pandai je berlawan tapi tak lawan sebab tak rasa perlu berlawan.. Sekali bila tunjuk skil, kemain masing-masing..

Jalan cerita dia sempoi, ada penjelasan untuk setiap perbuatan dan perlakuan yang terjadi.. Paling tak sangka bila tahu rupanya perempuan yang main piano tu tahu ada emas dekat bawah bangunan tu.. Sha suka bila Vincenzo tak bagi emas tu dekat penduduk plaza tu.. Dia bagi pada yang tahu je.. Dia masih kekalkan identiti mafia dia tu.. Memang dah agak dia berpakat dengan sami tu untuk angkut emas tu sikit-sikit tapi tak sangkalah bukan sami tu je yang mengangkut.. Hahaha.. Part ini memang kelakarlah tengok.. Paling dasyat bila tengok dia hukum si Jang Jun Woo dengan Choi Myung Hee tu.. Memang gempaklah.. Kejam sebiji macam mafia.. 

Drama: Vincenzo
Also Known As: Binsenjo
Screenwriter: Park Jae Bum
Director: Kim Hee Won
Genres: Comedy, Law, Crime, Drama
Country: South Korea
Episodes: 20
Aired: Feb 20, 2021 - May 2, 2021
Aired On: Saturday, Sunday
Original Network: tvN, Netflix
Duration: 1 hr. 25 min.
At the age of eight, Park Joo Hyeong went to Italy after being adopted. Now an adult, he is known as Vincenzo Cassano to the Mafia, who employ him as a consigliere. Because mafia factions are at war with each other, he flees to South Korea, where he gets involved with Lawyer Hong Cha Young. She is the type of attorney who will do anything to win a case. Now back at his motherland, he gives an unrivaled conglomerate a taste of its own medicine with a side of justice.

(Source: Netflix, AsianWiki)


Segmen Renew Bloglist 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint Segmen Renew Bloglist 2021 oleh Ikashoid ini.. Mana tahu rezeki boleh duduk dalam bloglist Ika.. Untung owh kalau duduk dalam bloglist ini..


Tamatlah Riwayatnya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama juga jangka hayat oven ini.. Sha beli pada 4 Jun 2015 dan semalam (26.07.2021) tamatlah riwayatnya.. 6 tahun juga Sha pakai.. Macam-macam dah masak guna oven ini.. Paling suka masak bronies dengan congo bar, satu masa dahulu.. hehehe.. Lepas ini tak tahulah bila pula nak ada oven balik.. hehehe.. Encik suami kata dah ada Air Fryer tu, tak payahlah beli oven.. Nampaknya lambat lagilah baru nak ada oven balik..

6 tahun bersama, akhirnya kau pergi jua..

Semuanya sebab ikan bakar ini.. Semalam encik suami nak bakar ikan cencaru ini tapi yang keluar percikan api dan bunyi yang kuat.. Seram dan bahaya.. Kalau tak bakar ikan, memang tak tahulah oven ini dah rosak.. Sudahnya bakar atas dapur je.. Tu yang terkulai je ekornya.. hehehe..

Segmen Wanna Be My GFF by AO

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint segmen mudah oleh AO ini.. Hadiah lumayan okay.. Rugi kalau tak sertai..

Segmen ni akan berlangsung selama TIGA MINGGU bermula 21 Julai sehingga 11 Ogos 2021.

Monday, July 26, 2021

Drama Korea | Something Between Us, Comic Book Cafe No. 2 (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak layan drama pendek macam nie.. hehehe.. Kisah comel yang berlaku di sebuah cafe buku komik.. 2 pekerja sambilan yang mempunyai sejarah tak berapa cun.. Yongji baru je mulakan kerja sambilan di cafe buku komik tu dan bertemu kembali dengan lelaki yang menyebabkan Yongji gagal ujiat SAT.. Yongji nak balas dendam tapi lelaki tu baik sangat.. Tambahan pula bila lelaki tu luahkan perasaan suka dekat Yongji.. Memang sweetlahkan.. Akhirnya salah faham dapat diselesaikan..

Boleh tengok dekat Youtube..

Drama: Something Between Us, Comic Book Cafe No. 2
Genres: Food, Comedy, Romance
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Feb 26, 2020 - Apr 1, 2020
Aired On: Wednesday
Duration: 10 min.
Yongji wants to get a part-time job at the manhwa cafe where our previous heroes worked. The boss immediately warns that he does not like office romances and must be able to separate personal and work, Yongzhi agreed with this. But the girl did not expect to meet the guy of her dreams, whom they had already encountered once. What will happen next, see "Something Between Us"

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com