Thursday, May 13, 2021

Aidilfitri PKP 3.0 (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

1 Syawal berlalu dengan penuh kesyukuran.. Masih bersama keluarga yang tersayang.. Walau sederhana namun Syawal masih diraikan dengan pakaian baru.. Sempatlah pasang lampu lip lap, 3 hari sebelum syawal.. Beli yang 9 meter, 2 set.. Harganya murah je.. RM9.90.. Meriahkan rumah..

Tema kami coklat cair.. Warna dan corak baju, pilihan Amani.. Sha mulanya tak teringat pun nak beli kain, Amani yang tanya.. Terus buka Shopee, pilih dan bayar.. Kemudian hantar dekat tukang jahit.. Seminggu sebelum raya baju kami siap..

Juadah raya kiriman pengasuh anak-anak Sha.. Sha memang tak masak apa pun juadah raya.. Encik suami kata tak payah.. Lontong, rempeyek, nasi impit, kuah kacang, sambal tumis, dodol, kek, bahulu dan ayam masak merah..

Juadah raya kami KFC.. hehehe..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

 

Wednesday, May 12, 2021

Random Photo #12 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Malam ini tak tahu nak cerita apa, makanya Sha kongsikan gambar-gambar dari galeri telefon sebelum gambar-gambar ini dibuang.. Ada kenangan untuk ditengok.. hehehe

Pasang tinted pada cermin sisi kereta depan belakang dan juga cermin belakang.. Nampak garang dan sedikit jahat.. hehehe.. Kuranglah sikit panas.. Cermin bahagian depan tak segelap cermin belakang.. 

Kuih kegemaran arwah abah.. Sekali je jumpa masa Ramadan ini.. Sedap dan puas hati walaupun dapat makan sekali je..

Makanan kegemaran Sha setiap kali ke Family Mart.. Wajib beli Unagi (belut) dan kali ini cuba yang baru iaitu Crawfish..

Ini kuih kegemaran Sha tapi macam kole kacang, Ramadan ini berjaya jumpa sekali je.. Itupun dekat Seberang Perak.. Sedap dan lemak pulut dia bila dia salut dengan serunding tu memang bestlah..

Drama Jepun | Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni: Season 2 (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Menyesal tengok drama ini.. Hahaha.. Ini season 2 dan ada 6 episod sahaja.. Kali ini mereka diserang zombie/golem yang lebih dasyat dan ada tanda pangkah di wajah atau badan.. Malah golem ini seolah-olah dikawal untuk menyerang mereka dan menyebabkan mereka berpecah.. Kurumi yang disuntik dengan virus golem mula menunjukkan reaksi dan dihalau dari pulau.. Hibiki bergerak bersama dengan Kurumi untuk ke sebuah tempat yang dipanggil Safe House.. Namun semasa dalam perjalanan mereka diserang dan virus didalam badan Kurumi juga menyebabkan Kurumi hilang ingatan.. Safe House bukanlah tempat yang selamat bila ada manusia yang pentingkan diri..

Drama ini jadi tak seronok bila tiba-tiba Hibiki hilang dari episod sebab cari penawar untuk Kurumi.. Kurumi pula bila hilang ingatan terus jatuh cinta dekat orang lain.. Ish.. menyampah betul dengan heroin lembap dan mengada-ngada ini.. Ada season 3 pula lepas ini.. Tunggu jelah untuk tahu siapa lelaki yang mengawal Golem tu..

Drama: Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni: Season 2
Also Known As: With You on the Day the World Ends Season 2, On the Day You and the World Ends Season 2, Love you as the world ends season 2
Screenwriter: Ikeda Natsuko
Director: Sugawara Shintaro
Genres: Action, Suspense, Mystery, Horror, Romance, Drama
Country: Japan
Episodes: 6
Aired: Mar 21, 2021 - Apr 25, 2021
Aired On: Sunday
Original Network: Hulu
Duration: 55 min.
As a new community "House of Hope" has appeared. Who are they with a prosperous civilization? In addition, a golem with an "x" that seems to have been artificially attached appears. A new threat comes to those who survive the "End-of-world".
(Source: NTV)

Wordless Wednesday 2021

 

Tuesday, May 11, 2021

Shopee | Aneka Kimchi: Pa Kimchi, Buchu Kimchi & Oi Kimchi

Assalamualaikum..
Hyr semua..

Disebabkan seller kegemaran Sha menghentikan seketika pembuatan kimchi, makanya Sha cuba-cubalah mencari di Shopee.. Manalah tahu ada yang menarik.. Hahaha.. Kebetulan pula dua dari tiga kimchi ini memang sha teringin nak rasa.. Jumpa kedai yang jual kimchi halal, makanya membelilah kita walaupun tak pasti boleh sampai ke tak sebelum raya.. Eh.. Bagus penjualnya.. Sha beli 06.05.2021, penjual pos pada 07.05.2021 dan Sha selamat terima pada 10.05.2021.. hehehe.. Teruja okay.. Terus buka dan bubuh dalam bekas lain sebab kimchi ini datang dalam plastik.. Pada Sha pembelian kimchi ini memang berbaloilah.. Boleh beli lagi..

Oi Kimchi: Cucumber - RM14.90 (300g)
Sedap.. Rangup timunnya.. Memang layanlah makan macam tu je..

Buchu Kimchi: Asian Chives - RM9.90 (100g)
Sedap makan dengan maggi.. hahaha.. Rasa daun.. hehehe..

Pa Kimchi: Green Onion - RM9.90 (100g)
Sedap dan rasa manis bawang tu kuat pada kimchi ini..

Setelah dipindahkan ke dalam bekas.. 3 jenis kimchi yang berlainan..

ebook | Hot Alpha oleh Amarilis Rahim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah dendam yang tak berkesudahan.. Raef dan Rhea menjadi musuh akibat dendam orang tua mereka namun mereka juga dikahwinkan demi menghapuskan dendam.. Tanpa mengetahui perkara sebenar Rhea dan abangnya Luth merancang untuk membunuh Raef.. Pertembungan berlaku beberapa kali namun Rhea tak berjaya membunuh Raef sebaliknya Raef menyelamatkan Rhea dari cubaan bunuh.. ada musuh lain yang ingin membunuh mereka dan memporak perandakan hidup mereka..

Sha baca dan selesai pada 11.05.2021..

Sha beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books
Published December 2020 by Amarilis Rahim

1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah joint GA Kak Suria Amanda ini.. Senang je syaratnya.. Pejam mata pun tak boleh joint.. hehehe.. Kenalah buka mata ye dak.. Jangan marah ye.. Moh joint..

Tarikh penyertaan :  10 May 2021 - 6 June 2021 (Pengumuman pada 7 June 2021)

Drama Jepun | Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni: Season 1 (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sakit hati betul tengok drama ini.. Masa pendemik yang lebih menakutkan bukannya zombie tapi manusia gila yang melakukan eksprimen dan menjahanamkan kemanusiaan.. Hibiki terperangkap di dalam terowong selama 3 hari dan bila dia keluar dunia telah berakhir.. Tak sangka dimana-mana mayat hidup mula berkeliaran dan mereka sangat tertarik dengan bau darah serta bunyi.. Hibiki mencari teman wanitanya seorang doktor yang hilang tanpa dikesan.. semasa pencarian, Hibiki menemukan beberapa orang yang terselamat dari zombie dan mula bergerak bersama mereka.. 

Drama ini menarik sebab jalan cerita dia walaupun ada percintaan namun lebih pada kelansungan hidup dan sikap manusia yang terpaksa memilih untuk terus hidup atau dibunuh.. Disamping tu juga drama ini memaparkan kegilaan seorang penyelidik yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan hasil yang diingini walaupun dengan memanipulasi perasaan manusia lain.. Hibiki tak menyangka yang emaknya masih hidup dan dijadikan bahan eksperimen doktor gila.. Malah teman wanita Hibiki turut menjadi subjek eksperimen..

Bersambung season 2..

Drama: Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni: Season 1
Also Known As: With You on the Day the World Ends Season 1, On the Day You and the World Ends Season 1, Love You as the World Ends Season 1
Screenwriter: Ikeda Natsuko
Director: Sugawara Shintaro, Kubota Mitsuru
Genres: Action, Suspense, Mystery, Horror, Romance, Drama
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Jan 17, 2021 - Mar 21, 2021
Aired On: Sunday
Original Network: NTV
Duration: 55 min.
Mamiya Hibiki is a sincere young man with a bright personality. He works as a car mechanic and lives with his girlfriend  Ogasawara Kurumi. They have dated since they were high school students. Hibiki makes a plan to propose to Kurumi. On the day he will propose to his girlfriend, he slides off a tunnel and becomes trapped. 4 days later, he is able to escape, but he faces a different world. There are no people outside, the traffic system is destroyed, and there are bloodstains on the streets. What happened to the world? Hibiki tries to find Kurumi.
(Source: AsianWiki)

Monday, May 10, 2021

Minuman | Nescafe: White Coffee Kopitiam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada rasa lain untuk rangkaian Kopitiam ini.. Menarik.. Rasa kopi yang berlemak dan tidak terlalu manis.. Memang sesuai diminum di waktu malam bersama sebuah buku.. Hehehe.. Layan air ini lepas terawih, lepas tu tidur.. hehehe.. Ada yang dah rasa??

Beli dekat 99Speedmart
RM2.65

Duit Raya Dari Kak Amie

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terima duit raya dari Kak Amie sebab jadi Pengomen Bertuah di Blog beliau untuk bulan April.. Alhamdulillah.. Duit Raya kedua untuk Raya 2021 ini.. hehehe.. Terasa kembali remaja pula bila terima duit raya..  Selain Sha, ada beberapa orang lagi yang turut menerima duit raya.. Boleh baca di entry Kak Amie yang bertajuk DUIT RAYA UNTUK PENGOMEN BERTUAH BULAN APRIL 2021.. 

Sha ucapkan terima kasih kepada Kak Amie atas pemberian duit raya ini.. Sha doakan semoga Kak Amie sekeluarga dimurahkan rezeki dan Selamat Hari Raya..

Monday Awesome

Sunday, May 9, 2021

Family Mart: Onigiri Crawfish

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seriously sedap.. Onigiri ini akan jadi kesukaan Sha selain yang belut.. hehehe.. Memang berbaloilah bayar RM5.50.. Rasa dia tak pedas, tu yang buat dia lagi sedap.. Kena dengan tekak Sha dan tak rasa pelik.. Ada mayo rasanya..

RM5.50

Video | Sarrekey Raya by Pak Azad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Melayan lagu raya di Youtube terjumpa video klip dari Pak Azad ini.. Catchy okay lagu dan liriknya pun best.. Jomlah layan.. Walau apa pun perasaan kita saat ini, bersabarlah dan percaya pada yang Esa.. InsyaAllah ada hikmahnya..


Sarrekey Raya - Pak Azad

Lagu : Harry Khalifah 
Lirik : Ajim Maze


Baru dapat cuti,
Rasa banyak happy,
Raya kan setahun sekali ,
Sapedek ketupat lemang rendang di saji...

Bila malam raya, dia kenyit mata,
Sarrekey Shopping Lah baju raya,
Borong semua di jalan masjid india,
Diriku Tidak mengapa,
Yang lepas masih ada,
Lebaran datang hati ku riang,
Tengok anak bulan terang benderang,

(chorus)
Pagi yang indah, syawal mulia
Takbir sahut sahutan..
Aidilfitri ku paling bermakna
Kau di depan mata,

Andai ku tersalah kata
Usah di kenang jangan di rasa,
Zahir dan batin maaf di pinta..
Wahai Sarrekey selamat hari Raya..

Raya raya sarrekey raya

(Ulang korus)

Masuk dalam kereta 
Ikut jalan mana,
Rumah bonda ataupun mertua,
Yang mana dulu , Oh som one two jus sahaja..

Di rumah terbuka sanak dan saudara,
Jangan di tanya anak berapa,
Itu semua kerja yang maha kuasa

Sarrekey.. Kita beraya
Sarrekey.. nak.. Duit Raya

Drama Thailand | Girl From Nowhere Season 2 (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama musim kedua ini lebih suspen bila ada yang mengikut pergerakan Nanno dalam misinya memberikan pengajaran kepada mereka-mereka yang membuat kejahatan.. Yuri yng muncul tanpa sengaja semasa Nanno melakukan pembalasan disebuah sekolah dan mula mengikut pergerakkan Nanno dan mengganggu kerja Nanno..

Ep1: Pregnant
Episod pertama ini Nanno balas perbuatan seorang romeo yang kerjanya mengandungkan perempuan-perempuan dekat sekolah dan tinggalkan.. Bila Nanno datang dia try Nanno pula, malangnya bukan Nanno yang mengandung tapi mat romeo tu yang mengandung.. Memang pelik dan menyakitkan lah proses mengandung tu sampai keluar-keluar darah lelaki tu.. Tapi akhirnya selamat juga melahirkan seorang anak perempuan.. Nanno pula dihantui dengan gambar-gambar dari perlakuan Nanno yang sebelum ini..

Ep2: True Love
Sebuah sekolah yang hanya ada pelajar perempuan terpaksa bergabung dengan sekolah pelajar lelaki kerana masalah kewangan.. Namun ada guru yang sangat menentang kerana merasakan pelajar lelaki membawa masalah sahaja.. Nano menyelesaikan masalah dengan cara yang luar biasa hinggakan guru perempuan itu bertemu cinta hatinya..

Ep3: Minnie and the Four Bodies
Kisah pelajar kaya yang menyelesaikan semua masalah dan kenakalan menggunakan kekayaan bapanya.. Sehinggalah terjadinya tragedi kemalangan yang menyebabkan 4 orang pelajar sekolah mati.. Minnie tak mengaku kesalahan dan mulai dihantui pelbagai bayangan dari orang yang mati dan kecaman netizen..

Ep4: Yuri
Bila Nanno bertemu Yuri.. Memang ohsem dan gempaklah.. Ini adalah episod pengenalan untuk kisah Yuri.. Yuri yang diperhambakan oleh rakan sekelasnya yang kaya.. Kemunculan Nanno membantu Yuri untuk membalas balik perbvuatan mereka yang jahat..

Ep5: SOTUS
Kisah seorang pelajar lelaki yang dibuli semasa kemasukan pelajar baru, kemudiannya melakukan pembulian kepada pelajar baru yang lain.. Kemunculan Nanno adalah untuk memastikan pelajar baru tu tidak akan melakukan keganasan kepada pelajar baru lain.. Namun kerja Nanno diganggu Yuri..

Ep6: Force Field
Nanno ke sebuah sekolah yang melakukan paksaan kepada pelajar untuk ikut peraturan merepek dan dalam masa yang sama songlap duit peruntukkan sekolah.. Namun semasa melakukan kerjanya sekali lagi Nanno diganggu Yuri.. Yuri yang sentiasa membayangi Nanno..

Ep7: Jenny X
Kisah seorang budak perempuan bernama Jenny yang di eksploit oleh mak ayahnya demi mencari duit.. Kerana merasakan tidak disayangi, dia bertindak melakukan aksi bunuh diri secara live dan menghilang serta menukar identiti baru.. Kemunculan Yuri menyebabkan dia mula ragu-ragu namun Nano tak membenarkan dia untuk balik ke kehidupan asalnya.. Tapi pertanyaan dari dia kepada Nanno mula menyebabkan Nanno ragu-ragu dengan tindakannya..

Ep8: The Judgement
Junko merupakan pelajar yang terpaksa disuntik supaya tidak boleh bergerak kerana psiko.. Namun kemunculan Yuri telah menghuru harakan keadaan.. Malah Yuri turut memberikan darahnya kepada Junko supaya Junko tak mati seperti Yuri dan Nanno.. 

Drama ini memang complicated dan juga diluar jangkauan.. Manusia sememangnya makhluk yang pentingkan diri sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan diri tanpa memikirkan akibatnya..

Drama: Girl From Nowhere Season 2
Also Known As: Girl From Nowhere S2, Girl From Nowhere 2, New Kid Season 2, Dek Mai Season 2, Garota de Fora 2
Screenwriter: Lek Kongdej Jaturanrasamee, Aticha Tanthanawigrai
Director: Golf Paween Purijitpanya, Est Komgrit Triwimol, Pokpong Pairach Khumwan, Dom Sitisiri Mongkolsiri, Jatuphong Rungrueangdechaphat
Genres: Mystery, Psychological, Crime, School, Drama, Fantasy, Mature
Country: Thailand
Episodes: 8
Aired: May 7, 2021
Aired On: Friday
Original Network: Netflix, GMM 25
Duration: 45 min.
Nanno is back, doling karmic retribution to more students and faculty in a new season of this anthology series -- and this time, she's not alone.
(Source: Netflix)

Saturday, May 8, 2021

Marrybrown Gangjeong Rice Bowl

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha berjaya beli semalam masa dalam perjalanan pulang ke Kg. Gajah.. Okaylah untuk persembahan makanan.. hehehe.. Dari segi rasa pula sedap.. Portion pun banyak cumanya pedas.. Untuk orang yang suka pedas mungkin tak ada masalah tapi Sha memang tak makan pedas.. Bila makan dengan nasi memang ngamlah.. Walaupun pedas, berjaya juga habiskan.. Pedas yang buat rasa nak makan dan makan lagi.. Lepas tu memang pedih perutlah.. hahaha.. Sedap.. Encik suami Sha pun suka juga.. Berbaloi untuk dibeli..

