Wednesday, July 14, 2021

Filem US | The Tomorrow War (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang mendebarkan.. Laju dan ganas gila alien dia.. Hahaha.. Sha tengok sebab ada Chris Pratt je.. Suka tengok aksi beliau walaupun badan dia agak berisi dalam filem ini.. Ke sebab shot tu buat badan dia nampak berisi.. Tak kisahlah janji best layan..

Dunia masa hadapan hancur diserang alien yang tiba-tiba muncul dari dalam tanah di Rusia hingga menyebabkan manusia terpaksa berpatah ke masa lalu untuk meminta bantuan tenaga bagi melawan alien.. Hero seorang cikgu sains yang dah bersara dari menjadi askar.. Bila hero dipilih untuk dihantar ke masa hadapan, hero memang tak sangkalah akan jumpa anak perempuan dia yang jadi saintis dan berusaha mencari kelemahan alien tu.. Masa penghantaran hero ke masa hadapan alat tu terganggu dan diorang jatuh dekat Miami.. Masa ini memang mendebarkanlah.. Bergegar jantung tengok diorang cuba selamatkan diri dari alien.. 

Hero dengan anak dia berusaha mencipta sebatian yang boleh menghancurkan alien tu.. Tanpa diorang sedar, alien betina yang ditangkap tu faham dengan apa yang diorang cuba lakukan.. Alien tu siap panggil geng dia serang makmal tu.. Memang sedihlah bila hero terpaksa tengok anak dia mati dan dia dibawa balik semula ke masa lalu.. Walaupun dah ada sebatian yang mampu membunuh alien tu tapi hero dah tak dapat balik ke masa hadapan.. Macam mana dia nak selamatkan dunia masa hadapan.. Part ini best bila tengok budak yang suka mengkaji gunung berapi berjaya membantu hero..

Ganas gila aliennya.. Tak boleh bau darah dah boleh keluarkan peluru tajam.. Pergh!! Manusia ni makan diorang je..

The Tomorrow War
2021 ‧ Action/Sci-fi ‧ 2h 20m
The world is stunned when a group of time travellers arrive from the year 2051 to deliver an urgent message: thirty years in the future, mankind is losing a global war against a deadly alien species.

4 comments:

  1. bestnya sha citer ni..kena cari nih..tq sha review!

    ReplyDelete
  2. Ok boleh masuk list untuk tengok tengahri nanti.

    ReplyDelete
  3. Waaa. Chris Pratt! Cite gini buat orang nak bersenam je nervous tengok.

    ReplyDelete
  4. Best nampak filem aksi ni. Nampak ganas aliennya tuh. Okay baik nanti nak cari dan tengok

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »