Saturday, July 31, 2021

ebook | Apa Khabar Depresi? oleh Dr. Sakinah Salleh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang bagus untuk dibaca semua.. Pengenalan kepada depresi, kemurungan, stress dan langkah merawatnya.. Buku ini ada 5 segmen yang akan menerangkan dengan lebih detail iaitu:
- Segmen 1 ialah Epilog kemurungan dimana dalam segmen ini beberapa pesakit berkongsi kisah kemurungan mereka..
- Segmen 2 pula ialah Memahami penyakit kemurungan.. Dalam segmen ini ada dijelaskan mengenai apa itu kemurungan, simptom, faktor dan risiko..
- Segmen 3 pula mengenai Terapi dan kesedaran.. Dalam segmen ini penulis berkongsi bagaimana untuk mengatasi depresi dan memahami kemurungan dari perspektif Islam..
- Segmen 4 ialah Terapi kemurungan daripada perspektif Islam.. Melalui tajuk ini penulis berkongsi cara mencegah dan merawat kemurungan dalam Islam melalui kekuatan rohani, sentiasa optimis dan belajar mengimbangi kehidupan.. Turut dikongsikan penulis ialah terapi dalam konteks spiritual iaitu menggunakan Al-Quran bagi mereka yang beragama Islam..
- Segmen 5 merupan segmen yang terakhid dalam buku ini yang berkongsi mengenai Motivasi pencetus semangat.. 

Secara keseluruhannya buku ini dihasilkan sebagai pendedahan awal dan langkah pencegahan dari kemurungan. Buku ini bukanlah satu jaminan yang kita tidak akan melalui kemurungan, sebaliknya ilmu tambahan dalam mengenal pasti dan menghadapi kemurungan. Paling penting untuk kita tahu, kemurungan ini merupakan penyakit mental yang sama seperti penyakit fizikal dan faktor yang menyebabkan kemurungan ini ada banyak dan pelbagai bergantung pada siapa yang menghadapinya.

Sha baca pada 29.07.2021 dan selesai pada 30.07.2021..


Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published July 28th 2020 by PTS Publishing House

5 comments:

  1. Setiap orang patut memiliki kemahiran mengurus stress. Zaman sekarang di mana-mana pun 'stress'!

    ReplyDelete
  2. Semoga terhasilnya buku ni dapat juga membantu mereka untuk menangani atau ambil tahu tentang depresi.

    ReplyDelete
  3. Best tengok buku ni. sekarang ramai yang depress kan

    sedihhhhh

    ReplyDelete
  4. bagus perkongsian mcm ni. kita mungkin x dpt nk bantu secara trs tp bila ada ilmu kita dpt sebarkan kesedaran kpd ramai org

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com