Assalamualaikum..
Hye semua..
Rupanya novel ini sambungan kepada novel bertajuk Bibik dari penulis yang sama.. Namun masih okay dan boleh faham keseluruhan cerita, walau tak baca novel yang sebelum ini..
Kisah sepasang suami isteri bernama Khalis dan Suhaila.. Suhaila merupakan arkitek yang berjaya membina Menara Ophelia di Dubai dan telah berkahwin dengan Khalis.. Semasa percutian mereka ke Dubai, Suhaila ditawarkan kembali bekerja ke Dubai untuk membangunkan Ophelia Mega City.. Namun tawaran itu menyebabkan keretakan didalam rumah tangga beliau.. Khalis faham akan impian isterinya namun untuk menjadi mr. mama bukanlah mudah..
Penulis berjaya menyampaikan konflik suami isteri mengenai pekerjaan dan kedudukan seorang suami dengan cara yang menarik.. Malah campur tangan orang luar dalam hubungan suami isteri juga berjaya diletakkan dengan menarik..
Sha baca dan selesai pada 02.07.2021..
Published 2019 by Love Novel Publishing Sdn. Bhd.
Bukan mudah nak jadi mr mama tu. Hebat suaminya dapt tangani konflik keluarga dengan baik
ReplyDeleteMr mama susah kalau tak ada pasangan
ReplyDelete