Tuesday, July 27, 2021

Bye Bye Kuarantin!!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semalam encik suami dapat mesej mengatakan hari ini kami dah boleh gunting gelang pink.. Awal 4 hari dari tarikh yang sepatutnya.. Kalau ikutkan memang kami dah lama kuarantin diri sendiri.. Sebelum dipakaikan gelang pink lagi kami dah kuarantin diri di rumah selepas dimaklumkan rakan sekerja encik suami positif Covid19.. Sha sekeluarga mulakan kuarantin kendiri dari 16.07.2021 lagi dan dipasangkan gelang pink pada 22.07.2021 dan pada 23.07.2021 kami dimaklumkan yang result Covid19 encik suami negetif.. Alhamdulillah.. Memang lega sangat-sangat bila dapat tahu encik suami negetif.. Bila ikut SOP yang diberikan, InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja.. 

Bermula dari 16.07.2021 hinggalah hari ini 27.07.2021 kami sekeluarga kuarantin diri selama 11 hari.. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. Apa yang Sha boleh kongsikan disini ialah kita kena pastikan bekalan makanan asas sentiasa ada di rumah supaya bila tiba-tiba kuarantin ini terjadi kita tak menghadapi masalah terputus bekalan makanan.. Pada Sha Covid19 ini boleh kena pada sesiapa sahaja dan bila-bila masa.. Macam kawan encik suami tu, dia sendiri tak tahu mana datangnya virus tu.. Punca boleh ketahuan sebab demam lepas makan durian, dia pergi ke klinik swasta dan doktor suruh buat swab test.. Kalau tak demam memang dia pun tak tahu dia positif.. 

Sha mohon doakan kesembuhan pada rakan sekerja Sha dan keluarga mereka dari kawan-kawan yang baca entry ini, mana tahu ada doa kalian yang dimakbulkan Allah.. Iye ada dua keluarga yang dah disahkan positif manakala satu keluarga lagi anak-anaknya baru buat swab test semalam manakala ayah dan ibunya berada di hospital kerana positif.. Covid19 ini bukan perkara main-main ye.. Ini realiti yang kita kena hadapi sekarang ini.. Semoga Allah permudahkan semua urusan kita dan berikan kesembuhan pada semua yang positif Covid19.. Aamiin..



Bye bye gelang pink

12 comments:

  1. Alhamdulillah, result -ve...lega rasanya..

    alamak..demam lepas makan durian..kdg2 tak tau virus ni dtg dari mana..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sha.. skrg ni mmg risiko sbb kdg tu org yg kita jumpa xde simptom tetiba positif.. rasa nk nangis je bila dpt tau yg mcm ni

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Sha sekeluarga dah habis kuarantin.
    Moga yang masih dijangkiti atau dikuarantin diberi kesembuhan & kemudahan untuk mereka semuanya aamin.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, dah bebas dahh dari gelang pink! Alhamdulillah negatif semuanya. Semoga dipermudahkan segala urusan kak sha dan keluarga. Semoga sihat sihat selalu! :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah syukur tak dak apa2..kena jaga diri sekranag ni..covid di mana-mana

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan semuanya...

    ReplyDelete
  7. Variant delta ni siapa siapa boleh dijangkiti. Alhamdulillah dah habis waktu kuanrantin. Semoga segera sembuh mereka yang positive.

    ReplyDelete
  8. Semoga Kak Sha dan keluarga sihat selalu.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..semoga dipermudahkan urusan kak sha :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Jaga diri kaksha dan jeluarga. Semoga Allah jaga

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah dpt diawalkan pitong gelang tu...take care sha sefamily..

    ReplyDelete
  12. ha'ah kak sha, ada yang saya bac dapat sebab pergi beli ikan dekat pasar je pun. Alhamdulillah kaksha sekeluarga dah habis kuarantin.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com