Realiti

Gambar dekat poster..

Filem US | Alien vs. Predator (2004)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha tengok filem Alien vs. Predator pula.. Sekumpulan manusia yang dikumpulkan untuk misi cari gali di Antartika tanpa sengaja telah terlibat dalam perlawanan antara Predtaor dan Alien.. Manusia-manusia ini melakukan penjelajahan bila satelit berjaya menemukan binaan lama berbentuk piramid yang berada jauh didalam perut bumi.. Namun tanpa sengaja mereka telah menghidupkan kembali alien yang dibekukan di dalam bangunan itu.. Bila alien tu terjaga, alien tu mengeluarkan telur untuk menghasilkan alien lain yang akan berlawan dengan 3 predator.. Perlawanan ini adalah untuk menguji kepahlawanan predator-predator itu.. Namun alien ini dah berevolusi dan mahu keluar dari situ.. Maka bergabunglah manusia dengan predator untuk menentang alien..

Alien Vs. Predator
2004 ‧ Sci-fi/Action ‧ 1h 55m
Weyland Industries discovers a pyramid buried under an island in the Antarctic. The owner sends a group of archaeologists to investigate it but the humans get trapped in a war between two alien races.

Riang Ria di Sekolah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun banyak aktiviti terbatas untuk dilakukan di sekolah, namun tetap ada.. Semalam Amani & Imani menerima hadiah untuk pertandingan yang berjaya dijalankan pihak sekolah sepanjang sesi pembelajaran terbuka baru ini.. Selain dari hadiah, anak-anak yang ke sekolah semalam turut menerima 2 kotak susu dan duit raya sebelum mula bercuti raya, PDPR dan cuti sekolah.. Kemain seronok lagi Amani dan Imani masa Sha ambil balik sekolah.. Semalam memang sengaja Sha pergi ambil sebab terus balik rumah, tak transit sebab petangnya tak ada sekolah agama.. Selangor dah tutup sesi sekolah agama bermula hari Khamis lagi.. 

Imani menang Johan pertandingan mewarna tahap 1..

Amani pula menang tempat kedua untuk pertandingan melukis poster Ihya Ramadan dan Kuiz Isra' Mikraj..

Friday, May 7, 2021

Filem US | Predators (2010)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

FIlem yang dah beberapa kali Sha tengok.. Tetiba rasa macam nak kongsi dekat blog.. hehehe.. Untuk filem yang ini, Predator culik manusia-manusia yang terpilih dan bawa ke satu planet untuk dijadikan buruan.. Untuk permainan kali ini antara yang terpilih ialah askar, mafia, yakuza, penjenayah paling dikehendaki, pembunuh bersiri dan juga pembunuh upahan.. Predator ini guna manusia sebagai alat untuk menaik tarafkan kemahiran mereka dalam berlawan.. Memang dasyatlah.. Bayangkan bila tersedar dekat udara dan kemudiannya jatuh ke tempat yang tak diketahui bersama manusia yang tak dikenali.. Mereka kena berkerjasama untuk mengetahui kenapa mereka disitu dan untuk apa.. Bukan mudah berlawan dengan predator tu tapi antara mereka ada yang berjaya..

Predators
2010 ‧ Action/Sci-fi ‧ 1h 48m
A mixed bag of mercenaries and militia people find themselves on an alien planet that acts as a game preserve where they are being hunted. They must join forces to combat a merciless race of aliens.

Video | Trust Again (Inspired by "Raya and the Last Dragon"/Official Video)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagu ‘Trust Again’ ini dinyanyikan oleh Raisa, YonnyBoii, Matthaios dan SPRITE.. Gabungan 4 negara iaitu Indonesia, Malaysia, Philippines dan Thailand.. Sha tahu pasal lagu ini pun sebab tertengok video YonnyBoii.. Menarik juga lagu dia..


