Sunday, May 30, 2021

Filem Melayu | Kampung Pisang Muzikal Raya (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang boleh ditonton di Astro First selama 2 hari dengan bayaran RM15.90 tanpa iklan secara berulang-ulang.. Lakonan bersahaja, penuh sindiran dalam mereka berlawak jenaka..

Filem kali ini bermula dengan babak gotong royong warga kampung pisang sebagai persediaan menyambut Syawal.. Ketika ini Husin pulang bersama Nelly hinggakan Che Chun merajuk.. Masa ni rasa macam nak katuk je kepala si Husin.. Kemain dalam Kampung Pisang Bersiri-Siri dia suruh Che Chun tunggu dia, alih-alih dia bawa balik perempuan lain pula.. Kemudian Barkoba ternampakkan kekasih lama beliau iaitu Yati maka bernyanyilah Barkoba diiringi penyanyi latar yang ohsem.. hahaha.. Masa babak ini je ada 3 lagu, Husin dan Nelly.. Kemudian pak karim bersama ornag kampung siap Mamat Khalid interframe lagi.. Lepas tu ada Barkoba dan penyanyi latar.. Malamnya pula ada luahan rasa dari Che Chun, kemudian M. Daud yang terpaksa berkerja walaupun malam raya.. Esoknya terbongkarlah kisah sebenar kenapa Nelly mengikut Husin balik dan sesi pujuk memujuk antara Husin dan Che Chun.. Yati pula sekali lagi menghancurkan hati Barkoba.. 

Memang terbaiklah jalan filem muzikal Kmapung Pisang ini.. Terselit sindiran pelbagai dalam filem muzikal ini.. Mana yang faham tu, fahamlah..

Part ini paling berdekah ketawa.. Kesian dia sembang sorang-sorang.. Siap sebut Tanjung Malim tu.. Lepas tu dia bantai menyanyi pula, siap berangan.. hahaha..

Semangat Yah Kuchai menyanyi.. Sedap owh suara dia..

Melepaskan Yati pergi.. Kemain Barkoba menyanyi bersama penyanyi latar di kedai Pak Jabit..


JUDUL : KAMPONG PISANG MUSIKAL RAYA ISTIMEWA
TARIKH TAYANGAN : 27 Mei 2021  
PENGARAH : Mamat Khalid
PRODUKSI : Astro Shaw & Enjit-Enjit Semt
PELAKON : Dato Awie, Nazeera Sardi, Kaka Azraff, Siti Elizad Sharifuddin, Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler, Imuda, Raja Azmi

SINOPSIS KAMPONG PISANG MUSIKAL RAYA ISTIMEWA
Seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya. Husin kembali ke kampung bersama kekasih baru Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak. Manakala Barkoba dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang. Pak Din pula sedih kerana anaknya tiba-tiba tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersamanya. Cik Purnama membawa beg pakaian dan tilam ke mana-mana kerana kesunyian. Pak Karim dan Kak Som hiba kerana ini kali pertama beraya tanpa anak mereka yang telah tiada. Serta Daud M yang perlu bekerja di malam raya bagi penghantaran barang-barang buat penduduk kampong Pisang yang membeli barang di atas talian

2 comments:

  1. Pernah tonton filem yang pertama je. Memang kelakar. Versi muzikal ni belum pernah tonton lagi.

    ReplyDelete
  2. alamak kne bayo..tapi kelakar kan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »