Monday, July 19, 2021

Coretan Kuarantin Kendiri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini merupakan hari ke 4 Sha sekeluarga menjalani kuarantin kendiri.. Ini disebabkan rakan sekerja encik suami disahkan positif.. Memang duduk diam jelah dalam rumah walaupun encik suami tak adalah kontak rapat dengan pesakit.. Kita ikut je SOP.. Bukannya susah pun ye tak.. Sha mohon doakan rakan-rakanSha yang disahkan positif supaya diberikan kesembuhan ye.. Mungkin ada doa anda semua yang akan dimakbulkan Allah.. Terima kasih sekali lagi..

Tengah-tengah buat kerja dekat bilik, terdengar ketukan di pintu.. Bila buka tak ada orang, yang ada bekalan makanan di bawah.. Alhamdulillah.. Terima kasih Sha ucapkan pada penyumbang atas pemberian bahan sumbangan.. Terus bersihkan ayam dengan ikan dan pack siap-siap sebelum simpan dalam peti beku.. 

Telur 30 biji dan 1 tin Sardin ayam brand..

Ayam seekor siap potong dengan ikan kembung mungkin dalam 2 kilo..

6 comments:

  1. Selamat berkuarantin Sha n keluarga. Semoga mereka yang disahkan positif segera sembuh

    ReplyDelete
  2. Semoga yang positive COVID-19 cepat sembuh. Bagus juga KakSha kuanrantin kendiri di rumah even tak kotak rapat. Pencegahan awal.

    Alhamdulillah..rezeki ada bantuan dihulurkan. Banyak juga tu. Syukur.

    ReplyDelete
  3. Aduhhh risaunya baca bila ada kes kontak rapat ni. Nasib baik ada sumbangan makanan. Take care kaksha sekeluarga

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan Kak Sha dan keluarga.

    ReplyDelete
  5. Selamat berkuarantin kak sha dan keluarga. Stay strong! Semoga semua yang positive covid cepat cepat sembuh seperti sediakala. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. stay safe kaksha and family.. risau betul dgn situasi sekarang ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »