Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam Sha ke Bidor untuk Sambutan Januari Bulan Kesedaran Kansers Serviks anjuran LPPKN.. Memang meriahlah.. Gerak dari pejabat jam 8.30 pagi.. Kami sampai dalam jam 9 pagi.. Sampai ja terus daftar.. Masa daftar ini dia bagi goodies bag dan minta ke jawab soal selidik.. Selesai di sini, Sha ke kaunter sebelah untuk pendaftaran saringan HPV DNA pula.. Selesai buat saringan, barulah masuk ke dewan.. Oleh kerana acara belum bermula, kami keluar balik untuk sarapan pagi.. Makanan yang diberi bihun goreng bersama sebiji sambal telur rebus.. Mantap betul bihun dan sambal dia tu.. Selesai sarapan masuk balik dewan untu sesi Taklimat Kanser Serviks: Pengesanan Awal Menyelamatkan nyawa yang disampaikan oleh Dr. Aidasuria.. Kemudian ada Forum Kesihatan Serviks: Jalani Saringan Kansers Serviks, Cepat Tahu Cepat Tindak!..
Acara seterusnya ialah Majlis Perasmian Penutup dan akhir sekali cabutan bertuah.. Hadiah cabutan bertuah dia cantik.. Periuk nasi limited edition.. Bertuah betul mereka yang dapat..
Sambutan Januari Bulan Kesedaran Kanser Serviks Tahun 2026
Tarikh: 29 Januari 2026
Tempat: Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor, Perak.
Isi dalam goodies bag tu ada pamplet untuk HPV DNA dan Mamogram.. Atucara majlis, brooch dan mug..
Selain saringan HPV DNA, pihak LPPKN juga ada tawarkan pada Sha untuk buat ujian mamogram.. Tapi Sha tolak sebab Sha memang ada TCA mamogram di Hospital..

























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..