Sunday, May 9, 2021

Drama Thailand | Girl From Nowhere Season 2 (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama musim kedua ini lebih suspen bila ada yang mengikut pergerakan Nanno dalam misinya memberikan pengajaran kepada mereka-mereka yang membuat kejahatan.. Yuri yng muncul tanpa sengaja semasa Nanno melakukan pembalasan disebuah sekolah dan mula mengikut pergerakkan Nanno dan mengganggu kerja Nanno..

Ep1: Pregnant
Episod pertama ini Nanno balas perbuatan seorang romeo yang kerjanya mengandungkan perempuan-perempuan dekat sekolah dan tinggalkan.. Bila Nanno datang dia try Nanno pula, malangnya bukan Nanno yang mengandung tapi mat romeo tu yang mengandung.. Memang pelik dan menyakitkan lah proses mengandung tu sampai keluar-keluar darah lelaki tu.. Tapi akhirnya selamat juga melahirkan seorang anak perempuan.. Nanno pula dihantui dengan gambar-gambar dari perlakuan Nanno yang sebelum ini..

Ep2: True Love
Sebuah sekolah yang hanya ada pelajar perempuan terpaksa bergabung dengan sekolah pelajar lelaki kerana masalah kewangan.. Namun ada guru yang sangat menentang kerana merasakan pelajar lelaki membawa masalah sahaja.. Nano menyelesaikan masalah dengan cara yang luar biasa hinggakan guru perempuan itu bertemu cinta hatinya..

Ep3: Minnie and the Four Bodies
Kisah pelajar kaya yang menyelesaikan semua masalah dan kenakalan menggunakan kekayaan bapanya.. Sehinggalah terjadinya tragedi kemalangan yang menyebabkan 4 orang pelajar sekolah mati.. Minnie tak mengaku kesalahan dan mulai dihantui pelbagai bayangan dari orang yang mati dan kecaman netizen..

Ep4: Yuri
Bila Nanno bertemu Yuri.. Memang ohsem dan gempaklah.. Ini adalah episod pengenalan untuk kisah Yuri.. Yuri yang diperhambakan oleh rakan sekelasnya yang kaya.. Kemunculan Nanno membantu Yuri untuk membalas balik perbvuatan mereka yang jahat..

Ep5: SOTUS
Kisah seorang pelajar lelaki yang dibuli semasa kemasukan pelajar baru, kemudiannya melakukan pembulian kepada pelajar baru yang lain.. Kemunculan Nanno adalah untuk memastikan pelajar baru tu tidak akan melakukan keganasan kepada pelajar baru lain.. Namun kerja Nanno diganggu Yuri..

Ep6: Force Field
Nanno ke sebuah sekolah yang melakukan paksaan kepada pelajar untuk ikut peraturan merepek dan dalam masa yang sama songlap duit peruntukkan sekolah.. Namun semasa melakukan kerjanya sekali lagi Nanno diganggu Yuri.. Yuri yang sentiasa membayangi Nanno..

Ep7: Jenny X
Kisah seorang budak perempuan bernama Jenny yang di eksploit oleh mak ayahnya demi mencari duit.. Kerana merasakan tidak disayangi, dia bertindak melakukan aksi bunuh diri secara live dan menghilang serta menukar identiti baru.. Kemunculan Yuri menyebabkan dia mula ragu-ragu namun Nano tak membenarkan dia untuk balik ke kehidupan asalnya.. Tapi pertanyaan dari dia kepada Nanno mula menyebabkan Nanno ragu-ragu dengan tindakannya..

Ep8: The Judgement
Junko merupakan pelajar yang terpaksa disuntik supaya tidak boleh bergerak kerana psiko.. Namun kemunculan Yuri telah menghuru harakan keadaan.. Malah Yuri turut memberikan darahnya kepada Junko supaya Junko tak mati seperti Yuri dan Nanno.. 

Drama ini memang complicated dan juga diluar jangkauan.. Manusia sememangnya makhluk yang pentingkan diri sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan diri tanpa memikirkan akibatnya..

Drama: Girl From Nowhere Season 2
Also Known As: Girl From Nowhere S2, Girl From Nowhere 2, New Kid Season 2, Dek Mai Season 2, Garota de Fora 2
Screenwriter: Lek Kongdej Jaturanrasamee, Aticha Tanthanawigrai
Director: Golf Paween Purijitpanya, Est Komgrit Triwimol, Pokpong Pairach Khumwan, Dom Sitisiri Mongkolsiri, Jatuphong Rungrueangdechaphat
Genres: Mystery, Psychological, Crime, School, Drama, Fantasy, Mature
Country: Thailand
Episodes: 8
Aired: May 7, 2021
Aired On: Friday
Original Network: Netflix, GMM 25
Duration: 45 min.
Nanno is back, doling karmic retribution to more students and faculty in a new season of this anthology series -- and this time, she's not alone.
(Source: Netflix)

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »