Thursday, July 29, 2021

Filem Melayu | Butak (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah mengenai Buntat seorang budak kampung yang nakal dan dibenci penduduk kampung.. Buntat ini selalu buat masalah di kampung namun atuk dan nenek dia tak pernah nak marah dia.. Buntat ini dia buat masalah mungkin sebab dia marah.. Bila selalu dengar kisah pasal orang pergi haji, Buntat pun seludup ikut ke Mekah sebab dia nak ziarah kubur mak dia yang ada dekat Mekah.. Masa dekat pelabuhan Pulau Pinang, Buntat berjaya dapatkan balik beg Pak Lang yang dilarikan hingga menyebabkan Buntat ditangkap dan dipukul pencuri.. Kemudiannya Buntat membantu geng pencuri tu bila diorang dipukul.. Perbuatan baik Buntat pada geng pencuri tu berjaya menjadikan mereka sebagai kawan dia malah diorang membantu Buntat untuk naik kapal ke Mekah..

JUDUL : BUTAK
TARIKH TAYANGAN : 8 Oktober 2020
PENGARAH : Sabri Yunus
PRODUKSI : Two Tones Sdn Bhd
PELAKON : Izuan Fitri Zolkepeli, Bohari Ibrahim, Melly Amalin, Aliudin Zin Shaharom, Fazli Daniel Ali, Fimie Don, Kazar Saisi, Imuda, Khatijah Tan, Laila Nasir, Saidi Sabri, Azman Hassan, Adrenna Rose, Omar Hj Abdullah, Ahmad Nizam Bahari, Sabri Yunus

SINOPSIS BUTAK
Mengisahkan seorang budak bernama Butak (Buntat) yang nakal dan jahat di kampungnya. Tanpa kasih sayang Ibu dan Ayah, Butak hanya bertemankan seorang isim penggali kubur yang banyak memberikannya semangat untuk hidup. Jauh di dalam hati Butak ingin berubah dan bertaubat, tetapi tekanan orang kampung menjadikannya lebih nakal dan memberontak

Penduduk kampung sering mengadu akan setiap hal dan kekecohan yang Butak buat di kampungnya itu. Sehinggalah satu peristiwa yang meruntun hatinya, Butak merajuk dan menyalahkan diri sendiri lalu nekad untuk lari dari rumah. Kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji membawanya ke Pelabuhan Penang. Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri. Sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas di atas kesilapannya yang lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

5 comments:

  1. Oh dia pergi mekah secara sorok2 ke?

    ReplyDelete
  2. Suka tengok lakonan buntak ni

    ReplyDelete
  3. Kisah macam ni selalu terjadi. Bila anak yatim piatu mesti masyarakat pandang serong. Ada je yang tak kena kan. Cerita yang boleh dijadikan pengajaran untuk masyarakat renung renungkan.

    ReplyDelete
  4. Kesian pula baca nasib Dan kisah butak

    ReplyDelete
  5. alahaiiii kesiannya diaaa realitinya mmg ada org begini..
    sabri yunus punya sentuhan mmg������

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »