Saturday, July 24, 2021

Shopee | Hasil Laut Ocean Papa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semuanya di hujung jarikan.. Bila stok ikan bilis dengan sotong kering dah habis, maka mencarilah di Shopee.. Selalu Sha beli di Hasil Laut Jamilah tapi disebabkan harganya agak mahal dan gak ada promosi atau diskaun makanya ke kedai lainlah kita.. Sha cuba beli di Kedai Ocean Papa ini pula.. Kebetulan masa Sha beli tu tengah ada promosi dan boleh tebus coins, memang berbaloilah jadinya.. Sha dapat diskaun kedai RM7 dan tebus coins RM5.73.. Teruslah buat pembayaran.. Penghantaran pun tak lama.. Beli pada 18.07.2021 dan sampai ke tangan pada 21.07.2021..

Kombo Jimat  (B) 4+1 ini harga dia RM64.90
1 pek  500g Ikan Bilis Mata Biru Kopek (saiz M) - Gred 5A
2 pek 100g Udang Kering - Gred A
1 pek 100g Ikan Bilis Mata Biru Halus (Saiz XS) - Gred A (2-4cm+-)
PERCUMA 50g Udang Kering Geragau

Sayap Sotong Kering Gred A Lembut (200G) ini pula baru pertama kali Sha beli.. Selalunya Sha beli dekat Hasil Laut Jamilah.. Sha tengok sayap dia agak bersih tu yang cuba.. Harga untuk 200g ini ialah RM15.90

Sambal Garing Ikan Bilis Ocean Papa ONE BITE (8g) ini harga dia RM1.20 untu satu bekas.. Saja je Sha beli buat rasa.. Kalau sedap baru beli pek besar.. Alhamdulillah dah rasa.. Sedap, rangup dan sedikit pedas.. Sha kurang makan pedas sebab tu Sha rasa sambal ini pedas.. Pada yang suka makan pedas mungkin rasa dia biasa-biasa saja.. Paling best pada Sha sebab ikan bilis dia rangup.. Puas hati..

Ikan Masin Gelama yang comel ini percuma.. Ada dalam 5 ke 6 ekor macam tu..

7 comments:

  1. wahh sama macam kitaorang juga kak Sha...sekarang ni semua benda beli online. Yang risaunya takde orang dekat rumah. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Kena rajin tengok dan sabar memilih kan Sha bila shoping kat shopee...

    ReplyDelete
  3. ok..nak cuba gak la cari... kat pasaraya macam dah tak cantik ikan keringnya

    ReplyDelete
  4. Cantik dan elok nampak bahan bahan kering yang kakSha beli. berbaloi juga beli online boleh redeem sekali.

    ReplyDelete
  5. Shopping online ni kena rajin cari kedai yg lagi murah and yg ada offer... Dptlah jimat lebih kann

    ReplyDelete
  6. Meriah diaa shopping hehee..okay lah dapat yg murah dan sedap..berbaloi!

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi beli ikan kering dekat shopee. mudah betul sekarang order online je

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »