Monday, January 12, 2026

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2026 #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semangat betul Imani cerita nama dia kena panggil dekat perhimpunan sebab datang awal.. Elok lepas nama dia, nama Amani pula dipanggil.. Terus cikgu tu cakap, adik beradik ini.. Gelak nesar Sha dengan encik suami dengar Amani dan Imani cerita.. Nama mereka ini antara yang terawal hadir ke sekolah pagi tadi.. Memang awal pun Sha hantar.. 6.30 pagi dah keluar dari rumah, sampai sekolah jam 6.45 pagi.. Nampaklah mereka tulis nama dekat pagar masuk sekolah.. Satu usaha yang sangat menarik pada Sha dalam menggalakkan pelajar hadir awal ke sekolah..

Dapat set alat tulis.. Alhamdulillah..

Magnolia Hazelnut Choco

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap aiskrim coklatnya bila dipenuhi dengan ketulan coklat cup dan kacang hazel.. Bila makan tu baru ada bau kacang hazel tu.. Bau dia tak adalah kuat.. Rasa dia memang ngamlah untuk yang nakkan kelainan.. Kira menariklah bila kunyah tu ada rasa coklat cip dan kacang hazel.. Memang ngamlah.. 

Magnolia Hazelnut Choco (750ml) - RM10.99

Aiskrim coklat dengan ketulan coklat cip dan ketulan kacang hazel..

Meriah sebenarnya dengan ketulan coklat cip dan kacang hazel tapi tak nampak sangat sebab kat bahagian dalam.. Hitam-hitam tu coklat cip tau..

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha ambil cuti khas untuk hari pertama anak-anak masuk sekolah.. Tambahan pula tahun ini merupakan tahun pertama untuk Imani ke sekolah menengah.. Kira istimewalah sebab mulai 2026, tak ada dah sesi sekolah petang dah.. Sha tak payah bayar duit van dah.. Anak-makin dewasa.. Mulai esok Amani dan Imani kena berdikari.. Terasa sekejapnya masa berlalu.. Makin besar anak-anak, makin tua Sha.. 

Pagi masa hantar ke sekolah, kemain semangat dan teruja Imani.. Tak sabar-sabar dia nak masuk sekolah.. Sha bekalkan mereka dengan roti telur dan air masak.. Pagi ini Imani kena serahkan kad gigi (hijau), borang kebenaran rawatan gigi dan borang kebenaran mengambil gambar/video kepada guru kelas dia.. 

Ke sekolah menengah dah dia.. Mak yang sedih, kejap betul masa berlalu..

Amani dan Imani, bersedia nak ke sekolah..

Sunday, January 11, 2026

Hudson's Eumenthol Jujubes: Honey Lemon & Original

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mujurlah Sha ada beli Hudson ini bulan lepas.. Encik suami batuk-batuk.. Bila dia makan gula-gula ini, lega sikit tekak dia.. Sha pun lupa Sha ada gula-gula ini.. Bila encik suami minta gula-gula berangin, baru teringat gula-gula ini.. Memang baguslah gula-gula ini sebab dia melegakan tekak dan memberikan nafas yang segar.. Memang ngamlah untuk mereka yang batuk-batuk..


Warna coklat tu rasa lemon madu dan yang merah tu original.. Gula-gulanya jenis kenyal tau macam gummy..

Persiapan Sekolah Sesi 2026 #3

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini ada beberapa item yang Sha terlupa beli.. Mujurlah teringat awal.. Kalau tak memang lagi kalutlah.. 

Boleh pula Sha tertinggal beli kalkulator ini untuk anak-anak.. Walhal kakak Amani dah maklumkan Sha masa mencari-cari keperluan alat tulis hari tu.. Bila teringat teruslah Sha belikan melalui shopee.. Alhamdulillah kalkulatornya sampai sebelum sesi persekolahan bermula.. Amani pesan pada adiknya suruh tulis nama siap-siap pada kalkulator tu, kalau tak memang kena curilah.. Mujur bahagian luar dia warna putih, senang nak tulis nama..

Sha belikan juga sarung tangan cincin ini untuk Imani.. Imani ini memilih sikit bila nak pakai sarung tangan.. Sha dah belikan pelbagai jenis, semuanya tak menepati piawaian dia.. Ada ja yang tak kena.. Gatallah, ketatlah.. Harapnya yang ini, okaylah.. 

Beli juga pembalut buku dan pita pelekat.. Buat tambah-tambah.. Biar lebih jangan kurang.. 

Oriental Kopi: White Coffee Roasted Charcoal & Himalayan Salt

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua lagi rasa dari jenama Oriental Kopi ini.. Ini ulasan akhir untuk rangkaian minuman segera dari jenama ini.. Ini dua jenis kopi yang dipanggang dan ditambah garam.. Memang unik tapi tetap sedap..

Kopi ini rasa dia memang pekat dan padu.. Tak manis.. Lepas tu dia ada rasa kopi yang dipanggang, macam mana ya nak terang.. Rasa dia sedikit unik tapi masih sedap.. Tak sama macam kopi yang biasa tu.. Kalau nak kan kelainan, bolehlah cuba yang ini..
Kopi dengan garam ini, memang berikan rasa yang unik tapi masih sedap.. Rasa garam tu taklah terlalu menyerlah, dia macam samar-samar ja.. Jadinya tak lah mengganggu rasa kopi tu.. Garam tu berikan satu rasa yang lain untuk kopi ini tapi sedap.. Memang bolehlah cuba kalau nak kan kelainan..

Saturday, January 10, 2026

Malaysia/Indonesia | Rumah Menanti Cahaya (2025)

Assalmualaikum..
Hye semua..

Telefilem menarik hasil gabungan Malaysia dan Indonesia.. Kisahnya Mira ini bawa balik mayat Arman ke rumah keluarga Arman dan mengaku yang dirinya isteri Arman.. Awal-awal tu memang peliklah sebab Mira ini nampak tergagap-gagap bila ditanya pasal Arman.. Sampailah adik beradik Arman berjaya menemui bukti yang Mira tu sebenarnya bukan isteri Arman.. Kebetulan pula bapa Arman kena serangan jantung dan terpaksa ditahan di wad.. Sebelum tu bapa Arman ini dah wasiatkan rumah pusaka mereka kepada Mira.. Lagilah mengamuk adik beradik si Arman ini dekat Mira ini..

Rumah Menanti Cahaya
Waktu Siaran: Ahad, 14 Disember 2025, 9:00 malam
Rangkaian: CerekaAhad TV3 / Tonton
Pengarah: Sharad Sharan
Produksi: Whisper Production House

Watak Pelakon
Mathias Muchus, Daiyan Trisha, Zarif Ghazzi, Diego Afisyah, Demmy Febriana, M. Aditya Zoni, Djihan Ranti, Shanice Margaretha Lie

Sinopsis: Mira, seorang gadis yatim piatu yang mendambakan kasih sayang ibu bapa dan sebuah keluarga terpaksa mengaku isteri kepada Allahyarham Arman yang mati kemalangan. Mira diterima oleh bapa Arman untuk tinggal di rumahnya.

Nestlé Cadbury Dairy Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ia bermula dengan lapisan coklat Cadbury yang rangup, seolah pintu rahsia ke dunia yang manis.. Sebaik sahaja kepingan coklat tu pecah, muncul aiskrim lembut berperisa susu-coklat yang lebih tenang dan lebih halus tapi tetap meyakinkan rasa pada lidah anda.. Kombinasi tekstur rangup di luar dan lembut di dalam mencipta irama kunyahan yang membuatkan kita mengangguk puas dengan rasanya.. Tambah-tambah bila dimakan waktu tengah stress, memang ngamlah.. kikiki.. Saiz pun ngam-ngam ja untuk menenangkan jiwa yang celaru..

Nestlé Cadbury Dairy Milk - RM5.50

Ada ketulan coklat dekat bahagian atas aiskrim..

Coretan Sepanjang Minggu Kedua Januari 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak buat entry bergambar.. Jomlah layan gambar-gambar sepanjang minggu kedua Januari 2026 ini.. Tak banyak pun gambarnya, tapi dapatlah satu entry.. kikiki..

Buku ini disumbangkan oleh bekas staf HSR.. Beliau tinggalkan di kaunter pendaftaran dan maklumkan Sha.. Bertambahlah koleksi perpustakaan HSR..

Hari Selasa, encik suami tawarkan untuk menghantar Sha ke tempat kerja tapi kena naik si putih ini.. Lama dah tak naik sebenarnya.. Sha tiba-tiba gayat.. Mujurlah pagi ini elok ja..

Hari Rabu pun encik suami merajinkan diri hantar Sha ke tempat kerja.. Ini singgah sebentar di Pekan Slim River.. Sempatlah memotret si putih ini..

Bermula hari Khamis (08.01.2026), kedai serbaneka di lobi HSR telah berwajah baru dengan penyewa yang baru.. Yeah!! Kedai serbaneka ini telah kembali menjual aiskrim.. Lepas ini bolehlah layan aiskrim kembali bila emosi kurang menarik.. kikiki.. Barulah semangat.. kikiki..

Aktiviti petang Jumaat.. Lepas selesai urusan dekat sekolah, balik tu memang suruh anak-anak balut buku terus.. Amani balut sendiri buku teks dia..  Buku kerja Amani tak nak balut lagi, nak balut sekali dengan buku yang tak beli lagi.. Imani pula, Sha tolong balutkan suku buku kerja dia.. Balut sambil ajar Imani.. Selebihnya Imani balut sendiri.. Lepas-lepas ini memang suruh Imani balut sendiri ja macam kakak Amani.. Mak pantau, ingatkan dan sediakan bahannya saja..

Friday, January 9, 2026

Agihan Buku Teks Tingkatan 4

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumaat tu Sha bawa Amani sekali sebab ada agihan buku teks untuk pelajar tingkatan 4 sekali.. Mudah kerja Sha.. Tak payah nak pergi 2,3 kali ke sekolah.. Sekali jalan ja.. 

Lepas uruskan Imani, barulah Sha buat bayaran untuk buku kerja Amani.. Sha dah minta keizinan dari pihak sekolah terlebih dahulu untuk urusan beli buku kerja Amani ini.. Sha dapat cuti sehari ja.. Kenalah bertimbang rasa dekat rakan sekerja Sha juga.. Beliau pun nak uruskan anak juga.. Semalam beliau cuti, hari ini Sha cuti..

Makluman ini, ada ibu bapa yang tak dapat rupanya.. Tak pastilah kenapa..

Selesai Amani ambil buku teks.. Amani ambil set buku teks kelas Sains dahulu, sementara nak tunggu tukar kelas.. Ini memang Amani uruskan sendiri..

Sekolah buka 2 hari ja untuk jualan.. Kenalah bergilir..

Selesai beli buku kerja Amani.. Sha beli yang asas ja dulu.. Selepas berjaya tukar kelas, baru beli yang lagi dua tu.. RM77.90 tambah RM1 untuk beg.. Amani ini, Sha tak belikan baju dan seluar sukan sebab tahun lepas punya masih elok lagi.. Jimatlah sikit dekat sini..

Seutuh Aspirasi Murid Tingkatan 1 Sesi 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

30 Disember 2025, Cikgu maklumkan mengenai perjumpaan ini dalam group Whatsapp yang dibuat khas untuk pelajar tingkatan 1 Sesi 2026.. Sha memang dah sediakan awal-awal borang pendaftaran untuk tingkatan 1 ini berserta dokumen yang diperlukan.. Pagi tadi masa perjumpaan, Sha bawa siap dokumen dan borang pendaftaran tu.. Beri pada cikgu mengikut kelas yang disediakan.. Masa nak naik ke Pusat sumber, nampak mak ayah tengah cuba saiz baju dan seluar.. Sha suruh Imani cuba juga.. Boleh bubuh terus dekat borang beli buku tu..

Lepas taklimat, barulah mak ayah diminta turun untuk buat bayaran mengikut kelas.. Alhamdulillah, Sha dah ukur siap saiz baju.. Cepatlah proses bayarannya.. Bayar secara atas talian ja, senang.. Lepas bayar, barulah ambil buku-bukunya.. Baju dengan seluar sukan kemudian..

Ini Imani punya sahaja.. Buku kerja dan set buku tulis.. Beg tu kena bayar RM1 untuk 1 beg.. Semua sekali bayaran buku dan baju Imani RM376.90.. Mahal sikit sebab Sha beli 3 helai seluar sukan, baju PJ Sha ambil yang muslimah dan tanda nama tu Sha tambah 1 set lagi.. 

Taklimat ini mula jam 9 dan berakhir jam 10.15 pagi.. Ada ucapan dari Pengetua dan PK HEM.. Lepas tu pihak sekolah edarkan borang kebenaran tangkap gambar, kupon Hari Hari dan Kad Pemeriksaan Gigi..

Meriah gila masa pembelian buku ini..

Oriental Kopi: Grand Drip & Premium Drip

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini kopi kosong tau.. Dua rasa yang sangat berbeza tapi cukup untuk memberi kejutan pada lidah.. Kedua-dua kopi ini tidak ada gula, hanya kopi semata-mata.. Kalau nak tambah gula atau krimer, bolehlah tambah ikut kesesuaian lidah..

Pekat likat kopi dia.. Memang padulah..

Rasa kopinya sangat mewah dan pekat.. Sesuailah untuk mereka yang sukakan kopi o kosong..

Inipun sama.. Pekat kopinya.. Sedap diminum waktu pagi..

Thursday, January 8, 2026

Amani ke Kelas Sains Tulen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu ini baru senarai nama untuk kelas tingkatan 4 keluar.. Amani kata nama dia dalam kelas Sains Tulen tapi Sha ingatkan dia tersilap.. Sekali bila cikgu bubuh senarai nama tu, memang nama dia duduk dalam kelas Sains Tulen.. Sha stress.. Tiga tahun Amani belajar Asas Sains Komputer, tiba-tiba tingkatan 4 duduk dalam kelas Sains Tulen.. Sha tahu tahap kemampuan Amani, dia tak kan boleh bawa.. Jadinya hari ini Sha berusaha mesej guru kelas Amani masa tingkatan 3 dan tanya macam mana nak buat.. Alhamdulillah, guru kelas Amani sangat membantu.. Beliau minta Sha buat surat untuk diberikan kepada penyelaras tingkatan 4..

Esok (09.01.2026) ada perjumpaan untuk mak ayah dan anak-anak tingkatan 1 serta pengambilan buku teks, Sha bawa sekali suratnya.. Harapnya dipermudahkanlah urusan pertukaran kelas Amani ini.. Sha ini dah sediakan komputer dan juga laptop untuk kegunaan pembelajaran Amani.. Ke mana hala tuju Amani lepas SPM pun Sha dah fikirkan.. Semoga yang baik-baik sahajalah ya.. 

Pilihan kelas yang ada di sekolah Amani.. Kalau Amani dapat masuk kelas STEM C tu, pilihan subjek tambahan dia ialah Sains Sukan.

Oreo X Babymonster

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli oreo ini sebab Amani nak kan kad bergambar artis Korea iaitu Babymonster.. Rajin betul Amani kumpul kad-kad gambar ini.. Siap ada folder sendiri..

Sha beli inti coklat juga sebab Sha makan biskutnya.. Amani suka yang inti vanila tu..

Kalau ada ayat ini, maksudnya adalah kad tu..

Dapatlah dua.. Sha bukan kenal pun ahli kumpulan Babymonster ini..

Siap ada tandatangan pada bahagian belakangnya..

Buku | Noktah yang Memujuk oleh Iddin Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini memang dalam pembacaan Sha tahun lepas (Jun 2025) tapi setakat selak-selak ja.. Tahun ini baru Sha baca betul-betul.. 

Buku ini bukan kategori puisi, ia lebih kepada petikan kata-kata daripada penulis tentang hal-hal yang melingkungi dirinya.. Banyak kesalahan ejaan yang perlu diperbaiki dan ada beberapa ayat yang seolah-olah tergantung atau tak kena penggunaan perkataannya.. Walaupun ini bukan buku kegemaran saya, tetapi masih okay untuk di baca semua buku.. Bolehlah buat layan-layan..

Sha baca dan selesai pada 06.01.2025..

Published March 1, 2022 by NASEEHAT Holdings Sdn Bhd

Wednesday, January 7, 2026

Tasto Cottage Fries Ikonik Burger Malaysia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa dia memang unik.. Makan kerepek kentang tapi rasa macam makan burger.. kikiki.. Unik tapi sedap dan tak pelik pada lidah.. Memang boleh layanlah.. Menarik gila rasa dia..

Tasto Cottage Fries Ikonik Burger Malaysia (60g) - RM3.20

Okaylah isi dalam dia..

Persiapan Sekolah Sesi 2026 #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha hantar kain ela untuk dijahit pada Isnin (22.12.2025) dan ambil pada Isnin (05.01.2026).. Upah jahit untuk 5 helai kain dan 8 helai tudung ialah RM235.. Berhuhuhu ja lah kita membayarnya.. Tapi jahitannya kemaslah.. Ini termasuk upah jahitkan lencana dan tanda nama Amani sekali.. Imani kena tunggu buka sekolah baru boleh hantar untuk jahit lencana dan tanda nama..

Selesai dah anak-anak basuh semua ini.. Tinggal nak gosok ja..

Cameron Valley Tea: Lychee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak pernah beli jenama teh ini tapi lepas encik suami bawa balik sebab dapat cenderahati, terus jatuh cinta dengan rasa dia.. Jadinya, sajalah Sha beli rasa laici pula.. Bila kita bancuh tu memang semerbaklah bau laici namun dari segi rasa pula tak terllau kuat.. Adalah hujung-hujung tu rasa laici.. Sedap dan menarik.. Kalau bancuh untuk tetamu dna tambah ais pun sedap ini..

Kalau korang nak beli 1 sachet ja, boleh klik SINI..

Cameron Valley Tea: Lychee (25 bag X 2g) - RM13.90

Tuesday, January 6, 2026

ebook | Siri Maskeret Cinta - Colours oleh Kaoru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik cinta tulisan Kaoru ini berada pada zaman indah tanpa sebarang penapisan, jadinya berkesempatanlah Kaoru menghidangkan kita sisi gelap dunia percintaan.. Ada babak bunuh diri, cinta berbeza umur, adegan peluk-peluk dan sebagainya yang tak sepatutnya.. Cerita cintanya pelbagai dan setiap satu tu memang di luar jangkaan.. Menarik ja dibaca kalau kau dewasa dan faham mana yang baik, mana yang buruk.. Lama tak baca komik macam ini.. Tahun ini kita terjah ja semua jenis bacaan..

Sha baca pada 04.01.2026 dan selesai pada 05.01.2026

Published February 1, 2004 by Gala Unggul Resources Sdn. Bhd.

Nestle Milo Bites Double Choc

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gandingan rasa coklat dan milo tu memang ngamlah.. Puas lidah menikmati rasa coklat yang berganda.. Gigitan yang memberikan keseronokkan pada lidah.. Bila gigit tu mula-mula akan rasa coklat dulu dan kemudiannya milo pula.. Memang asyiklah..

Nestle Milo Bites Double Choc (25g) - RM2.55

Ada dalam 11 ketul..

Keratan rentas coklat..

Papa Zola The Movie Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ye.. Akhirnya.. Sha berjaya tengok Papa Zola The Movie buat kali kedua.. Kali ini tontonan berjalan lancar dengan sedikit gangguan yang tidaklah mencacatkan tontonan.. Berjaya jugalah tengok dengan gembiran.. kikiki.. Sha tengok berdua ja dengan encik suami.. Banyaklah bahagian yang Sha terlepas pandang masa tontonan kali pertama tu terubat di tontonan kali kedua ini..

Tontonan kali pertama Sha nampak KJ pada watak Kachax dan tontonan kali kedua, Sha nampak Aflin Shauki pada watak YonB.. kikiki.. Tapi Kachax tu memang mengingatkan Sha pada KJ.. Tambah bila dia cakap Tall, Dark and Handsome.. kikikiki.. 

Yeah!! Dapat juga bergambar dengan bas merah jambu ini.. kikiki..

Bayar untuk seorang ja sebab Sha tebus MovieMoney.. Mahal wei tiket lepas pukul 12.. kikiki..

Monday, January 5, 2026

Zus | Pink Lemonade

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam sebelum ke Lahat, sempatlah menyinggah Zus.. Sha beli kopi kesukaan Sha dan satu air dari siri refresher.. Mujurlah applikasi Zus berbunyi, kalau tak memang lupa ada buat pesanan air dekat aplikasi Zus tu.. kikiki.. Masa ambil air tu, sajalah Sha tanya staf Zus tu, kalau terlupa ambil air.. Masih boleh ambil ke walaupun lewat.. Adik tu kata kalau guna tumbler, biasanya bila pelanggan bagi tumbler baru diorang buat air.. Selalu ja ada orang terlupa dan ambil lewat.. Tapi korang janglah pula buat ya.. Tak sengaja tu, okaylah.. Kalau sengaja tu tak baguslah..

Kali ini Sha beli air pink lemonade.. Saja nak cuba.. Sedaplah juga sebab gabungan lemon, laici dan soda.. Menyegarkan tekak.. Rasa soda tu sampai ke malam tau.. 

Kita pakai tumbler baru warna merah untuk air Iced Buttercreme Spanish Latte tu.. Tumbler hitam tu Sha bubuh pink lemonade..

Pink Lemonade - RM8.20
Iced Buttercreme Spanish Latte - RM13.20

Jalan-jalan Makan Kenduri di Lahat, Perak.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Isnin (29.12.2025) Sha terima jemputan kenduri kahwin dari rakan sekerja semasa di PSAS.. Tempat kenduri tu di Ghomah Kendughi, Lahat Perak.. Unikkan nama tempat tu.. kiki.. Kendurinya berlangsung semalam.. Sha pergi berdua ja dengan encik suami, anak-anak tak jadi ikut.. Gerak dari rumah jam 9 pagi, lalu jalan lama ja.. Tak ada nak kejar apa, tenang-tenang ja.. Sempatlah menyinggah beli air di Zus dan makan roti canai dekat Bidor.. Lepas tu terus gerak pergi tempat kenduri.. Meriahlah jumpa kawan-kawan masa kerja di PSAS dulu.. Ada tu memang Sha tak ingat langsung siapa.. Mujurlah encik suami kenal.. kikiki.. Kiranya ini trip pertama untuk tahun 2026..

Suka lalu sini.. Cantik ja pemandangan dia.. Ini laluan sebelum sampai Pekan Bidor..

Berdua ja kami..

Menu yang diambil.. Nasi arab dengan lauk daging masak hitam, dalca dan ulam-ulaman.. Lepastu ambil kuih, buah tembikai dan sepotong kek bersama semangkuk bubur gandum.. Air Sha ambil air kosong ja..

Sempatlah menyinggah AEON Station 18, Ipoh.. Tengok wayang dan beli mainan comel ini..

Singgah makan char kuey teow udang dan kuey teow goreng kerang dulu tak jauh dari Taman Herba Gopeng..

Ini pula singgah tepi jalan..

Selamat sampai di parking kuarters.. 12 jam jugalah keluar merayap hari ini..

3 bekas durian ini berharga RM45.. 2 bekas durian D24 dan satu bekas durian bukit.. Durian D24 tu memang berkrim dan manis.. Durian bukit tu pula, rasa pahit-pahit dan tak manis..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com