Saturday, July 31, 2021

Drama Melayu | Mata Ketiga (2018/2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini dah pernah ditayangkan sebelum ini pada 31 Oktober 2018 di tontonMY.. Tapi masa tu tak tengok sangat pun sebab cam tak berani.. kikiki.. Bila ditayangkan semula ini rasa macam teruja pula nak tengok.. Novel dia pun dah pinjam dekat elib PNM.. Nanti kita baca dan review versi novel.. 

Drama yang menarik.. Kisah Faizul yang memiliki pandangan mata ketiga.. Setelah lama tak diganggu makluk mistik, tiba-tiba Faizul mula nampak kembali.. semuanya makin berselirat bila mereka pergi berkhemah.. Tanpa Faizul sedari ada rakan yang cuba mengkhianati.. Faizul mula menjejak dan mencari tahu sejarah diri dan keluarganya.. Faizul bertemu dengan penjaga rumah atuknya dan mula menemukan jawapan kepada semua gangguan yang diterima Faizul dan juga orang disekelilingnya..

JUDUL : MATA KETIGA
EPISOD : 10
TARIKH TAYANGAN : 22 Julai 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.30 malam
SIARAN TV : TV3
PENULIS NOVEL : Zulkifli Ahmad Idrus
PENGARAH :  C.Kumaresan
PRODUKSI : Skop Productions
PELAKON :  Hafeez Mikail, Mustaqim Bahadon, Isyariana Azmi, Dayana Roza, Fimie Don

SINOPSIS MATA KETIGA
Mengisahkan Faizul, seorang pelajar universiti tempatan yang dikurniakan anugerah istimewa dimana beliau dapat berkomunikasi dengan alam mistik. Pengembaraan bermula apabila Faizul dan empat kawan baiknya menyertai ekspedisi hutan yang diketuai oleh Profesor Mazlan.

Faizul yang lebih arif di dalam ilmu hutan menasihati rakan-rakannya untuk mematuhi pantang larang ketika berada di dalam hutan. Malangnya, nasihat itu tidak diendahkan dan menjadi lebih teruk apabila Farah dirasuk. Semenjak kejadian itu, Faizul cuba mencari kebenaran mengenai mata ketiga beliau.

4 comments:

  1. In real ada juga orang yang ada anugerah ni kan. Kadang seram juga bila kenal orang macam ni. Takut kalau dia expose 'sesuatu' ada disekeliling kita. Belum sempat tengok lagi drama ni.

    ReplyDelete
  2. rasa mcam pernah tonton dulu...nanti boleh la kot tengok kat youtube balik

    ReplyDelete
  3. alaaaa seram nak tengok cerita macam ni. nanti nak bangun kencing tengah malam takutttt hahahahaha

    ReplyDelete
  4. sy sempat tgk kejap je aritu pastu yrs zzz������

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »