Assalamualaikum..
Hye semua..
Belum Ramadan tapi biskut raya dah mula dijual.. Sha dah lama nak cuba siri almond london ini tapi tak terjumpa seller yang bagus.. Ini kebetulan ada rakan sekerja yang jual dan siap bagi diskaun RM2.. Harga asal RM32 tapi dia jual RM30 ja.. Cuma tak cukup 1 rasa ja lah.. Almond Ruby tak ada katanya.. Tapi okay ja pada Sha.. Satu bekas ini ada 6 rasa yang pelbagai.. Sajalah kita cuba, nak beli untuk Syawal? Entahlah..
Premium Almond London Series - RM30 (19pcs)
Almond Tiramisu - Paling sedap dan menarik.. Sha suka sebab rasa tiramisu dia tu..
Almond London - Rasa klasik yang mewah dan tak dijangka..
Pistachio London - Rasa pistachio yang mengancam dan sedap..
Almond White Chocolate - Sha jangkakan rasa dia akan manis sebab guna coklat putih tapi sebaliknya.. Rasa dia ngam-ngam ja bila dimakan dengan biskut dan kacang badam tu..
Almond Matcha - Menarik rasa dia.. Betul-betul tak dijangka..
Pecan London - Sha tak boleh nak kata apa selain sedap.. kikiki..
wahh semua dalam satu. sedap tu
ReplyDelete