Monday, July 26, 2021

Filem Korea | Kingdom: Ashin of the North (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang memang dinanti-nantikan buat mereka yang mengikuti drama bersiri Kingdom.. Walaupun pendek tapi isinya padat.. Kali ini Kingdom: Ashin of the North membawakan kisah permulaan bagaimana zombie mula wujud di Joseon.. Semuanya kerana pengkhianatan demi kesenangan hidup.. Ashin anak kepada Ta Hab perisik kerajaan Joseon telah menemui bunga yang boleh menghidupkan orang mati di dalam hutan yang dilarang masuk.. Namun bapanya melarang dia masuk ke hutan itu.. Dalam masa yang sama sekumpulan pencari akar kayu mati dibunuh di dalam hutan tersebut.. Pembunuhnya adalah manusia namun askar mengatakan mereka dibunuh harimau.. Perkampungan Ashin diserang, semua orang dibunuh dan rumah dibakar oleh orang Pajeowi.. Ashin pergi berjumpa dengan askar yang selalu bertemu ayah dia untuk meminta pembalasan dendam pada pembunuh dan dia sanggup buat apa saja untuk askar tu.. Ashin ini dia jadi orang suruhan askar Joseon untuk mengintip pergerakan askar Pajeowi.. Satu hari itu masa dia menyusup masuk ke khemah askar Pajeowi ini dia terjumpakan bapanya yang disangka mati..Askar Pajeowi menyeksa bapa dia dengan sangat teruk.. Masa ini terbongkarlah kisah sebenar.. Baru dia tahu punca kampung dia diserang dan siapa sebenarnya yang bersalah..

Lepas Ashin tahu inilah baru ada babak zombie.. Tetaplah zombienya berlari laju mengejar mangsa.. Memang tak lama babak zombie ini tapi penceritaan kali ini mengundang kesedihan.. Memang kesian sangat dengan watak Ashin ini.. Zombie dia macam biasalah ganas dan laju.. Pantang bau darah je mulalah mengejar..


Special: Kingdom: Ashin of the North
Also Known As: Kingdom: Asin , Kingdom: Tale Of Ashin, Kingdom: Warrior of Ashin, Kingdom Epilogue, Kingdeom Wijeon: Asin, Kingdeom Oejeon: Asin
Screenwriter: Kim Eun Hee
Director: Kim Sung Hoon
Genres: Action, Thriller, Historical, Horror, Drama, Zombies
Country: South Korea
Episodes: 1
Aired: Jul 23, 2021
Aired On: Friday
Original Network: Netflix
Duration: 1 hr. 32 min.
A sidequel from Kingdom season two and a backstory about the mysterious character Lee Chang's group encountered on their journey north to discover the origins of the infected. Ashin will unveil the mystery behind her identity. The new story will detail what had happened to Ashin in the past in the northern region and how the two characters' fates intertwined.
(Source: HanCinema)

6 comments:

  1. Menarik ni, boley tgk nih, lnie bukak netflix pun jenuh scroll je xtaw nk tgk cerita apa..

    ReplyDelete
  2. Ada nmpk di netflix...genre zombie ke..huhu..

    ReplyDelete
  3. mati-mati ingat yg dkt poster tu Bae Suzy --' Banyak juga short review kawan cakap yang ni kurang sikit. Ain tak pernah tengok. Mungkin one day hehe

    ReplyDelete
  4. Ashin la punca zombi wujud kann, tapi dia buat tu sebab dendam atas kematian ayah dan orang kampung dia. Memang kesian dengan ashin ni hehehe

    ReplyDelete
  5. Saya baru nak layan movie ni tapi kena layan dari 1 lah baru faham jalan ceritanya.

    ReplyDelete
  6. nampak jugak haritu dekat netflix tapi tak tengok sebab special episode je

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com