Thursday, July 10, 2025

Korean Variety | Fresh off the Sea S2 (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aktor tetap untuk rancangan ini ialah Yeom Jung Ah dan Park Joon Myun.. Mereka berdua ini ada dalam musim pertama dan musim kedua ini.. Dua lagi ahli baru ialah Im Ji Yeon dan Lee Jae Wook.. Dua-dua ini comel dan sellau bergaduh.. Memang kelakarlah tengok diorang dua ini.. Sha suka tengok Im Ji Yeon makan, semangat betul dia.. 

Episod pertama mereka memang betul-betul mencabar.. Kena ke tengah laut dengan kapal yang besar.. Awal tu semuanya okay ja tapi tiba-tiba Lee Jae Wook diserang mabuk laut, kemudian Im Ji Yeon mabuk laut dan akhirnya Yeom Jung Ah pun.. Tapi tetaplah mereka berkerja menarik pukat, mengasingkan ikan dengan penuh semangat.. Mereka dibayar 200 dolar, diberikan sotong dan ikan.. Memang berbaloilah.. Masuk pertengahan episod 1 dan 2, kita boleh tengok menu hasil kerja keras mereka.. Memang mengiurkanlah.. Lee Jae Wook sanggup belajar membuat sashimi semata-mata nak impress ahli-ahli lain.. Memang dasyatlah.. Hujung episod 2 mereka kena ke ladang pengeringan ikan pollack dan masa ini dah ada tetamu yang menanti mereka..

Episod 3 ini bayaran kerja mereka ialah sebatang kayu penuh pollack ialah 4 dolar, jadi memang kena kerja keraslah kalau nak dapat banyak duit.. Masa ini tetamu diorang Lee Jung Jae dah mula menolong.. Siap ada kudap-kudapan untuk diorang makan dan sambung semula kerja.. Masing-masing semangat sebab ada sasaran yang nak dicapai.. Lepas tu diorang pergi main luncur ais, yang paling seronok dah tentulah Lee Jae Wook dengan Im Ji Yeon..

Episod 4 mereka bersama tetamu bersiar-siar dan makan angin selepas melakukan sukaneka untuk mendapatkan duit.. Kemudian di episod 5 mereka perlu menuai rumput laut sebelum ke rumah baru di tepi laut.. Memang deralah nak angkat rumpai laut tu.. Berat kot sebab basahkan.. huhuhu.. Masa ini tak ada tetamu, hanya mereka berempat sahaja.. Awal episod 6 kita akan dihidangkan dengan menu menarik menggunakan rumpai laut.. Bayangkan diorang masak pasta guna rumpai laut.. Memang lain macam.. Lepas tu diorang buat rumpai laut kering menggunakan rumpai laut yang mereka dapat.. Penghujung episod 6 diorang kena menuai tiram bersama tetamu baru iaitu Yoon Kyung Ho dan Kim Jae Hwa.. 

Bukan mudah kerjanya.. Namun hasilnya memang lumayanlah.. Bukan sahaja perlu menarik keluar tiram, mereka juga perlu mengopek dan mengeluarkan isi tiram.. Ini semua dilakukan di episod 7.. Selain dapat bayaran, mereka juga dapat tiram, ikan dan rumpai laut segar.. Episod 8 mereka meminta Kyung Ho membawa Joon Myun untuk berjalan sementara yang lain membuat persiapan bagi menyambut hari lahir Joon Myun..

Episod 9 mereka bermula dengan menuai daun bawang berempat sahaja.. Tetamu mereka iaitu Kim Hye Yoon muncul di awal pagi secara kejutan buat mereka.. Episod 10 mereka ke laut menangkap sotong kurita kuning.. Mereka naik 2 kapal dimana Hye Yoon, Jae Wook dan Jung Ah dalam kapal yang sedikit moden tapi perlukan kepantasan dalam mengeluarkan sotong kurita.. Manakala Ji Yeon dan Joon Myun pula berada atas kapal yang manual dan perlu menggunakan lebih tenaga dalam menarik tali yang mengandungi sotong kurita.. Tak mudah ya bila melihat nelayan ini berkerja..

Episod 11 mereka berlima bersiar-siar dan makan.. Kemudian pada pertengahan episod Dex muncul sebagai tetamu terakhir.. Mereka berkerja bersama-sama menuai sawi dan mendapatkan hasil yang lumayan.. Dex balik pada awal episod 13.. Kali ini hanya Jung Ah dan Ji Yeon yang perlu berkerja di laut mengutip ikan belanak.. Episod akhir yang menarik, dimana mereka masak bersama-sama untuk sambutan hari lahir Jae Wook..

TV Show: Fresh off the Sea Season 2
Also Known As: Eonnine Sanjijiksong 2, Eonnine Sanjijiksong Sijeun 2, Fresh off the Sea 2, Sisters Direct Delivery Season 2, Sisters Freshly Delivered From The Mountains Season 2
Genres: Food, Life
Country: South Korea
Episodes: 13
Aired: Apr 13, 2025 - Jun 22, 2025
Aired On: Sunday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 30 min.
The second season of Fresh Off the Sea is back with a historic event and delicious seasonal ingredients! Yeom Jung Ah, Park Joon Myun, Im Ji Yeon, and Lee Jae Wook present a seasonal meal of four siblings in a green fishing village!

Wednesday, July 9, 2025

All Joy Nougat Crisp Cookies & Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka pula makan nougat ini.. kikiki.. Rasa biskut tu memang ngamlah.. Bolehlah nak kunyah-kunyah, tak manis sangat.. Makin banyak nougat macam ini dijual pelbagai jenama dan juga rasa.. Sha pun suka ja.. Anak-anak Sha suka juga..

All Joy Nougat Crisp Cookies & Cream (200g) - RM7.79

Isi dalm 1 pek tu ada 20pcs

Ini keratan rentas dia..

Korea | Nocturnal (2025)

Assalmualaikum..
Hye semua..

Seok Tae mati dan isteri dia Moon Yeong pula hilang tanpa dikesang.. Abang Seok Tea, iaitu Bae Min Tae mula menyiasat.. Polis jenayah berkerjasama dengan polis narkotik untuk siasat kematian Seok Tea sebab ada penglibatan dadah.. Pada masa yang sama seorang penulis buku turut menyiasat ini kerana kematian Seok Tae menyerupai jalan cerita novel beliau bertajuk Nocturnal.. Tapi sebenarnya ada rahsia lain di sebalik kematian Seok Tae tu.. Cumanya si abang yang menyiasat tu macam tersalah arah sebab diselubungi dendam.. Tapi bila kebenaran terbongkar, memang ngamlah akibat dia pada pelaku sebenar.. Menariklah cerita dia, walaupun sedikit gelap..

Movie: Nocturnal
Also Known As: Beulokeun, Broken, Night Trip
Screenwriter & Director: Kim Jin Hwang
Genres: Thriller, Mystery, Drama
Country: South Korea
Release Date: Feb 5, 2025
Duration: 1 hr. 39 min.
One day, his only brother, Seok Tae, returns as a corpse. And his wife, Moon Yeong, disappears. On the night his brother dies and truth falls asleep, fury awakens. Bae Min Tae, who is searching for clues to the case, meets a novelist, Kang Ho Ryeong, who is following the same trail as him and learns that his brother's death was predicted in his bestseller, "Night Trip".

In the midst of the confusion between the tangled truths, the organisation his brothers were involved in and the police intervene, chasing each other, and Min Tae begins to pursue fury to uncover the truth about the night his brother died.

Magnolia Hershey's Chocolate Almond Stick

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap betul asikrim yang ini untuk tekak Sha.. Mungkin sebab potongan badam dia banyak, tu yang seronok dimakan.. Aiskrim coklat dia pun padu ditambah pula dengan salutan coklat yang agak tebal tu.. Memang boleh beli lagilah.. Cuma tu lah, kena beli dekat Segi.. Kadang tu banyak, kadang tu langsung tak ada..

Magnolia Hershey's Chocolate Almond Stick (64g) - RM4.20

Banyakkan ketulan kacang badam dia..

Aiskrim perisa coklat yang ada Salutan coklat dan kacang badam.. Mantap..

Tuesday, July 8, 2025

China | My Boss (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini pun drama yang dibuat berdasarkan Marry My Husband.. Cumanya versi yang ini lebih segar dan kelakar.. Heroinnya lebih ganas dan comel lepas patah balik ke masa lalu.. Musuh dia saling tak berkait.. Musuh zaman sekolah yang buli dia lain.. Yang rebut kekasih dia, adik tiri dia.. Keluarga dia agak toksiklah juga.. Lepas tu watak yang tolong dia mak kepada CEO.. CEO dengan heroin ini pernah jumpa masa kecik dulu.. Heroin selamatkan CEO ini dari kena culik tapi bila dah besar, heroin kerja dengan CEO ini jadi pembantu peribadi.. Memang kelakarlah.. Plot dia lain sikitlah tapi masih seronok di tonton.. Sha tengok dekat youtube ja.. Tajuk dekat Youtube After rebirth, I married the scumbag's mortal enemy.. 

