Wednesday, January 14, 2026

Program Melangkah ke Menara Gading

Assalamualaikum..
Hye semua..

Isnin Amani bawa balik surat untuk Program Melangkah ke Menara Gading (MKMG) oleh Yayasan Sultan Azlan Shah.. Amani antara pelajar yang terpilih dan ibu bapa dijemput hadir untuk mendengar taklimat mengenai Program ini..

Program ini memilih pelajar tingkatan 4 seramai 40 orang dan pelajar tingkatan 5 seramai 40 orang untuk ditaja kelas tambahannya bermula minggu hadapan.. Majlis berlangsung pagi tadi.. Ibu ayah bagi pelajar yang terpilih dijemput hadir.. Sha datang sebagai ibu dan juga wakil AJK PIBG..  Semangat Sha dengar taklimat yang diberikan..

Yayasan pilih 1 sekolah untuk 1 daerah dalam Perak.. Sekolah Amani terpilih untuk Daerah Muallim.. Amani pula antara 40 orang pelajar yang terpilih bagi tingkatan 4.. Selain memberikan kelas tambahan, pihak Yayasan juga turut menyediakan makan tengahari bagi pelajar yang terpilih.. Alhamdulillah, rezeki.. Pihak Yayasan hanya meminta pelajar dan ibu bapa memberikan komitmen sepanjang kelas tambahan diadakan.. Sekiranya komitmen yang diberkkan sangat baik maka tahun hadapan pihak Yayasan akan teruskan lagi.. 

Pelajar juga diminta untuk membuat caruman dalam akaun SSPN Prime dengan jumlah minimum RM20..

Majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 10.15 pagi..

Ibu bapa dan pelajar diberikan sarapan pagi nasi lemak berserta air mineral..

Lepas taklimat, Sha buka kelas mendaftar aplikasi PTPTN untuk memudahkan semakan caruman dan juga aplikasi myDigital ID.. Sha bantu rakan-rakan yang tak pandai menggunakan aplikasi.. Bila ada 2 apliaksi ini, mudahlah urusan..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com