Sunday, July 31, 2022

ebook | Aku Dengar Kat Air Terjun Ada.. (Aku Dengar... #32) oleh Frog

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku akhir bagi bulan Julai.. Sha pilih komik bersiri dari GempakStarz..

Komik ini ada 2 cerpen dan 8 komik pendek mengenai Air Terjun.. Adoi.. Air terjun pun ada kisah tersendiri.. Hahaha.. Biasalah setiap tempat ada urban legend, kita sebagai manusia perlu berhati-hati.. jangan takbur dan mendabik dada.. Jangan terlalu curious.. Ini semua boleh mengundang padah.. Ada yang menarik dan ada juga yang menyeramkan.. Selamat membaca kawan-kawan.. 

Jangan pernah putus asa dengan kehidupan.. Tiba-tiba.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 31.07.2022

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published June 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

ebook | Alkisah Doktor Kolget oleh Nabilah Zulkifly, Shafiq Said, Zahrah Yunos, Najibah Kazmin, 'Afifah Azam, Firdaus Hariri, Safiy Iskandar, Amy Roslaily

Assalamualaikum..
Hye semua..

Merupakan perkongsian pengalaman beberapa orang doktor gigi.. Kisah di dalam buku ini dipersembahkan secara bergilir-gilir.. Walaupun tak banyak muka surat tapi ceritanya padat.. Malah turut diselitkan tips mengenai gigi, nasihat dan juga hal berkaitan pengetahuan atau mitos yang selalu disalah anggap oleh masyarakat.. Para doktor ini juga turt berkongsi mengenai bidang pengkhususan yang ada dalam dunia pergigian serta tempoh pembelajaran uang perlu dilalui..

Mungkin kerana gaya mereka yang serius dan padat membuatkan Sha mengambil masa yang panjang untuk habiskan bacaan yang pendek je sebenarnya.. Terlalu serius dan banyak fakta kadang-kadang boleh membuatkan sesebuah buku tu jadi kurang menarik namun bermakna buat mereka yang suka..

Sha baca pada 29.07.2022 dan selesai pada 31.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published May 1st 2017 by Penerbitan Kata Pilar / Kata-Pilar Books

Komik | Rahsia Sunflower (Kedai Magis #1) oleh Nishiki, Sunlight Circle (Comic)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang comel dan menyentuh perasaan.. Kisah Yunie dan Ayden.. Mereka sahabat baik dari zaman kecil.. Namun Ayden ada sikap suka cakap lepas dan tak pedulikan perasaan orang lain.. Ini menyebabkan hubungan antara ayden dan Yunie retak.. Ayden cuba nak pulihkan tapi sebaliknya pula yang jadi.. Tambah menyedihkan Yunie bila dia kena tahan dekat hospital untuk rawatan kimoterapi.. Ayden terjumpa dengan kedai magik dan ini mula membantu hubungan Ayden.. Itupun selepas ditegur pekedai dari kedai magik tu..

Sha baca dan selesai pada 31.07.2022..

Koleksi komik Amani & Imani..
Published March 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Saturday, July 30, 2022

Beli Kasut Sekolah & Kasut Kerja

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru je lagi rasanya beli kasut sekolah anak-anak, dah kena beli lagi.. Kasut lama mereka dah haus dan terkopek tapaknya.. Hari-hari ke sekolah kan sekarang ini.. Kebetulan kasut kerja Sha pun dah terkoyak muncungnya maka jom lah mencari kasut.. Sha singgah di Parkson, Ipoh Parade masa nak balik dari kenduri di Kulim Kedah.. Memang pilihan yang tepat.. Kasut Sha dan anak-anak berjaya di beli mengikut budget yang dah diperuntukkan.. Senang hati rasanya bila berjaya jumpa semua kasut di satu tempat je..

Kasut Imani dan Amani.. RM74.98

Kasut Sha - RM89
Memang dah target nak beli jenama ini sebab selesa dan tahan lama.. Sebelum ini pun Sha pakai jenama ini juga..

Encik suami beli stoking RM21 tapi bayar RM11 je sebab dapat voucher parkson RM10 hasil dari beli kasut.. Voucher tu sah sampai 31.08.2022, jadinya kenalah guna terus.. Bukan ada pun Parkson dekat area rumah Sha..

Coffee Classic, Kulim Kedah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Misi mencari kopi di Kedah.. hehehe.. Sha jumpa kopi klasik ini.. Sha beli Hazelnut Coffee.. Memang sedap.. Rasa dia lembut je.. Tak keras.. Tambah best bila kita add on whipping cream, dia bagi banyak siap bubuh coklat and caramel syrup..

Latte Hazelnut Coffee add on Whipping Cream - RM6 (Regular cup)



Salam Maal Hijrah 1444H

Assalamualaikum..
Hye semua..


Friday, July 29, 2022

ebook | Anekdot & Antidot oleh Kamarul Ariffin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kita baca pasal rehabilitasi pula.. 

Tugasnya tidak sekadar merawat kekurangan fizikal tetapi juga emosi yang berkonflik dalam diri setiap pesakit.. Memang menarik bila baca mengenai kepelbagaian pengalaman seorang doktor.. Namun perlu diingat, mereka juga manusia.. Ada kalanya tersasar.. Beberapa perkongsian dari doktor ini memberikan kesan pada Sha.. 

Paling terkesan baca bab dimana pesakit yang terkena stroke merasakan betapa ujian yang diterimanya itu satu hikmah.. Ini kerana bila mana dia perlu merawat ayahnya yang turut terkena stroke selepas dia.. Memang betul-betul terkesan di hati.. Betapa indahnya susunan dari Allah.. Dia yang terkena stroke terus sihat dan menjaga ayahnya yang stroke.. Tentulah dia lebih memahami keadaan ayahnya kerana pernah mengalami kesakitan yang sama seperti ayahnya..

Sha baca pada 28.07.2022 dan selesai pada 29.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published April 2019 by Kata-Pilar Books

Drama US | Resident Evil (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Albert Wesker ada klon rupanya.. Banyak gila klon dia.. Tu belum lagi Evelyn yang sibuk nak buat ubat Joy, sedangkan tahu ubat tu merbahaya.. Cerita ini bermula dengan dua beradik kembar bernama Billie dan Jade.. Cerita di persembahkan secara berselang seli antara tahun 2036 dan tahun 2022.. Jade yang besar berusaha mengkaji Zeroes demi mencari penawar.. Dalam masa yang sama tanpa Jade sedar Billie dah menguasai Evelyn dan Umbrella serta berjaya menculik anak Jade.. 

Harapnya cepatlah keluar season 2.. Cumanya drama ini tak sesuailah nak tengok dengan anak-anak,, Ganas melampau.. Hahaha..

Resident Evil
2022 ‧ 1 season
Genre: Action horror; Biopunk; Science fiction; Zombie apocalypse
Fourteen years after a deadly virus caused a global apocalypse, Jade Wesker fights for survival in a world overrun by infected creatures while being haunted by her past, her father, and what happened to her sister, Billie.

Wednesday, July 27, 2022

Shopee | Mini Electric Pot

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terbeli pot comel ini.. kikiki.. Best sungguhlah seller ini.. Sha beli hari Isnin, hari Selasa dah sampai.. Pantas.. Hari ini dah rasmikan.. Mudahlah nak kukus dimsum untuk sekali makan.. Sha beli dekat Shopee.. Selain kukus, boleh juga masak bubur ataupun mee segera.. Sha beli lebih pada nak mengukus dimsum je sebenarnya.. Boleh juga kalau nak bawa travel..

RM18.90

Warna pink yang comel

Kita rasmikan dengan kukus dimsum..

Guna elektrik.. Ada button on/off.. Wayar dia pendek, tu yang kena letak atas tin biskut.. kikiki..

Drama Jepun | Tokyo Vampire Hotel (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menonton drama atau filem dari Jepun memang memerlukan kekuatan emosi.. Cerita ini Sha bagi tahu siap-siaplah, menggelikan sebab darahnya melimpah-limpah.. Memang gore gilalah.. Kalau tak suka cerita berdarah macam ni, seeloknya tak payah tengoklah.. Sha pun tak sangka cerita dia macam ini.. Tertengok, makanya tengok jugalah sampai habis.. 

Cerita pasal hotel vampire, hotel tu memang dari tubuh vampire.. Bila cucuk dinding dia keluar darah.. Setiap episod memualkan..

Drama: Tokyo Vampire Hotel
Director: Sono Sion
Genres: Action, Horror, Supernatural
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Jun 16, 2017
Aired On: Friday
Original Network: Amazon Prime
Duration: 43 min.
Manami is targeted by vampires on her 22nd birthday and K, who possesses tremendous power, tries to save her in a raging battle. On that day, young men and women are invited to Hotel Requiem where a huge nationwide matchmaking convention is being held by the mysterious Yamada. He lives and runs this ornately beautiful, palatial hotel with a bizarre empress and Elizabeth Báthory. Then Yamada suddenly declares to the gathered crowd that tomorrow will be the apocalypse and only the people inside this hotel will be saved.

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, July 26, 2022

Himalaya Pastilles: Peppermint

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selalu tu jumpa yang jenis hard candy.. Kali ini ternampak yang jenis pastilles, tu yang Sha beli.. Macam baru je.. Ke Sha yang baru perasan.. hehehe.. Sha suka pembungkusan jenis zipper macam ini.. Senang nak simpan dan tak ada risiko semut.. hehehe.. Rasa dia dah tentulah berangin, peppermint kan.. Tapi power rasa dia walaupun kecik.. Paling best sebab dia lembut, sekali gigit je dah berangin satu mulut.. hehehe..

RM3.20

Filem Korea | My Chilling Roommate (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengok filem ini sebab ada Jung Chan Woo yang juga member kumpula iKON.. Comel je dia berlakon dalam filem ini.. Kalau tak silap nak dijadikan drama bersiri tapi tak pastilah berapa episod.. Filem ini kelakar dan seram cuma bahagian hantu yang agak kejam tu je tak ada backstory.. 

Kisah Se Ri yang tertengok perempuan bunuh diri dan kejadian tu menyebabkan dia boleh nampak hantu.. Hantu-hantu ini pula menghantui kehidupan Se Ri sampai payah lah dia nak tidur.. Mujurlah majikan dia faham keadaan Se Ri yang boleh nampak hantu ini.. Kemunculan Ji Chan yang berjaya menghalau hantu jahat dari mengganggu Se Ri mengubah kehidupan mereka berdua.. Ji Chan bukanlah seperti hantu-hantu lain sebaliknya ada misteri yang menyelubungi Ji Chan..

Movie: My Chilling Roommate
Also Known As: Chilly Cohabitation: Movie, Creepy Living Together: Movie, Chilling Together: Movie, Ossaghan Donggeo, Chilling Cohabitation: Movie, My Chilling Roommate: Movie
Genres: Horror, Comedy, Romance, Supernatural
Country: South Korea
Release Date: Jun 13, 2022
Duration: 1 hr. 52 min.
Ghost Ji Chan, who has lost all his memories, asks for help to Jung Se Ri, who can hear him.
Jung Se Ri agrees to help him to keep some distance from Ji Chan.

Jung Se Ri and Ji Chan tracks back on his memory to find Ji Chan's lost memories.
In that process, the truth about Ji Chan's death is revealed.
An emotion of love blooms amidst Ji Chan's agony and Jung Se Ri's consolation...

Somewhere between horror and romance.

(Source: Makestar)

Monday, July 25, 2022

Kuda Merah Berkasut Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang tadi bawa kuda merah tukar kasut.. Kasut lama dah teruk sangat dah.. hehehe..

Dulu kos dalam RM400 je untuk 4 biji tayar.. Sekarang dah jadi RM500.. Nak buat macam mana, keperluan.. Tak tukar, merbahaya tambahan pula Sha dah berulang jauh.. Lagipun tayar ini dah 2 tahun.. Last tukar masa sebelum PKP.. Memang wajib tukarlah kan.. Ini pun dah survey beberapa kedai.. Kedai yang terakhir ini menjadi pilihan.. 40 minit jugalah menunggu.. hehehe..

Bersedia untuk ditukar..

ebook | Biar Susah Asal Lillah (New Edition) oleh Dwi Suwiknyo, Nor Azilawati binti Hj. Mat Isa (Translator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini cuba memberi semangat pada pembaca supaya yakin untuk menempuh setiap kesulitan dan meraikan perasaan yang datang dengan ikhlas.. Buku motivasi yang menyampaikan betapa hidup ini perlu selalu bersyukur dan yakin dengan Allah.. Walaupun ada frosa yang diulang-ulang dengan penyampaian yang berbeza namun buku ini masih seronok dibaca.. Buat menambah semangat pada yang membaca..

"Kita bersyukur bukan kerana bahagia, tetapi kita bahagia kerana kita bersyukur. Jika harus menunggu bahagia dahulu, susah untuk kita mempunyai rasa bersyukur. Cuba bersyukur dahulu, insya-Allah mudah untuk rasa bahagia.."

Sha baca dan selesai pada 25.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published September 13th 2021 by PutehPress

Filem Korea | The Villainess (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang badass betul watak heroinnya.. hehehe.. Bermula dengan pembunuhan ayah dia kemudian diselamatkan dan dijadikan pembunuh upahan.. Menjejak pembunuh yang membunuh bapa dia tapi salah orang.. Kemudian berkahwin tapi suaminya dibunuh dia mengamuk dan berjaya membunuh gengster cumanya lepastu dia kena tangkap dengan agensi polis.. Muka dia diubah dan dia diajar bermacam-macam perkara.. jatuh cinta dan ingin berkahwin malangnya terserempak semula dengan suami yang disangka mati.. Pergh!! Memang kejam, ganas dan bermain dengan emosi bila anak dan bakal suami dia dibunuh.. Rupanya suami lama dia bukanlah seperti yang disangkakan..

Movie: The Villainess
Also Known As: Femme Fatale, Aknyeo
Screenwriter & Director: Jung Byung Gil
Screenwriter: Jung Byung Shik
Genres: Action, Thriller, Mystery, Romance
Country: South Korea
Release Date: Jun 8, 2017
Duration: 2 hr. 3 min.
The story of a ruthless female assassin named Sook Hee, who from an early age has been taught to kill in Yanbian, China. She becomes a sleeper agent for South Korea's intelligence agency, who promises her freedom after 10 years of service. She dreams of having a different type of life, however, two men from her past make an unexpected appearance in her life, bringing out dark secrets from her past.

~~ Inspired by the movie "La Femme Nikita" (1990) by Luc Besson.~~

ebook | Aku Dengar Kat Kedai Runcit Ada... (Aku Dengar... #8) oleh Jo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik kali ini tak banyak.. Ada 6 komik dan 2 cerpen.. semuanya berkaitan kedai runcit.. Ada cerita yang meruntun hati dan ada juga yang tak tahu hujung pangkalnya.. Maksudnya macam kejahatan tu ada tanpa sebab.. Malang tanpa sengaja.. huhuhu..  Tapi layanlah..

Sha baca dan selesai pada 24.07.2022

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published April 2017 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Sunday, July 24, 2022

Buku | Diagnosis 3: Mortuari (Siri Diagnosis #3) oleh JackNaim, Fahd Razy, Noor Hayati Yasmin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun tajuk buku ini Diagnosis seperti buku pertama dan kedua namun, tidak ada kesinambungan antara ketiga-tiga buku.. Jadinya kalau nak mula membaca yang mana-mana pun siri Diagnosis ini tak ada masalah.. Setiap siri membawa tema yang berlainan..

Kali ini berkaitan dengan kematian.. Ketiga-tiga penulis ada gaya tersendiri dalam menyampaikan cerita.. Bukan Sha tak suka, suka.. Namun ada yang terlalu kaku dan keras.. Ada beberapa cerita yang menyentuh perasaan dan berjaya membuatkan Sha menangis.. Betapa kerjaya doktor tu tak mudah dan doktor juga manusia.. Punya perasaan..

Sha mula membaca pada 22.07.2022 dan selesai pada 24.07.2022..

Koleksi rak buku Sha..
Published 2016 by DuBook Press

Video Muzik | "Can't Stop The Feeling!"

Assalamualaikum..
Hye semua..

Layan..

"Can't Stop The Feeling!" by Justin Timberlake

"Can't Stop The Feeling!" Official Movie Clip | TROLLS

ebook | NOAH oleh Aein Dhiyauddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini mengisahkan tentang Noah yang hanyut pada perkara tak sepatutnya.. Namun kesedaran muncul.. Noah cuba berubah dibantu kawan-kawan rapatnya.. Kemunculan Fifi turut memberi impak pada keinginannya untuk berubah.. Walaupun masa silam cuba mengganggu namun keteguhan Fifi berjaya membuatkan Noah teguh dengan pendiriannya..

Sha baca dan selesai pada 23.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published by Rinsya Chasian

Beryl's Crunchy Almond Milk Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selalu Sha beli Tiramisu, dark ataupun bittersweet almond jenama Beryl's ini.. Kali ini Sha cuba yang ini sebab nampak sangat menarik.. Coklat dengan badam dan yang menariknya pada coklat tu ada bijirin rangup.. Dua kali kesedapan lah kan.. Memang puas hati mengunyah.. hehehe.. Krup krap krup krap..

Tapi tu lah.. Harga dah naik.. Sebelum ini tak sampai RM20 pun sebalang.. 18 ke 19 je.. Sekarang dah naik.. Sedih..

RM23.90 (380g)

Saturday, July 23, 2022

ebook | Aku Dengar Kat Pusat Tuisyen Ada... (Aku Dengar... #7) oleh Mr. Children

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kali ini ada 11 komik dan 2 cerpen.. Memang extra lah cerita dia.. Menggunakan Pusat tuisyen sebagai tema memang lain macam dia punya seram.. hehehe..

Ada yang menyentuh perasaan tambah pula melibatkan pengorbanan seorang guru.. ada yang seram dia lain macam.. Ada juga yang mengelirukan.. Apa pun kesemuanya menarik dibaca dan mampu memberikan pengalaman menyeramakn..

Sha baca dan selesai pada 23.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published February 2017 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Dance With Somebody by Conor Maynard

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagu ini asalnya rancak tapi dinyanyikan semula dalam rentak yang perlahan.. Penyanyi ini berjaya menyampaikan lagu ini dengan penuh perasaan.. Sha tertarik sebab suara beliau yang serak-serak tu, memang ngamlah dengan muzik yang perlahan.. Feel habis bila dengar.. hehehe..


Dance With Somebody by Conor Maynard

Conversations in the dead of the night
I can feel them slip away
You said it’s over and you’re probably right
But the truth is hard to face

My friends are trying to get me out
But the pain of the heartbreak is much too loud
‘Cause when the night falls
I just want your call

Oh, I wanna dance with somebody
I wanna feel the heat with somebody
Yeah, I wanna dance with somebody
With somebody who loves me
Oh, I wanna dance with somebody
I wanna feel the heat with somebody
Yeah, I wanna dance with somebody
But I still wish that you loved me

People say no matter how bad it gets
The world will still go ’round
It’s hard to see everyone so unaware
That mine is burning down

It’s like I’m waiting to hear from you
Just to tell me you’re dying without me too
‘Cause when the night falls
I just want you close
Hey

Oh, I wanna dance with somebody
I wanna feel the heat with somebody
Yeah, I wanna dance with somebody
With somebody who loves me
Oh, I wanna dance with somebody
I wanna feel the heat
Yeah, I wanna dance with somebody
But I still wish that you loved me

Oh, I wanna dance with somebody
I wanna feel the heat with somebody
Yeah, I wanna dance with somebody
‘Cause I still miss how you loved me

Oh, I wanna dance with somebody
I wanna feel the heat with somebody
Yeah, I wanna dance with somebody
With somebody who loves me
Oh, I wanna dance with somebody
I wanna feel the heat with somebody
Yeah, I wanna dance with somebody
But I still wish that you loved me

Friday, July 22, 2022

ebook | Aku Dengar Kat Taman Ada... (Aku Dengar... #6) oleh Crow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

8 komik dan 3 cerpen berkaitan dengan taman yang menyeramkan.. Selain itu ada juga permainan cari perbezaan pada gambar, pagar sesat dan fakta ngeri..

Fakta ngeri dia tu memang ngerilah bila baca.. Selain tu juga dalam komik ini ada berkongsi mengenai pantang larang waktu malam juga.. Baca, ambil pengajaran dan jangan sampai terpengaruh..

Sha baca dan selesai pada 22.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published February 2017 by Kadokawa Gempakstarz Sdn. Bhd.

Filem US/UK | Death on the Nile (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik.. Bermula dengan babak peperangan yang dipaparkan secara hitam putih dan kemudiannya bergerak ke babak yang berwarna.. Menemukan watak utama dengan 3 watak lain yang kemudiannya saling berkait hingga berlakunya pembunuhan.. Syok tengok cara penyiasatan yang dilakukan diatas kapal.. 

Mula tu memang syak ada yang tak kena dengan perkahwinan Simon dan Linnet sebab sebelum tu Simon bertunang dengan Jackie.. Tapi kemudian syak kan Jackie je sebab tak boleh move on.. Tapi rupanya bukan Jackie je yang bermasalah sebaliknya semua yang ada atas kapal tu ada motif tersendiri.. Memang menariklah.. Tekaan separuh tepat.. hehehe

Death on the Nile
2022 ‧ Mystery/Crime ‧ 2h 7m
Belgian sleuth Hercule Poirot's Egyptian vacation aboard a glamorous river steamer turns into a terrifying search for a murderer when a picture-perfect couple's idyllic honeymoon is tragically cut short.

Secret Recipe: Iced Hazelnut Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali cuba Latte dari SR ini.. Ini pun kebetulan rakan sekerja belanja.. Tak sangka pula Latte SR ini ada ketulan badam.. Paling best walaupun dah terendam dalam air, badam tu tetap rangup.. Cuma tu lah kalau guna stram yang diberi SR tu memang tak tersedut badamnya.. hahaha.. Rasa latte dia pun tak adalah keras.. Lembut je pada lidah Sha.. Boleh layan lah sesekali..

Secawan Iced Hazelnut Latte - RM10.90

Nampak tak ketulan badam dekat whipped cream tu?

Thursday, July 21, 2022

ebook | Aku Dengar Kat Pusat Beli Belah Ada... (Aku Dengar... #5) oleh Max

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menghimpunkan 9 komik pendek dan 2 cerpen tentang pelbagai kejadian seram yang berlaku dalam pusat membeli belah.. Kesemuanya memberikan rasa seram yang pelbagai.. Ada yang seram dan lega.. Ada yang seram dan menggetarkan jiwa.. Cerpen yang terakhir pula menimbulkan tanda tanya.. Apa agaknya yang berlaku dalam lif hingga menyebabkan kematian.. Bukan sekali tapi dua kali.. Mangsanya pula perempuan.. Memang tertanya-tanyalah dibuatnya..

Sha baca dan selesai pada 21.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published December 2016 by Kadokawa Gempakstarz Sdn. Bhd.

Majlis Raikan Ulang Tahun Kelahiran

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Unit Khidmat Pengurusan buat makan-makan sempena Ulang tahun kelahiran Kak Lin.. Sha dengan 2 lagi kawan yang kelolakan.. Sajalah seronok-seronok.. Bukan makan beria pun.. Menu makan tengahari yang simple.. Kutip sorang RM5 je..

Menunya Nasi Serai, Ayam masak sos, puding karamel, papadom, jelata, sup ayam, buah jambu dan air oren..

Cabutan bertuah.. Hehehe.. Saja je suka-suka.. Bukan mewah manapun, nak bagi kawan-kawan seronok je.. Yang besar tu memang istimewa, 1 je.. Yang betul-betul bertuah akan dapat.. kikiki..

ebook | Begitulah Cinta oleh Rizai Reeani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terseksa betul baca novel ini.. Hahaha.. Terlalu banyak konflik dan watak serta kebetulan.. Zul bercinta dengan Durar tapi lepas tu berpisah dan Zul bercinta dengan Laily kemudiannya bila menyedari Laily bukanlah sebaik Durar, mengejar semula Durar.. Durar ini pula lepas putus dengan Zul berkenalan dengan Amirul.. Amirul ini ada best friend yang pernah dia suka nama Faezah.. Konflik lagi.. Lepas tu Amirul dengan Zul ini roomate sekali dengan Tarmizi dan Syakir.. Tarmizi dengan Syakir ini pula konflik sebab Syakir kawan baik namun jadi masalah pada awek Tarmizi sebab Syakir ini lembut namun normal.. Tapi sebenarnya awek Tarmizi ini curang dan kantoi depan Syakir.. Tu yang dia bengang Tarmizi rapat dengan Syakir, risau tembelang pecah.. Lepas tu Zul dengan Amirul ini sebnarnya 1 bapa lain mak dan bapa Zul ini ada 2 lagi anak tiri dengan bini baru yang tamakkan harta.. 

Tu baru sikit.. belum lagi konflik kakak si Durar dengan kekasih hati dan abang tiri Zul serta sepupu mereka.. Lepastu Laily dengan Faezah ini geng yang cuba mengkucar kacirkan hidup Durar.. Pening wei.. Konflik cinta, harta, keluarga dan persahabatan dirangkum sekali dan saling berkait-kait.. Sesak nafas baca.. Hahaha..

Kalau penulis fokus pada hubungan cinta dan persahabatan je mungkin okay kot.. Terlalu banyak konflik dan perkaitan antara watak pun boleh mengganggu pembacaan.. Maafkan saya wahai penulis andai review ini mengguris hati.. Ini hanyalah luahan perasaan saya selepas membaca novel penulis..

Sha baca pada 19.07.2022 dan selesai pada 20.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published by Ridhwan bin Zainudin

Wednesday, July 20, 2022

Filem Korea | The Witch: Part 2. The Other One (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau filem pertama The Witch: Part 1. The Subversion (2018) dah dasyat, yang kedua ini lagi melampau dasyatnya.. Hehehe.. Memang terbaiklah dia punya aksi.. Tambahan pula ada askar yang sama ganas macam orang yang diorang buru tu.. Budak tu memang ganas gilalah..

Berbaloi tunggu 4 tahun untuk tengok sambungan filem The Witch ini.. Bahagian 3 conform ada kalau tengok ending dia cuma tu lah.. Takkan kena tunggu lagi 4 tahun kot.. Hahaha.. Jenuh..

Bahagian 2 ini bermula dengan sangat ganas.. Budak perempuan tu berjaya melepaskan diri dari makmal dan membantu Kyung Hee.. Kyung Hee bawa budak perempuan tu duduk dengan dia.. Bila tengok budak perempuan tu berlawan, memang dasatlah.. Budak perempuan ini kira produk makmal yang sepatutnya tersimpan di makmal tapi telah dilepaskan..

Hujung filem ini ada sneak peak untuk bahagian 3.. Paling best bila dapat tengok Lee Jong Suk bawa watak ala-ala psiko.. Tapi tak banyak babak dia..

Movie: The Witch: Part 2. The Other One
Also Known As: The Witch: Part 2. The Collision , Manyeo 2
Screenwriter & Director: Park Hoon Jung
Genres: Action, Thriller, Mystery, Supernatural
Country: South Korea
Release Date: Jun 15, 2022
Duration: 2 hr. 17 min.
A girl wakes up in a gigantic secret laboratory. As the girl escapes from laboratory, she stumbles upon Kyung Hee, who is trying to protect her house from criminal gangs. When the girl comes face to face with a criminal organization approaching Kyung Hee's house, the girl overpowers them with overwhelming power, and in the meantime they start chasing her in the secret laboratory. Who is this mysterious girl and why is she being chased?
(Source: extmovie)

ebook | Cerita Tentang Kita oleh Camey Menson

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menghimpunkan puisi dan dan juga prosa tentang 'aku' yang mengimbau kembali kenangan bersama 'kau'.. Isinya memberitahu tentang perasaan-perasaan yang terpendam sekian lama dan tidak pernah diluahkan.. Penyampaiaannya membuatkan kita terbuai dan terkenangkan kenangan sendiri.. hehehe.. Memang menarik sebab pendek-pendek je.. Tak memerlukan masa yang panjang untuk dibaca..

Sha baca dan selesai pada 19.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published by Carmilla Titi Menson

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, July 19, 2022

Pizza Hut : Cheesy Pop

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah teringin nak cuba cheesy pop dari Pizza ini.. Kebetulan beli pizza, kita tambah cheesy pop ini.. Puas hatilah dengan kedai di Slim River.. Walaupun kadang-kadang lambat namun makanan dia memang terbaiklah.. Cheesy pop dia memang terbaik.. Penuh cheese dalam roti tu.. Paling best bila ambil dan terus makan.. Makan panas-panas, memang cheese dia boleh tariklah.. hehehe..

RM9.90 - ini harga kalau add on..
RM11.40 kalau bukan add on..

ebook | Menantu Untuk Mak Piah oleh WIDADAMSYAR

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Memang menarik sangat hubungan antara Fahim dan maknya.. Boleh mengusik dan bermanja.. Penyampaian bpenulis buat Sha terbayangkan kalaulah novel ini didramakan, memang mengekek jelah nengoknya.. Betapa sempoinya mak dan anak ini..

Fahim selalu didesak untuk berkahwin sebab usianya yang dah makin meningkat.. Namun tak terbuka hatinya hinggalh bertemu dengan si comel little Fahim dan emaknya Seri yang kesusahan.. tanpa sedar rupanya Seri ada kaitan dengan saudara sebelah arwah ayah Fahim.. Kalau dah jodoh dengan siapa pun pasti terjalin.. Dalam manja-manja Fahim, dia sangat bertanggungjawab dan melindungi.. Memang sweet dengan cara yang tak disangka..

Sha baca dan selesai pada 18.07.2022

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published by Amirah binti Halim

The best From Extraordinary Attorney Woo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cumalah drama.. Tapikan suka betul dengan klip-klip pendek yang banyak tersebar dekat Facebook dan Youtube mengenai drama ini sampaikan Sha berjaya tengok episod 1..  Permulaan yang menarik tapi drama masih on going ini kena sabar dululah.. Nanti dah habis tayang baru kita marathon.. sementara tu jom layan..


Monday, July 18, 2022

ebook | Jelita oleh Sahidzan Salleh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita pasal Jelita yang berkerja sebagai Kontraktor iaitu pembunuh upahan.. Jelita ini tengah berusaha menyelesaikan misi terakhir dia sebelum bebas dari menjadi kontraktor.. Malangnya apa yang diidam-idam kan Jelita tak berhasil bila dia terpaksa menerima tawaran yang tak munasabah dari Puan Dahlia iaitu ketua kepada semua kontraktor ini.. Tu belum lagi nak hadap kemunculan Anita yang meminta Jelita membunuh penciptanya.. Memang huru hara jadinya hidup Jelita.. Bertambah huru hara bila mak yang disangka mati, diberitahu masih hidup.. Kelam kabut jadinya..

Perenggan atas tu plot yang menarik kan?? Namun penulis telah menghasilakan cerita yang buat Sha rasa macam nak hempuk kepala.. Hahaha.. Tapi sebab malas nak fikir, Sha tak peduli pun fakta yang lain-lain tu.. Sha fokus pada kisah Jelita je.. Kalau fokus pada perkara lain, mahu mereng Sha.. hahaha..

Sha baca pada 17.07.2022 dan selesai pada 18.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published November 2021 by Buku Fixi

Filem Jepun | Re:Born (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem pasal askar veteren Toshiro yang dah bersara tapi tetap diburu.. Toshiro tinggal dengan seorang budak perempuan yang diselamatkan bernama Sachi.. Walaupun dah tak terlibat dengan peperangan namun Toshiro tetap diburu dan cuba ditangkap.. Toshiro digelar 'Ghost' kerana cara beliau berlawan dan membunuh memang sukar untuk dikesan..

Sha suka tengok pergerakan badan Toshiro setiap kali dia akan berlawan.. Dia buat pergerakan ombak pada bahu dia.. Memang nice lah..

Cumanya filem perang dan perlawanan menggunakan tangan ini tak sesuailah tengok dengan bebudak.. Ganas sangat..

Movie: Re:Born
Also Known As: Ribon , Re: Born
Director: Shimomura Yuji
Genres: Action, Crime, Drama, War
Country: Japan
Release Date: Sep 24, 2016
Duration: 1 hr. 55 min.
A legendary soldier with a mysterious past decides to unleash his inner beast to stand up for what he cares about.

Toshiro runs a convenience store in a small town. He lives with his young niece Sachi. In his past, Toshiro was known as "Ghost" and was a lethal member for a special covert force.

His peaceful life is soon upturned by members of his former special ops team. Sachi is kidnapped by the group and Toshiro is determined to get her back.

Wall's Cornetto Hershey's

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nampak iklan Cornetto Hershey's ini dah dua ke tiga minggu tapi baru kelmarin jumpa dekat 99 Speedmart.. Selalunya macam tu lah.. Iklan keluar dulu, aiskrimnya kemudian-kemudian baru sampai kat area tempat Sha ini.. Tapi berbaloilah sebab rasa dia memang best dan mewah.. Puas hati bayar.. Setiap gigitan memberikan pengalaman dan rasa yang berbeza.. Bermula dengan aiskrim coklat, kemudiannya aiskrim vanila yang ada coklat cip dengan sos coklat bersama kerangupan kon.. Pergh!! Layan..

RM3.70

Pandangan dari depan..

Bahagian atasnya aiskrim coklat mengunakan serbuk koko Hershey's dan ada coklat cip dibahagian atas dan tengah-tengah ada sos coklat hershy's..

Kemudian ada aiskrim vanila..

Dalam aiskrim vanila tu ada coklat cip tau..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com