Drama: My Boss
Also Known As: The Fierce Iron Fist, Xiong Xiong De Tie Quan
Genres: Comedy, Romance, Drama, Fantasy
Country: China
Episodes: 80
Aired: May 28, 2024
Duration: 2 min.
Li Shan Shan was tortured to death by the scumbag and her stepsister. It was so exciting to relive the whole life and torture the scumbag all the way! This time she turned around and flirted with a billionaire CEO, and the CEO husband couldn't stop pampering her!

~~ Adapted from the web novel "Marry My Husband" (내 남편과 결혼해줘) by Seong So Jak (성소작). ~~

Biscoff Sandwich: Milk Chocolate & Vanilla

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumpa juga saiz kecik.. Sha beli sebab saiz dia comel.. Mudah nak bawa bubuh dalam beg tangan.. Sekali makan ja 1 pek comel ini.. Biskut ini kalau tak ada inti, sedap ja tapi manis.. Tak boleh makan selalu..

Biscoff: Milk Chocolate (50g) - RM3.90
Biscoff: Vanilla (50g) - RM3.90

Biscoff: Milk Chocolate - Ada 5 pcs ja dalam dia.. Memang sekali makan je lah.. Biskut biscoff ini memang manis kalau tak ada inti pun jadinya bila dia bubuh inti coklat kat dalam tu, tak berapa rasa coklatnya.. Biskut dia terlalu menyerlah dan inti tu tenggelam begitu sahaja.. Rasa macam makan biskut dia tanpa inti coklat..

Biscoff: Vanilla - Sama ya isi dia.. Ada 5 keping.. Kali ini bila makan tu memang adalah rasa vanila tu walaupun tak kuat mana tapi terasalah di lidah.. Cumanya sama juga macam inti coklat, yang ini pun manis dan rasa biscoff tu kuat cuma vanila tu masih menonjol walaupun tak banyak.. Gitu.. kikiki.. Setakat nak rasa bolehlah, tapi kalau makan selalu memang tak baguslah.. Manis biskutnya ditambah pula dengan inti dia jadi berganda manisnya..

China | Miss Jiang's Counterattack (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini versi drama mini dari China di buat berdasarkan drama Korea bertajuk Marry My Husband.. 2 jam lebih ja.. Sha tengok dekat Youtube dengan tajuk Cinderella was accidentally reborn as CEO's wife, she took revenge on the scumbag and the mistress!..

Plot awal drama dia lebih kurang ja cuma versi yang ini heroinnya ada kakak dan kakak dia pun dibunuh oleh kawan baik dia bila kakak dia terjumpa teman lelaki dan kawan baik heroin dating.. Cuma bila dia mula semula, bahagian yang dia kena kanser dan kena bunuh tu pergi ke kakak dia.. Mujurlah heroin sempat selamatkan..

Adalah beberapa babak yang diorang tukar, tapi okay ja jalan cerita dia.. Bolehlah layan suka-suka.. kikiki.. Sha rasa macam ada beberapa tajuk lain yang lebih kurang dengan cerita Marry My Husband dekat youtube dengan pelakon yang berbeza..

Drama: Miss Jiang's Counterattack
Bai Tuo Qin Ai De Qing He Wo Lao Gong Jie Hun, Jiang Xiao Jie De Fan Ji, Please Marry My Husband
Country: China
Episodes: 67
Aired: May 1, 2024
Duration: 2 min.
In her first life, Jiang Wan Wan married someone else and ended up dying. Her best friend and her husband teamed up to kill her. In her second life, she was reborn ten years ago and fought back, binding her husband and best friend in her previous life together in advance to fight back and take revenge. Fu Yun Sheng was also reborn, helping Wan Wan teach the scumbag a lesson and refuting the girl's rumours. Wan Wan doesn't know that he is here to save her, which is a complete redemption plot.

~~ Adapted from the web novel "Marry My Husband" (내 남편과 결혼해줘) by Seong So Jak (성소작). ~~

Monday, July 7, 2025

All Joy Nougat Crisp Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nougat ini perisa coklat dengan ketulan biskut di dalamnya.. Memang crispy lah bila dikunyah.. Terasa coklatnya walaupun tak adalah kuat sangat.. Tapi okaylah buat kunyah-kunyah.. Sha beli di Shopee ja.. Tak pernah nampak pula di pasaraya..

All Joy Nougat Crisp Chocolate (200g) - RM7.79

20pcs

Perisa coklat dengan ketulan biskut..

Cemey Lagi Kuda Merah Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru ja ganti lampu kuda merah belah kiri, 2 minggu lepas belah kanan pula terbakar.. 
Mujurlah encik suami ada spare mentol lampu.. Encik suamilah tukar kan lepas beliau balik dari Terengganu.. 2 hari jugalah Sha bawa kereta dengan lampu sebelah ja menyala.. Memang risaulah tapi nak buat macam mana, nak tukar sendiri tak pandai.. Nak pergi kedai tak sempat sebab Sha kerja, balik pun dah lewat.. Memang tunggu encik suami baliklah baru tukar.. Lepas tu encik suami suruh beli dekat shopee ja mentol lampu ini.. Lagi murah dan terang.. Persediaan untuk kecemasan.. Harga dia 2 biji dah sama macam harga sebiji yang Sha beli sebelum ini..

PHILIPS Standard Halogen Bulb H7 (12V 55W H7) - RM23.90 (2pcs)

Rezeki Durian Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu malam, encik suami bawa balik 3 biji durian.. Alhamdulillah, rezeki lagi.. Baru berkira-kira nak beli sebiji, dua.. Durian kali ini mak saudara encik suami yang bagi.. Merasalah makan durian lagi, tanpa membeli.. Anak-anak jamah juga tapi seulas dua ja.. Selebihnya memang Shalah yang makan.. 2 minggu ini meriahlah rumah dengan bau durian.. Nak makan sekaligus memang tak bolehlah.. Jadinya buka dan isi dalam bekas, senang nak makan..

Memang musim durianlah kan sekarang.. Sepanjang jalan nak ke pejabat, balik rumah meriah orang berjual.. Harga paling murah dekat tempat Sha ini RM7 sekilo.. Selebihnya memang RM10, RM12, RM15 sekilo.. Mahal dari tu pun ada.. Kalau ada harga memang syoklah, yang tak syoknya bila pamer durian tapi tak bubuh harga.. Biasanya kalau tak ada harga ini, tengok ja lah..

3 biji durian.. Besar-besar juga buahnya..

Sebekas isi durian.. Ini baru kopek sebiji ja.. Memang besarlah, isinya warna putih, manis dan tebal.. Puas makan.. 

Ini pula sebekas lagi dari dua biji durian.. Kali ini isinya tak banyak tapi besar-besar.. Satu isinya putih dan yang satu lagi kuning.. Rasa yang kuning tu lagi berlemak dari yang putih.. 

Sunday, July 6, 2025

India | Blind Spot (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rumit betul kes ini.. Awal mayat Divya dijumpai, suami dia disyaki.. Tapi lepas soal siasat, anak kepada pembantu rumah mengaku terbunuh tanpa sengaja disebabkan marah kerana mak dia sellau dihina.. Tapi bila mayat dibawa untuk bedah siasat, doktor jumpa racun.. Polis siasat balik dan jumpa pelaku yang kedua, seorang budak.. Baru nak tenang, rupanya apa yang budak tu bagi tak boleh bunuh orang pun.. Sebatian dadah yang dijumpai bukan sebarangan.. Pembunuhnya profesional.. Vikram buntu, jenuhlah menyiasat tiba-tiba makmal forensik terbakar pula.. Masa ini barulah Vikram jumpa pembunuh sebenar.. Motifnya memang tak disangkalah.. Plot twist betul..

Blind Spot
2025 ‧ Crime/Mystery ‧ 1h 31m
Officer Vikram investigates when Divya's apparent suicide turns into a murder case. He must navigate through suspects including her husband, stepchildren, and maid as he uncovers secrets and lies.

7-Eleven Chili Lime Cashew Nuts

Assalamualaikum..
Hye semua..

7E pun dah mula keluarkan kacang berperisa.. Ini Sha beli masa promosi.. Menarik tau rasa dia sebab digabungkan dengan rasa cili dan limau.. Memang syoklah makan.. Tak sedar habis sebungkus.. Bayangkan rasa pedas tu bergabung dengan rasa masam, memang ngamlah.. Tak pelik sebab seimbang ja rasa dia..

7-Eleven Chili Lime Cashew Nuts (40g) - RM4.72

Ini rupa kacangnya, tak nampak sangat cilinya.. Tapi rasa tu ada..

US | The Old Guard 2 (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan dari filem The Old Guard (2020).. Cumanya dia tak bermula dekat saat Booker jumpa Quỳnh tapi masa Quỳnh diselamatkan oleh Discord.. Lepas tu kita dibawa ke babak dimana Andy dan kawan-kawan dia tengah buat misi mengerjakan penyeludup senjata.. Kemudian Nile ceritakan mimpi dia tentang Discord cumanya masa ini diorang belum tahu siapa Discord ini.. Lepas tu baru kita akan kembali ke babak Booker jumpa Quỳnh..

Filem kali ini juga barulah tahu asal usul diorang ini dan juga kemunculan Tuah.. Mantapkan nama dia.. Discord ini manusia immortal pertama dan Nile pula adalah manusia immortal yang terakhir.. Nile ini ada kuasa untuk memanusiakan semula mereka yang immortal dengan mencederakan mereka.. Jadinya Discord ini nak gunakan Nile tapi tak berjayalah sebab Nile ini setia dengan Andy dan Booker pula nak jadi manusia biasa semula serta mengalihkan kuasa dia ke Andy..

Hujung-hujung tergantung lagi.. huhuhu..

The Old Guard 2
Taglines: Eternity has a price.
2025 ‧ Action/Adventure/Fantasy/Thriller ‧ 1h 45m
Andy leads immortal warriors against a powerful enemy threatening their group. They grapple with the resurfacing of a long-lost immortal, complicating their mission to safeguard humanity.

Saturday, July 5, 2025

Pertandingan Khat IKK

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali Imani sertai pertandingan Khat bagi mewakili sekolah agama.. Adalah pengalaman untuk Imani.. Ustaznya tengok dia berkebilehan, tu yang pilih.. Kami okay ja.. Kalau ikut Imani dia nak masuk nasyid tapi ustaznya minta dia buat khat.. Kalau Imani fokus memang boleh pergi jauh.. Sha dengan suami bagi ja sokongan.. Pertandingannya hari pagi tadi di SRA Serendah.. Ini pengalaman pertama Imani dalam pertandingan khat dengan persediaan yang tak seberapa.. Latihan pun baru ja lagi..

Seawal jam 6.12 pagi dah gerak hantar dia ke sekolah agama.. Pergi dengan ustaz dan ustazah.. Sha datang kemudian.. 

Masa Sha sampai Imani tengah tunggu pengadil kira markah.. Alhamdulillah Imani dapat tempat kelima.. Boleh asah lagi bakatnya tu.. 

UK | Tornado (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ingatkan adalah babak yang mengancam macam lawan-lawan ke tapi tak ada pun.. Kisahnya seorang budak perempuan nama Tornado nampak seorang budak lelaki curi 2 guni emas dari penjahat.. Tornado ikut budak tu dan sorokkan budak tu bawah kereta kuda dia.. Salah seorang penjahat tu nampak perbuatan Tornado tu tapi dia diam ja sebab nak mengkhianat.. Penjahat ini kejar kereta kuda Tornado tapi tak jumpa pun emas tu sebab Tornado dah sembunyikan tapi tanpa Tornado tahu, bapa dia dah alihkan ke tempat lain.. Bapa dia sempatlah bagi klu dekat Tornado sebelum dibunuh penjahat.. Akhirnya Tornado ambil tindakan bunuh penjahat-penjahat tu semua selepas buang emas ke dalam tasik..

Tornado
2025 ‧ Adventure/Action/Drama/Thriller ‧ 1h 31m
When her father's puppet samurai show gets ambushed by a notorious gang, Tornado vows to seek vengeance and forge her own destiny by stealing their ill-gotten gold.

VICO Salted Caramel

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Menarik rasa air coklat ini.. Pekat betul air dia.. Bila tuang ja air panas, semerbak bauk coklat dan karamel masin tu.. Rasa dia pun ngam.. Tak adalah pelik ke apa.. Bolehlah buat layan pagi-pagi.. Sha jarang beli vico ini, bila nampak ada gabungan dengan karamel masin ini, cubalah beli.. Boleh tahan..

VICO Salted Caramel (12 X 32g) - RM11.95

Pekat ya air dia dan ada bau karamel masin tu..

Friday, July 4, 2025

Borong Jeruk Pak Ali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Teringin nak makan jeruk jenama Pak Ali, jadinya Sha pun belilah dari shopee.. Nak ke Pulau Pinang tak tahu bila.. Tempat Sha pun tak ada kiosk yang menjual jeruk Pak Ali ini.. Berbaloilah untuk Sha beli dari shopee.. Pembungkusan dia pun kemas, Sha tambah RM3 untuk 1 meter lebih plastik bubble.. Sha suka jeruk mangga kuning jenama Pak Ali ini sebab tak sakit tekak bila makan.. Sha kurang minat beli yang campur-campur tu.. Beli juga betik tu sebab teringat zaman sekolah dulu suka makan.. Pic merah tu pun sebab teringat zaman sekolah.. Kalau makan tu mesti merah bibir.. Sha beli yang tak ada biji, kunyah terus telan.. Cuma Sha rasa yang pic merah tu macam terlalu lembut, tak rangup sangat macam zaman sekolah dulu.. Sha ada beli juga jus keluaran Pak Ali ini, nanti Sha review..

Sha beli 3 jenis jeruk..
Mangga Kuning (1kg) - RM19.89
Betik (250g) - RM6.00
Pic Merah tanpa biji (500g) - RM8.99

Jack n Jill | Cloud 9 Crispy Crunch Pretzel

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumpa juga dengan perisa baru dari Cloud 9 ni.. Kali ini dalam bar coklat tu ada kepingan pretzel dan juga biskut.. Memang rangup ya.. Tak macam biasa malah ketulan pretzel tu tak adalah menonjol sangat.. Rasa macma lebih kurang ja dengan biskut tu.. Tapi okaylah sebab rangup.. Layan ja makannya..

Jack n Jill | Cloud 9 Crispy Crunch Pretzel (144g) - RM8.50

Isi dalam 1 pek tu ada 12 pek comel.. 

Keratan rentas coklat..

ebook | Tingkat Tujuh (Kumpulan Kisah Seram Vol 1) oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada 6 cerpen seram dalam ebuku ini.. Bermula dengan kisah seperti di tajuk iaitu Tingkat 7 dan berakhir dengan kisah bertajuk Tidak Bertempat.. Setiap cerita ada pengajarannya.. Paling terkesan pada Sha adalah Jangan Kacau, Mak dan Assalamualaikum, Adam.. Jangan Kacau Mak, tu mujurlah jirannya prihatin.. Kalau tak, entahlah itupun dah terlambat.. Assalamualaikum Adam tu pula kisah si anak yang tersesat masuk dalam ajaran sesat.. Mujurlah ayahnya peka, kalau tak memang tak tahulah apa jadinya.. Anak-anak ini memang nak kena sellau di pantau risau tersasar..

Sha baca dan selesai pada 01.07.2025..

Published August 9, 2024 by Batcha Enterprise

Thursday, July 3, 2025

Black Peanut Crispy Candy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab kacang.. Ingatkan memang hitamlah intinya.. Tak pun.. Adalah bintik bintik hitam.. Kacang tanah hitam tapi bila dah proses jadi kelabu ja.. Sedaplah sebab kacang tanah hancur dan disaluti gula nipis.. Memang sekejap ja habis.. Isi pun tak adalah banyak mana dalam satu pek tu.. Sesuailah dengan harga dia.. Kalau bahagikan seketul tu dalam 33 sen ja.. Bolehlah kan.. 

Black Peanut Crispy Candy (117g) - RM2.60

8 ketul..

Ini isinya.. Tak adalah hitam pun..

US | Ballerina (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengok sebab ada gambar Keanu walaupun tahu Keanu muncul sekejap ja.. Ceritanya memang ganaslah sama macam John Wick.. Hahaha..

Ballerina ini tentang Eve yang kehilangan ayah akibat satu kumpulan Cultist yang tidak membenarkan seorang pun ahli dia dari keluar.. Mati ja baru boleh keluar.. Bila ayah Eve ni mati, kumpulan Ruska Roma ambil Eve dan besarkan dia.. Eve ini membesar sebagai Ballerina dan pembunuh upahan.. Masalah Eve ini dia nak cari Cultist yang bunuh bapa dia untuk balas dendam.. Masa dia cari maklumat pasal Cultist, ada orang bagi dia amaran tak ada siapa yang hidup dalam pencarian kumpulan Cultist ini.. Bila Eve sampai perkampungan Cultist ini barulah faham kenapa tak ada yang hidup.. Memang ganas gila tau..

Sha suka babak bila watak utama berlawan dengan Keanu.. Nampaklah masing-masing struggle tapi masih ngamlah babak berlawan tu.. Sempatlah tengok John Wick beraksi juga..

From the World of John Wick: Ballerina
2025 ‧ Action/Thriller ‧ 2h 5m
Trained in the assassin traditions of the Ruska Roma, Eve Macarro takes on an army of killers as she seeks revenge against those responsible for the death of her father.

Bengkel Pemasaran Digital Perpustakaan: Peranan ChatGPT dan Generative AI Sebagai Strategi Pintar Dalam Pemasaran Digital Perpustakaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bengkel yang menarik.. Bermula dengan survey penggunaan AI di pejabat dan diteruskan dengan maklumat mengenai AI.. Bengkel yang menarik.. Banyak juga aplikasi AI yang pertama kali Sha dengar tapi disebabkan kekangan internet dan ram komputer, tak adalah Sha cuba.. Jenuh dengar bengkel bila kejap ada internet, kejap tak ada.. Kejap ada suara penceramah, kejap hilang.. Tapi bengkel ini memang menariklah.. Kalau gunakan AI dengan betul, mudahlah kerja kita tapi kalau salah guna memang padahlah.. Berpada-pada orang kata..

Dapat 2 hari lagi kursus untuk dimasukan dalam HRMiS..

Tajuk: Bengkel Pemasaran Digital Perpustakaan: Peranan ChatGPT dan Generative AI Sebagai Strategi Pintar Dalam Pemasaran Digital Perpustakaan
Tarikh: 1 - 2 Julai 2025 (Selasa & Rabu)
Masa:  9.00 pagi - 4.30 petang
Pencermah: Encik Khairul Asyrani Bin Sulaiman
Medium: Google Meet
Anjuran: Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Wednesday, July 2, 2025

Rezeki Sebekas Durian

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Amani bawa balik sebekas durian.. Katanya mak pengasuh bagi untuk Sha.. Selalu Sha beli dekat suami akak ini tapi tahun ini buah tak banyak tu yang suami akak ini tak buka order.. Jadinya dapatlah sebekas durian.. Alhamdulillah.. Rezeki.. Dekat rumah ini, Sha seorang ja yang beria makan.. Anak-anak ini makan tapi tak adalah beria.. Semalam offer tak ada pun yang nak.. Encik suami pula memang tak makan sejak durian di jual timbang kilo..

Sebekas durian yang mengancam

Rawatan Lanjut Selepas Dicakar Kucing

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha rasa badan tak sedap, jadinya Sha ke dapatkan rawatan lanjut susulan Dicakar Kucing.. Doktor bagi Sha suntikan ATT dan juga antibiotik.. Lama tak kena cucuk ubat, sakit wei.. Hahaha.. Ingatkan macam cucuk amik darah ja.. Memang terasalah ubat tu mengalir masuk.. Demi kesihatan dan keselamatan.. Misinya sekarang kena habiskan antibiotik..

Kenalah cucuk di bahu..

Dapat juga antibiotik yang perlu dihabiskan dalam tempoh 7 hari..

Dicakar Kucing

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha kurang bernasib baik.. Malam tidur tak berapa lena.. Bangun dalam keadaan mamai nak masak untuk bekal anak dan diri sendiri.. Tengah nak sangkut kuali, tangan Sha dicakar kucing hitam.. Kucing ini memang selalu duduk depan tingkap dekat sinki dapur Sha.. Selalu ja dia cuba nak cakar tapi Sha sentiasa hati-hati tapi pagi ini Sha terleka, memang kenalah.. Banyak juga darah yang keluar.. Dalam juga cakaran dia.. Encik suami tekan lama bahagian yang dicakar tu untuk hentikan darah sebelum sapu minyak gamat dan bubuh plaster luka.. Terus rasa ngantuk.. hahaha.. Kalau boleh memang nak EL ja pagi tapi cam kelakar pula.. Jadinya pergilah juga kerja walau masih terkejut..

Tajam betul kuku dia.. huhuhu..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com