'Trust Again' Lyrics:

CHORUS – Raisa
We’re falling even deeper
it’s getting steeper
dark days be bright again
believe and we’ll be stronger
together greater
I’m ready to trust again

VERSE 1 – YonnyBoii
I’m too afraid to feel alive (didn’t ask for it)
Decorated pretty lies (I didn’t ask for)
Petty love
Ain’t what I need
(cause I need the real thing)
Shower me with gold so everybody could see
satay, nasi lemak and some other delicacies
We could bring the world together over the seas
We abide for the peace
from the west to the east

CHORUS – Raisa
We’re falling even deeper
it’s getting steeper
dark days be bright again
believe and we’ll be stronger
together greater
I’m ready to trust again 

believe and we’ll be stronger
together greater
we’ll never fall again
beginning of the end
I’m ready to trust again

VERSE 2 – Matthaios
Now, you know it's just the two of us
I know lately I've been hard to trust
If I fall now, I won't fall out
I'm not worried, may tiwala, and there's no doubt
We will be in a bliss, I know we got this
This will feel like a breeze, you know we got this
At 'di ako aalis, ‘sangga mo parang Arnis
Kumapit ka sa ‘kin, please, you know I got this

VERSE 3 – Sprite
ในคืนที่ไร้แสงดาว
วันที่เสียใจยังมีตุ๊กตุ๊กข้างกาย
ขอบคุณทุกๆเรื่องราว
ที่คอยนำพาและสอนให้ฉันเชื่อใจ
ช่วยโลกต้องมีมากกว่าพลังมังกร
นี่คือสิ่งที่ฉันได้เรียนรู้
เพราะความเชื่ออีกครั้งในตอนนี้
ทั้ง6หกดินแดนจึงกลับมาสามัคคี

CHORUS – Raisa
We’re falling even deeper
it’s getting steeper
dark days be bright again
believe and we’ll be stronger
together greater
I’m ready to trust again

believe and we’ll be stronger
together greater
we’ll never fall again
beginning of the end
I’m ready to trust again

BRIDGE – Raisa
Through the ups and downs
Will you help me from the ground yea
You make me feel so right
Cause I feel best with you being around 
Still I gotta know
Will I ever let it go
I believe in you, we’ll make it through   
I’m still not out of love

CHORUS – Raisa
We’re falling even deeper
it’s getting steeper
dark days be bright again
believe and we’ll be stronger
together greater
I’m ready to trust again

believe and we’ll be stronger
together greater
we’ll never fall again
beginning of the end
I’m ready to trust again

#DisneyRaya​ #TrustAgainSEA​ #TrustAgainMV​
Music video by Raisa, Yonnyboii, Matthaios, SPRITE performing Trust Again (Inspired by "Raya and the Last Dragon"/Official Video). © 2021 Walt Disney Records

Pokok Bidara Berbuah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan pasal Pokok Bidara ini dalam entry bertajuk Random Photo #7 2021.. Kali ini Sha nak update pokok ini dah mengeluarkan buah.. Akhirnya.. hehehe.. Memang tak sangkalah.. Ingatkan daun semata-mata.. Harapnya buah ini akan membesar cantiklah.. Banyak buahnya.. Bergugus-gugus..

Makin merimbun daunnya..

Besar dan sihat..

Kemain banyak lagi buah dia..

Pertama kali tengok pokok Bidara yang berbuah..

Banyakkan..

Thursday, May 6, 2021

Filem US | The Predator (2018)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini Sha baru pertama kali tengok.. Tak sangka yang ini pun best juga.. Kali ini Predator yang datang membawa senjata untuk diserahkan pada manusia sebagai pelindung dari predator yang dah berevolusi namun tersalah percaturan.. Kapal angkasa predator terhempas dan menyebabkan rakan-rakan sekerja Quinn mati.. Quinn berjaya mengambil helmet dan senjata Predator serta diposkan ke postbox tapi dihantar ke rumah bekas isterinya.. Anak Quinn telah mengaktifkan senjata predator tu tanpa sengaja dan mengawal kapal angkasa predator.. Quinn pula telah ditangkap dan nak dihantar ke suatu tempat.. Malangnya predator yang ditangkap tersedar dan mula mencari balik senjata dan helmet beliau.. Masa ini juga predator yang dah berevolusi sampai ke bumi.. Perlawanan antara manusia, predator yang cuba melindungi dan predator yang dah berevolusi.. Penghujung cerita ini ada satu senjata yang ditunjukkan.. senjata tu memang dasyatlah.. Harapnya akan ada sambungan untuk siri Predator ini.. Syok pula layan..

The Predator
2018 ‧ Action/Sci-fi ‧ 1h 58m
Quinn McKenna, an army sniper, along with some fugitives and a scientist, sets out to kill the Predator and save Rory, his son, who was abducted as his autism reflects advancement in human evolution.

Novel | Toyol oleh Hafiz Aziz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dan baca buku ini disebabkan terpengaruh dengan review yang menarik di Goodreads dan jualan murah oleh Buku FIXI di Google Play Books..

Memang berbaloi dibeli dan dibaca.. hehehe.. Penceritaan yang menarik dari penulis.. Sani yang hidup bersama maknya tiba-tiba didatangi peguam mengatakan mereka mewarisi harta dari adik emak Sani.. Namun harta tu bukanlah duit ke rumah sebaliknya hanyalah kotak-kota berisi baju dan barang entah apa-apa.. Sejak kemunculan harta tersebut tiba-tiba hidup Sani diganggu dengan kemunculan perempuan tua dan seorang budak kecik.. Malah tiba-tiba je dalam rumah Sani ada duit berkepuk-kepuk.. Tak lama lepas kemunculan duit, kaki Sani sakit, bengkak dan mula menghitam.. Apa sebenarnya yang diwarisi Sani dari mak saudara beliau..

Sha baca pada 04.05.2021 dan selesai pada 05.05.2021..

Sha beli dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published February 15th 2020 by Buku Fixi

Duit Raya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini dapat duit raya dari bos.. hehehe.. Walaupun bos kata tak banyak tapi bukan jumlah yang dikejar sebaliknya ingatan.. Lagipun dah berkurun tak dapat duit ray, bila tiba-tiba dapat memang bestlah kan.. hahaha..


Kunjungan sahabat MSU

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelmarin rakan kerjasama Sha dari MSU datang singgah hantar Kurma.. Sha memang tak harapkan kedatangan beliau dengan keadaan PKP yang tak boleh merentas negeri ini.. Beliau di Selangor dan Sha pula di Perak, memang payahlah kan.. Bila muncul semalam memang terkejutlah.. Kebetulan pula pakai baju warna sama iaitu Biru.. Happy gila semalam.. Walaupun tak boleh nak rancang aktiviti berdepan, beliau dah ada rancangan untuk buat secara maya.. Cumanya tak sempat bincang secara terperinci je.. InsyaAllah kalau ada rezeki dapatlah berkolaborasi lagi..


Kurma kiriman dari rakan kerjasama.. Sedap kurmanya..

Wednesday, May 5, 2021

Kad Raya dari Kak Farah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, semalam selamat terima kad raya dari seorang penulis blog yang sweet iaitu Kak Farah.. Kalau anda berminat dengan kraf, anda wajib singgah blog Kak Farah.. Kak Farah rajin kongsi mengenai kraft.. Kad raya yang beliau kirimkan pada Sha ini pun hasil tangan beliau.. Cantik dan sangat klasik, memang mengundang perasaan nostalgia bila melihat kad raya ini.. Cumanya Sha dah agak lama tak berapa meraikan raya dengan mengirimkan kad.. masih mencari semangat sebenarnya.. Bila melakukan aktiviti mengirim dan menerima kad raya ini perasaan nostalgia dan semangat hari Raya tu lain macam sikit.. hehehe..

Jom terjah blog beliau..

Terima kasih Kak Farah..

Novel | Artifak oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel terbaru dari penulis ini memang best.. Kali ini mengisahkan tentang sebuah pedang yang membawa badi orang mati dari zaman lampau.. Diburu untuk dijadikan alat dalam emlaksanakan ilmu hitam malangnya terjatuh ke tangan Khalid dan Khalid menjadi buruan ramai pihak termasuklah badi dari pedang tu.. Pertemuan antara Khalid dan Arshad walaupun sekejap berjaya menjadi titik tolak dalam kehidupan Khalid.. Kerana bantuan Arshad, Khalid berjaya melepaskan diri dari mereka yang memburu beliau dan juga badi pedang puaka tersebut.. 

Bila sudah mahu berubah jangan sesekali ingin kembali ke pada kegelapan kerana yang ada hanyalah perkara tak baik dan memudaratkan..

Sha baca pada 02.05.2021 dan selesai pada 04.05.2021..

Koleksi peribadi Sha..
Published March 2021 by Fajar Pakeer

Wordless Wednesday 2021




Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »