Wednesday, January 14, 2026

Selamat Tinggal YES

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pakai kad sim dari telco YES ini sejak Januari 2021.. Sha dapat kad sim ini secara percuma melalui shopee.. Masa ini memang berbaloi sangat pakai telco YES ini.. internet percuma ja dari shopee.. Lagi banyak beli di shopee, lagi banyaklah internet yang dapat tapi lepas tu dia letak maksimum jumlah internet.. Masih okaylah pada Sha.. Tapi lepas tu dah tak ada dah internet percuma dari shopee.. Jadinya masa cuti sekolah, Sha suruh anak-anak guna internet sedia ada dalam YES tu bagi habis.. Supaya Sha boleh tukar ke Tunetalk.. Sha pilih Tunetalk sebab Sha rasa tawaran internet dia paling murah, banyak dan line stabil setakat ini di tempat Sha.. Lepas-lepas ini kalau bermasalah kita fikir lain.. kikiki.. Kad sim ini Sha jadikan hotspot di rumah untuk kegunaan anak-anak belajar dan buat kerja sekolah.. Zaman teknologi ini, memang kena ada juga internet dan komputer dirumah, kalau tak memang ketinggalanlah jawabnya.. huhuhu..

06 Januari 2026, Sha buat permohonan tukar telco YES ke Tunetalk melalui aplikasi Tunetalk dan Selasa (07.01.2026) kad simnya selamat dihantar kepada Sha menggunakan Gdex.. Lajukan.. Mestilah laju, kos penghantara RM10 kot.. kikikiki.. Tapi tu lah, tak boleh nak pakai nombor YES tu, dia suruh pilih nombor lain.. Makanya Sha ambil nombor belakang yang sama dengan nombor lama Sha.. Port in kejap ja tak sampai 24 jam pun..

Dua-dua nombor duduk dalam satu apps yang sama sebab berdaftar atas nama Sha.. 

Ini adalah sebab kenapa Sha tukar ke Tunetalk.. Plan RM35 dapat internet 150gb, cukuplah untuk anak-anak guna sebagai hotspot di rumah untuk buat kerja sekolah.. 

6 comments:

  1. Tengah mencari telco yang sesuai juga di rumah kerana guna Digi sekarang tetapi internet slow sangat. Guna Maxis tetapi rasa agak mahal dan kadang ada juga masa line slow. Sukar nak buat pilihan.

    ReplyDelete
  2. Suami kak SA tengah meroyan ngan maxis..hahahah...ada je yang tak kena..sekarang ni tgh usyar2 line lain...

    ReplyDelete
  3. sy guna hotlink postpaid. jumlah GB data sampai 180GB sebln. Byr rm45 sebln. Selalunya x terpakai semua kuota tu sbb d umah n sek ada wifi. cuma pakai bila outdoor...

    ReplyDelete
  4. Sama lah. Tapi saya dah lama tak papai sim ni. Lepas line sangat slow, terus tak pakai dah.

    ReplyDelete
  5. Pernah pakai yes ni untuk modem wifi. Kejap je pakai. Slow kat area rumah Cie.

    ReplyDelete
  6. Memang kak, kalau tak ada internet di rumah, susah lah... Krn semua pekerjaan sekarang nih dah pakai internet. Tugas sekolah anakpun juga. Saya so far dah belasan tahun pakai provider sama, Krn memang stabil sangat, mungkin Krn pakai fiber optic yg ditanam, jadi jarang masalah. Kecuali ada gempa bumi (knock knock knock , jangan sampai lah 😫) , baru biasanya mati.

    Teman saya malah pakai internet yg dari Elon musk, Star link, sebab pakai satelit kan. Itu memang lah dalam hutan pun lajuuu sinyalnya 🤣🤣🤣. Perbulannya agak mahal, dan alat modem yg dibeli lumayan juga harganya. But sekali beli saja. Jadi worth it kalau memang butuh internet yg sangat stabil dan cepat. Suami belum nak pula 😂.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com