Wednesday, May 26, 2021

Random Photo #13 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah jalan-jalan nengok gambar dari galeri phone Sha.. Ada yang menarik perhatian korang tak??

Mabuk bila jumpa tin cantik.. hahaha.. Sha jumpa dekat kedai ECO ini.. Satu tin RM2.10, terus beli rasa yang tak cuba lagi.. Bila dia susun dekat rak, tin rangkaian ini yang paling menyerlah.. Tu yang amik.. hahaha.. Nafsu sungguh.. Ada tak yang korang dah rasa??

Anak-anak Sha pertama kali bermain bunga api.. Ini malam 1 Syawal.. Adik encik suami yang bagi bunga api ini.. Jadilah.. Merasa bermain.. Sha nak beli asyik lupa je.. hahaha..

Beli dekat kedai ECO.. Sebelum ini Sha beli di Shopee, harganya RM4 lebih.. Yang ini 1 baru RM2.10.. Kualiti tak samalah tapi masih lagi berbaloi pada Sha.. Guna dengan cermat, lama je tahannya..

Main game dekat shopee.. Tanam pokok data Yes.. Dapatlah 30gb data.. hehehe.. Bukan susah pun, bila ingat siram pokok.. 3 hari menyiram dah boleh tuai data.. Tapi tulah, sekali je dapat.. Bila nak tanam pokok baru dah tak ada data yes.. 

Disebabkan asyik melintas je dekat timeline pasal laksa, makanya cari jugala sebekas.. Walaupun agak pelik tengok orang yang jual tu bubuh kobis dalam laksa ini, mengidam punya pasal beli jugalah sebekas.. Okaylah rasa dia..

Nasi daging ini pengasuh anak Sha yang masak.. Bila nak bagi makanan selalunya dia akan call dan Sha pergi ambil.. Yelah sekarang tempat Sha kan PKPD, memang drive thru je ambil makanan.. hehehe.. Sedap nasi daging ini.. Pengasuh tu bagi sekali dengan air asam dan sup daging..

Air ini ada 3 rasa sebenarnya.. Tapi Sha beli dua je sebab yang satu lagi tu macam tak confident nak minum.. Hahaha.. Sedaplah air-air nie.. Tapi harga dia agak mahallah.. RM3 lebih.. Sesekali okaylah..

13 comments:

  1. comelnya packaging nescafe tu..tiga tiga tak pernah rasa lagi :D

    ReplyDelete
  2. dah lama tak mnum nescafe... cantik botolnya

    ReplyDelete
  3. aduh lamanya tak minum nescafe tin sejak diognose ada diabetis ni... rindu rasanya

    ReplyDelete
  4. Yang gantung tudung tu kita pun ada hehehe. Jimat beli di eco. Gantung tudung aje :D

    ReplyDelete
  5. dulu lyn gak kebun shopee..
    tanam pokok dpt coins.. haha

    ReplyDelete
  6. Kat sini malam raya berdentam dentum bunyi mercun
    Manalah depa dapat mercun tu.
    Ada yang bunyi macam bom

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nasi daging dan laksa.

    ReplyDelete
  8. Dua-dua F&N Sparkling tu best. 👍

    ReplyDelete
  9. Betul betul peminat nescafe ni. memang cantik tin tu, suka tengok.
    Sedapnya laksa, lama tak makan pulak.

    ReplyDelete
  10. laksa pun boleh bergaduh org malaysia ni hahaha

    ReplyDelete
  11. tin nescafe yg cantik ni memang akak buat koleksi ke lepas habis minum?

    ReplyDelete
  12. Cantik la fin Nescafé Tu. Sha buat collection ke

    ReplyDelete
  13. Nak cuba juga lah..shida suka juga minum yg sparkling..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »