Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam sekolah Amani dan Imani dah selesai buat Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2026.. Lega rasanya dah selesai satu aktiviti sekolah.. Amani dan Imani semalam memang sekolah dari pagi sampai petang.. Mulai minggu ini memang mereka berdua akan balik jam 5 setiap Rabu.. Oleh kerana semalam pagi sekolah buat aktiviti merentas desa, makanya pembelajaran sesi pagi dibawa ke sebelah petang.. Kiranya semalam tak adalah aktiviti kokurikulum mereka..
Imani balik ja dari sekolah petang semalam memang kepenatan betul.. Lepas mandi, terus tertidur.. Sha pelik tengok dia tak ada depan komputer buat kerja sekolah, tanya dekat Amani baru tau dia tertidur lepas mandi.. Kejutkan dia untuk buat kerja sekolah.. Kalau dibiarkan memang Imani akan tidur sampai esok paginya.. kikiki..


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..