Tuesday, February 4, 2025

Ujian Holter di KPJ Rawang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susulan temujanji encik suami pada 11 Disember 2024, Sha bawa encik suami ke KPJ Rawang untuk buat ujian Holter.. Rujukan dari Hospital disebabkan bacaan nadi tak berapa cantik.. 

Sha buat panggilan telefon terlebih dahulu ke KPJ Rawang untuk dapatkan butiran awal mengenai tatacara dan bayaran.. Melalui panggilan telefon, Sha berjaya dapatkan maklumat mengenai bayaran konsultan dan bayaran untuk ujian holter.. Sekiranya ada keputusan ujian darah dan bacaan ecg dari Hospital, boleh bawa sekali termasuk ubat-ubatan..

Doktor di KPJ akan buat rundingan terlebih dahulu sebelum pakaikan alat untuk ujian holter.. 

Sampai jam 9.30 pagi.. Giliran ke empat jumpa doktor.. Sampai awal, kenalah tunggu sekejap sebab doktor mulakan rawatan dan rundingan jam 10.30 pagi.. Kira okaylah menunggu sebab dalam hawa dingin dan kerusi selesa.. Bayar mahalkan.. 

Selepas rundingan, doktor minta untuk pergi buat ujian darah, air kencing dan ECG.. Keputusan yang kami bawa dari Hospital dah lama sangat.. Makanya menunggulah kita.. Bawa ja kertas ini ke makmal, sebut nama dan tarikh lahir pesakit.. Pantas.. Mula-mula kena pergi makmal untuk ujian air kencing dan darah.. Lepas tu buat Echo dan pasang alat untuk ujian Holter tu..

Pakai alat tu 5 hari, Sabtu nanti pulangkan balik.. 

Bacaan darah untuk kolestrol cantik, gula ja masih tinggi.. Echo pun okay ja, cun.. Jadinya kenalah tunggu keputusan holter tu lagi dua minggu.. Bayaran untuk semua ini RM2600 lebih.. huhuhu..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com