Monday, May 24, 2021

ebook | Puaka Makmal Sains Sekolah oleh Siti Solehah, Lavender Biru, Hasif Rayyan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Siri Cerita Hantu membawakan tema Makmal Sains.. Plot twist yang disampaikan oleh penulis memang menarik dibaca..

Mimpi Arina - Hasif Rayyan
Semua pelajar diganggu dengan mimpi yang menakutkan tapi sekejap sahaja.. Namun Arina diganggu dengan teruk sehinggakan menggigau.. Mujurlah ada kawan baik Arina yang sentiasa menemaninya dan melakukan siasatan mengenai apa sebenarnya yang berlaku dimakmal tersebut.. Rupanya ada kisah disebalik kejadian..

Doktor Iblis - Lavender Biru
Kerana terlalu asyik menjadikan makmal sains tu sebagai tempat mereka berkumpul dan berkongsi cerita seram, tanpa mereka sedari mereka telah menjemput sesuatu yang tak sepatutnya.. Kisah lama kembali menghantui makmal tersebut.. Bila manusia lebih mengagungkan syaitan, tiada yang baik akan berlaku..

Makmal A - Siti Solehah
Makmal yang menjadi tempat Tajul dan kawan-kawannya melakukan eksperimen ada kisah seram yang tersendiri.. Namun kerana mereka tak pernah diganggu, mereka tidak mempedulikannya.. Sehinggalah mereka terpaksa melakukan eksperimen untuk membuat bom asap.. Ketika ini bukan sahaja mereka yang diganggu sebaliknya habis semua penghuni asrama turut terkena..

Sha baca pada 22.05.2021 dan selesai pada 23.05.2021..

Sha baca dan beli di Google Play Books
Published January 11th 2021 by Penerbit-X

8 comments:

  1. makmal sains subjek Kimia yang paling best..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. menariklah sebab tak tersangka juga ending-ending dia..

      Delete
  3. Tak pernah jumpa lagi buku ni. Macam menarik.

    ReplyDelete
  4. kenapa diorang nak buat bom asap tu. hopefully bukan sebab nak prank orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nak prank rakan dia pun.. Tapi sekali jadi musibah..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »