Assalamualaikum..
Hye semua..
Bermula dengan skandal seks, penemuan mayat budak yang dibunuh dan kehilangan Kasyorga.. Rodi ini berkawan baik dengan Kasyorga dan memang berusaha sehabis baik cuba mencari Kasyorga.. Semasa mencari Kasyorga, Rodi berjaya membantu pihak berkuasa menangkap penjahat bagi kes pemerdagangan manusia.. Lain yang Rodi cari lain pula yang dijumpai.. Rodi ini pun bukanlah baik sangat tapi masih ada sekelumit perikemanusiaanlah..
Awal tu kan, Sha memang ingat kisah kehilangan budak dan mayat budak yang dijumpai tu kisah yang sama.. Rupanya dua kes yang berbeza.. Satu kes pemerdagangan manusia dan satu lagi kes pedofilia..

Hilang Kasyorga
Episod: 6
Tarikh Tayangan: 23 Jun 2025
Waktu Siaran: Isnin, 11:00 malam
Rangkaian: DEGUP (Unifi TV Originals)
Penulis Skrip: Puovin & Tommy Loh
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Pelakon: Kamal Adli, Wan Adra Mikayla, Nabila Huda, Luqman Hafidz, Abdul Khaliq, Azhar Sulaiman, Arfie Shah, Hariz Hamdan, Hafidzuddin, Fadilah Mansor, Ellie Suriaty, Kodi Rasheed, Dina Allysha, Zalfa Zin, Izuan Razali, Ahmad Izzulfaiq
Sinopsis: Mengisahkan seorang kanak-kanak jalanan bernama Kasyorga (Adra Mikayla) yang tiba-tiba hilang tanpa jejak ketika sedang bermain bersama rakan-rakannya.
Kehilangannya mencetuskan panik dalam kalangan komuniti setempat, terutamanya bapa angkatnya, Pak Bakar (Azhar Sulaiman), yang kemudian meminta bantuan jirannya, Rodi (Kamal Adli) iaitu seorang bekas pembunuh upahan untuk mencari anak tersebut.
Dalam masa yang sama, Rodi turut menerima arahan untuk membunuh seorang ahli perniagaan wanita ternama, Datuk Zaza (Nabila Huda), yang terpalit dengan skandal seks bersama pemandu dan pembantu peribadinya, Reza (Luqman Hafiz).
Siasatan membawa Rodi menyelami dunia gelap skandal, sindiket pemerdagangan manusia, dan penjenayah kejam yang berselindung di sebalik wajah penyayang. Dalam usahanya mencari Kasyorga, Rodi terpaksa berdepan dengan masa silamnya dan membuat pilihan sukar yang bakal menentukan hidup mati seorang kanak-kanak.

























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..