Tuesday, May 18, 2021

Resepi | Rendang Ayam Versi Khairul Aming

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya kan, memang ada cadang nak buat rendang masa 1 syawal tu.. Sha nak ikut resepi Khairulaming jelah, sebab bahan tak banyak, cara masak pun senang.. Janji ikut je step yang dia dah kongsikan dekat IG beliau.. Tapi tu lah.. Bila tanya encik suami, dia kata tak payah.. Cukuplah sekadar berpakaian baru, solat sunat raya (beliau je) dan bermaafan di malam raya.. Lebih pada meraikan anak-anak je sebenarnya.. Namun begitu, walaupun tak buat Sha nak kongsikan resepi mudah Khairulaming ini di sini.. Mana tahu ada yang mencari..


Bahan kisar ialah:-
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Kunyit, Halia & Lengkuas ini sebesar ibu jari
10 biji cili padi
5 batang serai

Bahan lain:-
1 ekor ayam yang dah dipotong-potong
1 kotak santan
1 sudu kerisik
Daun limau dan daun kunyit yang dah dihiris
1 Asam keping
Sedikit air
Garam dan gula ikut selera..

Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar..
2. Tunggu air bawang tu kering sikit baru masukkan ayam, letakkan bahan perasa iaitu garam dan gula kemudian tambahkan 2/3 dari sekotak santan..
3. Masukkan 1 sudu kerisik, kacau dan masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit..
4. Masukkan air untuk bagi ayam tu berkuah dan betul-betul empuk..
5. Setelah kering sedikit, bolehlah dihidangkan..

9 comments:

  1. nampak mudah. smoga yang mencari resepi ini dapat sampai ke sini..

    ReplyDelete
  2. Senang pulak kan...memang resepi Khairul Aming simple...

    ReplyDelete
  3. Baru nak rasa rendang air tangan Sha :)

    ReplyDelete
  4. Salam sha.... done follow juga ye :)

    ReplyDelete
  5. Resipi KA memang mudah mudah je. Senang nak membuatnya pun :)

    ReplyDelete
  6. simple je...nak & tak nak plus rajin & tak rajin je..bila bab masak2 ni.
    Ian memang suka rendang ayam, so...x raya pun selalu je masak. asal teringin or upon request or cukup bahan..jadi je.

    ReplyDelete
  7. kami setahun sekali je buat rendang. hahah. tu pun mkn pagi raya je, mlm dah cari ns dgn lauk lain

    ReplyDelete
  8. sama lah dengan husband kaksha, tak masak rendang ataupun beli lemang pun. makan je apa ada haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »